Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN SEMPENA

MAJLIS HARI APRESIASI TABIKA KEMAS DUN KAMUNTING KUMPULAN 1


SESI 2023/2024

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم علي اشرف‬

‫األنبياء والمرسلين وعلي اله وصحبه اجمعين‬

SEGALA PUJI-PUJIAN HANYALAH UNTUK ALLAH


SUBHANAHU WATAALA TUHAN SEKELIAN ALAM
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR
NABI MUHAMMAD SALALLAHU’ ALAIHI WASSALAM.

Yang Berbahagia Tuan Taufik Bin Mohd Yusop,

Pengarah Kemas Negeri Perak.

Yang Berusaha Mejar Technologist Ahmad Imran Bin

Che Ismail, Pegawai Pemerintah Skuadron Ke 2 Rejimen

Askar Jurutera Diraja Merangkap Pengerusi Tabika

Kemas Jurutera Abc Juga Merupakan Pengerusi Induk

Bagi Majlis Hari Apresiasi Tabika Kemas Dun Kamunting

Kumpulan 1.

1
Yang Dihormati Puan Noor Azizah Binti Ishak,

Penolong Pegawai Komuniti & Kemahiran Kemas

Parlimen Taiping.

Pengerusi – Pengerusi Tabika Kemas Dun Kamunting

Kumpulan 1

Penyelia Pelbagai Jurusan Kemas Parlimen Taiping,

Pendidik – Pendidik Masyarakat Tabika Kemas, Para Ibu

Bapa Dan Seterusnya Kanak – Kanak Tabika Kemas Dun

Kamunting Kumpulan 1 Yang Saya Kasihi Sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam

Sejahtera.

Alhamdulillah, Setinggi-Tinggi Syukur Ke Hadrat Allah

Subhanahuwata’la, Kerana Izin Dan Dan Limpah Kurnianya

Saya Dapat Bersua Muka Dan Dapat Bersama-Sama

Berkumpul Di Hotel Taiping Perdana Pada Pagi Yang Indah Ini

Dalam Majlis Hari Apresiasi Tabika Kemas Dun Kamunting

Kumpulan 1 Bagi Sesi 2023/2024.


2
Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Pihak Jabatan

Kemas Parlimen Taiping, Diatas Kesudian Menjemput Saya

Untuk Hadir Pada Hari Ini. Saya Amat Berbangga Dan

Berbesar Hati Kerana Dapat Bersama-Sama Tuan-Tuan, Puan-

Puan Dan Kanak – Kanak Tabika Yang Diraikan Pada Pagi Ini.

Hadirin Sekalian,

Saya Ingin Mengambil Kesempatan Ini Untuk

Mengucapkan Tahniah Dan Syabas Kepada Pihak Tabika

Kemas Yang Beriltizam Menyempurnakan Majlis Ini Sebagai

Tanda Sokongan, Galakan Dan Penghargaan Kepada Anak –

Anak Didik Mereka. Adalah Diharapkan Majlis Apresiasi Ini

Menjadi Pembakar Semangat Untuk Merealisasikan

Kecemerlangan Dalam Bidang Pendidikan.

3
Hadirin Dan Hadirat Sekalian

Melalui Majlis Seumpama Ini Dapat Mengeratkan Jalinan

Kemesraan Antara Pihak Kemas, Para Pendidik, Ahli

Jawatankuasa Tabika Dan Juga Ibu Bapa. Seperti Kata

Pepatah Melayu “Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Kata

Kerana Muafakat”.

Para Hadirin Yang Dihormati,

Sesungguhnya Majlis Pada Pagi Ini Amat Bermakna

Kepada Kanak – Kanak Dapat Menunjukkan Bakat Masing –

Masing Dalam Persembahan Mereka Nanti.

Hadirin Yang Dihormati

Saya Juga Mengambil Kesempatan Ini Untuk

Mengucapkan Syabas Dan Tahniah Kepada Kanak – Kanak

Atas Pencapaian Mereka Dan Diharapkan Kecemerlangan

Tersebut Tidak Berakhir Di Sini Sahaja. Teruskanlah

Kecemerlangan Itu Ke Mana Sahaja Kalian Ditempatkan.

4
Akhir Kata, Saya Berharap Dengan Sokongan Daripada

Para Pendidik, Ibu Bapa Dan Kanak – Kanak Dapat Memenuhi

Cita – Cita Mereka Dan Menjadi Modal Insan Yang Memberi

Manfaat Kepada Insan Sekeliling. Dengan Lafaz

Bismillahirahmanirahim Saya Dengan Sukacitanya Merasmikan

Majlis Hari Apresiasi Tabika Kemas Dun Kamunting Kumpulan

1 Bagi Sesi 2023/2024. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai