Anda di halaman 1dari 5

Bil.

Peristiwa Skrip
1 Mengambil tempat Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta Para Pelajar yang saya muliakan, Sila mengambil tempat masing-masing kerana majlis kita akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar sekalian saya dahului dengan
ucapan Terima Kasih.

2 Ketibaan Puan Hadirin Hadirat diminta berdiri


Guru Besar SKTM
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri, Puan Noraini Binti Muhamad.

Dengan diriingi oleh Barisan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri

3 Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati.


Negaraku & Negeri Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.
Kedah NYANYIAN LAGU
Majlis mengucapkan ribuan ucapan terima kasih di atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

4 Kata aluan Assalamualaikum WBK ,selamat sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
Pengacara Majlis
Innal hamdalillah 
Nahmaduhu wanasta'inuhu  wa nastaghfiruhu
Wana'udzubillahi min syururi anfusinaa 
Wamin sayyi-ati a'malinaa 

Man yahdihillahu falaa mudhillalah 


Waman yudhlil falaa haadiyalah 
 Wa asyhadu alla ilaha illallah 

Wahdahulaa syariikalah
Wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh 

Hadirin Hadirat yang Dirahmati Allah.

Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Khubatul Hajah pembuka bicara.

Yang Berbahagia, Puan Noraini Binti Muhamad, Tuan Guru Besar SKTM
Yang Berusaha, . Puan Noor Hayati Binti Osman, GPK Pentadbiran
Yang Berusaha, Puan Salina Binti Mat Jaya, GPK Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha, Encik Amin Bin Md Noh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Guru-guru kanan,Guru-guru, para pengawas sekolah,pengawas pusat sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas SBPT
yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran  ke hadrat Ilahi  kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) dan Pengawas SPBT Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri , Moga Majlis Ilmu kita pada hari ini diberkati Allah s.w.t..
5 Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
              Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
              Moga majlis mendapat berkat.

Majlis dimulakan dengan menjemput _______________________untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Terima kasih diucapkan kepada ______________________ atas bacaan doa sebentar tadi.
6 Ucapan Perasmi Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Tuan Guru Besar SKTM,Puan
Noraini Binti Muhamad untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar di  atas ucapan dan kesudian
beliau merasmikan majlis sebentar tadi.

7 Penyampaian Hadirin-Hadirat sekalian,


Watikah
Kini, tibalah kita pada waktu dan saat yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber sekolah,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas SPBT.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Puan_____________ untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Tuan Guru Besar, Puan Noraini Binti Muhamad, untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas sekolah, didahului dengan Ketua Pengawas


dipersilakan_________________________________________________________________________________________,

Bagi pengawas pusat sumber sekolah, didahului dengan Ketua Pengawas Pusat Sumber

dipersilakan _________________________________________________________________________________________,

Bagi Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) didahului dengan Ketua Pembimbing Rakan Sebaya,

dipersilakan ________________________________________________________________________________________,

Bagi pengawas SPBT sekolah,didahului dengan Ketua Pengawas SPBT


Dipersilakan_____________________________________________________________ ___________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar diatas kesudian beliau menyempurnakan Majlis
Penyampaian Watikah sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis watikah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan

8 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian.


kepimpinan
sekolah Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas
pusat sumber , Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan pengawas SPBT Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri bagi Tahun 2023 ini.
Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Ketua Pengawas SKTM Adik__________________________
_________________________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis dengan segala hormat
mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih .

10 Majlis Penutup Mangkuk jorong pinggan jorong


Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Diberusaha Puan. Noraini Binti Muhamad,
Tuan Guru Besar SK Taman Mahsuri, barisan Pentadbir Kanan, guru-guru kanan, guru-guru dan para pelajar sekalian kerana telah
memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan
jayanya. Hadirin, sekian maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. DI KESEMPATAN INI JUGA ,KAMI INGIN MEMOHON RIBUAN
KEMAAFAN ANDAI ADA SALAH SILAP SEPANJANG KAMI MENGACARAKAN MAJLIS INI.
 

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

7 Penutup T A  M A T

Anda mungkin juga menyukai