Anda di halaman 1dari 28

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 1

TRAGEDI DI KOTA KUALA KEDAH

Hari Ahad 12 November, 1821 merupakan tarikh yang paling pahit kepada penduduk-penduduk Kuala Kedah malahan
kepada seluruh sejarah kesultanan Kedah Darul Aman kerana pada waktu rembang tengahari hari itu, ketika air pasang
penuh, beratus-ratus buah perahu Siam bermuatkan tentera-tenteranya yang lengkap bersenjata dan membawa alat-
alat untuk berperang telah sampai dengan tiba-tiba di kuala Sungai Kedah.

Perahu-perahu Siam menghampiri tembok Kota dan memenuhi muka sungai disepanjang-panjang tebing Kota hingga
ke Balai Air iaitu tempat Dato’ Syahbandar meletakkan orang-orangnya memungut cukai dan memeriksa orang-orang
masuk keluar.

Dengan hati berdebar-debar Penghulu Kota mengarahkan pengiringnya yang paling pantas untuk berkejar ke teluk
Chengai dua batu dari Kuala kerana menyampaikan berita kedatangan tentera-tentera Siam yang begitu ramai kepada
Dato’ Bendahara dan Dato’ Laksamana. Dato’ berdua baharu sahaja balik dari Kota Setar diatas urusan negeri dan
berada di Teluk Chengai menantikan air tenang. Dato’ berdua telah pun bergerak pulang ke Kuala Kedah masa
bertembung dengan utusan dari Penghulu Kota.

Dato’ Bendahara dan Dato’ Laksamana tergesa-gesa pulang dan sempat sampai di Balai Air untuk menyambut ketua
tentera Siam yang sedang mendaki anak-anak tangga balai itu dengan pengikut-pengikutnya.

Orang ramai mula berkumpul di tebing sungai terutamanya di sekitar Balai Air tetapi tidak menyangka sebarang
keburukan akan menimpa mereka, hanya hairan melihat perahu-perahu Siam begitu banyak dan orang-orangnya yang
bercawat itu mempunyai senjata-senjata lengkap dengan lembing, tombak, pedang, parang dan juga istinggar serta
meriam-meriam kecil.

Penghulu Kota memerintahkan Sepahi-Sepahi yang menjadi pembedil-pembedil meriam supaya menghalakan mulut-
mulut meriam yang terletak di atas tembok Kota itu ke arah perahu-perahu Siam yang berkumpul. Dia sendiri
menantikan isyarat dari Dato’ Bendahara untuk membedilkan perahu-perahu itu jika diperlukan. Tetapi sebagai yang
telah dibuktikan oleh Sejarah, Dato’ Bendahara tidak pernah mengeluarkan perintah supaya perahu-perahu Siam
dibedilkan. Beliau terlalu yakin dengan cara berlembut dan berdiplomasi dengan Siam.

Dato’ Bendahara ditugaskan mentadbir Kuala Kedah pada masa ini kerana Sultan Ahmad Tajuddin sedang bersemayam
di Pulau Tiga dalam daerah Kuala Muda. Sultan sedang sibok mengarahkan rakyat baginda mengorek sebatang terusan
dari Simpor ke Kota Kuala Muda.

Dato’ Bendahara memang sedar peri Cau Phaya Si Tammarat, Raja Legor, seorang gabnor Siam yang berdendam hati
terhadap Sultan Ahmad Tajuddin kerana Sultan enggan menurut kehendaknya membekalkan 300 koyan beras dan 100
buah perahu perang lengkap dengan tentera dan senjata membantunya menyerang Burma. Sultan tidak menunaikan
kehendak Si Tammarat kerana Kedah sedang sibok berperang di Perak. Bagimana pun Dato’ Bendahara tidak
menyangka bahawa angkatan Siam yang datang ini ialah untuk menyerang Negeri Kedah.

Pada masa ini Siam sedang bermusuhan dengan Burma dan wilayahnya di Selatan seperti Senggora dan Legor sedang
memperkuatkan pertahanan masing-masing. Aktiviti Siam setakat ini berkisar ke arah melumpuhkan Kerajaan Burma
dan telah pun di ketahui oleh Siam peri ujudnya satu flotilla angkatan laut Burma di perairan Pulau Pinang yang sedang
mengintip dan mengukur kekuatan wilayah-wilayah Siam Selatan.

Masa di Kota Setar sebelah pagi tadinya, Bapu Kundor, seorang pembesar di Kota Setar, telah memberitahu Dato’
Bendahara kononnya suatu angkatan Siam sedang bergerak dari utara dengan berjalan kaki dan bergajah menuju ke
arah Gunong Keriang, dan jika mereka terus menuju ke Kuala Kedah angkatan Siam yang dianggarkan seramai tujuh
ribu orang itu akan sampai sebelum waktu petang. Berita ketibaan angkatan Siam dengan beratus-ratus buah perahu
perang di pintu kotanya sendiri di Kuala Kedah pada tengahari itu juga adalah amat memeranjatkan.

Kedatangan Siam di Kuala Kedah yang tidak semena-mena ini memberi kesempatan yang paling sedikit kepada Dato’
Bendahara, Dato’ Laksamana dan Dato’ Temenggong mengumpulkan orang-orang Melayu. Pada waktu tengahari
rembang 12 November itu, orang-orang di Kuala Kedah masih berada di laut menangkap ikan, yang tidak ke laut
sedang makan tengahari atau sedang berehat di surau menanti waktu lohor. Orang-orang perempuan dan kanak-kanak
terpegun melihat Dato’ Bendahara yang sampai di Balai Air untuk menyambut tetamu-tetamuyang tidak diundang ini
dikelilingi oleh orang-orang yang nampaknya liar seperti orang kelaparan mencari makanan atau pun hendak
merompak dan lari dengan harta orang.

Orang-orang Siam tidak banyak cerewet. Mereka menerangkan tujuan mereka datang ke Kuala Kedah kerana
memerlukan beras sebagai bekalan untuk berperang dengan Burma dan mereka mendesak Dato’ Bendahara supaya
menyediakan beras-beras itu dengan serta-merta. Dato’ Bendahara mengatakan bekalan beras itu tidak menjadi soal
yang besar kepadanya tetapi ia hairan mengapa terlalu ramai sekali orang-orang Siam yang datang untuk
mengambilnya.
Pada masa inilah orang-orang Siam telah menyerbu naik keatas Balai Air dan mengenakan pasung keatas Dato’
Bendahara. Tangan dan kaki beliau telah terikat. Datuk-Datuk lain serta pengiring-pengiring yang berhimpun di tawan,
kaki dan tangan diikat seperti Dato’ Bendahara juga. Orang-orang Siam tidak berselindung lagi mengatakan hasrat
mereka hendak menduduki Kota Kuala Kedah dan meminta orang-orang Melayu supaya jangan melawan.

Dato’ Bendahara sempat berteriak: “Lawan, kita kena langgar, lawan....! “ Pada masa itu juga mulutnya diikat dengan
tali dan dihumban keatas lantai Balai Air itu. Dato’ Laksamana dan Dato’ Temenggong berjaya menghuraikan ikatan
kaki dan tangan mereka lantas menikam beberapa orang Siam dengan keris. Pertempuran sengit Melayu dan Siam di
Balai Air berlangsung dengan serta-merta. Ramai orang-orang Siam menjadi mayat tetapi malangnya Dato’ Laksamana
dan Dato’ Temenggong telah terkorban di atas Balai Air itu juga. Orang-orang Siam menikam mereka berdua dengan
tombak hingga mati.

Dengan senyap-senyap masa perundingan di Balai Air sedang berjalan, orang-orang Siam telah memasuki pintu Kota
seolah-olah orang berpelancungan dan satelah berada di dalam cepat-cepat mengambil kesempatan menuangkan
timah cair ke dalam mulut-mulut “Badak Berendam”, “Katak Puru”, “Dua Serupa”, (sepasang meriam), “Harung Darah”,
“Lela Rentaka” dan meriam-meriam lain. Pembedil-pembedil meriam yang terdiri dari orang-orang India tidak dapat
berbuat apa-apa kerana bilangan mereka terlalu sedikit sedangkan orang-orang Melayu berada didalam keadaan
kebingungan terpesona dengan telatah-telatah Siam yang tidak disangka-sangka boleh berbuat demikian. Kemudian
terjadilah drama yang menyedihkan. Orang-orang Melayu didalam Kota telah dikejar seperti ayam, diradak lengan
tombak, ditikam dan dibedil. Manusia-manusia Melayu lelaki perempuan, orang tua dan kanak-kanak dibunuh dengan
kejamnya dan mana yang melawan dicincang seperti mentimun.

Pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan ini melarat hingga keluar Kota, dan apabila Dato’ Bendahara telah
ditawan, Dato’ Laksamana dan Dato’ Temenggong telah syahid, rumah-rumah orang Melayu telah dibakar menjadi
habu, penghuniyan diusir, diseret dan ditikam atu dibedil hingga mati. Perempuan mengandong, orang-orang sakit,
kanak-kanak dan orang-orang yang tidak terdaya semuanya diseksa kemudian dibunuh dengan dahsyatnya.

Angkatan Siam dari darat tiba di Kuala Kedah ketika orang-orang Melayu sedang diburu dan berkeliaran di sana-sini
antara rumah-rumah yang terbakar dan angkatan ini pula turut memburu orang-orang Melayu yang malang itu. Orang-
orang Siam mengejar orang-orang Melayu yang cuba berlepas diri dengan perahu dan membakar perahu-perahu ini di
tengah-tengah sungai dengan anak-pinak yang meraung-raung didalamnya. Sunagi Kedah turut merah dan ikan
menjadi mabuk! Api, asap, darah, mayat, teriak dan tangis menjadi saksi sepanjang abad.

Penduduk Kuala Kedah di tebing Seberang Nyonya turut menjadi sasaran tetapi ramai yang sempat berhijrah
meninggalkan “nasi di atas tungku” kerana melarikan diri dari malapetaka yang tidak di sangka-sangka ini, berundur
sambil berbisik kepada jiran supaya turut meninggalkan rumah dan harta benda. Dalam bisikan inilah orang-orang
Melayu bergerak menyelamatkan jiwa masing-masing. Beratus-ratus buah perahu bertolak ke Langkawi, ke Pulau
Pinang dan ramai pula yang merempuhi hutan belantara mendaki bukit-bukit di pedalaman. Peristiwa ini ialah detik
pertama bagi satu dekad zaman yang dipanggil “Masa Musuh Bisik”.

Penduduk-penduduk di seluruh negeri pada masa ini ditafsirkan seramai 60,000 orang. Rekod yang boleh dipercayai
menerangkan bahawa penduduk Kedah dalam tahun 1823 tinggal hanya 60,000 orang sahaja lagi. Penghijrahan besari
ini di akibatkan semata-mata oleh kerana jatuhnya Kota Kuala Kedah ketangan orang-orang Siam dan penegakan suatu
sistem pentadbiran a-la Legor yang kejam dan tiada berper kemanusiaan. Di Kuala Kedah ada 1,000 rumah, kata Sultan
kepada Anderson.

Orang-orang Siam dapat menduduki Kota Kuala Kedah dalam masa tiga jam sahaja. Dato’ Wan Panji dan Wan Sidik
mengamok di dalam Kota membunuh orang-orang Siam yang menyerang dan ramai lagi perwira-perwira Melayu yang
bertempur mempertahankan Kota. Dato’ Wan Panji dan Wan Sidik gugur terkorban bersama-sama Tunku Long Puteh,
Tunku Mat Riau, Dato’ Raja Akil, Dato’ Chelang Panjang, Datul Lela Kasa, Dato’ Pahlawan Haji Ahmad, dan Dato’ Bohor
Garang serta beratus-ratus lagi yang gugur tanpa nama dan tanpa talkin kerana mempertahankan Kota Kuala Kedah.

Dato’ Bendahara di rantai dan dibawa kedalam Kota, kemudian dengan beratus-ratus orang lelaki perempuan dari anak
baik-baik dipaksa berjalan kaki ke Senggora sebagai orang-orang tawanan. Dipertengahan jalan, Dato’ Bendahara telah
diracunkan dan beliau mati tidak tentu kuburnya. Sejak November 1821 itu Kerajaan Siam di Bangkok saban masa
mengarahkan Gabenor Legor di Kedah supaya menyediakan bekala-bekalan beras dan wang untuk keperluan tentera
dan pembesar-pembesar Negara. Beras dikumpul secara menggelidah kedai, gerai-gerai dan pasar rakyat serta
jelapang-jelapang yang masih ada di kampung-kampung. Beras-beras yang ditemui semuanya dirampas.

Apabila arahan untuk mengumpulkan wang tiba, Gabenor di Kedah akan mengenakan cukai-cukai yang dipanggil “hasil
kepala” – dipungut dari setiap penduduk dan yang paling teruk dicukai ialah orang-orang yang berniaga.

Jika beras dan wang tidak mencukupi nilai yang diperlukan oleh Bangkok – Gabenor akan mengarahkan orang-
orangnya bersama tentera-tentera yang bersenjata menangkap orang-orang Melayu dan merantaikan mereka beramai-
ramai. Mereka dibawa ke Bangkok dan dijual di sana sebagai hamba abdi.

Tugas yang zalim dan jahat pernah dilakukan oleh Gabenor di Kedah ialah menghantar 200 atau 300 orang wanita
Melayu ke Bangkok atau ke Legor. Caranya ialah menggempur rumah-rumah orang Melayu, baik malam atau siang, dan
mengikat wanita-wanita yang malang ini. Mereka direntap dari ibu bapa atau saudara mara mereka dengan seberapa
segera dan dibawa ke Kota Kuala Kedah. Mereka akan dimuatkan ke dalam kapal-kapal yang sedang menunggu untuk
dibawa ke Legor atau ke Bangkok. Ibu bapa atau saudara mara yang cuba menghalang akan dipukul dan ditembak.
Ramai yang menemui ajal!

Di antara hiburan tentera-tentera Siam di Kedah ialah melepaskan berpuluh-puluh ekor babi ke dalam masjid ketika
orang-orang Melayu sedang bersembahyang Jumaat. Mereka tertawa berdekah-dekah melihat orang Melayu tua-tua lari
bertempiaran mengelakkan diri dari hewan-hewan haram itu. Banyak masjid yang terbiar selepas ini dan runtuh
sendirian selama 20 tahun Siam memerintah negeri Kedah.

Setelah Kota Kuala Kedah jatuh ketangan Siam dan lebih kurang seribu buah rumah di dua-dua tebing Sungai Kedah
dibakar menjadi habu, angkatan laut Siam bertolak ke Kuala Merbok dan berazam hendak menawan Sultan Ahmad
Tajuddin hidup-hidup ke Senggora. Sultan berada di Pulau Tiga iaitu sebuah kampong yang baharu diteroka di Kuala
Sungai Tukang empat batu ke utara bandar Sungai Petani sekarang. Jauhnya dari Kuala Merbok mengikut jalan sungai
lebih kurang dua belas atau tiga belas batu. Baginda sibok mengarahkan rakyat-rakyat Baginda mengorek sebatang
terusan menyambongkan Sungai Merbok dengan Sungai Muda melalui Kampong Simpor supaya hubungan di antara
dua-dua batang sungai yang penting ini dapat dibuat melaui terusan itu.

Pada pagi Isnin itu, Sultan Ahmad Tajuddin mendapat maklumat bahawa angkatan Siam telah menawan Kota Kuala
Kedah dan rakyat baginda telah terkorban dengan banyaknya. Mana yang masih hidup sedang berhijrah ke Pulau
Langkawi dan ke Pulau Pinang atau ke pedalaman di bukit-bukit. Dato’ Laksamana dan Dato’ Temenggong Tua telah
juga terkorban dan Dato’ Bendahara dengan beratus-ratus orang anak baik-baik telah ditawan oleh Raja Legor yang
menyerang Kedah bagi pihak Maharaja Benua Siam. Baginda juga telah diberitahu supaya berundur segera kerana
sebuah angkatan laut Siam yang agak besar sedang menghampiri Kuala Merbok pada pagi itu juga.

Dengan tidak berlengah-lengah lagi Sultan Ahmad Tajuddin pun mengumpulkan anak isteri baginda mengenderai
beberapa ekor gajah kedalam rimba belantara dengan tujuan hendak berangkat ke Kuala Perai. Matlamat baginda
adalah di rahsiakan melainkan diketahui oleh segelintir pengiring-pengiring baginda yang karib sahaja. Baginda
membawa cuma wang ringgit dan harta-harta yang berharga seberapa banyak yang sempat dicapai. Adalah ditaksirkan
lebih kurang dua ratus orang pengikut-pengikut yang menyertai rombongan baginda berjalan kaki mengikut gajah-
gajah kenderaan baginda. Baginda terpaksa melupakan dua buah kapal diraja yang berlabuh di Kuala Merbuk berisi
dengan harta khazanah kepunyaan baginda. Dua-dua buah kapal ini jatuh ketangan Siam. Diantara khazanah yang
hilang bersama dengan kapal di Kuala Merbok itu ialah acuan penempa diti tera “ Balad Kedah Darul Aman”.

Orang-orang Melayu di Kuala Merbok cuba membedil perahu-perahu Siam tetapi tidak memberi sebarang kesan kepada
angkatan Siam yang jauh lebih besar. Tentera Siam membakar rumah-rumah di Kuala Merbok kemudian terus mudik ke
Pulau Tiga melakukan keganasan dan pembunuhan di sepanjang-panjang sungai. Mereka keciwa kerana tidak sempat
bertemu dengan Sultan yang telah berangkat jauh kedalam negeri.

Sultan Ahmad Tajuddin dengan isteri-isteri dan anak pinak baginda yang terdiri dari beberapa orang putera puteri yang
masih kecil merentas hutan belantara melalui bukit bukau lahar dan paya, serta menyusur anak-anak sungai selama
lima hari lima malam sebelum sampai di Kuala Perai di rumah saudaranya Tunku Sulaiman.

Bulan November pula ialah musim hujan lebat yang menambahkan lagi kelecehan kepada angkatan baginda. Makanan
yang sempat dibawa hanya cukup untuk sehari dua sahaja dan dalam perjalanan begitu ramai pengikut-pengikut
baginda yang telah mencampakkan beban-beban yang mereka pikul ke dalam hutan. Setengah dari benda yang
dipikirkan beban yang tak berguna itu ialah makanan.

Ramai pengiring-pengiring baginda dari datuk-datuk harapan yang karib dan hamba rakyat yang setia telah gugur
meninggal dunia di dalam perjalanan itu kerana lapar dan lesu akibat terdedah kepada hujan panas, lintah pacat,
nyamuk dan binatang-binatang buas.

Dalam keadaan yang begini, baginda terpaksa pula mengelakkan diri dari orang-orang yang menjadi talibarut Siam.
Mengikut cerita kononnya baginda terpaksa menaburkan duit-duit tera dan keneri di belakang gajahnya supaya orang-
orang yang mengesan jejak-jejak baginda akan membuang masa memungut duit-duit itu dan dapatlah baginda
menghilangkan diri jauh ke hadapan. Keneri itu lebih besar nilainya dari tera tetapi tidak sampai seringgit.

Ada pula beberapa ekor gajah yang bermuat dengan harta benda bagsinda telah tersasul jalan hilang entah kemana
dibawa oleh gembala masing-masing. Di masa yang sangat lapar tukang masak baginda mencari-mencari tempat untuk
meletakkan periok merebuskan pisang hutan smuda. Tempat yany tidak becak ialah di atas sebatang kayu besar
selintang dihadapan mereka. Di situlah diletakkan bungkusan-bungkusan sementara menyambongkan perjalanan pula.
Entah bagaimana, apabila api untuk merebuskan pisang tadi ditiupkan dan mulai marak, batang kayu itu bergerak-
gerak dan menjatuhkan periok dan bungkusa-bungkusan lain ka tanah. Batang kayu itu rupanyan ialah badan saekor
ular besar. Kulitnya sudah terlalu tua dan merupai kulit pokok-pokok kayu jua; sedangkan ekor dan kepalanya entah
dimana.

Terdapat juga riwayat beberapa ornag pengiring baginda yang bertedoh dari hujan lebat didalam sabuah lubang batu
mendapati darah panas mengalir perlahan-lahan dari hujong mata tombak yang mereka sandarkan didinding gua itu.
Rupanya mereka berteduh didalam rahang seekor ular yang sentiasa mengangakan mulutnya untuk mendapatkan
rezeki.

Cerita-cerita ini bukanlah mustahil jika dipikirkan keadaan negeri yang belum terbuka seratus lima puluh tahun dahulu.
Jauhnya Pulau Tiga yang terletak diulu Sunagi Merbok ke Kuala Perai mengiksut aliran sepanjang-panjang Sungai Perai
dari ulunya di Pinang Tunggal ke Kuala ialah 25 batu hutan tebal. Pada masa itu tidak ada sebarang peta atau pedoman
melainkan berpandukan matahari dan timbang tilik semata-mata sambil mengintip ddenai-denai yang boleh dilalui oleh
gajah-gajah.

Setelah melalui azab sengsara yang tidak tercerita selama lima hari dan lima malam baharulah rombongan Sultan
sampai di Kuala Perai. Tunku Sulaiman telah meyediakan lima buah persahu besar untuk angkatan baginda
menyeberangi Selat Bagan ke Bandar Pulau Pinang di Tanjong dan disana baginda telah mendesak pihak British supaya
memberi perlindungan kepada baginda dengan sewajarnya.

Kerajaan Pulau Pinang bertindak dengan serta-merta memberi perlindongan kepada sultan Ahmad Tajuddin dan
keluarganya secara menyediakan sebuah rumah kepada baginda, membayar elaun untuk menyara kehidupan dan taraf
baginda selama di Pulau Pinang dan mengaturkan sepahi-sepahi mengawal rumah semayam baginda supaya
keselamatan dan ketenteraman baginda anak beranak tetap terjamin.

Di Pulau Pinang Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah memandang sendiri dengan mata kepala baginda bagaimana
beribu-ribu orang Melayu yang menjadi hamba rakyat baginda berkampong di Pualau Pinang di dalam perahu masing-
masing tanpa makanan dan pakaian. Kebanyakannya yang terselamat di Pulau Pinang ialah orang-orang perempuan,
kanak-kanak dan orang-orang tua, masing-masing sehelai sepinggang didalam kesejukan dan ketakutan.

Di fikiran mereka masih tergambar perahu beratus-ratus buah yang sarat dengan manusia bergerak dari Kuala Kedah di
pukul oleh badai dan terus hilang ditelan laut. Setengahnya diburu oleh Siam, di bedil dan dibakar di tengah laut. Derita
dan sengsara selama ini turut berkubur. Dalam percubaan melarikan diri itu mereka terpaksa bersulit-sulit dan berbisik-
bisik, belayar di waktu malam dengan tidak berlampu supaya tidak sampai ke pengetahuan tentera-tentera Siam.
Percubaan yang gagal biasanya akan disergah oleh tentera-tentera Siam di daratan lagi, orang-orang lelaki akan diseret
dengan kasarnya dan dipisahkan dari isteri dan anak-anak gadis dan isteri mereka dijadikan mangsa kepuasan nafsu
tentera-tentera Siam. Sesiapa yang melawan akan diikat dibatang-batang pokok berhari bermalam kadang-kadang
sahingga mati. Jika tindakannya lebih menyakitkan hati orang-orang Siam, ia akan diikat dipokok dan tangannya diikat
pula kepada sebatang buloh palang. Seorang tentera Siam akan tampil denagn sebilah parang yang berat membelah
badannya dari kepala ke pinggang kemudian dilontar kedalam sunagi menjadi rebutan buaya-buaya lapar.

Bilangan orang-orang Melayu yang gugur dalam perjuangan menentang penjajahan dan kezaliman Siam “perut hijau”
tidak dapat ditaksir dengan betul. Begitu juga jumlah orang-orang Melayu yang dibawa ke Legor dan ke Sanggora
untuk dijadikan hamba abdi oleh Siam tidak dapat dihisab dengan tepat; tetapi lebih banyak lagi yang menjadi korban
keganasan Siam yang bersahaja, dan mangsa keganasan laut dalam pelayaran melarikan diri ke Pulau Pinang dan ke
Pulau Langkawi. Demikian juga ramai lagi yang terkorban ditekan kebuluran dan penderitaan masa berhijrah ke
tempat-tempat lain dipergunungan. Orang-orang yang bernasib baik kerana dapat lagi menyambungkan nyawa.
Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan bantuan kepada pelarian-pelarian ini seberapa terdaya dan yang tinggal di
Seberang Perai telah diberi kebenaran untuk membuka tanah persawahan.

James Low yang menjadi pegawai pentadbiran di Seberang Perai ketika ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya
tujuh puluh ribu orang-orang Kedah yang datang ke Penaga dan sekitarnya. Mengikut laporan lain pula, orang-orang
kedah yang berhijrah ke Telok Bahang dan Balik Pulau ialah seramai sebelas ribu orang. Mengikut satu sumber,
penduduk Kedah dalam tahun 1821 ialah seramai 180,000 orang.

Orang-orang yang tidak dapat meninggalkan kampong halaman kerana terkepong oleh kawalan-kawalan Siam atau
kerana tidak berkemampuan berhijrah, tinggallah di Kedah menghadapi zaman yang pedih dan menyayat hati dibawah
pentadbiran Raja Legor. Mereka menantikan masa kalau-kalau terbuka kesempatan dilonggarkan Tuhan untuk berhijrah
juga.

Kerajaan Pulau Pinnag telah meminta kepada Legor supaya jangan mempengapakan anak-anak raja dan orang baik-
baik yang ditawan, Dato’ Bendahara terutamanya hendaklah diberi layanan yang terhormat kerana jasanya amat besar
kepada Pulau Pinang. Berita yang diterima oleh Gabenor Pulau Pinang adalah seperti yang kita telah maklum. Dato’
Bendahara telah dirantai bebrapa lama didalam Kota kemudian telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Senggora
diracun oleh tentera Siam. Kononnya kerana ditikam tak lut, dibedil pun tak lut, lantas diracunkan supaya mati juga.
Putera kesayangan Sultan Ahmad Tajuddin, Tunku Yaakub, ditawan oleh Siam masa hendak menaiki perahunya
melarikan diri ke Pulau Pinang. Dibawa ke Legor dan hilang tidak terdengar sebarang berita.

Gabenor Belanda di Melaka tidak sabar mendengar berita Sultan Kedah diperlakukan sedemikian rupa oleh Siam telah
menghantar sebuah kapal perang yang besar dan lengkap, kepunyaan baginda Raja Holand, ke Pulau Pinang dan
meminta Inggeris membenarkan kapal ini berperang bersama-sama dengan orang-orang Melayu mengusirkan Siam
keluar dari Negeri Kedah. Inggeris memandang sejuk kepada tawaran ini dan menolaknya dengan hormat.
Negeri-negeri Perak, Selangor dan Petani telah mendesak Inggeris supaya bertindak segera keatas Siam yang
mencabul bumi Kedah. Angkatan-angkatan perang Melayu akan bersatu membantu Inggeris membersihkan Negeri
Kedah dari anasir-anasir Siam dan memberhentikan penderitaan yang dialami oleh orang-orang Melayu disana.

Kumpulan-kumpulan orang Melayu dari Sumatera iaitu Aceh, Siak, Langkat, Bedagai dan lain-lain serta kumpulan-
kumpulan dari Semenanjong termasuk dari Rembau, Terengganu, Kelantan, dan Pahang telah meluru tiba di Pulau
Pinang untuk bertindak membela Sultan Ahmad Tajuddin asalkan Inggeris memberi lampu hijau.

Ketibaan orang-orang pelarian dari Kedah ke Pulau Pinang makin bertambah saban hari membuktikan keadaan yang
tidak sehat berleluasan dengan rancaknya di Kedah. Inggeris masih bermuhtasyam, sepi dan membisu.

Sultan Ahmad Tajuddin di Pulau Pinang diselubungi oleh perasaan putus asa kerana Inggeris tidak berusaha langsung
mengusirkan Siam keluar dari bumi Kedah mengikut seperti yang di persetujui dalam perjanjian yang dibuat masa
memajak Pulau Pinang dahulu (1786) dan sekali lagi dipersetujui pula masa memajak Seberang Perai dalam tahun
1800.

Inggeris tidak mengambil sebarang tindakan kerana sebagai sebuah kuasa yang besar, dia mempunyai angan-angan
yang besar; dan sudah nasib pelanduk, kata perumpamaan orang tua-tua, matinya terhimpit diantara dua ekor
binatang yang besar.
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 2
TUNKU KUDIN

PELARIAN-pelarian Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai bertenang sejenak melihat telatah Siam dari jauh tetapi
orang-orang yang menghuni Negeri Kedah dari Terang di Utara hingga ke Sungai Kerian di Selatan yang menghadapi
penderitaan dan penghinaan selama ini telah mencetuskan pemberontakan di sana sini.

Dalam tahun 1821 Kedah mempunyai seratus dua puluh lapan buah mukim yang bererti mempunyai seratus dua puluh
lapan buah masjid bertaburan di seluruh negeri. Mengikut adat pada masa itu, sebuah masjid didirikan di tiap tempat
yang mempunyai sekurang-kurangnya empat puluh empat orang lelaki Islam yang wajib berkumpul menunaikan
sembahyang Hari Jumaat. Maka terdapatlah mukim-mukim yang luas dengan penduduk yang tidak ramai dan mukim-
mukim yang kecil tetapi padat. Umpamanya di Alor Setar, masih dikenali sebagai Kota Setar, mempunyai dua ribu buah
rumah, di Kuala Kedah terdapat seribu buah rumah, di Limbong lima ratus buah rumah, di Anak Bukit tiga ratus buah
rumah, di Padang Kerbau terdapat tiga ratus sembilan puluh buah rumah, di Derga serta Titi Siam terdapat seratus
buah rumah, di Pengkalan Gajah Mati seratus buah rumah, di Yan seratus buah rumah dan di Pulau Tiga terdapat juga
seratus buah rumah.

Di tempat-tempat lain, mengikut catitan Anderson yang membuat temu-ramah dengan pembesar-pembesar Kedah di
Pulau Pinang, orang tidak ramai dan masjidnya kecil-kecil. Di Gunong Sali terdapat tujuh puluh buah rumah, di Tajar
empat puluh buah rumah, di Akar Peluru dua puluh buah rumah, di Pagar Ayer terdapat lapan puluh buah rumah,
(sama banyak dengan rumah-rumah di Kuala Kangsar pada masa yang sama), di Padang Terap dua puluh buah rumah,
di Pedu juga terdapat dua puluh buah rumah, dan di Merbok ada enam puluh buah rumah.

Selain dari itu bertaburanlah rumah-rumah orang Melayu di pinggir-pinggir sungai dan di kawasan persawahan, di
kelian-kelian bijih dan di kaki-kaki bukit tempat mengumpul rotan dan damar. Di bawah pemerintahan Siam, tempat-
tempat ini telah lengang, masjid-masjid tidak berjumaat lagi, sawah terbiar dan bandar Alor Setar dipenuhi hutan-
hutan, kampong-kampong lain menjadi rimba, sesuai untuk melancarkan serangan-serangan gurila.

Anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin, Tunku Kudin, tinggal di Seberang Perai telah dipujuk supaya memimpin satu
angkatan perang menentang Siam. Tunku Kudin ialah anak kepada seorang Arab berbangsa saiyid dari Palembang
yang bertalian darah dengan keluarga di Raja Kedah. Nama Tunku Kudin sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin. Beliau
tinggal di Alor Setar, berhijrah ke Seberang Perai bersama orang-orang pelarian lain.

Siam di Kota Kuala Muda mengetahui sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Tunku Kudin telah mengupah beberapa
orang jahat untuk membunuh beliau. Penduduk-penduduk yang tinggal di keliling rumahnya telah berjaya mengusir
orang-orang upahan Siam ini dan menyelamatkan Tunku Kudin.

Pada suatu malam, sebiji letupan telah berjaya dipasang oleh orang-orang upahan Siam dirumahnya dan telah meletup
dengan kuat ketika manusia sedang tidur nyenyak jam tiga pagi. Tunku Kudin telah dijilat api dan melecur sebelah
tubuhnya. Azam Tunku Kudin menentang kekejaman Siam bertambah kuat apabila beliau sedar bahawa isteri beliau
dan tiga orang anak-anaknya meninggal dunia akibat letupan tersebut.

Tunku Kudin telah kehilangan semua yang disayanginya, isteri dan anak-anak, rumah dan harta benda. Yang
bertambah kuat ialah sumpah dan azam menuntut bela.

Orang-orang Melayu di Seberang Perai berkumpul memberi sokongan kepada Tunku Kudin untuk melepaskan kampong
halaman di Kedah dari cengkaman Legor. Jumlah orang-orang Melayu yang tegak di belakang Tunku Kudin tidak
Kurang dari lima ribu orang. Pada waktu dan ketika yang baik lagi sempurna, perahu-perahu kecil dan besar, beratus-
ratus buah banyaknya, lengkap dengan tetunggul dan panji-panji, telah bergerak ke Kuala Kedah. Di sepanjang jalan,
angkatan tersebut diturut-sertai pula oleh perahu-perahu dari Kuala Muda, Kuala Merbok, Kuala Yan, Kuala Sala dan
Kuala Tebengau. Selepas berihat di Pulau Bunting, angkatan Tunku Kudin terus belayar ke Kuala Kedah dan disana
ditemui pula oleh perahu-perahu dari Pulau Langkawi yang turut menghantar bantuan.

Siam-siam yang bersedia di luar Kota telah membedil perahu-perahu Melayu yang mendarat dan dibedil balas oleh
angkatan laut Melayu. Pengawal-pengawal Kota mencuba seberapa daya menghalang kemaraan orang-orang Melayu
yang ramai mendaki tembok Kota, tetapi dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati Tunku Kudin, pertahanan Siam di
Kota Kuala Kedah telah patah. Setelah beratus jiwa terkorban dari kedua belah pihak, orang Melayu dapat memasuki
Kota itu melalui Pintu Kacapuri, pintu kecil lima puluh ela arah ke Utara pintu sekarang. Tunku Kudin berjaya
menduduki Kota Kuala Kedah pada 24 haribulan April 1831.

Orang-orang Siam telah berundur ke Alor Ganu lima belas batu dari Kuala Kedah mengikut Sungai Besar. Di Alor Ganu
terdapat sebuah kota tanah yang dibuat oleh orang-orang Melayu kini dijadikan markas tentera Siam. Di Alor Ganu
orang-orang Siam bertahan, sementara satu angkatan darat telah dihantar ke Legor menyusul bantuan.

Gabnor Kedah, sebagai pemerintah tertinggi sekali pada masa itu ialah Phaya Buri Rakputon, anak kepada Cau Phaya
Nakon Ci Tammarat, Gabenor Legor. Pusat pentadbiran ialah di Kota Kuala Kedah. Adiknya sendiri Phra Sina Nucit,
yang lebih dikenali oleh orang-orang Kedah sebagai Com Pabian, menjadi timbalan gabnor. Markasnya di Alor Ganu.
Com Pabian ini lebih zalim dari abangnya dan dialah yang paling ditakuti oleh rakyat Kedah. Jadi, apabila Tunku Kudin
mengusir Buri Rakputon dari Kuala Kedah, beliau bertumpu ketempat adiknya dan menguatkan pertahanan di Alor
Ganu.

Kejayaan Tunku Kudin rupanya menjadi satu kegemparan besar kepada Inggeris di Pulau Pinang. Kononnya, mengikut
satu perjanjian antara Inggeris dengan Bangkok yang dibuat dalam tahun 1826 bersamaan dengan Tahun Anjing dalam
perkiraan tahun Siam, Inggeris hendaklah melarang dan menegah Sultan Kedah atau rakyatnya dari menyerang
mengganggu atau merusak secara mana sekalipun ke atas Negeri Kedah yang telah menjadi Wilayah Siam.

Sebagai membuktikan kepada Siam bahawa Inggeris adalah satu bangsa yang tidak pernah memungkiri janji dan
rampasan kuasa oleh Tunku Kudin itu di luar pengetahuan mereka, maka Kerajaan Pulau Pinang telah menghantarkan
senjata-senjata dan ubat bedil ke Alor Ganu.

Siam menerima bantuan Inggeris dengan dua belah tangan dan mendesak Inggeris supaya menepati kehendak-
kehendak Perjanjian Tahun Anjing itu dengan betul. Sebagai memperaktikkan tafsiran yang difahamkan oleh Inggeris
dari Perjanjian itu, Inggeris mulalah mengenakan kepongan-kepongan dan kawalan di kuala-kuala sungai dan di
sepanjang pantai Kedah supaya orang-orang dari laut tidak dapat berhubung menyampaikan bantuan dan sebagainya
yang bercanggah dengan kepentingan Siam. Bantuan yang mulanya mencurah-curah tiba kepada Tunku Kudin di Kuala
Kedah telah terhenti dengan tiba-tiba.

Inggeris telah menghantar dua buah kapal perangnya “Zephyr” dan “Emerald” untuk mengawal di laut Kedah. Tidak
lama kemudian dua-dua buah kapal itu diganti pula oleh kapal yang lebih baik dan lebih gagah iaitu kapal “Wolfe” dan
“Crecodile”. Kapal “Wolfe” sangatlah ditakuti oleh lanun-lanun Selat Melaka kerana penangannya amat berkesan kaatas
perahu-perahu lanun di antara Singapura dan Pulau Pinang. Selama ini, apabila disebut sahaja “Wolfe”, lanun-lanun
yang tahan dipahat biji mata pun akan menyusup berkeliaran mencari tempat bersembunyi, maka kapal inilah yang
dihantar untuk mengetatkan kawalan di pantai Kedah dan melemahkan Tunku Kudin.

Dalam satu pertarongan sengit antara angkatan laut Kedah dengan angkatan laut Siam di Pulau Payar bertentangan
dengan Kuala Kedah, angkatan Siam telah tewas dengan teruk. Kapal “Wolfe” tiba entah dari mana lantas merejamkan
peluru-pelurunya ke atas perahu orang-orang Melayu dan memusnahkan sehingga licin seluruh angkatan Melayu yang
ada.

Tindakan yang dilakukan oleh “Wolfe”- “Anjing Hutan” ini, adalah satu-satunya peristiwa yang unik di mana orang-
orang Melayu telah diajar begitu rupa oleh kapal laut Inggeris.

Sebelum ini, perahu-perahu Melayu telah dikejar dan ditahan supaya jangan mendarat walaupun kerana mengambil
makanan dan air, kemudian diusir supaya pulang sahaja. Kali ini “Wolfe” bertindak kasar dan amat menyedihkan pula
bila ditilik bahawa perahu-perahu Siam sentiasa dibenarkan masuk atau keluar dengan bebas di mana-mana sahaja
mengangkut ubat-ubat bedil dan sebagainya untuk menyerang perahu-perahu Melayu. Hampir seribu orang0orang
Melayu yang dibedil ke dasar laut oleh kapal “Wolfe” berkelampong kehulu kehilir berminggu-minggu di laut Kedah
selepas peristiwa itu.

Kemusnahan angkatan laut Melayu di Pulau Payar ini melumpuhkan Tunku Kudin yang bertahan didalam Kota. Tunku
Sulaiman di Kuala Perai bersiap dengan kira-kira tiga ribu orang untuk belayar ke Kuala Kedah membantu Tunku Kudin.
Tunku Sulaiman telah ditahan dan diarah dengan sombongnya supaya balik ke Kuala Perai oleh empat buah kompeni
dari Madras Native Infantry yang ke Empat Puluh Enam berpengkalan di Pulau Pinang.

Kota Kuala Kedah telah dikepong dari darat dan dari laut, makanan dan ubat bedil telah kehabusan, penyokong-
penyokong juga ramai yang mendapat sakit dan ramai pula yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan
bendera merah harimau melompat, iaitu bendera Kedah pada zaman itu. Bendera merah dengan gambar gajah puteh
telah dibantu oleh bendera “Union Jack”.

Kota Kuala Kedah dibedil siang malam tidak berhenti-henti sehingga kemungkinan untuk bertahan lebih lama menjadi
mustahil. Ramai orang-orang Melayu yang pulang ke Pulau Pinang, dan Seberang Perai, diiringi oleh kapal-kapal
“Wolfe” dan “Crocodile” dari belakang.

Kumpulan yang paling akhir sekali bersama Tunku Kudin tinggal Cuma tiga puluh orang lagi. Tiga puluh orang ini telah
berjuang beberapa hari menangkis serangan-serangan Siam semata-mata hanya dengan keberanian dan kegigihan
yang luar biasa timbul dari keinginan mensyahidkan diri demi keluhuran kota pesaka dan watan seluruhnya. Nasi gerit
dan manisan tebu yang menjadi ayapan orang berperang, telah habis dan ubat bedil juga telah berkurangan. Meriam-
meriam seperti “Katak Puru” dan “Badak Berendam” serta berpuluh-puluh pucuk lagi meriam lain di Kota itu kononnya
telah ada yang berdentum dengan sendirinya sebab tidak cukup kakitangan yang boleh mengawasi.

Tetapi, seperti kata pantun yang diabadikan sehingga sekarang:-

Pulau Sembilan tinggal delapan,


Satu merajuk ke Kuala Kedah;
Sudah nasib perminta badan,
Kita di bawah kehendak Allah;

Maka pada 4 haribulan Oktober, 1831; bantuan Siam dari Legor telah tiba di Kuala Kedah: tujuh ribu tentera dan 300
ekor gajah, menyerang Kota usang itu dari empat-empat penahapnya. Tunku Kudin dengan tiga puluh pahlawannya
berjuang habis-habisan sehingga Tunku kudin sendiri telah luka parah di dada dan di pahanya, ubat bedil sudah habis
pula.

Tunku Kudin terjatuh, tangannya terkapai-kapai memanggil seorang panglima yang paling karib supaya
menghampirinya. Nama panglima itu tidak diketahui lagi, mereka berpeluk-peluk dan kedengaran mengucap dua
kalimah syahadah. Kemudian Tunku Kudin menghunus keris pendeknya lantas menikam panglima itu dan panglima itu
pula menikam beliau, masing-masing mengelupur sehingga sejuk dan kaku: Seorang di kiri dan seorang di kanan.
Kononnya begitulah persetiaan mereka berdua. Biar mati sama sendiri jangan mati dibunuh Siam.

Siam menembusi pintu Kota dan membunuh pahlawan-pahlawan Melayu yang masih hidup. Mengikut “Singapore
Chronicle”, mayat-mayat yang bergelimpangan di sekitar Kota Kuala Kedah yang menjadi medan pertemporan yang
dahsyat itu adalah di antara enam ribu hingga sepuluh ribu orang. Yang paling banyak terbujur ialah ialah orang-orang
Siam kerana angkatan perang mereka jauh lebih besar dari angkatan perang Melayu. Walaupun lapuran “Singapore
Chronicle” tidak berapa tepat tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kumpulan tiga puluh yang terakhir dari angkatan
Tunku Kudin bukanlah gerombolan sembarangan, cuma kerana “sudah nasib perminta badan”. Mungkin, kalau tidak
disokong Inggeris, Siam tidak dapat lagi bertapak di Kedah, dan Kota Kuala Kedah pulang ketangan yang empunya nya.
Tunku kudin menduduki Kota Kuala Kedah selama lima bulan dan lima belas hari.

Cerita Tunku Kudin tidak tamat begitu sahaja selepas beliau mati. Kepalanya dipanggal dan dibawa ke Legor dengan
gajah. Tiba di sana, kepala itu diletakkan di atas talam tembaga yang berkaki, beralas dan berenda, kemudian di tatang
oleh panglima perang Siam yang paling tua, sambil mengisut menyembahkannya kepada Raja Legor, Cau Phaya Nakon
Si Tammarat. Beliau sangat ingin hendak menatap wajah pahlawan Melayu begitu handal dan gagah, sangat dikagumi
oleh orang-orang Siam.

Raja Legor memandang dengan tidak terkelip matanya, terpesona juga dengan janggut jambang dan rambut menjejak
tengkok di kepala yang tak berbadan itu – masih haibat dan menggerunkan. Kadar sejenak, Raja Legor bertanya “Mana
badannya?”. Panglima Perang menggelengkan kepalanya dan menyembah, “Tidak berguna Cau Phaya, hatinya sudah
dimakan orang”.

Entah benar entah tidak, tetapi inilah riwayat kepala di atas talam yang satu-satunya pernah didengar di dunia ini,
selain dari kepala “John the Baptist” yang dipersembahkan kepada King Herod Antipas oleh tukang-tukang kelarahnya
lebih 2,000 tahun dahulu.

SERANGAN SIAM KEATAS LANGKAWI

Lazimnya pokok-pokok lada memutih berbunga di dalam bulan Jun dan buahnya memutik di dalam bulan Ogos. Gugus-
gugus yang menghijau mula masak dan bertukar ke warna merah sebelum menjadi hitam legam dalam bulan
Nobember.

Apabila warnanya telah hitam legam barulah dapat dipunggut dan dijemur sebelum dijual kepada pedagang-pedagang
yang datang dengan perahu dan tongkang dari Pulau Pinang dan dari Sumatera. Kerja memetik lada ini berlangsong
sehingga dua tiga bulan.

Kadang-kadang kapal Eropah dari Belanda atau Perancis, juga kapal Portugis, singgah di Pulau Langkawi membeli lada-
lada di sini kerana lada Langkawi dianggap paling baik di seluruh Kepulauan Melayu.

Lada-lada yang masih muda boleh dibuat hulam dan kerabu, kemudian bila dicampur denga buah-buah lain boleh
dibuat acar atau jeruk yang sedap. Pokok lada tumbuh membelit di batang-batang pokok lain dan berbuah dengan
lebat didalam kampong-kampong di kaki Gunong Raya. Lada di Pulau ini disukat dengan gantang dn tidak ditimbang
seperti di tempat-tempat lain. Pedagang-pedagang sangat suka membeli dengan gantang kerana penjualnya tidak
menipu. Ditempat-tempat yang menggunakan timbangan, lada-lada di sana dicampur air, digaul dengan pasir atau batu
supaya berat.

Sesebuah kapal biasanya membeli empat puluh bahara lada hitam iaitu sebanyak hampir-hampir sepuluh ribu gantang.
Perusahaan lada menjadikan Langkawi sebuah pulau yang mashyur dan penduduknya sebok sepanjang tahun.

Ketika penduduk langkawi sebok memetik lada hitam, saudagar-saudagar sebok tawar menawar dalam bulan
Nobember, 1821, tentera-tentera Siam sampai dari Legor denga tujuan memusnahkan Langkawi menjadi padang jarak
padang terkukur. Serentak dengan serangan keatas Kuala Kedah, Siam telah mendarat di Padang Mat Sirat dengan
empat tugas yang penting iaitu membunuh semua orang yang melawan, menawan orang yang dewasa, memusnahkan
rumah tangga serta tanam-tanaman, dan merampas harta benda yang berharga.

Kira-kira tujuh pernama sebelum ini, Mahsuri telah dibunuh di Padang Mat Sirat oleh Dato’ Kerma Jaya. Belum reda
kisah-kisah itu dibualkan orang, Dato’ Kerma Jaya menghadapi pula serangan dari Legor yang berazam menhancurkan
seluruh Negeri Kedah. Dato’ Kerma Jaya dibantu oleh penolongnya yang cekal, Dato’ Panglima Hitam. Mereka berdua
menyusun dan mengarahkan pertahanan sepulau dan perairan sekelilingnya. Gendang raya di Bohor Masjid atas bukit
di Mukim Temonyong dipukul lagu perang. Hujan panas turun renyai-renyai.

Langkawi mempunyai penduduk seramai empat ribu orang pada masa ini dan beribu-ribu lagi yang tinggal di Pulau
Telibun dan Pulau Terutau. Serangan Siam yang telah lama juga di duga oleh orang-orang Melayu terutamanya oleh
orang-orang yang pernah berulang alik ke Setol dan Legor, ditentang seberapa terdaya. Kepada orang-orang Siam
Langkawi merupakan satu benteng Kedah yang paling kuat dan lebih sukar dari menakluki seluruh tanah besar. Di
Langkawi Siam melancarkan gerakan “Bumi Hangus” yang dahsyat sehingga sehelai kangkong laut pun tidak di tinggal
menghijau di Pantai Padang Mat Sirat.

Berkoyan-koyan beras di gudang Dato’ Kerma Jaya yang dikumpul untuk menyara anak-anak buah dan orang-orang
pelarian telah dibakar oleh Siam. Sedang asapnya menggulung naik ke langit, hujan lebat telah turun dengan tiba-tiba.
Beras yang seharusnya menjadi habu tertinggal menjadi beras juga untuk disaksikan oleh orang kemudian, warnanya
hitam seperti arang.

Bila hari hujan, beras terbakar ini boleh dipungut dari pasir-pasir yang dinaungi oleh pohon-pohon kelapa. Dibawah
pohon-pohon kelapa itu terbujur kubur-kubur kesatria dan serikandi yang telah terkorban. Setengahnya bernisan,
banyak yang tidak.

Seperti yang berlaku di Kuala Kedah turut berlaku di Langkawi. Orang tua-tua, lelaki dan perempuan, serta anak-anak
berselirak tidak tentu arah. Yang baru balik dari laut rasakan gila kerana belum kering kain dipinggang terpaksa turun
ke perahu pula dan terus berkayuh ketengah laut. Yang muda-muda di arah mempertahankan kampong bersama
satria-satria Dato’ Kerma Jaya dan Dato’ Panglima Hitam. Orang-orang perempuan dan kanak-kanak dikawal oleh orang
tua-tua berhanyut ke tengah lautan luas supaya tidak dapat ditawan oleh orang-orang Siam. Dari jauh mereka
memandang asap yang menggulung, membakar bumi Langkawi. Setengahnya bernasib baik sampai di Pulau Pinang
bertemu dengan pelarian-pelarian yang lebih ramai mencurah-curah dari tanah besar Kedah. Setengahnya bertemu
dengan perahu dari Kuala Kedah yang ingin menuju ke Langkawi dinasihati supaya mengubah fikiran dan menuju ke
Selatan sahaja. Setengahnya dengan perahu sebesar tapak tangan mengikut arus hingga ke Siak dan ke Acheh.

Ramai orang-orang Langkawi yang tinggal turun temurun di Siak, Batu Bara, Tanah Acheh dan sekitarnya berasal dari
pelarian-pelarian perang ini, sama ramai dengan orang-orang dari sana yang turun temurun tinggal bertanah air di
Langkawi pula.

Di Pulau, perjuangan tidak kenal batasan sebab laut berkelilingan. Yang tidak bernasib baik di tawan oleh Siam
kemudian dibunuh ditengah laut. Yang berumur panjang di cucuk cuping telinga dengan rotan sega, diseret supaya
menaiki perahu beramai-ramai, seorang terjatuh ramai turut merendahkan diri kerana rotan seutas mencucuki cuping
nan banyak. Seperti ikan yang dikarang orang-orang ini dibawa ke Legor menjadi orang suruhan pembesar-pembesar
Siam dan kononnya menjadi penari “Wayang Lakon” di sana.

Beratus-ratus orang Melayu yang tinggal di Legor berkumpul di sebuah kampong yang dipanggil “Kampong Pulau”
mengakui asal mereka dari Langkawi hingga sekarang ini. Yang tua-tuanya pandai mengulangi kisah-kisah Mahsuri
kepada anak cucunya dan memesan kepada orang yang pergi ke Langkawi supaya membawanya balik sedikit air dari
Tasik Dayang Bunting buat diminum cucunya yang mandul.

Sebelum berakhir tahun 1821, sekurang-kurangnya dua kali lagi Siam dari Legor menyerang Pulau Langkawi secara
besar-besaran. Legor amat marah kepada Langkawi bukan sahaja kerana keindahan dan kemasyhurannya tetapi juga
kerana penangan-penangan dari Pulau ini amat haibat sekali. Apabila pelarian-pelarian dari kuala Kedah berhijrah ke
sini, benteng Pulau bertambah kuat dan serangan-serangan hendap ala Langkawi iaitu bertindak dari sebalik pulau-
pulau yang berselirak memberi pukulan haibat keatas orang-orang Siam.

Dalam satu serangan dalam bulan Disember tahun itu, angkatan Siam telah mendapat bantuan dari tentera-tentera
Setol dan Lungu. Tetapi ramai yang tidak dapat balik ke Setol dan ke Lungu lagi kerana diserang oleh orang Langkawi
yang tiba-tiba muncul dari celah-celah pulau yang tidak berpenghuni dan ramai yang terjelir lidah kerana terminum air
dari perigi-perigi beracun.

Satu angkatan Siam berjaya mendarat hingga ke Ulu Melaka. Di Ulu Melaka mereka terpegun melihat orang-orang
Melayu telah meninggalkan rumah-tangga berkumpul kecil besar tua dan muda di masjid. Masjid itu lantas dibakar
supaya rentong bersama dengan manusia didalamnya tetapi api tidak mau marak. Kawasan masjid telah musnah dijilat
api tetapi masjid sendiri tidak terbakar dan manusia-manusia di dalamnya menyerah diri kepada tuhan dengan tenang.

Masuk waktu Lohor Imam memerintahkan bilal melaungkan azan, “Allah-u Akbar, Allah-u Akbar.......! Ketika itulah
tentera-tentera Siam mengundurkan diri berpusu-pusu lari arah kepantai tempat perahu-perahu mereka bertambat.

Sebahagian besar orang-orang Ulu Melaka tidak muat didalam masjid itu. Mereka yang bersembunyi di luar masjid
menggempur Siam-siam yang sedang berkeliaran supaya lebih cepat sampai kepantai. Di sana perahu-perahu mereka
sudah pun dirampas noleh orang-orang Melayu. Dari masjid ulu Melaka ke pantai paling hampirnya ialah sejau empat
batu tetapi Siam-Siam ini memilih jalan yang lebih jauh seolah-olah memberi kesempatan kepada orang-orang Melayu
menggunakan panah beracun mereka. Hampir kesemua tentera-tentera Siam kali ini gugur untuk dijadikan baja pokok-
pokok kelapa dan bantu menyuburkan pokok-pokok lada mereka yang akan ditanam semula.

Ketika bumbong Masjid Ulu Melaka ini diganti dengan yang baru beberapa bulan sudah baru-baru ini, tiangnya masih
yang seratus enam puluh tahun itu juga; terdapat kelarai-kelarai kesan asap dan jelaga. Bedebar juga mengenangkan
deraan orang yang tabah dan tebal imannya berdiri di dalam masjid tidak gentar kepad api yang menggila di luar
kerana di dalam dadanya lebih panas lagi api iman. Di samping masjid bertuah itu bertemu pula orang baru-baru ini
sepasang nisan seorang serikandi yang syahid pada zaman itu.

Dato’ Kerma Jaya menyusun rapi angkatan laut Langkawi supaya keselamatan penduduk-penduduk Pulau terjamin dan
musuh tidak akan menelus kedarat dengan tidak disedari. Seperti yang diduga, satu angkatan Siam telah tiba pada
penghujung tahun 1821 dan berlakulah satu pertarungan yang paling haibat dalam sejarah Pulau Langkawi.
Pertempuran sengit antara angkatan-angkatan Dato’ Kerma Jaya dengan angkatan Siam berlaku di Selat Bagalah Balik
iaitu antara Pulau Besar Langkawi dengan Pulau Bumbun. Dua-dua pihak telah kehilangan banyak jiwa dan dalam
pertempuran inilah Dato’ Kerma Jaya mendapat luka parah. Beliau tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya terus
memekik arahan supaya pengikutnya terus berjuang. Tiba-tiba badannya terlontar kedalam laut dan tak dapat
diselamatkan.

Dato’ Panglima Hitam turut mendapat luka-luka parah di dadanya dan menghembuskan nafas yang akhir sama sehari
dengan Dato’ Kerma Jaya. Dato’ Panglima Hitam sempat di bawa ke darat dan di kebumikan di Telaga Tujuh tempat
yang sentiasa sejuk di pinggir Gunong Mat Chincang. Setengah riwayat mengatakan kuburnya di Ujong Buloh iaitu di
tanjong yang paling selatan menghadapi laut lepas tempat beliau meninjau layar-layar perahu musuh sepanjang
hidupnya. Panglima Hitam dianggap keramat di Langkawi dan Panglima Hitam tidak mati-mati malahan masih berkawal
di sana sini di Pulau Langkawi.

Di Tanjung Tirai terdapat sebuah kuburan sepanjang tiga depa. Nisannya dapat dilihat dari laut tegap diatas bukit.
Kononnya ialah kubur Dato’ Kerma Jaya, tetapi disangsikan oleh anak cucunya kerana Dato’ Kerma Jaya berkubur di
laut – lebih panjang dari tiga depa.

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 3


BURMA, INGGERIS DAN MELAYU MENGHADAPI SIAM

Sultan Ahmad Tajuddin mengutuskan Cik Lanang, Cik Muhamad Ali, Penghulu Sira dan Nakhuda Sembuang menemui
Raja Burma supaya membantu Kedah. Raja Burma bersimpati dengan nasib Sultan Ahmad Tajuddin dan ingin
mengetahui kedudukan yang lebih pasti sebelum menghulurkan bantuannya. Buat sementara waktu Raja Burma hanya
dapat mengirimkan hadiah empat puluh koyan beras dan lain-lain kepada sultan. Raja Burma meminta Sultan Kedah
mengirimkan kepadanya beberapa bahara bijih timah untuk dibuat bumbong istananya dan bagi harga bijih timah itu
dikirimnya pada 30 koyan beras yang berasingan.

Surat dari Raja Burma sedap juga bunyinya jika dibandingkan dengan surat orang-orang hari ini: ‘Inilah surat daripada
kami, “katanya, “Raja Tawai Singgahsana Emas kepada Raja Kedah yang memerintah 118 buah bandar; Memaklumkan
bahawa kami telah menerima maklumat-maklumat bahawa Siam telah mencabul negeri Kedah. Terimalah hadiah kami
yang tidak sepertinya iaitu satu persalinan pakaian dari kain Burma yang halus, sekaki payung berkaki panjang, sebuah
pelana menunggang kuda, meja makan dari kayu yang berempelas dan berlakar. Terima kasih atas hadiah sebuah jam
besar yang dipersampaikan oleh Cik Lanang dan Cik Muhamad Ali”.

Anihnya raja Singgahsana Emas ini memerlukan timah dari Kedah untuk bumbung Singgahsana emasnya. Dan
malangnya Inggeris sedang bermusuhan dengan Burma. Isi-isi surat ini semuanya diberitahu kepada Siam dan Inggeris
lantas menyerang negeri Burma dan menduduki Tenassirim, Tawai dan Margi dalam tahun 1824 juga.

Kebimbangan Siam akan meluru ke Perak dan menjajah seluruh Semenanjung Melayu dalam tahun 1824 dirasa oleh
Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang. Bagi menyekat nikat Siam, Inggeris menghantar Kapten Burney ke Kuala Kedah dan
membuat perjanjian dengan Chow Than iaitu Cau Phya Nakon Si Tammarat. Di Kuala Kedah, Burney telah mengaku
tidak akan mengganggu Kebebasan Siam mentadbir negeri Kedah dan akan menolong Siam menyekat dan
memusnahkan pemberontakan orang-orang Melayu terhadap Siam. Siam mengaku tidak akan menyerang Perak atau
Selangor.

Niat Siam yang sebenarnya ialah hendak menyerang Pulau Pinang dan mengambil Sultan Ahmad Tajuddin. Tetapi
kerana Burney pandai menyebut “Kap” kepada semua kehendak-kehendak Cau Phya Nakon Si Tammarat, Pulau Pinang
terselamat.

Burney dihantar ke Bangkok dalam tahun 1826 kerana merundingkan beberapa hal termasuklah perkara
mengembalikan Sultan Kedah ke atas takhtanya semula. Entah bagaimana, Burney membuat pengakuan bahawa Siam
adalah berhak memerintah negeri Kedah. Burney masih mengaku “Kap” kepada Raja Siam di Bangkok. (“Kap”dalam
bahasa Siam ialah “Yes Sir” dalam Bahasa Henry Burney) dan “Kap” lagi apabila Raja Siam mendesak Inggeris
menyekat pemberontak-pemberontak Melayu mengusir Siam dari Negeri Kedah dan “Kap” lagi supaya Sultan Ahmad
Tajuddin di “buang negeri” jauh dari Wilayah Siam.

Captain Henry Burney berkhidmat dengan Bengal Native Infantry dan biasa berperang di Tanah Jawa di bawah arahan
Lord Minto. Selepas itu beliau tinggal di Pulau Pinang menjadi Setiausaha Militari kepada Gabenor Pulau Pinang. Burney
lancar berbahasa Thai dan Melayu. Perjanjian yang dibuat di Bangkok antara Burney dengan Maharaja Siam ialah
lanjutan yang lebih muktamad dari perjanjian asas antara beliau sendiri dengan Cau Phya Nakon Si Tammarat di Kuala
Kedah. Perjanjian Bangkok 1826 ini digubah dalam Bahasa Thai terlebih dahulu dan Burney amat riang sekali kerana
dapat menggunakan bahasa itu dengan Maharaja Siam sendiri serta menteri-menterinya. Apabila warkah Siam itu
hendak diterjemahkan ke Bahasa Inggeris timbullah kelamkabutnya kerana ayat-ayat bahasa Siam boleh diterjemahkan
ke tiga atau empat maksud dalam Bahasa Inggeris.

Sultan Kedah membantah keras persetujuan yang dibuat oleh Burney dan Baginda tidak ingin berganjak dari Pulau
Pinang. Gabenor Inggeris di Pulau Pinang tidak dapt berbuat apa-apa kerana pendapat umum di Pulau Pinang
menyebelahi Sultan Ahmad Tajuddin dan Captain Henry Burney pulang ke Pulau Pinang menjadi tumpuan ejekan
orang-orang yang mengikuti kegagalannya di Bangkok. Gabenor Inggeris di Pulau Pinang pada masa itu tidak senang
dengan pencapaian yang dibuat oleh Burney dan kesal atas sikap Burney yang dianggap terlalu “kap”dengan Siam.
Burney telah dituduh sebagai pengkhianat menjualkan Kedah kepada Siam kerana mengakui Kedah bulau-bulat sebagai
Wilayah Siam. Sebelum ini Kedah dipandang sebagai Wilayah Melayu yang berdaulat oleh Inggeris.

Terdengar bisikan kononnya Gabenor Legor meminta Gabenor Pulau Pinang membayar sepuluh ribu ringgit wang
pajakan Pulau Pinang itu kepadanya kerana dialah yang menjadi tuan negeri Kedah sekarang. Siam mendakwa bahawa
dengan wang elaun itulah Sultan melancarkan serangan-serangan ke atas Siam tetapi Inggeris meyakinkan Siam
bahawa Sultan tidak dapat berbuat apa-apa kerana setiap gerakgeri baginda diperhati dan dikawal ketat.

Selepas ini inggeris mulalah menggunakan elaun sepuluh ribu ini sebagai satu senjata menekankan Sultan untuk akur
dengan kehendak-kehendak mereka. Silap sedikit sahaja elaun Sultan di tahan atau diperkurangkan.

Inggeris mahukan beras dan gula dari Siam. Sedangkan Siam mahukan candu dan kain-kain India dari Inggeris.
Sementara itu Inggeris memerlukan pula bijih timah dari Kedah, Petani, Perak dan Ujung Selang. Inggeris menyerang
Burma dengan harapan Siam akan membantunya menundukkan negeri itu tetapi polisi Siam selama ini ialah melaga-
lagakan orang lain supaya dia sahaja yang kuat.

Mengadakan perhubungan dengan Siam adalah seperti menjaga minyak yang penuh.

Orang-orang Melayu masih ramai yang tinggal di Kedah di bawah pemerintahan Siam. Sekurang-kurangnya dua puluh
ribu orang masih berada di Kedah dalam tahun 1825. Tentera-tentera Siam yang menjalankan pentadbiran negeri pada
satu-satu masa tidak lebih dari lima ratus orang. Orang-orang Melayu sendiri yang ramai mengawal kota-kota dan
benteng-benteng mustahak sebagai orang-orang upahan Siam.

Nakhoda Udin umpamanya ialah seorang Lanun yang handal dari Legor, mengganas di Kurau dalam Negeri Perak bagi
pihak Nakorn Si Tammarat. Apabila ditangkap oleh James Low beliau di bela oleh Gabnor Legor dan pegawai Inggeris
yang menangkapnya di gantung kerja. Bagaimanapun Inggeris menghantarnya ke Legor dengan Lapuran Panjang
mengenai aktiviti-aktivitinya di perairan Semenanjung supaya dihukum sendiri oleh Gabnor Legor. Di Legor, Nakhoda
Udin tidak dihukum malahan diberi persalinan oleh Cau Phya Nakorn Si Tammarat dengan hadiah-hadiah yang istimewa
pula.

Nakhoda Udin ditemui sekali lagi di Pulau Bunting dan Kuala Merbok mengepalai satu angkatan tiga belas atau empat
belas buah perahu membantu Inggeris mengusir perahu-perahu Melayu yang mungkin ingin mendarat di situ.

Pengikut-pengikut Nakhoda Udin terdiri dari orang-orang Melayu yang kadang-kadangnya lebih ganas dari orang-orang
Siam. Di Kota Kuala Muda seorang panglima Melayu bernama Tok Mohd. Noor amat ditakuti oleh orang-orang di sana.
Kemungkinan besar ia mempunyai hubungan rapat dengan Nakhoda Udin, siang tidur dan malam berjaga.

Apabila Tunku Kudin berkuasa di Kedah dalam tahun 1830 ramai juga orang-orang Melayu yang belot kepada raja dan
tanahair di musnahkan bersama dengan tentera-tentera siam. Terdapat seorang anak raja yang tidak sempat dihukum
oleh Tunku Kudin tetapi menerima hukuman yang lebih dahsyat dari tangan siam yang dianggap rakan karibnya.

Adik Sultan Ahmad Tajuddin sendiri, Tunku Yaakub, sebapa lain ibu, dikenali juga sebagai Tunku Embun telah
memohon kepada Sultan Ahmad Tajuddin untuk memerintah Perlis dan Setol. Berkali-kali permohonannya ditolak oleh
Sultan kerana Tunku Yaakub hendak dijadikan raja Muda dan Perlis dengan Setol hendak diberikan kepada Tunku-
Tunku lain. Tunku Yaakub melayani perasaan tersinggongnya terus membawa diri ke Legor.

Tunku Yaakub mengadap Cau Phaya Legor menyembahkan laporan-laporan peri Sultan Ahmad Tajuddin kononnya
tidak mentadbirkan Negeri Kedah dengan sempurna dan sedang bercadang hendak mengubahkan ibu negeri dari Kuala
Kedah ke Kota Kuala Muda supaya lebih jauh dari Cau Phaya Nakorn Si Tammarat. Tunku Yaakub sendiri membuat
pengakuan akan bersedia membantu Legor kiranya Legor hendak menyerang Negeri Kedah. Tunku Yaakub atau Tunku
Embun seterusnya bersubahat dengan Cau Phaya Legor mengaturkan strategi memasuki Negeri Kedah dari jalan laut
dan jalan darat. Kejayaan Siam menduduki Negeri Kedah dalam tahun 1821 bersabit besar dengan bantuan pribadi dari
Tunku Yaakub ini.

Kedah terus dipecah empat kepada Wilayah Setol, Kubang Pasu, Perlis dan Saiburi iaitu kawasan Kedah yang berbaki
dari tiga wilayah tadi. Setol diperintah oleh Tunku Bisnu adik Sultan Ahmad Tajuddin, Perlis oleh Syed Hussein bin Syed
harun Jamalullail anak saudara Sultan dan Kubang Pasu diperintah oleh Tunku Anum: anak saudara baginda juga. Masa
ini sempadan Kubang Pasu di utara letaknya di Sadoo dan lebih luas dari keadaannya sekarang. Saiburi diberi kepada
Tunku Yaakub. Raja-raja ini memerintah dibawah arahan Cau Phya Nakorn Si Tammarat yang diwakili oleh dua orang
anaknya.

Kejayaan Tunku Kudin menduduki Negeri Kedah buat beberapa waktu telah menggemparkan Inggeris dan memberi
kesan besar kepada Legor kerana ramai tentera-tenteranya menjadi korban. Legor dapat mengukur kekuatan Melayu
dan hakikatnya amat mencemaskan. Apabila Siam menduduki Kedah semula selepas Tunku Kudin dapat dipatahkan,
sikap dan reaksi Siam telah berubah. Mereka tidak lagi mempercayai orang-orang Melayu.

Phra Sena Nuchit, Timbalan Gabnor di Kedah dikenali sebagai Chum Pabian, yang memerintah Kedah bagi pihak
abangnya mempersilakan Tunku Yaakub dan anaknya Tunku Sulaiman supaya datang ke Balai Alor Ganu selepas
sembahyang Hari Raya Haji tahun 1831 (1244 Hijrah). Dalam perjumpaan itu Chum Pabian memberitahu Tunku Yaakub
supaya bersedia menjalankan tugasnya semula sebagai Sultan. Apabila Tunku Yaakub menyatakan kesediaannya dan
sanggup menjadi sultan, Chum Pabian mengarahkan beliau dan anaknya Tunku Sulaiman supaya berpakaian lengkap
sebagai Sultan yang penuh kebesaran dan berangkat ke masjid membuat kenduri aruah kemudian berangkat pula ke
makam datok neneknya membaca doa di sana sebelum ditabalkan menjadi Sultan Kedah.

Upacara itu dilangsungkan pada Hari Raya Ketiga oleh Tunku Yaakub dengan pengikut-pengikutnya. Tetapi malangnya,
apabila Tunku Yaakub dan Tunku Sulaiman sampai di Langgar, dipinggir Makam Datok Neneknya, beliau telah
ditangkap oleh tentera-tentera Siam. Di situ juga mereka berdua telah diikat dan dihamun seranah oleh Chum Pabian.
Chum Pabian mengungkit kegiatan Tunku Yaakub mendesak ayahnya Cau Phya Nakorn Si Tammarat supaya
menyerang Kedah dan menyingkirkan Sultan Ahmad Tajuddin. Kemudian Tunku yaakub dituduh pula bekerjasama
dengan Tunku Kudin membunuh orang-orang Siam. Chum Pabian sendiri menghunus goloknya dan membelah dada
Tunku Yaakub dan Tunku Sulaiman; dia hendak melihat hati anak raja yang mengkhianati raja dan bangsanya,
kemudian mengkhianati pula rakan dan tuannya.

Siam mengkebumi anak raja dua beranak ini didalam Kota Makam Di Raja Di Langgar. Tetapi apabila Sultan Ahmad
Tajuddin balik memerintah Kedah semula dalam tahun 1843, mayat-mayat anakraja dua beranak ini dikeluarkan
semula, dimandi, dikapan dan ditahlilkan kemudian dikebumikan diluar kota. Apabila makam ini iperluaskan, makam
anakraja dua beranak ini termasuk kedalam kota tetapi hingga kini tidak terhias, tidak berbina dan jarang-jarang
dilawati orang.

KEDAH BERSIAP HABIS-HABISAN

Apabila Siam berjaya menduduki semula Kota Kuala Kedah selepas merebutnya dari tangan Tunku Kudin, mereka
mulalah membuat desakan supaya Sultan Ahmad Tajuddin yang tinggal di Pulau Pinang di serah kepada mereka untuk
di bawa ke Bangkok. Inggeris mengawal Istana Kedah di Jalan Kelawai tempat Sultan Ahmad Tajuddin bersemayam
dengan ketatnya. Bukan sahaja takut Tunku Sultan di colek oleh orang-orang Siam tetapi lebih takut kepada manusia di
Pulau Pinang yang mungkin memakan upah dari Siam dan membuat tindakan yang boleh merugikan kepentingan
Inggeris, jadi Sultan Ahmad Tajuddin hidup selama ini sebagai orang tahanan di dalam rumah tak boleh keluar dan tak
boleh membuat perhubungan dengan dunia luar.

Untuk menyenangkan pengawalan, Inggeris telah memaksa Sultan supaya berpindah ke Melaka. Tetapi Sultan telah
enggan berbuat demikian kerana ini akan menjauhkan baginda dari pengikut-pengikutnya yang setia dan boleh
mematahkan semangat perwira-perwira Melayu yang memandang baginda sebagai tonggak kedaulatan yang mesti
dikembalikan semula ke atas takhta di Kedah.

Hujung tahun 1831 Siam mendesak Inggeris supaya Sultan di pindahkan ke mana-mana tempat lain dari Pulau Pinang,
Seberang Perai, Perak, Selangor atau Burma. Inggeris memilih Melaka untuk Sultan dan membawa baginda anak
beranak berangkat ke Kampung Pantai di Melaka dengan hujung benet di belakang baginda.

Di Melaka, Sultan Ahmad Tajuddin dikerumuni oleh pengikut-pengikutnya yang setia dan di antaranya terdapat
beberapa orang kesatria dari Petani. Orang-orang Petani telah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka
kerana Siam telah melanggar negeri itu dalam tahun 1832 dan ramai orang-orang Petani yang berhijrah ke Perak, dan
membuka kampung halaman di sana.

Raja Petani telah berundur ke Kelantan kerana di sana berada empat orang saudaranya yang menjadi Raja-raja Kecil di
empat buah wilayah di Kelantan. Tentera-tentera Siam telah menyerang Kelantan dan mendesak orang-orang Kelantan
supaya menyerahkan Raja Petani dan empat orang saudaranya kepada mereka. Kalau tidak, Kelantan akan menerima
nasib seperti Kedah dan Petani juga. Masa inilah orang-orang Kelantan telah bertindak menyerahkan Raja Petani lima
bersaudara kepada Siam dan membut sumbangan sebanyak epat puluh ribu ringgit duit Sepanyol dan sepikul emas urai
pula sebagai pemujuk supaya Kelantan tidak di apa-apakan.

Entah bagaimana Siam berpuas hati menerima Raja Petani seorang sahaja menjadi tawanannya dan wang Sepanyol
tiga puluh ribu ringgit serta enam urai sepuluh kati. Siam pun baliklah ke Bangkok mengheret Raja Petani dan anak
pinaknya yang di ikat dengan rantai besi bersama-sama.

Enam minggu kemudian, lebih daripada empat ribu orang rakyat Petani, Senggora dan lain-lain wilayah Melayu di cucuk
telinga masing-masing dengan rotan sega lalu di yong naik kapal di bawa ke Bangkok menjadi hamba abdi. Orang-
orang Petani yang sempat berhijrah ke Kelantan dan Perak terselamat dari malapetaka ini. Diantaranya ramai yang
berhasrat membantu Sultan Ahmad Tajuddin menewaskan Siam, dan mula menghantar rombongan-rombongan kecil ke
Kedah, ke Pulau Pinang dan ke Melaka.

Tak semena-mena, Sultan meminta izin Inggeris menziarahi keluarganya di Siak. Kebenaran di beri dan Sultan pun
bersiap. Tetapi Inggeris terkejut melihat Sultan Ahmad Tajuddin berkelencong ke Bruas di Perak dan di Bruas baginda
telah mengumpul ramai pahlawan-pahlawan Melayu untuk menyerang Siam di Kedah. Inggeris telah berkasar dengan
baginda secara menghantar sepahi-sepahi membedilkan kota buluh yang dibuat oleh orang Bruas dan memaksa
baginda menaiki kapal mereka dan menghantar baginda balik ke Melaka.

Kapal “Zephyr” telah diarah mengawasi orang-orang Melayu di Bruas. “Zephyr” melapurkan dalam bulan April, 1836
bahawa orang-orang Melayu masih lagi membut persediaan hendak berperang, masing-masing sebok ke sana ke mari
mengumpul ubat bedil dan ada kabarnya Belanda telah memberi sokongan moral dan material kepada orang-orang
Bruas. Raja Muda Perak sendiri sampai di Bruas dengan 40 buah perahu, penuh memuatkan panglima-panglima perang
yang rela sehidup semati dengan orang-orang Kedah.

Gabenor Pulau Pinang melarang “Zephyr” bergerak dari Bruas supaya sebarang kebangkita dapat dipadamkan segera.
Bagi menjamin keselamatan Pulau Pinang, Gabnor Inggeris telah menyewa dua buah kapal yang dilengkapi dengan
meriam-meriam supaya membedilkan angkatan laut Melayu dari Perak yang melintasi Selat dihadapan Pelabuhan Pulau
Pinang. Inggeris mesti mengekalkan persefahaman yang baik dengan Siam. Bagaimanapun Gabenor Murchison telah
membuat lapuran ke India dengan meminta nasihat yang perlu. India menghantar 2 buah kapal perang membantu
Gabenor yang sedang ketar di dalam seluarnya kerana besar kemungkinan orang-orang Melayu akan menyerang Pulau
Pinang juga iaitu sebagai membersihkan anasir-anasir yang boleh menganggu pencapaian cita-cita mereka.

Setakat ini Pulau Pinang tidak lagi membuktikan bahawa “Kedah dan Pulau Pinang itu satu negeri” seperti yang tercatit
dalam teriti 1800 yang membolehkan mereka menduduki Pulau itu.

Kapal perang “Andromache” dan “Releigh” membuat rondaan dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi dan di perintah
supaya membedil perompak-perompak yang menganggu perniagaan orang-orang Inggeris dan kedaulatan orang-orang
Siam di Laut Kedah.

Dalam bulan Mei, 1836, Gabnor Murchison bernafas lega kerana dapat membuat lapuran bahawa beliau telah berjaya
memisahkan Perak dengan Kedah dan orang-orang Melayu sudah tidak berminat hendak berperang menentang Siam.
Selepas membuat lapuran ini beliau meminta cuti panjang dan meminta supaya dilepaskan dirinya dari menjadi Gabnor
Pulau Pinang lagi.

Bonham yang menggantikan Gabnor Murchison memberitahu India bahawa 40 buah perahu Raja Muda Perak itu
sebenarnya bukan perahu perang tetapi perahu bijih timah yang sarat meniti buih menuju ke Pulau Pinang hendak
menjual jongkong-jongkongnya kepada sahabat-sahabat mereka orang-orang Inggeris.

Orang-orang Awam di Pulau Pinang tidak sedap hati. Ramai orang-orang di Pulau Pinang yang menanam harta mereka
dari barang-barang kemas, permata, ringgit Sepanyol, dan barang-barang tembikar ke dalam bumi atau
menghantarnya keluar negeri, ke Singapura atau ke India. Dunia mesti menghadapi peperangan besar sebab wang-
wang jualan bijih timah 40 buah perahu tadi semuanya di buat membeli senapang dan ubat bedil.

PERTEMPURAN DI PULAU BIDAN

DALAM BULAN JULAI 1838 bersamaan bulan Muharram 1244 Tunku Muhammad Saad telah melancarkan angkatan
perangnya dari Kuala Merbuk untuk mara ke Terang dan mengusir Siam dari bumi Kedah buat selama-lamanya, dari
utara turun ke selatan.

Tunku Muhamad Saad ialah anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin dan pernah menjadi tawanan Siam di Legor. Chuping
telinganya masih berkerutut seperti kulit limau purut kesan dikarang rotan sega.

Tunku Muhamad Saad di bantu oleh Tunku Muhamad Akib, seorang lagi anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin telah
merancangkan segala-galanya denga penuh teliti. Mereka telah berjaya mengumpulkan orang-orang Melayu berdiri
tegap dibelakang perjuangan ini dan telah melantik Tunku Abdullah, putera sulung Sultan Ahmad Tajuddin menjadi
kepala jemaah panglima-panglima perang.

Satu angkatan laut yang berdisiplin di wujudkan di bawah amirul bahr atau Laksamananya iaitu Dato’ Muhamad Ali bin
Dato’ Kerma Jaya dari Langkawi yang diberi gelaran Dato’ Setia Segera.

Dato’ Muhamad Ali telah diutus oleh Tunku Muhamad Saad ke Batu Bara di Acheh beberapa lama untuk melengkapkan
sebuah angkatan laut yang besar mengandungi beratus-ratus buah perahu besar dan perahu panjang.

Di bawah kelolaan Dato’ Muhamad Ali Setia Segera diletakkan dua buah ketumbuk yang dipanggil “Sayap Kanan” dan
“Sayap Kiri”. “Sayap Kanan” diketuai oleh Nakhoda Lanang Pati. Bahagian belakang yang dipanggil “Ketumbuk Ekor”
mengandungi jumlah perahu yang besar sekali terdiri dari pelbagai jenis perahu dan kenaikan air orang Melayu di kawal
oleh Dato’ Muhamad Ali sendiri. Tiap-tiap sayap dan ekor di beri arahan-arahan tertentu dan jumlah perahu-perahu
semuanya menjadi rahsia yang tidak pernah disebut-sebut orang. Hingga kehari ini masih lagi tidak diketahui
jumlahnya yang sebenar. Dato’ Muhamad Ali dibantu oleh Panglima Muhamad Taib Hitam menyusun angkatan perang
yang akan bertindak dari belakang.

Sekali ini orang Melayu melancarkan perjuangan yang terakhir hingga sudah ada yang berani menunjulkan perjuangan
ini sebagai Perang Sabil. Orang-orang Melayu dari Acheh dan Sumatera, dari Petani dan Perak, dari Pulau Pinang dan
Langkawi, dari tanah yang terjajah di Setol, Terang, Kedah dan Perlis. Demikian juga Melayu-melayu yang lain
berkeliaran di dalam laut dan terpencil di pulau-pulau yang tidak bernama dikenali sebagai lanun dan perompak, telah
bersatu tikad untuk menebus kembali Negeri Kedah dari tangan Siam dibawah pimpinan Tunku Muhamad Saad.

Masih ada orang menyebut bahawa Tunku Muhamad Saad mempunyai Ilmu Pengasihan. Orang yang tak mahu
berperang pun sanggup meninggalkan anak isteri berjalan dibelakang Tunku Muhamad Saad masuk kedalam hutan
membaharui latihan bersilat dan siasah peperangan masa itu. Kononnya ramai anak-anak muda belasan tahun yang
sanggup menggadai nyawa menebus tanah air bersama-sama Tunku Muhamad Saad dan ini telah menarik bapa-bapa
dan datuk-datuk mereka menjadi malu dan tak tentu arah. Dengan itu bapa-bapa dan datuk-datuk ini turut melibatkan
diri juga sebagai pejuang dibarisan hadapan meninggalkan yang terlalu dzaif dengan orang-orang perempuan
mengawal kampong halaman dan sawah padi mereka. Umur panjang bertemu kembali, pantang hidup bercerminkan
bangkai. Kalau takdir menemui ajal, disyorga kita bertemu sebab mati hanya sekali dan mati kali ini ialah mati syahid.

Angkatan laut Tunku Muhamad Saad bermalam di Pulau Empat Beradik iaitu di Pulau Telor, Pulau Songsong, Pulau
Bidan dan Pulau Bunting. Sedang nyenyak tidur, angkatan yang berteduh di Pulau Songsong dan Pulau Bunting telah
diserang oleh sebuah angkatan laut kecil dari pehak Siam.

Seorang panglima yang perkasa berasal dari Selibis bernama Panglima Yu mengepalai angkatan Siam itu telah bertemu
dengan Dato’ Muhamad Ali Setia Segara di Pantai Pulau Songsong dan mereka telah beradu kekuatan dan kesaktian
masing-masing dengan menggunakan tipu muslihat ilmu peperangan, ilmu sihir dan sebagainya.

Seorang lagi hulubalang Siam bernama Panglima Barim, seorang Melayu asalnya bernama Ibrahim yang gagah berani
tetapi tersasul menyebelahi pihak Siam. Panglima Barim amat handal melontar lembing batang pendek dari perahunya
tepat menemui sasaran iaitu ditengah-tengah belakang perwira-perwira Melayu yang berada lima puluh ela darinya.

Ramai pejuang-pejuang Melayu yang sedang rehat malam itu menemui ajal mereka di Pulau Songsong dan di Pulau
Bunting; belum lagi jauh dari kampung halaman yang mereka tinggalkan di Penaga dan di Kerian.

Dalam pertarungan sengit antara Panglima Yu dengan Dato’ Muhamad Ali habis senjata-senjata di badan dipergunakan
oleh mereka berdua sehingga akhirnya Panglima Yu terpaksa menggunakan kayu-kayu kapal sahaja membalun Dato’
Muhamad Ali. Dato’ Muhamad Ali tergelincir dan jatuh ke dalam air tetapi cepat-cepat ia mendaki semula ke dalam
perahunya dan mencapai sebatang lembing panjang lalu di tikamnya paha Panglima Yu. Lembing sesat di tangan Dato’
Muhamad Ali menembusi daging lembut di paha Panglima Yu, lalu cepat-cepat meminta anak buahnya melarikan diri
naik ke tanah besar di Kuala Sala. Angkatan Tunku Muhamad Saad turut mengejar tetapi tidak sempat hendak
menangkap Panglima Yu kerana Panglima itu mengarahkan orang-orangnya berkayuh habis-habisan di dalam kelam
malam itu. Mengikut cerita, angkatannya telah sampai di Bukit Pinang. Apabila hari telah siang, angkatan Tunku
Muhamad Saad mengepong Bukit Pinang dan menangkap Panglima Yu serta orang-orangnya, membawa mereka balik
ke Pulau Songsong ke hadapan Tunku Muhamad Saad.

Askar-askar Siam di Kuala Kedah dan ditempat-tempat lain di Kedah sedikit pun tidak memberi perhatian kepada
Panglima Yu yang terlibat dalam drama kejar mengejar sepanjang hari ini seolah-olah pergaduhan yang berlaku hanya
antara orang Melayu dengan orang Melayu sahaja, bukan membela kepentingan Siam. Dengan susah payah Panglima
Yu dan orang-orangnya di tawan dan di bawa ke Pulau Songsong.

Di Pulau Songsong Panglima Yu dan orang-orangnya cuba melawan, jadi mereka terpaksa diikat. Tempat Panglima Yu
tak dapat diikat kerana tersangat tangkas walaupun pahanya mengalir darah hingga ke tumit. Mukanya bengis
memandang orang-orang Melayu yang cuba menundukkannya. Di dalam kelangkabut yang timbul akibat beberapa
orang pengikut Panglima Yu telah terlepas naik ke perahu mereka melarikan diri. Tunku Muhamad Saad terpaksa
mengeluarkan hukuman supaya pengkhianat-pengkhianat Negara ini dibunuh saja. Bagaimanapun telah ramai orang-
orang Melayu yang setia telah terkorban masa sedang tidur semalam dibunuh curi oleh orang-orang ini.

Satu keanihan berlaku apabila Panglima Yu tak dapat dipengapakan kerana kulitnya keras dan tulangnya sasa seperti
besi. Hanya lembing sesat seperti yang di capai oleh Dato’ Muhamad Ali tadi saja dapat melukakan Panglima Yu. Tunku
Muhamad Saad teringatkan petua guru lama-lama akan satu cara yang boleh mempengapakan orang yang kahar
berkulit kebal seperti ini, iaitu dengan memaksanya menjilat besi panas. Beliau mengeluarkan arahan supaya sekeping
mata cangkul dibakar hingga merah kemudian memaksanya menjilat mata cangkul itu. Ramai orang yang mendengar
Panglima Yu berteriak kesakitan dan melafazkan taubat, “Aku bertaubat, aku bertaubat tak mahu menyebelahi kafir
lagi”. Tetapi nyata telah terlambat kerana Malik-al-Maut telah merentap nyawanya ketika itu juga dan pintu taubat
untuknya sudah pun tertutup rapat.

Panglima Barim terbunuh lebih awal lagi dari Panglima Yu dan kubur mereka berdua masih ada di Pinggang Pulau
Songsong, di atur bersama-sama dengan perajurit-perajurit lain yang menjadi mangsa mereka-Di atur bersama kerana
semuanya Islam.

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 4

KEDAH BERSIAP HABIS-HABISAN

Apabila Siam berjaya menduduki semula Kota Kuala Kedah selepas merebutnya dari tangan Tunku Kudin,
mereka mulalah membuat desakan supaya Sultan Ahmad Tajuddin yang tinggal di Pulau Pinang di serah kepada
mereka untuk di bawa ke Bangkok. Inggeris mengawal Istana Kedah di Jalan Kelawai tempat Sultan Ahmad
Tajuddin bersemayam dengan ketatnya. Bukan sahaja takut Tunku Sultan di colek oleh orang-orang Siam tetapi
lebih takut kepada manusia di Pulau Pinang yang mungkin memakan upah dari Siam dan membuat tindakan yang
boleh merugikan kepentingan Inggeris, jadi Sultan Ahmad Tajuddin hidup selama ini sebagai orang tahanan di
dalam rumah tak boleh keluar dan tak boleh membuat perhubungan dengan dunia luar.

Untuk menyenangkan pengawalan, Inggeris telah memaksa Sultan supaya berpindah ke Melaka. Tetapi Sultan
telah enggan berbuat demikian kerana ini akan menjauhkan baginda dari pengikut-pengikutnya yang setia dan
boleh mematahkan semangat perwira-perwira Melayu yang memandang baginda sebagai tonggak kedaulatan
yang mesti dikembalikan semula ke atas takhta di Kedah.

Hujung tahun 1831 Siam mendesak Inggeris supaya Sultan di pindahkan ke mana-mana tempat lain dari Pulau
Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor atau Burma. Inggeris memilih Melaka untuk Sultan dan membawa
baginda anak beranak berangkat ke Kampung Pantai di Melaka dengan hujung benet di belakang baginda.

Di Melaka, Sultan Ahmad Tajuddin dikerumuni oleh pengikut-pengikutnya yang setia dan di antaranya terdapat
beberapa orang kesatria dari Patani. Orang-orang Patani telah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka
kerana Siam telah melanggar negeri itu dalam tahun 1832 dan ramai orang-orang Patani yang berhijrah ke Perak,
dan membuka kampung halaman di sana.

Raja Patani telah berundur ke Kelantan kerana di sana berada empat orang saudaranya yang menjadi Raja-raja
Kecil di empat buah wilayah di Kelantan. Tentera-tentera Siam telah menyerang Kelantan dan mendesak orang-
orang Kelantan supaya menyerahkan Raja Patani dan empat orang saudaranya kepada mereka. Kalau tidak,
Kelantan akan menerima nasib seperti Kedah dan Patani juga. Masa inilah orang-orang Kelantan telah bertindak
menyerahkan Raja Patani lima bersaudara kepada Siam dan membut sumbangan sebanyak epat puluh ribu ringgit
duit Sepanyol dan sepikul emas urai pula sebagai pemujuk supaya Kelantan tidak di apa-apakan.

Entah bagaimana Siam berpuas hati menerima Raja Patani seorang sahaja menjadi tawanannya dan wang
Sepanyol tiga puluh ribu ringgit serta enam urai sepuluh kati. Siam pun baliklah ke Bangkok mengheret Raja
Patani dan anak pinaknya yang di ikat dengan rantai besi bersama-sama.

Enam minggu kemudian, lebih daripada empat ribu orang rakyat Petani, Senggora dan lain-lain wilayah Melayu
di cucuk telinga masing-masing dengan rotan sega lalu di yong naik kapal di bawa ke Bangkok menjadi hamba
abdi. Orang-orang Patani yang sempat berhijrah ke Kelantan dan Perak terselamat dari malapetaka ini.
Diantaranya ramai yang berhasrat membantu Sultan Ahmad Tajuddin menewaskan Siam, dan mula menghantar
rombongan-rombongan kecil ke Kedah, ke Pulau Pinang dan ke Melaka.
Tak semena-mena, Sultan meminta izin Inggeris menziarahi keluarganya di Siak. Kebenaran di beri dan Sultan
pun bersiap. Tetapi Inggeris terkejut melihat Sultan Ahmad Tajuddin berkelencong ke Bruas di Perak dan di Bruas
baginda telah mengumpul ramai pahlawan-pahlawan Melayu untuk menyerang Siam di Kedah. Inggeris telah
berkasar dengan baginda secara menghantar sepahi-sepahi membedilkan kota buluh yang dibuat oleh orang Bruas
dan memaksa baginda menaiki kapal mereka dan menghantar baginda balik ke Melaka.

Kapal “Zephyr” telah diarah mengawasi orang-orang Melayu di Bruas. “Zephyr” melapurkan dalam bulan April,
1836 bahawa orang-orang Melayu masih lagi membut persediaan hendak berperang, masing-masing sebok ke
sana ke mari mengumpul ubat bedil dan ada kabarnya Belanda telah memberi sokongan moral dan material kepada
orang-orang Bruas. Raja Muda Perak sendiri sampai di Bruas dengan 40 buah perahu, penuh memuatkan
panglima-panglima perang yang rela sehidup semati dengan orang-orang Kedah.

Gabenor Pulau Pinang melarang “Zephyr” bergerak dari Bruas supaya sebarang kebangkita dapat dipadamkan
segera. Bagi menjamin keselamatan Pulau Pinang, Gabnor Inggeris telah menyewa dua buah kapal yang
dilengkapi dengan meriam-meriam supaya membedilkan angkatan laut Melayu dari Perak yang melintasi Selat
dihadapan Pelabuhan Pulau Pinang. Inggeris mesti mengekalkan persefahaman yang baik dengan Siam.
Bagaimanapun Gabenor Murchison telah membuat lapuran ke India dengan meminta nasihat yang perlu. India
menghantar 2 buah kapal perang membantu Gabenor yang sedang ketar di dalam seluarnya kerana besar
kemungkinan orang-orang Melayu akan menyerang Pulau Pinang juga iaitu sebagai membersihkan anasir-anasir
yang boleh menganggu pencapaian cita-cita mereka.

Setakat ini Pulau Pinang tidak lagi membuktikan bahawa “Kedah dan Pulau Pinang itu satu negeri” seperti yang
tercatit dalam teriti 1800 yang membolehkan mereka menduduki Pulau itu.

Kapal perang “Andromache” dan “Releigh” membuat rondaan dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi dan di
perintah supaya membedil perompak-perompak yang menganggu perniagaan orang-orang Inggeris dan
kedaulatan orang-orang Siam di Laut Kedah.

Dalam bulan Mei, 1836, Gabnor Murchison bernafas lega kerana dapat membuat lapuran bahawa beliau telah
berjaya memisahkan Perak dengan Kedah dan orang-orang Melayu sudah tidak berminat hendak berperang
menentang Siam. Selepas membuat lapuran ini beliau meminta cuti panjang dan meminta supaya dilepaskan
dirinya dari menjadi Gabnor Pulau Pinang lagi.

Bonham yang menggantikan Gabnor Murchison memberitahu India bahawa 40 buah perahu Raja Muda Perak itu
sebenarnya bukan perahu perang tetapi perahu bijih timah yang sarat meniti buih menuju ke Pulau Pinang hendak
menjual jongkong-jongkongnya kepada sahabat-sahabat mereka orang-orang Inggeris.

Orang-orang Awam di Pulau Pinang tidak sedap hati. Ramai orang-orang di Pulau Pinang yang menanam harta
mereka dari barang-barang kemas, permata, ringgit Sepanyol, dan barang-barang tembikar ke dalam bumi atau
menghantarnya keluar negeri, ke Singapura atau ke India. Dunia mesti menghadapi peperangan besar sebab wang-
wang jualan bijih timah 40 buah perahu tadi semuanya di buat membeli senapang dan ubat bedil.

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 5


“SIAM TEWAS, KEDAH MARA KE SENGGORA”

Dari pengalaman di Pulau Songsong dan di Pulau Bunting, Tunku Muhamad Saad telah mengkaji semula kedudukan
angkatan perangnya. Akhirnya Tunku Muhamad Saad mendapat persetujuan dari Dato’ Muhamad Ali Datok Setia
Segera, Panglima Muhamad Taib Hitam dan lain-lain panglima kanan supaya angkatan perang kali ini dibahagi kepada
empat pasukan.

Pasukan pertama ialah pasukan penyerang yang terdiri dari pejuang-pejuang handalan-pahlawan dan panglima-
panglima yang tahan di pahat biji mata dan boleh menangkap peluru yang terbang dengan tapak tangan. Ketua
pasukan ini ialah Tunku Muhamad Saad sendiri. Matlamat pasukan ini ialah menduduki Kota Senggora yang terletak di
Laut China.

Pasukan kedua dikepalai oleh Dato’ Muhamad Ali. Matlamat pasukan ini ialah menyerang Negeri Terang, Negeri Krakbi
dan Pulau Panjang yang letak bertentangan dengan Negeri Pangnga. Angkatan ini akan bergerak dari laut dan dari
darat. Serentak menuju ke utara. Pasukan-pasukan kedua ini mengandungi sekumpulan pahlawan-pahlawan yang
digelar “Puak Tulang Besi”.

Kumpulan ketiga terdiri dari orang-orang Kedah dan orang-orang Petani yang mempunyai sasaran membebaskan
Negeri Petani dengan apa jalan dan cara sekalipun. Angkatan ini diketuai oleh seorang putera Petani yang tidak lagi
diketahui namanya.

Kumpulan keempat diketuai oleh Tunku Muhamad Akib ditugaskan menjadi angkatan simpanan yang setia. Selepas
menduduki Kota Kuala Kedah dan mengawal ketenteraman seluruh negeri, mereka akan diminta membantu mana-
mana pasukan yang belum beres dengan matlamatnya.

Detik dan ketika melancarkan serangan ditetapkan oleh pahlawan yang tua-tua berkebetulan dengan Temasya Tambun
di Bangkok semasa Maharaja Siam membakar jasad seorang Maharani nya. Pada masa ini semua gabenor-gabenor
wilayah dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan berkumpul di Bangkok menghormati Maharani yang akan di hantar ke
akhirat. Masa itulah Tunku Muhamad Saad sampai di Haad Yai dan Dato’ Muhamad Ali sampai di Puket.

Dalam bulan Muharram tahun itu turun dari Mekah seorang Ulama yang terkenal bernama Shaikh Abdul Samad iaitu
anak kepada Shaikh Abdul Jalil al-Mahdani yang menjadi guru kepada Sultan. Shaikh Abdul Samad bernaung di Mekah
sejak kecil lagi dengan sarudaranya yang menjadi mufti di Kedah iaitu Shaikh Abdul Kadir Dato’ Maharaja Kadi. Mereka
berdua berlainan ibu. Shaikh Abdul Kadir ibunya orang Kedah sedang Shaikh Abdul Samad ibunya orang Palembang,
maka dikenali beliau sebagai Shaikh Abdul Samad Palembang. Dua-dua orang Shaikh ini telah turut berjuang bahu
membahu dengan Tunku Muhamad Saad dan memberi perangsang serta galakan yang besar kepada kejayaan
perjuangan merebut negeri Kedah sekali ini. Dua-dua ulama ini diletak dikumpulan Dato’ Muhamad Ali Setia Segera
bergaul mesra dengan orang-orang Langkawi.

Angkatan perang Kedah menuju ke Utara dari tiga hala serentak dan telah berjaya melumpuhkan pertahanan Siam di
mana-mana mereka pergi. Negeri Petani telah terjatuh ketangan orang-orang Melayu semula. Terang dan Pulau Phuket
telah diduduki oleh Dato’ Muhamad Alidan beliau mara ke Timur membantu Tunku Muhamad Saad yang telah menawan
Haad Yai dan sedang bergerak ke Utara menduduki Senggora dan Boyang.

Kuala Kedah dengan senangnya diambil oleh kumpulan nombor empat dan perjuangan yang agak serius hanya berlaku
di Alor Ganu selama beberapa ketika. Phya Buri Seknutun yang bertahan di Alor Ganu telah berundur ke Petalung
dengan beberapa kerat tenteranya.

Negeri Kedah telah bebas semula dan Kota Kuala Kedah telah diduduki oleh orang-orang Melayu. Penghulu Kota
dilantik dengan serta merta dan penghulu sekali ini ialah Syed Hussein.

Dalam perjalanan ke Utara, angkatan Perang Tunku Muhamad Saad bertemu dengan hutan belantara yang
menyelubungi Negeri Kedah terutama yang ditempat-tempat yang asal nya kampung dan sawah. Sekarang ini
perkampungan hanya terdapat di pinggir-pinggir bukit dan di tempat-tempat yang terpencil di lurah-lurah pergunungan.
Di sanalah mereka menanam pokok-pokok durian dan lain-lain pokok buah-buahan sehingga sekarang kita masih
mendapati dusun-dusun yang indah di tempat yang sukar di datangi manusia. Dusun-dusun di bukit dan di tengah-
tengah hutan ini mempunyai riwayat asal-usulnya dari tarikh ini. Ramai pula hulubalang-hulubalang yang menitiskan air
mata melihat manisan lebah menitik dari sarangnya membanjiri perdu tualang. Tiada ada orang yang ingin berusaha
memungut madu lagi.

Angkatan perang yang berjalan kaki ini mendarat di Kuala Perlis dan Kuala Sanglang kemudian menuju ke Bukit Kayu
Hitam dan terus ke Haad Yai. Dari sini mereka mara hingga ke Senggora dan Petani.

Angkatan laut Melayu yang dikumpul oleh Tunku Muhamad Saad belum ada bandingnya di dalam sejarah Nusantara
dan Dato’ Muhamad Ali adalah seorang Laksamana yang teragung belum pernah di riwayatkan orang dengan
sepenuhnya.

Dari kesah-kesah yang masih diperbualkan, kapal-kapal orang Melayu pada masa itu tidaklah besar seperti kapal-kapal
sekarang. Kapal-kapal Melayu hanya memakai layar atau pun dayung. Jenis yang agak besarnya ialah jong, pilang,
pusta atau galis. Diantara yang banyak-banyak itu terdapat sebuah yang amat besar, sagurnya berlapis-lapis dan boleh
dibuat kota atau benteng untuk bertembak-tembak. Kapal inilah yang menjadi kenaikan Dato’ Muhamad Ali.

Diantara pejuang-pejuang yang melibatkan diri menyerang Terang dan Pulau Puket dari tangan Siam ialah orang-orang
Lanun dari Mindanao di Philippina dan beberapa orang Balanini dari Pulau Sulu. Lanun-lanun dan Balanini ini cekal dan
berani menghadapi musuh dan tidak mudah meninggalkan satu-satu perjuangan yang belum selesai. Mereka memilih
mati dari menjadi tawanan perang atau hamba abdi orang.
Pada satu masa perahu-perahu mereka telah ditembak oleh sebuah kapal perang Inggeris hingga berkecai didalam
laut. Mereka tidak rela dipungut-pungut oleh kapal tersebut supaya diselamatkan. Mereka lebih senang mati dari hidup
tidak bermaruah.

Orang-orang lanun dan Balanini ini gempal tetapi pendek tubuhnya, berambut panjang menjijak bahu, berlilit kepala,
berseluar ketat tetapi pantang berbaju. Tulang pipinya tinggi, hidung penyet, mata merah dan mulut pun merah juga
sebab kuat makan sirih.

Perahu mereka ialah bangsa perahu panjang- ada yang sehingga sembilan puluh lima kaki dari haluan keburitan,
didayung oleh sembilan puluh (90) orang pendayung, empat puluh lima (45) orang sebelah. Jika keadaan memaksa,
mereka mendayung siang danmalam tidak berhenti-henti dan akan menggosok mata yang mengantuk dengan daun
lada pedas supaya tidak terlena. Perahu mereka berlayar dimana-mana sahaja dari Terang hingga ka Australia, dan dari
Acheh hingga ke Philippina. Lela dan meriam kecil menghiasi pisang-pisang perahu mereka kiri dan kanan. Orang-orang
laut ini sangat pandai menggunakan lela, istanggar dan meriam perang dengan tepat keatas perahu-perahu musuh.

Perahu-perahu Melayu didalam angkatan ini terdiri dari perahu-perahu nelayan yang biasa, bermacam-macam jenis dan
saiz. Tetapi tidaklah kurang handalnya merempuh laut yang luas dan dapat pula memudiki anak-anak sungai yang
sempit serta bergerak dengan senyap-senyap dicelah pokok-pokok nipah dan hutan api-api. Perahu-perahu Melayu
amat senang menyelit-nyelit dicelah-celah batu dan diantara pulau-pulau yang bergugus di Nusantara ini.

Selain dari perahu Orang Melayu juga mempunyai galis atau pusta, berat diantara 40 hingga 60 ratus tan. Kapal-kapal
perang Inggeris pada masa ini tidak lebih dari 150 tan pada sebijinya. Galis-galis Melayu yang besar boleh membawa
150 orang penumpang. Galis yang besar mempunyai sepuluh atau dua belas pucuk lela dan beberapa batang meriam
besar yang dibeli dari orang Portugis atau orang Belanda. Galis orang Balanini lebih panjang dari galis Melayu sungguh
pun pisang-pisangnya lebih rendah dan galis Balanini boleh membawa 350 orang dengan mudah.

Angkatan laut beginilah yang telah berjaya mengusir orang-orang Siam dari Negeri Kedah.

Bagi menandakan kejayaan Tunku Muhamad Saad dalam perjuangan ini, Shaikh Abdul Samad telah mengarang
serangkap syair dalam Bahasa Arab yang diabadikan diatas sekeping kain sutera merah, dan disimpan oleh anak cucu
Dato’ Muhamad Ali Setia Segera turun temurun di Pulau Langkawi. Syair ini memuji-muji Tuhan Semesta Alam yang
menganugerahkan kejayaan cemerlang kepada seseorang:-

Putera bukan sebarang putera


Putera Raja Sultan Pilihan
Negeri Kedah telah berjaya
Mengecap nikmat anugerah Tuhan
Ugama Islam bergerak semula
Begitu lama dalam tekanan

terjemahan secara bebas ini memuji-muji Sultan Ahmad Tajuddin yang menjadi pendorong besar dalam pergerakan
membebaskan kedah dari belenggu Siam. Syair ditulis dengan Bahasa Arab yang indah dan mungkin dilagu-lagukan
oleh perajurit-perajurit Kedah dengan suara yang nyaring, supaya sampai juga ke telingan anak cucu mereka.

INGGERIS MEMBURU PEJUANG KEDAH DI LAUT

GABENOR Pulau Pinang mengeluarkan peristiharan kepada orang-orang Melayu yang menjadi rakyat British supaya
jangan menceburkan diri dengan kegiatan-kegiatan menentang pemerintahan Siam. Orang-orang yang menarik diri
akan diberi pengampunan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Kapten Stanley yang menjadi kapitan Kapal “Wolfe” diarah membedil orang-orang Melayu yang memburu orang-orang
Siam, dan Inggeris hendaklah membantu orang-orang Siam jika ada orang-orang Melayu yang cuba merebutkan Kota
Kuala Kedah.

Stanley telah terlambat kerana ketika beliau sampai di Kuala Kedah, Kota Kuala telah diduduki oleh orang-orang Melayu
sejak 2 haribulan Ogos 1838 lagi dan sedang dikawal kuat oleh Tuan Syed Hussain Penghulu Kota.

Gabenor Pulau Pinang, Samuel Bonham, menyangka orang-orang Melayu akan balik ke kampong masing-masing di
Seberang Perai atau di Perak selepas merompak orang-orang Siam di Kuala Kedah. Sangkaannya tersilap kerana orang-
orang Melayu tidak berganjak dari Kedah malahan telah menabalkan Tunku Abdullah putera Sultan Ahmad Tajuddin
menjadi raja di Kedah sepuluh hari selepas Kota Kuala Kedah jatuh ketangan mereka.

Wang pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai yang sepatutnya dibayar sepuluh ribu ringgit kepada Sultan Ahmad
Tajuddin tidak ditepati lagi. Bonham membayar hanya enam ribu ringgit sahaja kepada baginda. Bonham marahkan
Baginda Sultan yang membakar dada orang-orang Melayu supaya bangun memberontak menentang Siam. Tindakan
Sultan Ahmad Tajuddin dan pengikut-pengikutnya bercanggah dengan kepentingan Inggeris. Sultan telah menulis
kepada Bonham :
“Apa boleh Beta katakan kerana Kompeni Inggeris ada besar kuasanya,barang yang hendak di perintahkannya turut
sukanya. Akan pasal Negeri Kedah itu negeri Beta keturunan mari dari datuk nenek Beta. Maka orang Siam tipu ambil
tiadalah boleh Beta hendak lupakan pada hati, melainkan barangkali Beta dapat kuasa Beta hendak ambil balik juga
negeri Beta itu. Kerana pikiran Beta, jika pada Tuan Raja Eropa Inggeris dan kepada Laut Benggala sekalipun tiada jadi
kesalahan Beta hendak ambil balik negeri Beta itu kerana pada hati orang segala bangsa pun tatkala seseorang berbuat
malu mengambil balik hartanya itu, jangan pun suatu negeri, jika suatu kebun sekalipun..”

Surat ini telah menambahkan rasa kagum dan hormat dari pegawai-pegawai pentadbir Inggeris di Negeri-Negeri Selat
kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah. Bukan sahaja kerana selama ini gerak geri dan tindakan Baginda sentiasa
mencemaskan Inggeris tetapi lebih-lebih kerana semangat Baginda yang tidak pernah luntur merebut kembali tahtanya
yang hak dan sebenar walaupun selepas lebih dari lima belas tahun Baginda berada didalam pembuangan; dan telah
berkali-kali perjuangan Baginda menemui kegagalan. Setakat ini Bonham dan pehak Inggeris yang bertanggongjawab
belum lagi insaf. Elaun Baginda dibayar hanya $6,000.00 lima enam tahun berturut-turut.

Gabenor Bonham mengarahkan “Wolfe” supaya menyerang Merbok dan merosakkan persiapan-persiapan orang Melayu
yang hendak berhijrah ke Kedah kerana orang-orang ini pasti mencetuskan pemberontakan menentang Siam. Mereka
bukan sahaja membawa tajak dan cangkul tetapi juga mengepilkan keris dan lembing. Tetapi kapal “Wolfe” terpaksa
pulang ke India sebelum dapat menyempurnakan tugasnya dan kapal “Victor” yang mengambil aleh meronda Laut
Kedah tidak pula sampai hatinya bertindak lebih dari menahan orang-orang Melayu yang keluar ke laut dengan
bersenjata. Orang-orang yang membawa senjata disuruh pulang atau dibicarakan sebagai perompak.

Bonham mempunyai ingatan hendak menyerang Kota Kuala Kedah dan menyerahkannya kepada Siam. Tindakan ini
dilarang keras oleh Kerajaan Indok di Madras. Madras menghantar beberapa buah kapal kepada Bonham membantunya
mengepung Laut Kedah supaya orang-orang Melayu tidak mendapat bantuan senjata dan tentera dari luar. Dengan ini
mudahlah Siam mengambil semula Kota Kuala Kedah itu. Kapal “Hyacinth” yang dipanggil “Hai Seng” oleh orang-orang
Kedah dibantu oleh “Victor”, “Diana”, “Diamond”, “Pearl” dan “Emerald” meronda dari Pulau Pinang ke Setol setiap hari.

Tugas Kapten Warren, Kapitan Kapal “Hyacinth” yang menjadi Laksamana angkatan kapal-kapal perang Inggeris ini
ialah menemui ketua-ketua Melayu di Kota Kuala Kedah dan memujuk mereka supaya menyerah kembali Negeri Kedah
kepada Siam. Mereka semuanya akan Diampunkan oleh Inggeris. Tunku Abdullah, Tunku Muhamad Saad, Tunku
Muhamad Akib, Panglima Muhamad Taib Hitam dan lain-lain datuk menerima Warren dengan baik tetapi tidak dapat
menerima tawaran Inggeris yang terang-terang menyebelahi Siam.

Setelah diplomasinya gagal, Warren nerayau-rayau mencari tapak pelancaran serangan orang Melayu untuk
dimusnahkan. Akhirnya dia bertemu dengan sebuah teluk yang cantik di Terang. Tempat ini dikelilingi oleh bukit-bukit
yang mencuram ke laut. Di dalam teluk itu terkumpul sekurang-kurangya lima puluh buah perahu perang Melayu. Tiap-
tiap sebuahnya boleh muat dua puluh hingga lima puluh orang lasykar. Perahu-perahu itu lengkap dengan lela iaitu
meriam-meriam kecil yang boleh dipusing-pusing dan meriam-meriam katak. Perahu-perahu perang itu disusun rapi
dalam satu kawasan yang brpagar batang-batang nibong berikat kemas dengan rotan. Warren berlabuh di luar teluk
dan berdayong ke pengkalan telah terkejut kerana disambut oleh satu barisan kehormatan terdiri dari seratus orang
lasykar laut berkeris dan berlembing. Dari atas bukit yang mengelilingi teluk itu, kapal Warren dapat dilihat dari jauh
lagi dan Dato’ Muhamad Ali Setia Segera menanti di Balai dengan senyum yang bermakna.

Perbualan yang pendek antara dua Laksamana laut berakhir dengan cabar mencabar. Warren menuduh Muhamad Ali
menjadi Lanun dan Muhamad Ali menuduh Warren sebagai sahabat yang tidak mengenang budi. Bagaimana pun
Warren telah dibenar melekatkan kertas-kertas kenyataan di pokok-pokok kelapa memberitahu orang-orang Melayu
supaya jangan menentang Siam. Jika tidak mereka akan dihukum sebagai lanun. Muhamad Ali menegaskan bahawa
beliau berani mengasapi kemenyan seluruh badan Warren dan badan Kapal “Hai Seng” kiranya ada sekerat Melayu
yang ingin balik ke Pulau Pinang dan enggan menebus kembali kampong halaman mereka. Warren mendesak Dato’
Muhamad Ali mengeluarkan perahu-perahu dari dalam kelong ke laut terbuka dan berlawan dengannya di xana. Dato’
Muhamad Ali mencabar Warren supaya mudik ke dalam teluk untuk melihat langit yang biru itu tinggi atau rendah.
Dato’ Muhamad Ali memberitahu Warren bahawa orang Melayu telah berjaya mengusir Siam di mana-mana sahaja dan
jikalau tidak dengan gangguan Inggeris, Siam dapat diusir dari bumi Melayu lama lebih dulu lagi.

Dato’ Muhamad Ali menyeru Warren supaya mempengaruhi Inggeris mengubah sikap mereka dan menyebelahi orang-
orang Melayu yang berjuang menegakkan hak dan kebenaran. Warren bangun dan berkali-kali berkata,
“Impossible,impossible!” terus balik ke kapalnya. Kepada jurubahasanya, Warren berkata, “Satu hari kita ajar dia!”

Warren berkeyakinan penuh dia dapat mengajar Dato’ Muhamad Ali Setia Segera kerana pengiring-pengiring kapal
“Hyacinth” semuanya handal dan yang paling terkenal ialah “Diana”.

Kapitan Kapal “Diana” bernama Kapten Congalton. “Diana” ialah kapal wap yang awal-awal sekali ditimbau di India,
mempunyai empat puluh kuasa kuda dan beratnya 160 tan. Kakitangan “Diana” terdiri dari seorang kapitan, dua orang
pegawai Inggeris dan 30 orang kelasi Melayu. Kapal “Emerald” yang ditimbau lebih kemudian mempunyai 25 orang
kelasi Melayu. Tiap kapal disediakan dengan beberapa pucuk meriam tembaga diatur memanjang kiri kanan rusuknya.

Kapten Congalton pernah bercerita pengalamannya memburu lanun di Laut Trengganu masa “Diana” mula-mula sampai
dari India. Satu pagi “Diana” bertembong dengan enam buah perahu gali yang sedang merompak sebuah tongkang
China. Lanun-lanun yang belum pernah melihat kapal wap atau kapal api menyangkakan “Diana” yang kecil molek itu
sedang terbakar. Mereka meninggalkan mangsa yang sedang mereka hadapi dan menyerbu kepada “Diana”. “Diana”
sempat berkisar dan bergerak menentang angin menuju ke perahu lanun. Masa itulah lanun-lanun itu berteriak “Dia
bergerak, dia bergerak!” terbelalak seolah memandang binatang yang hidup.

Congalton membedil enam-enam buah gali lanun itu. Sebuahnya tenggelam ke dasar laut, sembilan puluh orang lanun
terbunuh, seratus lima puluh orang luka parah dan tiga puluh ditawan. Lima buah gali sempat membongkar sauh lari
kepantai. Tiga daripadanya terdampar sebelum berlabuh. Tawanan-tawanan yang di selamatkan dipersembahkan
kepada Sultan Berunai, ber khidmat sebagai hamba di istana baginda sebelum di jualkan.

Muhamad Ali Dato’ Setia Segera tidak mahu mengukur kekuatan Inggeris sebab dia tidak ingin berseteruan dengan
“Kompeni yang ada besar kuasanya”. Tetapi perahu-perahu Melayu di Terang yang di lihat oleh Warren bukanlah
seluruh kekuatan angkatan perang Melayu di bawah kelolaannya. Ada banyak lagi teluk dan ada banyak lagi perahu
yang tidak perlu didedah-dedahkan.

KAPITAN CHINA : BABA SENG

Seorang Kapitan China yang terkenal di Kedah ialah Baba Seng. Kapitan Baba Seng tinggal di Kota Kuala Muda dan
dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah menjadi Kapitan China di situ. Dalam tahun 1820 Baba Seng telah
dicap oleh Pulau Pinang sebagai seorang “Penyangak”. Kapitan Baba Seng kononnya ialah seorang pengumpul barang-
barang curi dan bekerjasama dengan China-China yang menceroboh kedai-kedai kaya di Bandar Pulau Pinang.
Pemerintah Inggeris di Pulau Pinang mengecapnya sebagai musuh ketat kepada Yang Berhormat Kompeni Inggeris.

Sultan Ahmad Tajuddin membuat istananya di Kota Kuala Muda dalam tahun 1804. dan Kota telah bergerak maju
menjadi sebuah pelabuhan sibok dan mewah. Di Kota terdapat beberapa banyak rumah-rumah besar kepunyaan
saudagar-saudagar kaya dari pelbagai kaum dan sebuah masjid yang besar. Di Kota terdapat sebuah rumah perjudian
yang popular dihurungi oleh berbagai golongan masyarakat Kota, China kaya-kaya dari Pulau Pinang dan juga
bangsawan Melayu dari Alor Setar. Pada sebelah malam, Kota Kuala Muda menjadi Kota Indera Loka yang
bergemerlapan sampai fajar menyingsing.

Masa Kota Kuala Muda sibok siang dan malam inilah Baba Seng telah dilantik menjadi Kapitan China di Kota Kuala
Muda. Kerja asalnya hanya menjadi seorang tukang cukur, tetapi telah meningkat menjadi seorang hartawan yang
terkemuka di Bandar Indera Loka ini dalam masa yang amat singkat sekali. Di samping itu beliau menjadi orang
kepercayaan Sultan dan ketua kaumnya yang dihormati.

Orang-orang China yang tinggal di Kota kebanyakkannya dari suku Hokkien datang sehelai sepinggang dari Negeri
China dua ratus tahun dahulu. Mereka menjadi kuli kepada orang-orang China yang datang lebiah awal buat beberapa
waktu sebelum dibebaskan untuk mencari nafkah sendiri. Apabila telah bebas mereka pula menjadi tokeh kepada
orang-orang China lain yang mendatang dari Negeri China dan mereka inilah yang membuka kedai-kedai runcit, rumah
judi dan bilik-bilik candu. Ramai orang-orang China yang menjadi orang-orang tengah dalam perniagaan bijih timah
yang banyak terdapat di Baling dan di Keroh pada masa itu. Orang-orang China yang tua-tua masih ingat bagaimana
datuk mereka membawa kain dan candu mentah kependalaman di hulu-hulu Sungai Muda dan membawa keluar hasil-
hasil seperti rotan, damar, bijih timah, lada hitam, kelapa kering dan sekali sekala membawa gajah seekor dua untuk
dijual kepada saudagar-saudagar Pulau Pinang kerana mencari untung “seringgit dua”.

China-china Hokkien di Kota setengahnya telah berkahwin dengan gadis-gadis Melayu dan memlok ugama Islam.
Hingga hari ini masih terdapat China-china Islam tiga empat keturunan yang tinggal di Kota.

Perkembangan perusahaan bijih timah dunia dan kesibukan Pulau Pinang sebagai pusat perniagaan bijih memberi
kesan pula kepada pelabuhan kecil di Kota Kuala Muda ini. Kota maju sebagai sebuah pekan yang mengumpul bijih-
bijih timah dari Baling dan Keroh. Cukai-cukai yang dikenakan keatas bijih yang dibawa keluar dari mulut Sungai Muda
dan cukai kepada barangan-barangan yang dibawa masuk kependalaman Sungai tersebut menjadikan Kota sebuah
pekan yang kaya raya. Ketika kesibukan lalu lalang di Sungai Muda bertambah meningkat, pungutan cukai dan hasil
menjadi kelamkabut. Pegawai-pegawai yang dilantik oleh Sultan untuk menjalankan tugas memungut hasil dan cukai di
pintu Kuala mabuk dengan peluang-peluang yang terdedah dan mula mengumpul kekayaan untuk diri sendiri;
sedangkan pendapatan untuk Sultan dan Perbendaharaan Negeri tidak bertambah langsung.

Mengatasi masalah ini Sultan bertindak memajakkan tugas memungut hasil dan cukai di pintu Kuala kepada dua orang
China dari Pulau Pinang yang sanggup membayar kepada Baginda dua puluh peratus dari semua pungutan yang
mereka lakukan. Dua orang China itu ialah Che’ Seong dan Che’ Toah. Sultan berpuas hati dengan pendapatan yang
agak kecil tetapi tetap sekurang-kurangnya untuk lima tahun iaitu masa sekali-sekali pajakan ini berlangsung. Selepas
lima tahun Sultan boleh menyambungkan lagi pajakan ini kepada mereka atau kepada orang lain mengikut persetujuan
Baginda.

Kerana Che’ Seong dan Che’ Toah tinggal di Pulau Pinang dan mempunyai perusahaan-perusahaan lain lagi mereka
telah menyerahkan kuasa memungut hasil dan cukai di Kota Kuala Muda kepada Baba Seng yang dilantik oleh Sultan
menjadi Kapitan China di situ.
Dalam bulan Oktober 1818, Gabenor Bannerman di Pulau Pinang telah menghantar sebuah perahu ke Petani. Di dalam
perahu itu dimuatnya beberapa barangan istimewa, wang dan candu yang hendak dihadiahkannya kepada seorang
Raja di sana. Perahu besar ini memasuki Kuala Sungai Muda dengan dikawal oleh beberapa orang sepahi yang
bersenjata dan telah enggan membayar cukai di pintu Kuala. Perahu ini ditahan oleh Baba Seng di Kota Kuala Muda
dan Baba Seng telah merampas beberapa tiub candu dan mengambil sedikit wang dari sepahi-sepahi itu. Peristiwa ini
telah dilapurkan segera kepada Bannerman. Beliau terus membuat bantahan kepada Sultan Ahmad Tajuddin dan
mendesak Baginda supaya menghukum berat keatas beberapa orang China yang berani merampas dan menahan harta
dan kakitangan Syarikat Hindia Timor.

Sultan menjawab surat Gabenor Inggeris dengan lemah lembut memuji kebijakan Gabenor itu memerintah Pulau
Pinang dan Baginda merasa megah sebab dapat berbaik-baik dengan “Sahabat Beta” yang menjadi wazir Raja Yang
Maha Besar lagi Maha Perkasa. “Kedah dan Pulau Pinang dua buah negeri ini bersahabat atawa di laut atawa di darat
selama dan selagi bergerak dan bercahaya matahari dan bulan”.

Kemudian Baginda menyebut bahawa Baginda akan mengeluarkan hukuman supaya Che’ Seong dan Che’ Toah
mengembalikan semula benda-benda yang dirampasnya dahulu setelah “Sahabat Beta menjelaskan cukai-cukai yang
patut dijelaskan kepada mereka”.

Gabenor Pulau Pinang marah berbelit-belit membaca ayat yang terakhir itu lalu megutuskan sepucuk surat mengugut
Sultan supaya memansuhkan perjanjian-perjanjian dengan Baba-baba China yang samseng ini dan mendesak supaya
Baba Seng digantikan oleh orang lain menjadi Kapitan China di Kota Kuala Muda. Sebagai wazir agung kepada Raja
Maha Besar Negara Inggeris, beliau tidak layak dan dibawah tarafnya berunding semeja dengan Baba Seong dan Baba
Toah, mereka adalah hamba rakyatnya sendiri.

Gabenor Bannerman mengingatkan Sultan Ahmad Tajuddin bahawa Baba Seng di Kota Kuala Muda telah menyinggong
pemerintah Inggeris di Pulau Pinang dengan kekasarannya terhadap kakitangan Yang Berhormat Kompeni.

Sultan memberitahu Bannerman bahawa Baginda telah mengarahkan Che’ Seong dan Che’ Toah memulangkan
barangan-barangan yang dirampas dari perahu “Sahabat Beta” dahulu dengan segeranya seelok-elok sahaja Gabenor
menunaikan pembayaran cukai-cukai seperti yang telah dipertetapkan oleh adat resam negeri kita. Sultan berdukacita
dan amat kesal sekali kerana tidak berupaya hendak memansuhkan pajakan memungut cukai dan hasil ini sebab belum
sampai lagi masa lima tahunnya. Jika berbudi dan menjadi buah mulut orang sampai akhir zaman. Gabenor Bannerman
sahabat beta yang menjadi wazir kepada Maharaja Yang Maha Besar tentulah lebih faham keadaan ini dan dapat
bertimbang rasa dengan Beta.

Gabenor Bannerman senyap tidak dapat berkata apa-apa selepas membaca perutusan dari Sultan Ahmad Tajuddin.
Gabenor seterusnya menahan sepucuk grant tanah nombor 619 yang disandarkan oleh Che’ Seong dan Che’ Toah
kepada Kerajaan Pulau Pinang. Permohonan Che’ Seong dan Che’ Toah kepada Pemungut Hasil Tanah Pulau Pinang
untuk menebus kembali Grant Nombor 619 itu telah di “peram” di Pejabat Tanah dan akhirnya permohonan itu ditolak
begitu sahaja.

Terang dan jelas tindakan ini dibuat adalah sebagai memuaskan hati Bannerman yang marah meluap-luap terhadap
tindakan Kapitan China Baba Seng wakil mutlak orang berdua ini. Baba Seng dicap oleh Pulau Pinang sebagai
“penyangak” pengumpul barang-barang curi dan bekerjasama dengan penjahat-penjahat yang menceroboh kedai-kedai
di Pulau Pinang.

Tahun 1821 Kedah diserang oleh Siam dan Sultan Ahmad Tajuddin berundur ke Pulau Pinang. Pada masa ini
Gabenornya telah bertukar dengan orang lain, Encik Phillips pula. Bannerman telah meninggal dunia dalam tahun 1819.

Apabila Siam memerintah Kedah, Kota Kuala Kedah diduduki oleh Siam dan Baba Seng tinggal di Kota sebagai ketua
kaum China.

Dalam tahun 1825 Baba Seng dan dua orang lagi orang China telah diperintah oleh Anak Raja Legor yang memerintah
Kedah pada masa itu supaya pergi ke Pulau Pinang dan belikan “ Sepuluh koyan garam dan beberapa puluh pucuk
senapang yang lengkap dengan sangkor atau benetnya”.

Baba Seng dan kawan-kawannya tidak pergi ke Pulau Pinang tetapi telah masuk kedalam persembunyian. Macam-
macam boleh dikatakan kepada Baba Seng ini tetapi yang perlu diberi perhatian ialah kepada jiwanya yang setia
kepada Sultan Kedah tidak silu-silu menentang Inggeris yang cuba memperbodohkan Sultan dan dia tidak sekali-kali
akan membekalkan senapang dan benet kepada Siam yang diketahuinya akan digunakan untuk menindas orang-orang
Melayu.
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 6
PEMBINAAN KOTA-KOTA TANAH

ORANG-ORANG Melayu yang tinggal menetap di dalam negeri sepanjang zaman pemerintahan Siam bersyukur kepada
Tuhan kerana Kedah telah bebas semula dari cengkaman Siam. Mereka inilah yang menjadi teras kepada gerakan
pembangunan yang disusun semula oleh Tunku Abdullah dan Tunku Muhamad Saad serta panglima-panglimanya.

Gendang raya dipukul menandakan masuk waktu bersembahyang dan suara bang dilaungkan garuk dan parau melayup
hingga ke bintang timur tinggi. Sudah berani orang berkumpul dimasjid-masjid dan di bandarasah melakukan
sembahyang berjemaah dan membaca Yassin beramai-ramai. Di masa yang bergelora di bawah pentadbiran Siam,
amat ramai orang yang beramal ibadat kepada Tuhan menumpu sepenuh minat hanya kepada kerja-kerja yang
direzainya supaya masin doa’ dan permintaan terutamanya buat menjauhkan bala dan bahaya dari kampong halaman
dan kaum keluarga. Sekali sekala terdengar orang meminta tolong kerana dirompak dan dianiayai oleh orang-orang
Siam dan pengikut-pengikutnya ; sekarang tidak akan kedengaran lagi! Sekali sekala orang-orang Melayu akan
mengumpulkan anak isteri ditempat yang selamat meninggalkan mereka kepada jagaan Tuhan kerana mereka terpaksa
mendaki bukit menyerang segerombolan tentera Siam yang baru tiba menindas orang-orang kampong. Sekarang
tindakan begitu tidak perlu lagi! Syukur alhamdu Lillah!

Tunku Muhamad Saad merancangkan supaya penduduk-penduduk di Negeri Kedah bertambah ramai. Beliau
menghantar utusan ke Pulau Pinang, Seberang Perai dan ke Perak menjemput semula penduduk-penduduk asal negeri
ini pulang ke kampong halaman dan membersihkan sawah serta dusun masing-masing.

Disamping itu beliau menggalakkan perniagaan beras, kerbau lembu dan ayam itik dengan Seberang Perai. Perniagaan
yang semakin hari semakin rancak ini disebut-sebut oleh Siam kepada Gabenor Bonham tetapi Inggeris tidak dapat
mengawal sempadan untuk menyekat perniagaan yang menguntungkan kedua-dua pehak. Pusat-pusat perdagangan
terdapat di Kota Kuala Muda, di Pekula, di Rantau Panjang, di Pinang Tunggal, di Serukum, di Sidam hingga ke Lubuk
Kiap. Orang-orang disini sibok menjual beli hingga jauh kedalam kawasan Inggerisdi Seberang Perai. Dalam zaman
Siam perniagaan ini dilakukan secara berselindong sekarang sudah terbuka lantang kerana Siam tidak ada lagi dan
barangan makanan tidak mencukupi di kawasan Inggeris.

Pentadbiran baru dibawah Tunku Abdullah masih bimbang dengan ancaman dari Siam yang pergi dengan tidak
berhantar kalau-kalau datang pula dengan tidak bersambut. Rancangan pertahanan negeri mengambil tempat yang
utama dalam bidang pembangunan semula di bawah kelolaan Tunku Muhamad Saad. Sekarang masih boleh dilihat
tembok-tembok, kotatanah sebagai benteng pertahanan didirikan oleh orang-orang kampung ditempat-tempat yang
ditentukan oleh panglima-panglima perang. Kota-kota tanah yang memang telah lama didirikan diperbaiki semula dan
diperkuatkan. Di antara kota-kota tanah yang terpenting ialah di Pinang Tunggal tempat menyambut bekalan senjata
dan bantuan tentera dari Seberang Perai dan Perak. Kotanya tinggi dua puluh kaki dan tebalnya di tempat yang paling
nipis ialah dua depa. Jaraknya dari tebing Sungai Muda hingga kekaki sebuah bukit kecil lebih kurang tiga ratus ela.
Kota ini masih dapat dilihat lagi hari ini. Kota-kota lama di Siputeh, di Kota Kuala Muda, di Merbuk, di Tebengau,
diperkuatkan.

Angkatan perang Melayu membantu orang-orang kampung membina kota yang paling panjang sekali di utara iaitu di
tebing Sungai Kedah di Limbung hingga ke Jerlun sejauh lima belas batu. Kota ini melalui kawasan-kawasan yang
penting seperti Pekan Limbong yang menjadi sebuah pusat perniagaan yang sibuk pada masa ini, Langgar, tempat
letaknya permakaman raja-raja Kedah, Lepai dan Bukit Pinang tempat letaknya beberapa buah istana, Alor Ganu dan
Padang Saujana tempat letaknya beberapa buah kubu pertahanan yang kuat di tebing Sungai Kedah, Kota Rentang dan
Jerlun ialah lagi kubu-kubu yang stratejis diharap dapat menyekat kemaraan musuh dari utara dan dari laut. Kota
panjang ini ialah benteng utama mempertahankan Kota Setar dan Kota Kuala Kedah dari pukulan mengejut. Kota
panjang ini sekarang dikenali sebagai Kota Limbong, Kota Kudung Kota Langgar, Kota Lepai, Kota Bohor, Kota Alor
Ganu, Kota Padang Saujana, Kota Rentang, dan dari situ hingga ketepi laut sudah tidak ada kota lagi. Panglima yang
berjasa mengepalai kerja-kerja membina kota di Langgar dan di Limbong ialah Datuk Lela yang berasal dari Petani.

Di tempat-tempat di selekoh kota diletakkan meriam dan peluru-peluru besi serta ubat-ubat bedil. Tempat-tempat ini
dipanggil “Melor Hati”. Di sinilah banyak terdapat peluru-peluru yang berkarat belum digunakan lagi dengan tulang-
tulang manusia bersusun tideh. Datuk Lela akhirnya menjadi seorang pembesar Sultan Kedah dan anak cucunya masih
ramai berbakti di Kedah.

Selingkar kota tanah dua depa lebar dan sepuluh kaki tinggi dibina mengelilingi Anak Bukit ialah sebuah lagi pusat
perniagaan yang tidak mati walaupun di bawah pentadbiran Siam.

Di Kota Setar dibina sebatang kota tanah dari Tanjong Pembunuh hingga ke Kampung teluk di selatan Sungai Kedah.
Sekarang Jalan Kota Tanah berlari betul-betul di atas kota itu.

Di Kuala Kedah terdapat juga sebatang kota tanah dibina sebelah matahari naik Kota Kuala sebagai benteng kepada
pelabuhan Kuala Kedah dari serangan darat. Datuk Menara, berasal dari Petani, dikatakan bertanggongjawab membina
kota ini.
Selain dari kota-kota tanah yang disebut ini ada juga kota-kota yang dibinakan di merata-rata tempat yang dipikirkan
perlu berbenteng seperti di Kota Mengkuang, Kota Giam, Naga, Kota Sena, Kota Kayang dan di Bukit Pinang.

Orang-orang di Setol turut membina beberapa buah kota tanah juga di Mambang Sengkara, di Kuala Langu, di
Kampung Kota dan di Kuala Bara. Kampong Mambang Sengkara dikenali sekarang sebagai Kampong Pikman dan
kotanya dibuat dari tanah bercampur batu. Hari ini orang-orang Melayu di sana menyebutnya Kota Raja Bersiong.

Lebar kota-kota tanah ini boleh dikatakan sama sahaja dimana-manapun iaitu dua tau tiga depa dengan tingginya lebih
kurang lima belas kaki. Disebelah luar dikorek pula parit besar memanjang tembok kota dan dipinggirnya antara parit
dan tembok dijajarkan batang-batang buluh hidup yang akhirnya tumbuh menghijau dan menambahkan lagi kekebalan
kota-kota ini. Biasanya apabila pokok-pokok buluh ini membesar dan berumpun, batangnya tidak lut oleh bedilan-
bedilan astanggar atau lela. Kadang-kadang peluru meriam pun akan melantun kesasaran lain jika bergesel dengan
kulitnya yang licin dan keras itu.

Orang-orang inggeris cemas melihat kota-kota tanah yang menghijau dengan pokok-pokok buluh duri di Pinang
Tunggal telah membedil kota-kota disana dengan alasan mengusir lanun-lanun yang lari kesitu. Inggeris tidak berjaya
menembusi benteng-benteng ini. Batang-batang buluh hanya menggeliat dan mendengkur apabila ditiup angin yang
panas.

Dimasa-masa yang tidak ada lanun, Inggeris membedil kota-kota tanah ini sesukanya dengan alasan menembak
burung-burung pala dan burung seriap yang memangnya banyak bercengkerama diparit-parit kota. Di Kota Langgar
terdapat sebuah kuburan Inggeris membujur sejak tarikh ini yang mungkin menerima ajalnya bukan kerana demam
malaria, mungkin kerana terlalu lincah membedil burung seriap juga. Di Tanjung Inggeris banyak terdapat kuburan
satria, ramai diantaranya ialah anak cucu Datuk Lela.

Orang tua-tua masih menceritakan bagaimana pokok-pokok buluh ini telah lenyap kerana ditebang oleh orang-orang
Melayu sendiri. Inggeris mendapat akal bahawa orang-orang di Pinang Tunggal semuanya gemarkan wang ringgit,
malahan mereka ialah ahli-ahli perniagaan yang handal diperbatasan pada masa itu. Jadi, orang-orang Inggeris
menggunakan wang-wang emas dan perak sebagai peluru membedil pokok-pokok buluh dipinggir kota tanah disana.
Orang-orang Melayu berebut-rebut mengambil wang-wang emas dan wang perak ini dari celah-celah pokok buluh.
Bagaimanapun masih ada juga wang-wang yang terselit dicelah-celah perdu dan umbinya. Untuk memungut semua
wang-wang yang tidak patut dibiarkan membazir disitu, mulalah pokok-pokok buluh itu ditebang serumpun demi
serumpun.

Pada masa kekeringan belanja, diwaktu yang aman-aman, orang-orang kampong menebang buluh dikota mereka dan
memungut sekeping dua wang emas atau wang perak. Kerana datangnya dri mulut meriam, wang-wang emas dan
perak ini sebam-sebam hitam bekas terbakar dan kemik-kemik. Terdapat juga wang-wang emas begini yang sebam-
sebam hitan dan kemik-kemik, di Limbong, di Langgar dan di Alor Ganu. Wang-wang itu dipungut orang kemudian
dilebur, dijadikan barang-barang kemas murah.

Alangkah baik kalau wang-wang emas dan wang-wang perak itu disimpan untuk ditunjuk kepada anak cucu masa-masa
mereka kehampaan semangat, mudah-mudahan timbul geramnya membuktikan bahawa dia tidak mudah dibeli dengan
wang-wang yang sebam hitam dan kemik-kemik, walaupun emas walaupun perak.

RAMAI YANG MATI SYAHID

PERTENGAHAN bulan Mac tahun 1839, tentera Siam seramai lima belas ribu orang telah sampai di Kuala Jerlun
memikul istinggar-istinggar yang bercap “East india Company”. Orang-orang Siam menggunakan beratus-ratus ekor
gajah memikul bekalan makanan, meriam kecil dan ubat bedil.

Sebelum orang-orang Kedah sempat mengkaji dimana letaknya kelemahan mereka, Kota Alor Ganu dan Kota Padang
Saujana telah jatuh ketangan orang-orang Siam. Kejayaan ini dapat mengasingkan orang-orang Melayu di Langgar
dengan orang-orang disebelah Kuala Kedah. Siam telah menggempur Alor Ganu disebelah malam dan ramailah orang-
orang Melayu yang gugur. Seorang daripadanya ialah Panglima Hitam yang dianggap keramat di Padang Saujana.
Kuburnya masih menghiasi kampong itu hingga kehari ini. Syed Husin yang menjadi pengharapan Tunku Muhamad
Saad di Kota ini telah terkurban bersama-saman enam ratus orang perwira.

Alor Ganu mempunyai beberapa pucuk meriam yang berjasa dan sekarang telah dapat dipergunakan oleh Siam. Dari
Alor Ganu Siam menghantar rombongan-rombongan penyerang malam ke Kota Rentang dan Pulau Kerengga, tempat-
tempat ini dengan senangnya diduduki Siam dan matlamat mereka hendak merebut Kota Kuala Kedah bertambah
mudah apabila Gunung Keriang dapat dijadikan markas yang kedua selepas Alor Ganu. Dari Gunung Keriang mereka
melancarkan serangan keatas Kota Kuala Kedah tiap-tiap malam dan berundur semula ke Gunung Keriang di waktu
siang.

Sebuah lembaga Buddha tersenyum dipinggir Gunung Keriang dibina oleh tentera-tentera Siam ketika merayakan
kejayaan mereka merampas negeri Kedah dari Tunku Kudin dahulu sibuk dipuja semula.
Satu ketumbukan orang Siam dihantar menyerang Langgar dan Limbong melalui Bohor, Lepai dan Sungai Mati. Datuk
Lela berjuang mati-matian. Disepanjang-panjang kota dari Limbong hingga ka Kota Rentang dan terus ke Kuala Jerlun
bersusun-susun mayat perajurit yang terkurban. Diatas tembok kota itulah dikebumikan dan ditalkinkan.

Sekarang ini, selain dari senjata yang berkarat, peluru-peluru meriam dan tunggul-tunggul buluh yang tuaterdapat di
tembuk-tembuk kota lima belas batu ini terdapat pula batu-batu kerikil menandakan kepala dan kaki pahlawan-
pahlawan yang gugur. Terdapat juga nisan yang cantik berselirak di Langgar dan di Limbong, beratus-ratus banyaknya
menandakan beratus-ratus pula yang sempat dikuburkan dengan sempurna. Di Negeri Kedah ini, dimana terdapat nisan
yang usang, letaknya tidak jauh dari kota tanah, tempat mereka berjuang.

Terdapat kubur seorang ulama di Serokan hampir perbatasan Kedah dan Seberang Perai, seorang pejuang yang gugur
mungkin dalam pertarungan kali ini juga dan dinisannya berpahat dengan “Inna fatahna laka fathan mubina”
membayangkan harapan kuat untuk orang Melayu menempa kejayaan dan senandongnya irap-irap syair orang
Langkawi. Beberapa banyak nisan yang tidak bernama beratus-ratus banyaknya di Langgar dan di Limbong. Berapa
banyak Panglima Hitam, Tok Serban Hijau, Tok Tungkat, Tok Janggut, Keramat Anak Dara, Tok Amar, Tok Raja dan
lain-lain yang ada disana dan di Alor Ganu, di Naga, di Kuala Kedah dan di Anak Bukit, di Kalai, di Bukit Wang dan di
Pulau Pisang dan di Perlis serta di Setol. Berpuluh-puluh yang berdarah raja sempat dikumpulkan didalam Kota Makam
di Langgar, ramai pula yang tercicir bersama rakyat sebanyak. Banyak lagi Tok Jambi, Tok Pasai, Tok Siak dan Tok
Kemboja, di merata-rata tempat yang syahid bersama orang-orang Kedah. Di Mempelam dekat Kuala Kedah tersadai
mayat seorang ulama Banjar, Shaikh Mas’ud dari titisan Raja Kartasyuta Banjarmasin, tidak sempat dikuburkan hilang
dibawa arus.

Alor Setar menjadi tempat pertarungan haibat yang sukar diatasi oleh angkatan Legor. Istana Sultan dan Balai Besar
ialah diantara bangunan-bangunan yang kuat sekali dipertahankan. Meriam-meriam yang digunakan dalam pertahanan
bandar ini masih menghiasi perkarangan Masjid Zahir. Bukanlah secara kebetulan meriam-meriam itu diletakkan
diperkarangan Masjid Zahir tetapi dirancangkan kerana di tapak masjid itulah letaknya sebuah perkuburan luas para
pejuang yang terkorban. Apabila Masjid Zahir didirikan disitu dalam tahun 1913, kubur-kubur para pejuang dipindahkan
ke Alor Merah dan ke Akar Peluru. Tetapi masih banyak yang tidak dipindahkan bernirai-nirai di perkarangan Masjid
hingga ke tebing sungai tanpa nisannya. Meriam-meriam di perkarangan masjid itu Cuma menjadi kesan peninggalan
kepada tapak atau medan pertarungan antara Islam dengan bukan Islam lebih seratus tahun dahulu.

Kuburan para pejuang terdapat juga di tebing Sungai Kedah dikawasan Mahkamah Rendah sekarang. Sebuah kawasan
perkuburan yang lebuh luas ialah di Tanjung Bendahara. Tok Lidah Hitam berhampiran pintu masuk ke kawasan Kolej
Sultan Abdul Hamid ialah lanjutan dari perkuburan Tanjung Bendahara itu. Sepucuk meriam di hadapan bangunan
asrama Kolej ditemui di kampong Tanjung Bendahara di belakang asrama tersebut. Sepucuk lagi meriam besar tetapi
telah patah ada di tebing selatan Sungai Kedah bertentangan dengan Kampong Tanjung Bendahara ini.

Orang-orang Suka Menanti dan Alor Merah memberi pertentangan sengit yang menjadi buah mulut sehingga hari ini.
Kota tanah di Pantai Johor ialah sebahagian dari kota pekeliling yang melengkongi Istana Anak Bukit. Meriam yang
menjadi perhiasan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, di Jenan, ditemui di kuala Sungai Alor Merah.

Masa kelang padi Kerajaan di Anak Bukit hendak didirikan dalam tahun 1920 (?) dahulu, orang-orang kampong telah
diupah menggali sebuah perkuburan di tapak kelang itu dan mengubah tulang-tulangnya ke tempat lain. Beratus-ratus
kubur kepunyaan para pejuang yang mempertahankan Anak Bukit juga didapati jasad-jasad yang tidak reput, masih
merah dan bersih, tanda-tanda orang mati syahid.

Sedang tentera-tentera Siam beransur tiba dan mencetuskan pertarungan di sana sini beratus-ratus buah perahu kecil
dan besar serta rakit dan apongan dari ulu telah menghilir ke Kuala meminta perlindungan kapal perang “Hai Seng”.
Kapten Warren yang diperintahkan supaya membantu Siam di dalam peperangan ini diarah dengan tegasnya pula
supaya menolong orang-orang yang meminta perlindungan Inggeris. Kebengisan Siam yang di luar peri kemanusiaan
termasyhur ke mana-mana.

Kapten Warren telah pun menyediakan sebuah tongkang besar, sebuah top, lima buah perahu besar dan seratus lima
belas perahu-perahu kecil di keliling kapalnya untuk membawa orang-orang pelarian ke Pulau Pinang.

Sebuah kapal perang, “Emerald” yang mempunyai dua puluh lima orang kelasi Melayu telah mengiringi tiga ribu orang
pelarian dari Kuala Kedah ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan mereka disertai pula oleh pelarian-pelarian dari lain-lain
kuala dan kejadian seperti tahun 1821 berulang semula. Dua pertiga dari pelarian-pelarian yang berhijrah ialah wanita
dan kanak-kanak serta orang-orang tua dan orang-orang yang tidak berdaya. Penghijrahan ini berlangsong selama
beberapa malam berturut-turut dan Bandar Pulau Pinang gempar semula dengan kisah-kisah keganasan Siam.

SIAM MENEWASKAN TUNKU MD. SAAD

MASA Tunku Muhamad Saad menyerang Siam di Kedah dan membebaskan negeri itu dari cengkaman mereka, Gabenor
Legor dan Gabenor Senggora berada di Bangkok menghadiri upacara penghangusan jasad Bonda Rani ibu kepada
Maharaja Rama III. Bila mereka diberitahu orang-orang Melayu telah menduduki semula negeri Kedah dan negeri-
negeri Melayu di Selatan telah turut dibebaskan, mereka memohon bantuan dari Bangkok dan dari wilayah mereka
sendiri seperti Legor, Senggora, Petalong dan juga dari Kelantan dan Petani.
Gabenor Legor menghantar utusannya menemui Inggeris di Singapura dan dua-dua pihak telah bersetuju akan saling
bantu-membantu. Inggeris bersetuju mengepung Kedah dari laut dalam bulan Disember ketika angin ribut Timur Laut
bertiup. Dalam bulan itu, Siam akan menyerang dari darat dengan lapan puluh ribu orang tenteranya.

Seperti yang dijanjikan, kapal Inggeris bernama “Hyacinth” tiba dan berlabuh pada 7 haribulan Disember 1838 dua
ratus ela dari Kuala Sungai Kedah. Orang-orang kapal menanam batang-batang nibung dan batang-batang pinang
menyekat mulut kuali kecuali bahagian kecilnya yang dibuka untuk perahu-perahu kecil berulang keluar masuk.
Bahagian kecil itu dikawal rapi.

Angin Timur mula menghembus, tanah sawah mula merekah dan di Laut pula didatangi ribut. Tiap-tiap perahu yang
keluar dan masuk dipereksa oleh anak-anak kapal “Hyacinth” dan senjata orang-orang Melayu di rampas. Orang-orang
yang bersiap seperti hendak berperang akan dipaksa pulang kedaratan. Orang-orang dari luar tidak lagi di benar masuk
ke Kedah. Orang-orang dari Langkawi, Pulau Pinang atau Setol yang datang ke Kedah akan diburu balik ke tempat
asalnya.

Dalam bulan Disember anak Gabenor Legor yang menjadi Gabenor di Kedah Phya Thibet dikenali sebagai Phya Buri
Saknuton dalam Sejarah Kedah mengepalai angkatan Siam dari Legor seramai sepuluh ribu orang bertindak membunuh
laki-laki perempuan dan kanak-kanak serta membakar licin kampong rumah, pokok-pokok kayu dan tanaman orang
dalam satu gerakan bumi hangus yang tidak ada taranya di tanah air kita. Rancangan Legor ialah hendak
menghanguskan seluruh negeri dari Setol hingga ke Sungai Kedah.

Dato’ Muhamad Ali di Setol kaku tidak dapat bertindak dengan pantas kerana Siam masuk dengan mengejut dari
daratan. Halangan yang diberi oleh Dato’ Muhamad Ali tidak berkesan langsung. Tentera-tentera Siam mempunyai
senjata-senjata yang lebih moden dapat meredas dari sempadan menuju kekawasan Kedah dengan mudah dan cepat.

Orang-orang di Setol dan di Terang tidak dapat menentang angkatan Legor yang jauh lebih ramai berhijrah
meninggalkan kampong halaman berperahu di pulau-pulau di perairan Burma terpisah dari saudara mara yang
membuyung ke Semenanjung.

Angkatan Tunku Muhamad Saad yang sedang menduduki Senggora di serang dari belakang oleh satu ketumbukan
tentera Legor yang lebih besar. Orang-orang Melayu yang di tawan kononnya diikat kemudian dilecek oleh gajah
hingga menjadi “sambal”. Mengikut cerita dari orang-orang yang berjaya melepaskan diri ke Pulau Pinang, ramai orang-
orang Melayu yang diikat kemudian disula dari bawah dengan pucuk nipah hidup yang menghulurkan taruk sejengkal
demi sejengkal setiap hari menembusi isi perut orang yang malang itu. Sebelum mati, orang-orang ini menderita
kepedihan yang amat perit. Masa inilah terdapat beribu-ribu manusia dari Petani, Setol dan Perlis berhijrah ke Selatan
iaitu ke Perak dan ke Pulau Pinang, ke Kelantan dan Terengganu.

Sekurang-kurangnya kita mengetahui Panglima Busu dan Raja Usoh dari Setol selamat sampai di Selatan Kedah dan
membuka kampong halaman disana. Lebih kurang tiga bulan lamanya mereka menderita dan mengalami pelbagai
kesedihan di dalam perjalanan: Tangisan kanak-kanak yang menyusu di dada ibunya yang terbaring tidak bernyawa ;
ibu dan ayah meratapi anak yang terpaksa dikuburkan didalam hutan dan siisteri meratapkan suami yang telah terbujur
menjadi mayat.

“Nun di tengah tanah persawahan yang sudah menjadi arang dibakar oleh orang-orang Siam adalah beberapa kanak-
kanak dan orang tua juga sedang menyungkili buah-buah padi di celah rekahan tanah yang tersebut untuk ditanak
dengan randawan dari bahan-bahan yang boleh dimakan sebagai umbut dan daun-daun kayu serta ubi-ubi yang
didapati didalam hutan.”

Kumpulan Raja Usoh membuka “Kampong Raja” di tebing Sungai Kerian dan kumpulan Panglima Busu dan Tok Pawang
Sulaiman membuka “Kampong Bukit Tok Gula” di daerah Bandar Baharu. Tok Gula ialah gelaran kepada Panglima Busu
yang pandai membuat gula kelapa. Banyak lagi kampong-kampong yang dibuka pada zaman ini oleh orang-orang
berhijrah dari Setol, Petani dan lain-lain wilayah Siam melarikan diri ketempat yang aman.

Pemimpin-pemimpin Melayu di Senggora berundur ke Kota Bharu dan akhir-akhirnya telah berjaya melepaskan diri ke
Seberang Perai. Perjuangan dari tahap ini telah lumpuh dan mereka mengharapkan ketumbuk-ketumbuk lain dari Setol,
Perlis dan Langkawi menyelamatkan Negeri Kedah.

Diantara tujuh wilayah di Petani, hanya empat sahaja iaitu Nangcik, Raman, Yala dan Legih yang menyokong Tunku
Muhamad Saad, sedang tiga lagi iaitu wilayah Petani, Jering dan Sai tidak dapat bertindak sedikit pun.

Angkatan Legor telah mara ke selatan melalui Padang Besar dan Padang Kecil terus masuk ke kawasan Perlis, dan
Kedah setekah menduduki Trang dan Setol. Di Padang Kecil, sekarang dikenali sebagai Haad Yai, satu pertempuran
besar telah berlaku dan mengakibatkan ramai tentera Melayu dan tentera Siam menjadi korban. Diantara yang syahid
disini ialah Shaikh Samad Palembang.

Orang-orang Melayu di Kedah mengharapkan hujan dan ribut melemahkan semangat orang-orang Siam yang
melakukan serangan-serangan hendap di waktu malam tetapi sebenarnya Siam hanya mengukur kekuatan orang-orang
Melayu sebelum menyerang besar-besaran dalam bulan tiga nanti.

Siam menggantungkan buluh-buluh kentong dipinggang tiap-tiap orang tenteranya supaya boleh dibunyikan bagi
mengenali rakan-rakan mereka dan juga sebagai mengelakkan diri dari mengantuk di tempat berkawal. Bunyinya di
jauh-jauh malam amat lantang dan irama bambu sambut menyambut dari seorang tentera keseorang lain memecah
monotoni malam hingga terbit fajar. Orang-orang Melayu di tembok=tembok kota tanah akan berteriak kepada rakan-
rakannya,”Jaga,jaga!” Rakannya pula akan berteriak balas, “Jaga,jaga..!” Sehingga semua orang-orang Melayu berada
didalam keadaan berjaga-jaga. Buat beberapa waktu bunyi kentong buluh, seruan “Jaga, jaga..!” dan tembakan
meriam serta lela dan istinggar berkecamuk tidak tentu sasaran. Acapkali terdengar tentang tanduk kerbau dari
kampong di pendalaman di tengah-tengah angin ribut yang menyapu pantai.

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 7

RAMAI YANG MATI SYAHID

PERTENGAHAN bulan Mac tahun 1839, tentera Siam seramai lima belas ribu orang telah sampai di
Kuala Jerlun memikul istinggar-istinggar yang bercap “East india Company”. Orang-orang Siam
menggunakan beratus-ratus ekor gajah memikul bekalan makanan, meriam kecil dan ubat bedil.

Sebelum orang-orang Kedah sempat mengkaji dimana letaknya kelemahan mereka, Kota Alor Ganu dan
Kota Padang Saujana telah jatuh ketangan orang-orang Siam. Kejayaan ini dapat mengasingkan orang-
orang Melayu di Langgar dengan orang-orang disebelah Kuala Kedah. Siam telah menggempur Alor Ganu
disebelah malam dan ramailah orang-orang Melayu yang gugur. Seorang daripadanya ialah Panglima
Hitam yang dianggap keramat di Padang Saujana. Kuburnya masih menghiasi kampong itu hingga kehari
ini. Syed Husin yang menjadi pengharapan Tunku Muhamad Saad di Kota ini telah terkurban bersama-
saman enam ratus orang perwira.

Alor Ganu mempunyai beberapa pucuk meriam yang berjasa dan sekarang telah dapat dipergunakan
oleh Siam. Dari Alor Ganu Siam menghantar rombongan-rombongan penyerang malam ke Kota
Rentang dan Pulau Kerengga, tempat-tempat ini dengan senangnya diduduki Siam dan matlamat
mereka hendak merebut Kota Kuala Kedah bertambah mudah apabila Gunung Keriang dapat dijadikan
markas yang kedua selepas Alor Ganu. Dari Gunung Keriang mereka melancarkan serangan keatas
Kota Kuala Kedah tiap-tiap malam dan berundur semula ke Gunung Keriang di waktu siang.

Sebuah lembaga Buddha tersenyum dipinggir Gunung Keriang dibina oleh tentera-tentera Siam ketika
merayakan kejayaan mereka merampas negeri Kedah dari Tunku Kudin dahulu sibuk dipuja semula.

Satu ketumbukan orang Siam dihantar menyerang Langgar dan Limbong melalui Bohor, Lepai dan
Sungai Mati. Datuk Lela berjuang mati-matian. Disepanjang-panjang kota dari Limbong hingga ka Kota
Rentang dan terus ke Kuala Jerlun bersusun-susun mayat perajurit yang terkurban. Diatas tembok kota
itulah dikebumikan dan ditalkinkan.

Sekarang ini, selain dari senjata yang berkarat, peluru-peluru meriam dan tunggul-tunggul buluh yang
tuaterdapat di tembuk-tembuk kota lima belas batu ini terdapat pula batu-batu kerikil menandakan
kepala dan kaki pahlawan-pahlawan yang gugur. Terdapat juga nisan yang cantik berselirak di Langgar
dan di Limbong, beratus-ratus banyaknya menandakan beratus-ratus pula yang sempat dikuburkan
dengan sempurna. Di Negeri Kedah ini, dimana terdapat nisan yang usang, letaknya tidak jauh dari kota
tanah, tempat mereka berjuang.

Terdapat kubur seorang ulama di Serokan hampir perbatasan Kedah dan Seberang Perai, seorang
pejuang yang gugur mungkin dalam pertarungan kali ini juga dan dinisannya berpahat dengan “Inna
fatahna laka fathan mubina” membayangkan harapan kuat untuk orang Melayu menempa kejayaan dan
senandongnya irap-irap syair orang Langkawi. Beberapa banyak nisan yang tidak bernama beratus-ratus
banyaknya di Langgar dan di Limbong. Berapa banyak Panglima Hitam, Tok Serban Hijau, Tok Tungkat,
Tok Janggut, Keramat Anak Dara, Tok Amar, Tok Raja dan lain-lain yang ada disana dan di Alor Ganu,
di Naga, di Kuala Kedah dan di Anak Bukit, di Kalai, di Bukit Wang dan di Pulau Pisang dan di Perlis
serta di Setol. Berpuluh-puluh yang berdarah raja sempat dikumpulkan didalam Kota Makam di Langgar,
ramai pula yang tercicir bersama rakyat sebanyak. Banyak lagi Tok Jambi, Tok Pasai, Tok Siak dan Tok
Kemboja, di merata-rata tempat yang syahid bersama orang-orang Kedah. Di Mempelam dekat Kuala
Kedah tersadai mayat seorang ulama Banjar, Shaikh Mas’ud dari titisan Raja Kartasyuta Banjarmasin,
tidak sempat dikuburkan hilang dibawa arus.

Alor Setar menjadi tempat pertarungan haibat yang sukar diatasi oleh angkatan Legor. Istana Sultan dan
Balai Besar ialah diantara bangunan-bangunan yang kuat sekali dipertahankan. Meriam-meriam yang
digunakan dalam pertahanan bandar ini masih menghiasi perkarangan Masjid Zahir. Bukanlah secara
kebetulan meriam-meriam itu diletakkan diperkarangan Masjid Zahir tetapi dirancangkan kerana di
tapak masjid itulah letaknya sebuah perkuburan luas para pejuang yang terkorban. Apabila Masjid Zahir
didirikan disitu dalam tahun 1913, kubur-kubur para pejuang dipindahkan ke Alor Merah dan ke Akar
Peluru. Tetapi masih banyak yang tidak dipindahkan bernirai-nirai di perkarangan Masjid hingga ke
tebing sungai tanpa nisannya. Meriam-meriam di perkarangan masjid itu Cuma menjadi kesan
peninggalan kepada tapak atau medan pertarungan antara Islam dengan bukan Islam lebih seratus tahun
dahulu.

Kuburan para pejuang terdapat juga di tebing Sungai Kedah dikawasan Mahkamah Rendah sekarang.
Sebuah kawasan perkuburan yang lebuh luas ialah di Tanjung Bendahara. Tok Lidah Hitam berhampiran
pintu masuk ke kawasan Kolej Sultan Abdul Hamid ialah lanjutan dari perkuburan Tanjung Bendahara
itu. Sepucuk meriam di hadapan bangunan asrama Kolej ditemui di kampong Tanjung Bendahara di
belakang asrama tersebut. Sepucuk lagi meriam besar tetapi telah patah ada di tebing selatan Sungai
Kedah bertentangan dengan Kampong Tanjung Bendahara ini.

Orang-orang Suka Menanti dan Alor Merah memberi pertentangan sengit yang menjadi buah mulut
sehingga hari ini. Kota tanah di Pantai Johor ialah sebahagian dari kota pekeliling yang melengkongi
Istana Anak Bukit. Meriam yang menjadi perhiasan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, di Jenan,
ditemui di kuala Sungai Alor Merah.

Masa kelang padi Kerajaan di Anak Bukit hendak didirikan dalam tahun 1920 (?) dahulu, orang-orang
kampong telah diupah menggali sebuah perkuburan di tapak kelang itu dan mengubah tulang-tulangnya
ke tempat lain. Beratus-ratus kubur kepunyaan para pejuang yang mempertahankan Anak Bukit juga
didapati jasad-jasad yang tidak reput, masih merah dan bersih, tanda-tanda orang mati syahid.

Sedang tentera-tentera Siam beransur tiba dan mencetuskan pertarungan di sana sini beratus-ratus buah
perahu kecil dan besar serta rakit dan apongan dari ulu telah menghilir ke Kuala meminta perlindungan
kapal perang “Hai Seng”. Kapten Warren yang diperintahkan supaya membantu Siam di dalam
peperangan ini diarah dengan tegasnya pula supaya menolong orang-orang yang meminta perlindungan
Inggeris. Kebengisan Siam yang di luar peri kemanusiaan termasyhur ke mana-mana.

Kapten Warren telah pun menyediakan sebuah tongkang besar, sebuah top, lima buah perahu besar dan
seratus lima belas perahu-perahu kecil di keliling kapalnya untuk membawa orang-orang pelarian ke
Pulau Pinang.

Sebuah kapal perang, “Emerald” yang mempunyai dua puluh lima orang kelasi Melayu telah mengiringi
tiga ribu orang pelarian dari Kuala Kedah ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan mereka disertai pula oleh
pelarian-pelarian dari lain-lain kuala dan kejadian seperti tahun 1821 berulang semula. Dua pertiga dari
pelarian-pelarian yang berhijrah ialah wanita dan kanak-kanak serta orang-orang tua dan orang-orang
yang tidak berdaya. Penghijrahan ini berlangsong selama beberapa malam berturut-turut dan Bandar
Pulau Pinang gempar semula dengan kisah-kisah keganasan Siam.

Anda mungkin juga menyukai