Anda di halaman 1dari 5

Ulasan buku Bukit Kepong

Nama penulis: Ismail Johari


Tajuk: Bukit Kepong
ISBN: 983-62-6836-7
Harga: RM9.80
Penerbit: Ampang Press Sdn.Bhd.
Ulasan perisitwa Bukit Kepong.
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah dan tragis
pernah berlaku di Tanah Melayu pada 23 Februari 1950 di antara pihak polis dan Parti Komunis
Malaya (pengganas Komunis) semasa darurat selepas perang dunia kedua dan sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit
Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai
Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Kejadian ini bermula sebelum subuh
apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik
apabila berlakunya penyembelihan berdarah oleh pihak penyerang yang telah membunuh
hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ pada ketika itu. Pihak komunis hendak
menjadikan serangan ini sebagai contoh apa yang bakal terjadi kepada mereka yang
menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang
percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan pihak polis dan berjaya mengawal stesen
polis tersebut dalam tempoh yang singkat dan mudah . Perkara ini disebabkan oleh beberapa
faktor yang menyebelahi mereka:

Pihak Komunis mempunyai kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan yang menyertai
serangan tersebut berbanding dengan jumlah anggota polis yang ada pada waktu itu. Keadaan
balai polis Bukit Kepong terletak dikawasan seluas 62 meter persegi dan terletak di tebing
sungai Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagar dengan kawat berduri. Bukit Kepong
merupakan sebuah perkampungan yang didiami oleh lebih kurang 1200 penduduk

dan

terdapat lebih kurang 20 kedai papan milik orang cina pada ketika itu. Menjelang awal 1950, ia
merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh
Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika
serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh

Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara ini diketahui oleh pihak penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin
pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal
polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22
orang anggota kesemuanya. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di
bahagian belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah anatara sebab utama
penempatan pasukan polis marin di situ.
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas
ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang
diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera
dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi
tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai
Polis dengan separuh daripada bilangan tersebut di bahagian hadapan, dan bakinya
mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel
Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang
memotong kawat duri balai tersebut. Akibat daripada itu, Pihak komunis kemudiannya
menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.
Mereka berharap agar serangan ini mengejutkan pihak polis dan melumpuhkan gerakan
polis sekali gus tunduk dengan pihak komunis. Akan tetapi, mereka kini berhadapan dengan
tentangan hebat daripada anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua
kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun
anggotanya lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah enggan menyerah
walaupun telah berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota
polis gugur apabila pertempuran berterusan tanpa henti dan dua orang isteri polis yang
bertahan turut serta berjuang apabila melihat suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang
lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah
pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis
yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar. Akibatnya beberapa orang
kampung serta pihak komunis turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.

Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan oleh komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis iaitu Mariam Ibrahim, isteri
kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera
memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah kalah tetapi usaha tersebut tidak
diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut
ditawan dan dipaksa untuk menyeru supaya pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan
enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah,
Mariam telah dicederakan dan Fatimah pula telah dibunuh. Suami Fatimah, iaitu Konstabel Abu
Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar turut berjuang membantu
menentang pihak komunis sehingga akhirnya tercedera setelah ditembak di dada dan tangan
ketika mencuba untuk mempertahankan botnya. Pada detik terakhir pertempuran hebat itu,
pihak pengganas komunis telah bertindak membakar berek kelamin dan balai polis di Bukit
Kepong tersebut. Terdapat dua wanita dan anak-anak mereka yang telah terbakar hangus di
dalam berek tersebut.
Pada detik itu hanya terdapat 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung
sahaja yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh
kedudukan komunis. Mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan
pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba
melarikan diri daripada balai polis yang sengaja dibakar itu. Ketika ini penduduk kampung
Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa
mengenai serangan ini. Hanya selepas lima jam bertempur, barulah pihak komunis berjaya
menawan balai polis dan seterusnya membakar balai tersebut. Mereka kemudiannya berundur
kedalam hutan dan meninggalkan kesan kemusnahan serta kematian di Bukit Kepong. Bukan
itu sahaja, pihak komunis yang kejam turut melontarkan mereka-mereka yang tercedera dan
mayat yang telah terkorban ke dalam api. Antaranya jasad yang turut dihumban kedalam api
termasuklah Hassan bin Abu Bakar iaitu anak kepada Konstabell Abu Bakar yang turut
dicampak hidup-hidup kedalam api. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal
kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan
tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka
yang terselamat daripada pertempuran maut tersebut adalahseramai 4 orang anggota polis dan
9 orang ahli keluarga sahaja termasuk isteri dan anak mereka. Antara bantuan daripada
perkampungan berdekatan semasa serangan tersebut ialah, bantuan yang dihantar dari
Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan.

Bantuan tersebut ialah daripada sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu
Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary
Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka telah diserang hendap oleh pihak komunis
dalam perjalanan mereka kira-kira setengah kilometer daripada stesen polis Bukit Kepung.
Mereka tidak mempunyai senjata yang banyak berbanding pihak komunis yang menggunakan
senjata automatik sedangkan mereka hanya menggunakan raifal dan senapang patah yang
dibekalkan kepada penduduk kampung. Akibat daripada itu, beberapa pengawal kampung telah
tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka tetap membantu dalam
mengurangkan tekanan kepada pasukan yang bertahan di Bukit Kepung dan telah memaksa
pengunduran umum pihak komunis. Disebabkan ketidakseimbangan keadaan, Ali Mustafa telah
mengarahkan pengawalnya

supaya

berundur

sementara yang

lainnya

diarah

untuk

mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur
selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama,
sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan
dan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi menghulurkan bantuan. Namun, dalam perjalanan
mereka turut diserang hendap oleh pihak komunis. Akhirnya, hanya separuh daripada 7
penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka selamat sampai
kesana pada jam 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit
Kepong telah disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat
betapa besar dan hebatnya kemusnahan akibat

daripada serangan kejam tersebut. Ketua

kampung telah mengambil alih sementara pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh
pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang
bagaimanapun berjaya mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi
pengganas komunis. Sepasukan kecil yang berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar
telah berjaya meningkatkan semangat dan moral dalam memperjuangkan semangat
menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan
Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan
dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Ulasan.
Kita dapat melihat peristiwa Bukit Kepong telah dilakon semula dalam drama dan filem
serta diterbitkan dalam bentuk senaskah novel. Sehubungan dengan itu, akibat daripada
kepelbagaian versi penceritaan, maka pastinya timbul spekulasi dan unsur tokok tambah cerita
mengenai peristiwa tersebut. Maka, dengan adanya penerbitan buku ini sedikit sebanyak
memberi gambaran mengenai kejadian sebenar yang berlaku dalam peristiwa Bukit Kepong.
Seterusnya dapat menangkis tanggapan salah dan palsu orang ramai terhadap peristiwa
tersebut. Kejadian ini memperlihatkan kepada kita kekejaman komunis sehingga menyebabkan
penderitaan dan kematian ramai pihak serta kehancuran dan kemusnahan harta benda di
kawasan tersebut.
Semua pihak seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran di mana kekosongan dalam
pemerintahan negara pada ketika itu telah mengakibatkan kekejaman oleh komunis tersebut.
Oleh itu, pemerintahan yang adil dan telus sangat diperlukan demi menjaga keamanan dan
kesejahteraan sejagat. Sehubungan peristiwa ini, Darurat telah diisytihar di Tanah Melayu 1948
sehingga 1960. Darurat bertujuan untuk menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu.
Yakni sekali gus demi memperjuangkan kemerdekaan negara dan bebas daripada ancaman
dan pengaruh komunis.

Anda mungkin juga menyukai