Anda di halaman 1dari 6

Peristiwa Bukit Kepong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa
keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayuselepas Perang Dunia II. Dalam kejadian
tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar
jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang
demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila
mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain
sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23
Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong
di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar
59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
[1]

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai
polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh
hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari
serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.
Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat
mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan
beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2. Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil
dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan
pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB)
Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut,
beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah,
kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan
Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan
empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota
kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem
perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah,
pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang
menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera,
seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu
.
Hal ini juga disahkan oleh Chin
Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan
Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.
[4]
Menurut rancangan asal, Muhammad Indera
dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang
turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung
Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.
Pertempuran bermula sekitar 0415H. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan
menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.
Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.
Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan
hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak
di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak
polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh
komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan
dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban
semasa pertempuran.
[5]

Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap
bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali
bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang
ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak
komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua
kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada
Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam
merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini
Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.
Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka
enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu
Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak
komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.
[6]
Dua
wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang
anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai
yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari
kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka
yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian
Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai
serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar
balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan
kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban
ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang
dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian
tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4
anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema
kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali
Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary
Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam
perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka
amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa
automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.
Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka
mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran
umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur
sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak
komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong
menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan,
mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan
tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 1000H dan ketika itu
berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Keadaan balai yang hangus terbakar
Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan
akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut
sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap
sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk
untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh
lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat
pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit
Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang
sehingga ketitisan darah terakhir.
[7]

Mereka yang terselamat
Anggota Polis
1. Mata-Mata 10533 Othman bin Yusoff (meninggal);
2. Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud (meninggal);
3. Mata-Mata Tambahan 3472 Ahmad bin Khalid (meninggal);
4. Mata-Mata 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun
2005)
Ahli keluarga anggota
1. Mariam binti Ibrahim - isteri Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
2. Zainun binti Muhamad - anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
3. Abu Samah bin Muhammad - anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
4. Zaleha binti Muhamad- anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
5. Jamilah binti Abu Bakar - anak perempuan Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
6. Hussain bin Abu Bakar- anak lelaki Mata-Mata 37 Abu Bakar bin Daud
7. Fatimah binti Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Mata-Mata Hassan Osman
8. Pon binti Khalid - isteri Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
9. Fatimah binti Tuani - isteri Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
1. Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
4. Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
5. Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
6. Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
7. Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
8. Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
9. Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
11. Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
12. Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
13. Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
14. Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad

Polis Bantuan / Auxiliary Police
1. Ins. Kudarina Naknok
2. AP 2130 Samad bin Yatim
3. AP 1912 Mahmud bin Sa'at
4. AP 1925 Ali bin Akob
5. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota
1. Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
2. Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
3. Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
4. Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
5. Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran
diluar balai polis
1. AP 2098 Redzuan bin Alias
2. Embong bin Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng

Anda mungkin juga menyukai