Anda di halaman 1dari 26

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Penilaian Menengah Rendah

2009

Bangunan Bersejarah

Kolej Melayu Kuala Kangsar


Senarai Kandungan

• Penghargaan

• Objektif Kajian

• Kaedah Kajian

• Hasil Kajian

• Rumusan

• Lampiran

• Rujukan
Penghargaan

Terlabih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada guru sejarah saya Puan Azizah Binti Rais kerana telah

memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan Kajian Sejarah

Tempatan 2009 ini .

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa serta keluarga saya

yang telah memberi kerjasama dan dan sokongan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu , saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan – rakan

yang membantu dan memberikan kerjasama kepada saya.


Objektif kajian

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di

negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Kolej Melayu Kuala

Kangsar, Perak. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

Objektif pertama secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara

yang betul, jelas dan tepat.

Selain itu, kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan

bersejarah yang ada di Malaysia serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air

kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan

bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan rakyat supaya menjaga dan

mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan membuat kajian ini, pelbagai iktibar daripada peristiwa yang berlaku di

sebalik bangunan bersejarah tersebut dapat diperolehi. Misalnya, bangunan Kolej Melayu

Kuala Kangsar, Perak, ianya dapat memupuk kesedaran tentang perpaduan kaum serta

bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu. Dalam pada itu,

saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan

generasi muda melalui kajian ini.


Kaedah Kajian

Saya telah memilih Bangunan Bersejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar , berikut

adalah beberapa kaedah untuk memperolehi maklumat serta menganalisis maklumat yang

telah diperoleh . Antara kaedah yang digunakan ialah rujukan dan penyelidikan untuk

memastikan maklumat ysng diperoleh adalah tepat dan benar .

a - Rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina MRSM KK , Sabah .

• mengumpul maklumat dan fakta yang berkaitan dengan tajuk kajian melalui

buku ilmiah dan jurnal

• mendapatkan maklumat melalui keratan akhbar dan majalah

b - Penyelidikan di laman web :

• saya membuat rujukan di internet mengenai sejarah pembinaan Bangunan

Kolej Melayu Kuala Kangsar

• saya mengumpulkan maklumat – maklumat serta gambar – gambar dari laman

– laman web yang berkaitan dengan Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

c – Buku teks

• Saya telah menggunakan buku teks sejarah tingkatan 2. Di dalamnya

mempunyai sedikit sejarah tentang Kolej Melayu Kuala Kangsar.


Hasil kajian

1. Sejarah Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di

Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang

Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan

Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan).

Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri

Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun

1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan

pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja.

Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur

pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya

terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda

kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British

untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu.

R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah


menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang

dikehendaki:

"… a vigorous and intelligent race of young men who will be in touch with

modern progress but not out of touch with old traditions; who will be liberally

educated but not educated out of sympathy with their own families and people;

who will be manly and not effeminate, strong minded but not strong willed,

acknowledging a duty to others instead of being a law unto themselves and who

will be fit to do something in the world instead of settling down into fops,

spendthrifts or drones."

Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah

menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang

ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri. Malay College yang kini sering disebut

sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada

masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi

kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama

penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England. Secara ringkas

dapatlah dikatakan bahawa penubuhan sekolah ini ialah:

"… for the education of the Malays of good family and for the training of

Malay boys for admission to certain branches of government services."


Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan

tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-45) di atas kesedaran dan pergolakan

politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke

Kolaj Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat

peluang untuk memasuki Kolej ini.

Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti

sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunan-

bangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok

pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah

didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas

peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an.

Kolej Melayu sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam

peranannya memajukan bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam

bidang sukan pula, Kolej Melayu turut mengambil bahagian dalam hampir semua

permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-kemenangan yang menggalakkan.

Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu di

dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan seseorang individu

sangat dititikberatkan.
Kolej Melayu bolehlah dikatakan telah berjaya dalam usahanya untuk

mengeluarkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang

akademik malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

2. Infrastruktur Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti

sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi,

merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3

dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada

1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah

lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman,

tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.

Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor

untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai

Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara

Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963

asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel)

dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama

Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.


Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan

hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada

bangunan Overfloor sendiri.

Bangunan Prep School.

Big Tree, mercu tanda utama MCKK.

\
Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Menara Jam.Menara dan administrasi blok dibuka oleh Komisaris Tinggi untuk
Federation of Malaya Sir Donald MacGillivray pada tahun 1955.
3. Lagu Kolej Melayu Kuala Kangsar

Oh Kolej Melayu

Harapan Bangsaku

Dengan Sejarah Yang Cemerlang

Harumlah Namamu

Kolej Istimewa

Didikan untuk semua

Keluar membimbing negara

Maju terus mara

Banggaku rasakan

Khidmatku berikan

Takku lupakan jasa-jasamu

Oh Kolej Melayu

4. Sukan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan

Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki

berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di

sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia,

walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.


Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah

sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu

Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini

diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut.

Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai

aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan

yang diadakan setiap tahun.

Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan

negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan

menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini

diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil.

Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan

bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi

tuan rumah kejohanan tersebut.

5. Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar

* Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-11

* Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor

* Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang

* Sultan Azlan Shah, Sultan Perak


* AlmarhumYang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri

Sembilan

* Dato' Onn Jaafar

* Tun Abdul Razak Dato' Hussein- bekas Perdana Menteri

* Dato Abdul Wahab - Dato Panglima Bukit Gantang dan bekas Menteri Besar

Perak

* Tan Sri Khalil Yaakob - Yang Dipertua Negeri of Melaka ke-6. Bekas Menteri

Penerangan

* Tun Aziz bin Abdul Majid - Bekas Gabenor Melaka

* Dato Haji Kamaruddin bin Haji Idris

* Raja Sir Tun Uda - Bekas Gabenor Pulau Pinang

* Hishamuddin Rais- Aktivis Sosial

* Tan Sri Azmi Kamaruddin - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi

* Tun Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara

* Dato' Seri Anwar Ibrahim- bekas Timbalan Perdana Menteri. Sekarang

Penasihat Parti Keadilan Rakyat

* Tan Sri Yahya Ahmad- DRB-Hicom

* Datuk Seri Nazri Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Dato' Shahrir Abdul Samad-Ahli Parlimen Johor Bahru

* Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - ADUN Senggarang

* Tan Sri Sanusi Junid- Bekas Menteri Besar Kedah. Sekarang presiden Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)


* Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu

* Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia

* Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat

* Tan Sri Musa Mohamad

* Dato Seri Hishamudin Hussain - Menteri Pelajaran

* Dato Seri Effendi Norwawi

* Tan Sri Razali Ismail - Ahli Korporat

* Tan Sri Hassan Merican - CEO Petronas

* Tan Sri Saleh Sulong - Ahli Korporat

* Tan Sri Halim Saad - Ahli Korporat

* Dato' Fauzi Abdul Rahman- Bekas Timbalan Menteri

* Dato' Azman bin Hj. Mokhtar- MD Khazanah Berhad

* Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah- Perunding Motivasi Terkenal

* Dato' FD Iskandar Mansor - Group MD GLOMAC Berhad

* YB Mohd Zahir Khalid - ADUN Kemunting

* YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - ADUN Air Puteh

6. Tradisi Kolej Melayu Kuala Kangsar

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri

masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama,
setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu

sorakan dengan unison.

Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada

setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old

Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari,

dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi

antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain

daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-

murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

7. Senarai Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar

* 1905—1918: William Hargreaves

* 1918—1919: J.O. May

* 1919—1923: L.A.S. Jermyn

* 1923—1938: C. Bazell

* 1938—1949: H.R. Carey

* 1949—1953: K.D. Luke

* 1953—1958: J.D.R. Howell

* 1958—1959: P.G. Haig

* 1959—1965: N.J. Ryan

* 1965—1969: Abdul Aziz Ismail

* 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah


* 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah

* 1973—1975: Nordin Nasir

* 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali

* 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah

* 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid

* 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad

* 1988—1992: Rashdi Ramlan

* 1992—1995: Hj. Hassan Hashim

* 1995—1999: Hj. Baharom Kamari

* 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Do

* 2004—kini: Mohd. Rauhi Mohd. Isa

Pengetua pertama Kolej Melayu Kuala Kangsar - William Hargreaves


8. Visi & Misi Kolej Melayu Kuala Kangsar

Visi

"Kecemerlangan dan Kesejahteraan" melambangkan seluruh warga Malay

College Kuala Kangsar akan sentiasa bekerjasama dan berusaha secara berterusan

untuk mencapai dan mengekalkan kecemerlangan dan kesejahteraan dari aspek

akademik, kokurikulum, kemapanan sahsiah, kejituan semangat patriotisme dan

kesejagatan kepimpinan berteraskan peningkatan kebersihan, keindahan,

keselamatan, dan kerohanian. Kecemerlangan ini selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Visi Sekolah Berasrama Penuh dan visi Jabatan

Pendidikan Negeri Perak.


Misi

Kami akan melaksanakan perkara berikut:

• Memantapkan potensi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah,

kepimpinan dan ketrampilan diri.

• Meningkatkan amalan nilai-nilai hidup yang murni berteraskan ajaran agama

seperti berakhlak mulia, jujur, bertanggungjawab, berdisiplin, kongruen asertif,

empati dan menghormati antara satu sama lain.

• Mewujudkan sekolah berwatak dan unik untuk mencapai visi "Kecemerlangan

dan Kesejahteraan".

• Mempertingkatkan tahap celik teknologi maklumat, mempunyai pemikiran

kreatif, bermotivasi tinggi, berdaya saing serta mampu memperkembangkan

potensi diri dalam semua bidang.

• Membimbing dan melatih para pelajar menjadi pemimpin berkualiti yang

mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap sekolah, agama, bangsa, dan

negara, bersemanagat patriotisme, mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara serta

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


9. Lencana Kolej Melayu Kuala Kangsar

Perisai dibahagi kepada 4 bahagian ; putih, merah, kuning dan hitam. Warna ini

merupakan warna Negeri-negeri Melayu Berseskutu. Keempat warna ini juga

mewakili warna empat rumah iaitu putih (Rumah Idris), merah (Rumah Sulaiman),

Kuning (Rumah Mohd Shah) dan hitam (Rumah Ahmad), sebagai mengenang jasa

empat Sultan pengasas Malay College.Di tengah-tengah perisai ialah keris merah

melambangkan bangsa Melayu. Di atas perisai ialah kepala harimau adalah simbol

Persekutuan Tanah Melayu. Mengelilingi di kiri dan kanan perisai ialah bunga padi

melambangkan kecemerlangan. Moto Kolej yang bertulis 'Fiat Sapientia Virtus'

bermaksud ' Let Wisdom Be Virtue' atau dalam Bahasa Melayu 'Kebijaksanaan Mutu

Manusia' .
10. Falsafah Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kesepaduan antara kebijaksanaan dan ilmu yang bermanfaat

adalah teras pembangunan manusia yang berkualiti, beriman dan

bertakwa yang akan membela agama bangsa dan Negara

11. Objektif Kolej Melayu Kuala Kangsar

Melahirkan generasi pelajar yang bertakwa unggul dan

seimbang dalam bidang akademik kepimpinan dan

mutu keperibadian yang mulia.


12. Piagam Pelanggan Kolej Melayu Kuala Kangsar

KAMI WARGA

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI

BAGI

Mengikhtirafkan hak-hak pelanggan:

• Mendapat sistem dan khidmat didikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap

dan berkualiti, mesra dan penyayang dinamik dan berkesan.

MELALUI BAKTI BUDI KAMI

KE ARAH

• Melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu bagi menjamin

pembangunan insan yang seimbang melalui penitisan ilmu yang bersepadu.

• Melahirkan warga yang berdisiplin, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah

tinggi.
• Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan dan prinsip

musyawarah yang mempunyai misi dan visi yang jelas, tegas, berani, toleransi dan

bijaksana yang bertaraf antarabangsa.

• Mewujudkan warganegara yang mempunyai semangat Patriotisme yang tinggi, rela

berkorban kasih sayang dan saling hormat menghormati tanpa batas kaum dan

status.
Rumusan

Kajian Sejarah Tempatan yang bertajuk Bangunan Bersejarah telah memberi

peluang kepada saya untuk mengenali asal usul dan sejarah Kolej Melayu Kuala

Kangsar dengan lebih dekat lagi .

Melalui rujukan dan penyelidikan di jurnal , buku ilmiah dan laman – laman

web saya dapat mengetahui maklumat yang amat bernilai yang mana sebelum ini

tidak pernah saya ketahui .


Lampiran
Rujukan

Buku Ilmiah

Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003. Sejarah Tingkatan 2.

Kuala Lumpur: DBP.

Ahmad Boestamam, Nasionalisme Melayu, halaman 109

Internet

Kolej Melayu Kuala Kangsar, http://www.mckk.edu.my

MCKK, http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_College_Kuala_Kangsar

http://www.mckk.edu.my/information/history-of-malay-college.php

Majalah

Dewan Siswa, Ogos 2004, halaman 48

Sumber Lain

Gambar-gambar bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

Anda mungkin juga menyukai