Anda di halaman 1dari 6

PERISTIWA BUKIT KEPONG,MUAR,JOHOR.

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa


keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit
Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar
jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang
demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata
apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama
anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah


yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis
Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku
di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang
diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari
bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan


serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan
berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang
bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu
tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan
Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya
bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis
tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang
menyebelahi mereka:

1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan


2. Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil
yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950,
ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu
diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di
Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan
jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang
diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis
Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh
tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-
lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.Tiga belas isteri dan anak-anak
anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang
sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Serangan Komunis

1
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni
Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis
Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya
Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja,
bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh
Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan,
bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi.
Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang
pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis
kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.
Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan
tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua
kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun
lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah,
walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu
anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang
bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa
pertempuran. [1]

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung
yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di
bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka
diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan
dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban
dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun
turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim,
isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat
Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan
oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan
dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat
demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah,
Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud
yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak
komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika
mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan
baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan
kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung
yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh
kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas
yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba
lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung
Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak
berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis
dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan,
meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar
mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya
termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak
hidup-hidup kedalam api.

2
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri
Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka
terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang
terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk
isteri dan anak mereka

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran
bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh
Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan
- Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh
komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung.
Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata
automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk
kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat,
kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung
dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur


sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit
Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan
merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian
Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi
bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya
separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke
Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan
keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan. [2]

Selanjutnya

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat
kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih
pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar.
Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu
mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas
komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar
meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat
pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota
polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang
hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka yang terselamat

Anggota Polis

1. Konstabel Othman Yusoff (meninggal);


2. Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
4. Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada
tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

3
1. Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis

1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)


2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal Jidin Omar
4. Konstabel Hassan Osman
5. Konstabel Hamzah Ahmad
6. Konstabel Jaafar Hassan
7. Konstabel Muhamad Jaafar
8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
9. Konstabel Abu Mohd Ali
10.Konstabel Abu Kadir Jusoh
11.Konstabel Marin Awang Ali
12.Konstabel Marin Basiron Adam
13.Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
14.Konstabel Tambahan Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. AP Samad Yatim
2. AP Mahmood Saat
3. AP Ali Akop
4. AP Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam
pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng

Wednesday, 23-Feb-2005 00:00 Email | Share | Bookmark


The Ultimate Sacrifice:Bukit Kepong Revisited

4
Welcome To Bukit Kepong This Was Built To Replace The Razed The Rear Of The Station From The
Station Bank Of The River

Site Of The Bloody Battle Attacks Were Launched From A Rubber The Jetty Which Was Utilized By The
Estate Bordering The Station Police Back Then

The Only Mode Of Transportation Was Burial Site For The Policemen, Families A Commemorative Plaque
Via This River & Villagers

5
6

Anda mungkin juga menyukai