Anda di halaman 1dari 1

METODOLOGI KAJIAN

Terdapat dua jenis metode kajian yang biasa digunakan oleh para penyelidik untuk
melengkapkan kajian iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Melalui tugasan sejarah
perkahwinan campur Maharaja Akbar, kami menggunakan metode kajian perpustakaan.
Kajian perpustakaan ialah penulisan yang mengulas isi ilmu yang diambil daripada penemuan
kajian, teori dan sumbangan seseorang. Kajian perpustakaan adalah kajian sekunder di mana
ia bukanlah satu kajian baru tetapi mengulas kajian-kajian lepas yang melibatkan penggunaan
buku-buku ilmiah, laporan penelitian, karangan-karangan ilmiah, tesis dan disertasi,
peraturan-peraturan, ketetapan-ketetapan, buku tahunan, ensiklopedia, dan sumber-sumber
tertulis baik yang tercetak maupun dalam bentuk elektronik lain.
Kajian perpustakaan diaplikasikan dalam tugasan ini dalam mencari maklumat
mengenai sejarah Maharaja Akbar yang berkait tentang perkahwinan campur. Kajian ini
dilakukan dengan menggunakan sumber-sumber rujukan sekunder iaitu dengan merujuk
buku-buku, majalah-majalah, jurnal dan risalah yang berkaitan Maharaja Akbar di
Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Beberapa buku dijadikan rujukan utama bagi
menghuraikan dengan lebih terperinci sejarah perkahwinan campur Maharaja Akbar.
Antaranya, Akbar The Great, hasil karya Robert Burdette Sweet dan Akbar The Great Jilid 1
Sejarah Politik yang merupakan hasil penulisan Ashirbadi Lal Srivastava.

Selain itu, kami

juga memanfaatkan teknologi maklumat terkini dengan mendapatkan maklumat-maklumat


tambahan melalui internet. Kedua-dua kaedah ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan
tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai