Anda di halaman 1dari 22

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami
menyiapkan tugasan yang bertajuk Qadha, Fidyah, Kifarah Puasa &
Iktikaf . Tugasan ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Pengantar Usuluddin.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak
memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar sepanjang
menyiapkan tugasan ini iaitu Ustazah Khairussaadah yang merupakan
pensyarah bagi subjek ini.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang terlibat dengan
memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan ini.
Bantuan

rakan-rakan

seperjuangan

yang

sanggup

meluangkan

masa

memberikan maklumat tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga kepada
kedua ibu bapa yang menyumbang daripada segi sokongan dan kewangan
dalam menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Akhir sekali
terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan dijalankan.

PENDAHULUAN
Puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam. Puasa adalah kewajipan
ke atas setiap manusia yang bergelar Islam. Ini sebagaimana yang telah
difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 183:



Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu

daripada kamu agar kamu bertaqwa


Allah s.w.t mensyariatkan umat Muhammad dengan puasa bukanlah
sesuatu syariat yang sia-sia. Ia mempunyai hikmah yang besar dalam
kehidupan manusia. Puasa adalah satu tuntutan Allah s.w.t untuk mendidik
hambanya supaya taat dan patuh akan perintahNya. Ini telah difirmankan
oleh Allah dalam surah al-Zariyyat ayat 56:

Maksud:Dan

tidak

Aku

jadikan

jin

dan

manusia

ini

kecuali

untuk

menyembah Aku
Bukan itu sahaja, Allah turunkan syariat berpuasa adalah untuk
melatih ketahanan fizikal, mental dan rohani manusia. Hal ini akan
membantu

manusia

supaya

sentiasa

cabaran sepanjang kehidupan.


2

bersedia

menghadapi

sebarang

Namun, kewajipan tersebut tidaklah memberatkan jika seseorang tidak


mampu atau terhalang daripada menunai kewajipan berpuasa, yang mana ia
boleh meninggalkan puasa dan menqadhanya kembali dan dalam bab puasa
juga merangkumi tajuk kifarah iaitu denda bagi golongan yang tertentu yang
meninggalkan puasa. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih jelas dan tepat
dalam tugasan ini. Tugasan ini menggabungkan dua tajuk iaitu Qadha,
Fidyah, Kifarah Puasa dan Iktikaf.

BAB QADHA, FIDYAH & KIFARAH PUASA

1.0 DEFINISI MENQADHA PUASA


Puasa ramadhan adalah fardu ain ke atas setiap individu. Maka, jika
seseorang meninggalkan puasa ramadhan wajib ke atas dirinya untuk
menggantikan puasa sebanyak hari yang ditinggalkan. Seseorang wajib
menqadha puasanya atas sebab-sebab seperti berikut:
i.

Diharuskan berbuka (Orang yang bermusafir dan orang tua yang tidak

ii.

lagi mempunyai kekuatan untuk bepuasa)


Tidak boleh berpuasa kerana dihalang oleh syarak (Orang perempuan
yang mengalami haid, nifas dan seumpamanya)1

2.0
i.

WAKTU MENQADHA PUASA


Tempoh mengganti puasa iaitu selepas berakhirnya bulan ramadhan
Disunatkan menyegerakan menqadha puasa

1 Muhammad Sharif Sulaiman, Siri Minda Utusan Ingin Tahu Puasa, (Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 1998), 34.
3

ii.

Berakhir tempoh menggantikan puasa sehingga masuk ramadhan


yang berikutnya
Terdapat khilaf ulama terdapat fidyah yang dikenakan kepada mereka
yang tidak menggantikan puasa sehingga datang ramadhan tahun
berikutnya. Mengikut jumhur ulama wajib ganti dan membayar fidyah,
Hanafi

tidak

wajib

membayar

fidyah

walaupun

tidak

sempat

menggantikan kerana keuzuran atau tidak dan disisi Syafie, wajib ganti
dan adanya fidyah.

3.0

DEFINISI FIDYAH DAN BAYARAN FIDYAH

Fidyah adalah istilah yang terdapat dalam Fiqh al-Islami. Ia merupakan satu
cara untuk menggantikan puasa ramadhan yang ditinggalkan disebabkan
keuzuran yang dibenarkan oleh syarak atau tidak. Bayaran fidyah adalah
berdasarkan bilangan puasa yang ditinggalkan. Maka, jika bilangan puasa
yang ditinggalkan banyak, maka bayaran yang diperlukan untuk fidyah juga
adalah banyak.
Kadar fidyah dibayar berdasarkan harga beras (makanan asasi
penduduk) dan kadar tersebut ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu
wilayah. Setiap hari akan dikenakan bayaran sebanyak 1 cupak beras yang
beratnya ialah 675gram. Bayaran fidyah ini akan berganda mengikut tahun.
Fidyah hendak diberikan kepada fakir dan miskin. Fidyah ini bukan
berbentuk wang tunai, pakaian atau barang tetapi ia berbentuk makanan.
Namun, Lembaga Zakat Selangor menerima pembayaran fidyah dalam
bentuk tunai dan pihak Lembaga Zakat Selangor akan mengagihkan hasil

kutipan fidyah dengan memberikan kepada fakir dan miskin dalam bentuk
beras.2
Contohnya: Kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5
gram dinilai dengan kadar RM1.75.
Pengiraan: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak
menggantikan puasa sehingga 3 kali ramadhan maka fidyahnya ialah:
RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75
Ulama telah mengeluarkan dua pendapat mengenai gandaan fidyah
yang apabila pembayaran fidyah ditangguh sehingga datangnya ramadhan
berikut:
i.

Tidak digandakan: Merupakan pendapat Mazhab Maliki, Hanafi dan


Hanbali. Pandangan ini berhujahkan: Penangguhan ibadah tidak akan

ii.

menambahkan bilangan ibadah sepertimana ibadah haji


Digandakan: Dengan hujah setiap penangguhan membentuk fidyah
yang lain3

4.0

ORANG-ORANG YANG DIHARUSKAN MENINGGALKAN PUASA

DAN WAJIB QADHA SAHAJA TANPA FIDYAH


Orang yang diharuskan berbuka berpuasa atau meninggalkan puasa pada
bulan ramadhan ialah:
i.

Orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa dan jikalau berpuasa akan
menambah kesakitannya atau melambat kesembuhan. Orang sakit
seperti ini dibolehkan berbuka puasa dan wajib keatasnya menqadha

2 Lembaga Zakat Selangor, www.zakatselangor.com.my.


3 Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
http:kemusykilan.islam.gov.my.
5

puasa yang ditinggalkan apabila dia telah sembuh dari penyakitnya dan
tidak dikenakan fidyah.4








Maksudnya: .Sesiapa antara kamu yang sakit atau dalam musafir, maka
hendaklah digantikan pada hari-hari lain, Allah mahukan kesenangan

kepada kamu dan Dia tidak mahukan kesusahan menimpa kamu


(Surah al-Baqarah: 185)
ii.

Islam memberi kelonggaran kepada orang yang bermusafir iaitu dalam


perjalanan yang jauh (lebih daripada dua marhalah) dibolehkan
meninggalkan puasanya tetapi wajib ke atasnya menqadha semula
puasa tersebut dan tidak dikenakan fidyah.5 Jika puasa dengan berbuka
puasa baginya adalah sama keadaannya maka puasa lebih diutamakan
dan jika puasa memberatkan perjalanannya, maka wajib keatasnya
berbuka puasa dan mengadha pada hari yang lain.6
Beberapa hadis mengisyaratkan mengenai rukhsah berbuka puasa.
Antaranya ialah:

Maksudnya: Silakan berpuasa jika engkau mahu dan silakan berbuka


jika engkau mahu
(Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim Abu Daud, Tirmidzi dan AnNasai)

4 Mat Din, Ramadhan dan Ibadah Puasa, (Terangganu:Yayasan Islam Terangganu,


1980), 23-24.
5 Ibid., H. 23.
6 Syaikh Muhammad bin Ibrahim at Tuwaijri, Ringkasan Fiqih Islam (Indonesia, Islam House
Com, 2012), 158-159.

Maksudnya: Anak bin Malik pernah ditanya mengenai hukum puasa


ramadhan ketika bermusafir Anak bin Malik menjawab Kami pernah
bermusafir bersama Rasulullah s.a.w ketika bulan ramadhan. Orang
yang berpuasa tidak mencela orang yang tidak berpuasa dan orang
yang tidak berpuasa tidak mencela orang yang berpuasa7
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Ulama juga ada membahaskan mengenai jarak perjalanan yang
diharuskan untuk berbuka puasa. Anak bin Malik memceritakan
bahawa:
Adalah Nabi s.a.w apabila keluar dalam satu perjalanan tiga mail atau
tiga farsakh, beliau akan menunaikan solat qasar.8
Ini menerangkan bahawa musafir yang dibenarkan berbuka puasa ialah
musafir yang membolehkan solat diberikan keringinan iaitu diqasarkan.
Hukum tersebut memperlihatkan keringinan dan kelonggaran yang
dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang berada dalam kesulitan.
Namun, hukum tersebut tidaklah terikat pada seseorang yang bermusafir
yang mana seseorang itu diberi pilihan sama ada mahu berbuka puasa atau
menanggung kesusahan berpuasa ketika dalam perjalanan jauh dengan
sukarela.9
Hal ini turut dibincangkan dalam saat ketika seseorang menghadapi
peperangan atau keluar bermusafir untuk mempertahan keselamatan negara
adakah membolehkan ia berbuka puasa. Dalam keadaan seperti ini ialah
bukanlah wajib berbuka bagi orang yang berperang tetapi ianya rukhsah
7 Sayyid Quthb, Tafsir fi zhilalil Qur'an: Dibawah naungan Al-Quran Volume 1 (Jakarta,
Germa Insani Press, 2000), 202.

8 Rauf Syalabi, Kursus Bimbingan Ramadhan, (Kelantan: Pustaka Asa, 1981), 39.
9 Ibid., H. 39.
7

atau azzimah dalam keadaan yang memaksa untuk kepentingan dan tugas
yang lebih

besar dalam mendapatkan kejayaan umat Islam. Nabi s.a.w

mengalakkan berbuka puasa melalui sabda baginda:


Maksudnya: Sedang berbuka itu lebih menguatkan kamu10
iii.

Perempuan yang datang haid, nifas atau bersalin diwajibkan berpuasa.


Mereka wajib qadha puasa yang ditinggalkan apabila berada dalam
keadaan suci.11 Puasa golongan ini adalah tidak sah dan tidak diterima.
Ini diperolehi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim :
Maksudnya: Bahawa Aisyah memceritakan: Pada zaman Rasulullah
s.a.w, kami para isteri mengalami haid, maka beliau menyuruh kami
mengadha puasa tetapi tidak menyuruh mengadha solat (sebab puasa
hanya setahun sekali)

iv.

Perempuan yang hamil atau sedang menyusukan anak dan bimbang


akan mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri dan anaknya maka
boleh berbuka puasa dan wajib menqadha puasa sahaja.12

Maksudnya: .Dan memberi kemudahan untuk berbuka puasa bagi


wanita yang menyusui dan wanita hamil apabila mereka khawatir
keadaan anak mereka
(Hadis Riwayat Ashhabus Sunan)

10 Ibid., H. 40-41.
11 Muhammad Sharif Sulaiman, op.cit., H.34-35.
12 Mat Din, op.cit., H. 23-24.
8

5.0GOLONGAN YANG WAJIB QADA DAN MEMBAYAR FIDYAH


Di antara orang yang wajib qadha puasa hari yang ditinggalkan dan wajib
membayar fidyah ialah:
i.

Orang tua yang lemah dan tidak kuat lagi untuk berpuasa kerana
tuanya.

Dibolehkan

keatasnya

baginya

mengeluarkan

meninggalkan

fidyah

bagi

puasa

dan

wajib

hari

puasa

yang

setiap

ditinggalkannya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:


Maksudnya: Dan wajib atas orang yang sukar menjalankannya (jika mereka
tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu memberi makanan kepada orang
miskin
(Surah al-Baqarah:184)13
ii.

Wanita yang hamil yang hanya takut memudaratkan kesihatan


anaknya sahaja (takut berlaku keguguran atau menyebabkan kurang
penghasilan susu yang menyebabkan anak kurus) maka wajib
menqadha puasa dan membayar fidyah iaitu dengan memberi
makanan

kepada

ditinggalkannya.
iii.

orang

miskin

secupak

bagi

hari-hari

yang

14

Orang tidak qada puasa ramadhan sehingga memasuki bulan


Ramadan tahun berikutnya.
Jika dia tidak menqadha puasa sehingga masuk kepada bulan
Ramadan

pada

tahun

hadapannya,

13
14 Mat Din, op.cit., H. 23-24.
9

maka

perlu

baginya

mengeluarkan fidyah dua cupak iaitu secupak setahun bagi setiap


hari yang ditinggalkannya.

15

Secara ringkas untuk difahami terdapat dua golongan yang wajib


membayar fidyah tanpa menqadha puasa iaitu wanita yang hamil yang
bimbang akan keselamatan anaknya dan orang tua yang tiada lagi
keupayaan untuk berpuasa dan satu golongan lagi iaitu orang tidak
mengganti puasa ramadhan pada tahun tersebut sehingga datang ramadhan
yang baru.
6.0

QADHA PUASA ORANG YANG MENINGGAL


Orang yang meninggalkan puasa sebelum mempunyai kemampuan
mengada puasa, tidak berdosa dan puasa tersebut tidak perlu
digantikan kerana ia bukan atas sebab kecuaian.
Manakala jika, seseorang meninggal dunia sebelum mengada puasa,
sedang ia mampu melakukakannya, walinya sunat berpuasa baginya
(menggantikan puasa bagi pihak si mati) Wali tersebut ialah saudarasaudara si mati.16 Ini terangkan dalam hadis daripada Aisyah r.a
Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya: Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih
mempunyai kewajipan berpuasa, walinya berpuasa bagi pihaknya17
Sah juga puasa sekiranya digantikan oleh orang yang bukan ahli
keluarga si mati apabila mendapat izin daripada keluarga si mati. Jika
tidak mendapat kebenaran daripada keluarga si mati puasa dianggap
tidak sah.18
15 Muhammad Sharif Sulaiman, op.cit., H. 36.
16 Zulkifli Mohammad al-Bakri, Al-Fiqh Al-Manhaji Ibadat dalam Fiqh Al-Syafii,
(Selangor, Darul Syakir Enterprise, 2011), 564.
17 Riwayat Bukhari (1851) dan Muslim (1147)
18 Zulkifli Mohammad al-Bakri, op.cit., H.564
10

Jika tiada orang yang menggantikan puasa si mati, hendaklah


disedekahkan makanan sehari secupak yang diambil daripada harta si
mati dan jika si mati tidak meninggalkan sebarang harta, maka sesiapa
boleh mengeluarkan sedekah bagi pihaknya dan dengan ini langailah
hutang dan lepaslah tanggungjawab.

4.0

19

QADHA PUASA DAN KIFARAH

Antara perkara yang diharamkan pada puasa dibulan ramadhan selain


daripada makan dan minum, suami dan isteri dilarang untuk melakukan
hubungan intim disiang hari. Sekiranya hal ini berlaku akan dikenakan denda
keatas suami bukannya keatas isteri. Denda ini diistilah sebagai kifarah.
Menurut jumhur iaitu Imam Malik, Syafie, Imam Ahmad wajib kifarah dan
berbeza pula dengan Hanafi wajib qadha tanpa kifarah. Berdasarkan
pendapat Malikiyyah, seseorang bebas memilih yang mana dianggap mampu
baginya tetapi menurut jumhur kifarah mesti ditunaikan mengikut turutan.
Kifarah dikenakan kepada lelaki iaitu suami yang melakukan jimak bersama
isterinya pada siang hari ramadhan. Kifarah tersebut ialah dengan:
i.
ii.
iii.

Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu


Puasa dua bulan berturut-turut
Memberi makan 60 orang miskin iaitu secupak beras setiap orang20

Kenyataan diatas berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

19 Ibid.,H.564-565.
20 Muhammad Sharif Sulaiman, op.cit., H. 38.
11





Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a, ketika kami duduk bersama
Rasulullah s.a.w, tetapi datang seseorang lalu berkata Ya Rasulullah
?celakalah aku Rasulullah bertanya: Apakah yang mencelakakan engkau
Orang itu menjawab Saya telah bersetubuh dengan isteri ketika bulan
ramadhan. Rasulullah bertanya, Adakah engkau mempunyai hamba untuk
dimerdekakan? Dia menjawab Tidak Rasulullah s.a.w bertanya lagi
Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut? Dia menjawab
Tidak Rasulullah s.a.w terus bertanya lagi Adakah engkau dapat memberi
makan kepada 60 orang miskin? Orang itu menjawab Tidak Dan
kemudian dia duduk. Maka Rasulullah s.a.w memberikannya sekarung buah
tamar sambil bersabda: Sedekahkanlah dengan ini. Orang itu bertanya
pula, Adakah orang yang lebih miskin daripada kami? Tidak ada antara
tanah yang berbatu hitam (Madinah) penghuni rumah yang lebih miskin
12

daripada kami. Rasulullah s.a.w ketawa sehingga Nampak gerahamgerahamnya dan bersabda Pergilah beri makan kepada keluargamu
(Muttafaqun 'alaih)

Seseorang diwajibkan kifarah dengan syarat berikut:


i.

Seseorang mengingati bahawa dia berpuasa, namun apabila datang


seorang perempuan, dan dilupa bahawa dia berpuasa maka tidak wajib

ii.

qada dan kifarah


Mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah haram bagi orang yang

iii.
iv.

berpuasa dibulan ramadhan


Jimak bukan atas paksaan
Puasa yang dibatalkan dengan persetubuhan itu adalah puasa
Ramadhan. Jika puasa yang dibatalkan itu adalah puasa qadha, puasa
nazar atau puasa kaffarah, maka tidaklah wajib kifarah kerana hadis
Nabi s.a.w. hanya mengkhususkan puasa Ramadhan dengan kifarah

v.

tersebut, tidak puasa-puasa yang lain.


Bukan orang yang mendapat rukhsah musafir. Seorang musafir yang
mendapat rukhsah yang membatalkan puasa, maka tidak wajib
keatasnya qada dan kifarah

Para

ulama

mengeluarkan

pendapat,

seseorang

fakir

yang

mampu

membayar kifarah dengan makanan tidak harus memberikan makanan


kepada ahli keluarganya. Hadis yang terdapat diatas hanyalah khusus
kepada lelaki tersebut. Maka seseorang yang dikenakan kifarah disamping
membayar kifarah, wajib keatasnya mengada puasa. Jika puasa terbatal dua
hari disebabkan persetubuhan, maka wajib membayar dua kali kifarah
bersama qada puasa.

21

BAB IKTIKAF
1.0

DEFINISI IKTIKAF

21 Zulkifli Mohammad al-Bakri, op.cit., H. 570.


13

Merujuk kepada kamus Bahasa Arab, perkataannya diambil daripada


akafa yang mana mempunyai banyak maksud. Di antaranya ialah menetap,
mengurung diri, atau terhalang. Iktikaf dari segi bahasa ialah berdiam diri
atau menetap dalam sesuatu. Manakala dari segi istilah pula bermaksud
tinggal atau menetap di dalam masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan
oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara tertentu, dan pada waktu
yang tertentu. Adapun makna dari segi istilah yang dikemukakan para
fuqaha

sangat

banyak

dan

berbeza-beza

sesuai

dengan

adanya

kepelbagaian mazhab.
Antara yang disebut oleh Al-Marghainani, beliau mendefinisikan iktikaf
sebagai menetap dalam masjid yang disertai puasa dan niat. Manakala AlQadhi Muhammad bin Faramuz atau yang lebih terkenal dengan nama Munla
Khasru mendefinisikan iktikaf sebagai menetapnya seorang lelaki dalam
masjid, sendirian atau berjemaah, atau menetapnya seseorang wanita dalam
rumahnya (ruang khusus) dengan niat iktikaf.
Adapun menurut takrifan Mazhab Hanafi pula iktikaf ialah tinggal atau
menetap di masjid yang digunakan untuk solat berjemaah dalam keadaan
berpuasa serta diawali dengan niat iktikaf. Manakala menurut Mazhab Syafie
ialah iktikaf dengan menetap di masjid yang dilakukan dengan orang-orang
tertentu

serta

dengan

niat

tertentu.

Seterusnya,

Mazhab

Maliki

mendefinisikan iktikaf ialah menetap dalam masjid umum untuk bertaqarrub


dalam jumlah terbatas dengan berpuasa yang diniat dan dilakukan secara
kesinambungan minimum sehari semalam serta tidak boleh keluar kecuali
untuk solat Jumaat atau keperluan tertentu yang dilarang untuk dilakukan
dalam masjid seperti buang air kecil atau besar.22

2.0

HUKUM IKTIKAF

22 Mohd Junaidi, Keutamaan Adab dan Amalan di Masjid, h.13-14, Pustaka Ilmi, Batu Caves Selangor,
1995
14

Umat Islam telah sepakat tentang disyariatkannya iktikaf. Iktikaf


merupakan ibadah dan cara yang paling utama untuk bertaqarrub kepada
Allah S.W.T. Adapun dalil disyariatkan iktikaf dalam firman-Nya ialah:
a) Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, Bersihkanlah
rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf dan yang sujud.
(al-Baqarah: 125)
b) Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, tetapi janganlah
kamu campuri mereka itu (isteri), sedang kamu beriktikaf dalam masjid
(al-Baqarah: 187)
c) Hadis daripada Ummu Mukminin, Aisyah Radhiallahuanha beliau mengatakan :













Nabi shallallahu alaihi wa sallam beritikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan hingga
beliau wafat, kemudian para istri beliau beritikaf sepeninggal beliau.
d) Hadis dari Sahabat Ibnu Umar Radhiallahuanhu beliau mengatakan :








Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beritikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Mengenai hukum iktikaf, para fuqaha sepakat bahawa hal itu wajib
bagi orang-orang yang bernazar, kerana nazar merupakan ikrar yang harus
ditunaikan. Contohnya, Apabila Allah sembuhkan sakitku, maka aku akan
beriktikaf sehari. Atau mengikrarkan niat Aku bernazar akan beriktikaf
sebulan. Dalam situasi ini, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan nazar
iktikaf tersebut. Justeru, iktikaf itu wajib bilamana disertai dengan nazar.
Namun, hal demikian tidak bererti bahawa secara umumnya hukum iktikaf
itu wajib. Sebagaimana firman Allah s.w.t :
15

e) Mereka menunaikan nazar, dan takut dan suatu hari yang azabnya
merata dimana-mana. (al-Insan: 7)

f) Daripada Aisyah r.anha berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda


yang bermaksud:
Barangsiapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah, maka
hendaklah ia penuhi nazarnya, dan barangsiapa bernazar untuk melakukan
kemaksiatan terhadap Allah, maka hendaklah jangan ia lakukan perbuatan
maksiat itu.
(HR Bukhari, An-Nasai, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)23
Maka jelaslah menunjukkan bahawa dalil-dalil di atas merupakan sunnah
melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan pada harihari biasa. Namun, hukumnya boleh berubah menjadi wajib apabila diniatkan
nazar.

3.0

SYARAT IKTIKAF

Berikut merupakan syarat-syarat iktikaf:


1. Islam
Iktikaf merupakan satu bentuk ibadah. Sebagaimana dalam ibadahibadah lainnya, Islam merupakan syarat mutlak yang harus ada pada diri
si pelaku. Dengan kata lain, setiap ibadah yang tidak disertai dengan
syarat Islam maka tidaklah diterima dan tidak ada pahala di akhirat kelak.
Justeru, semua ibadah yang tidak didasari Islam adalah tertolak.
Sepertimana firman Allah s.w.t:

23 PDF. Iktikaf 6 : Fiqh Indonesia. www.Fiqhindonesia.com/files/7/lesson PDF/03_006_alekaf.pdf.


16

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali


tidaklah diterima (agama itu) daripadanya
(Ali Imran: 85)

Sesungguhnya agama yang diredhai (disisi Allah hanyalah Islam


(Al-Imran: 19)
2. Berakal
Berakal juga merupakan syarat mutlak yang harus ada setiap si pelaku
ibadah. Orang gila atau yang tidak berakal tidak dibebani oleh taklif
kerana setiap amalan perlu kepada niat, manakala orang yang tidak
berakal

tidak

mampu

melakukan

niat.

Mereka

juga

tidak

dapat

membezakan mana yang benar dan yang salah. Seterusnya, orang yang
tidak berakal ini termasuk salah satu orang yang tidak dicatat amalannya
seperti yang dijelaskan dalam hadis berikut yang bermaksud:
Diangkat pena dari tiga orang. Orang tidur hingga ia bangun, anak-anak
sampai ia baligh, dan orang gila (tidak sedar) hingga ia sedar.
(HR Ahmad, Abu Dawud, NasI dan Ibnu Majah)
3. Mumaiyiz
Iktikaf tidak sah dilakukan oleh kanak-kanak (anak kecil) yang belum
mumaiyiz. Tamyiz kebiasaannya apabila berusia 7 tahun. Hal ini
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
Perintahkanlah anak-anak kamu solat setelah 7 tahun, dan pukullah
mereka untuk solat setelah mencapai umur 10 tahun (jika mereka
enggan) dan pisahkanlah antara mereka di tempat-tempat tidur.
(HR Hakim, Ahmad dan Abu Dawud)
4. Suci daripada Hadas Besar
17

Iktikaf tidak sah dilakukan oleh orang berjunub, haid, atau nifas. Adapun
wanita yang istihadah iktikafnya sah.
5. Niat
Pensyaratan niat iktikaf ini juga disepakati oleh seluruh ulama. Iktikaf
merupakan salah satu bentuk ibadah, dan setiap ibadah akan sah apabila
disertai dengan niat. Justeru, tidak ada iktikaf sekiranya tidak ada niat
sebelumnya.
4.0

PERKARA YANG MEMBATALKAN IKTIKAF

Hal-hal atau perkara yang boleh membatalkan iktikaf adalah seperti berikut:
1. Bersetubuh
Bersetubuh dengan sengaja sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
Sementara perbuatan lain seperti bersentuhan, berkucupan, tidak akan
membatalkan iktikaf kecuali apabila keluar air mani.
2. Keluar dari tempat iktikaf
Para ulama bersepakat bahawa orang yang sedang iktikaf kemudian
beranjak keluar dari tempat iktikafnya (masjid) maka, ia telah melanggar
peraturan iktikaf kecuali keluar dengan keperluan darurat yang mesti
dikerjakan luar masjid. Misalnya, buang air besar atau kecil.
3. Murtad
Iktikaf menjadi batal dengan sebab murtad. Hal demikian, kerana iktikaf
adalah salah satu bentuk ibadah yang dilakukan seorang Muslim (ahli
ibadah), sedangkan orang kafir bukan termasuk dalam kalangan ahli
ibadah.
4. Mabuk atau gila

18

Hal ini berdasarkan hadis Aisyah tentang diangkatnya pena dari 3 orang
(ertinya malaikat tidak mencatat apa-apa daripada 3 orang tersebut) di
antaranya ialah dari orang gila hingga ia berakal (sedar).
5. Haid dan nifas
Suci dari haid dan nifas merupakan syarat sahnya iktikaf, maka ketika
seorang wanita mengalami haid atau nifas maka terbatallah iktikafnya.

5.0

ADAB-ADAB BERIKTIKAF
Orang yang beriktikaf disunatkan untuk membuat perkara-perkara

yang disukai Allah supaya dapat menzahirkan ketaatan kepada Pencipta.


Misalnya membaca al-Quran, berzikir, muzakarah ilmu serta perkara-perkara
yang boleh mendatangkan manfaat baginya. Selain itu, perkara yang boleh
menundukkan nafsu ialah dengan cara beriktikaf dan berpuasa. Hal ini lebih
afdhal dilakukan bagi sesiapa yang ingin melalui proses mujahadah.
Beriktikaf juga dapat menumpukan fikiran sepenuhnya kepada ibadah serta
dapat membersihkan jiwa. Antara adab lain semasa beriktikaf ialah masjid
yang dijadikan tempat iktikaf itu mestilah masjid yang digunakan untuk solat
Jumaat.

Seterusnya,

dilarang

bercakap

perkara

yang

sia-sia

seperti

mengumpat, memaki, mengadu domba. Sebaliknya perlu menjaga lidah atau


percakapan untuk menuturkan perkara yang baik-baik serta berfaedah
sahaja.

6.0

HIKMAH PENSYARIATAN IKTIKAF


Iktikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmah

tertentu. Mungkin pada zahirnya kelihatan sederhana, namun hakikatnya


sangat

besar

ganjarannya

serta

faedahnya.

Antaranya

ialah

dapat

membebaskan diri daripada kesibukkan dunia yang mana dengan adanya


19

iktikaf kita dapat menumpukan sepenuh fikiran kepada Maha Pencipta.


Dengan erti kata lain, kita dapat menzahirnya rasa kasih serta sayang
kepada Allah dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan-Nya.
Selain itu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkaraperkara maksiat. Di samping, konsisten melaksanakan solat jemaah di
masjid setiap kali masuknya waktu solat. Dengan ini, dapat melatih diri
untuk

mengamalkan

solat

jemaah

setiap

hari

serta

dapat

mengaplikasikannya pada jangka masa panjang kelak.


Seterusnya, memperoleh ketenangan dan dapat membersihkan hati.
Dengan mengamalkan iktikaf, seseorang seperti mengambil jarak dengan
hiruk-pikuk

dunia,

kembali

dengan

ketenangan

hati.

Akhir

sekali,

sepertimana yang kita ketahui, iktikaf ini sangat dituntut pada 10 malam
terakhir iaitu (malam lailatul qadar) yang mana telahpun dijelaskan oleh
Allah melalui firman-Nya bahawa malam yang lebih baik daripada seribu
bulan. Justeru, umat Islam sangat dianjurkan untuk berjaga malam serta
beribadat kepada-Nya dengan seikhlas hati. Maka, saat yang paling tepat
dalam konteks ini ialah dengan melakukan iktikaf.

PENUTUP

Segala puji bagi Allah s.w.t pemilik mata air cinta yang tidak pernah
kering kerana dengan aliran kasih sayang-Nya bersyukur kami dapat
menyiapkan tugasan. Daripada tugasan ini, saya dapat mengetahui secara
mendalam mengenai qadha puasa.

Selain itu, daripada tugasan ini, ia

membantu kami untuk lebih memahami makna sebenar qadha, fidyah dan
kifarah puasa.
Selain itu, dapat disimpulkan juga bahawa terdapat perbezaan di
antara qadha puasa, fidyah dan kifarah. Di samping itu, hasil tugasan ini
juga kami mendapat pengetahuan baru tentang iktikaf yang mana pada
zahirnya nampak biasa namun, amat besar ganjaran pahalanya. Seterusnya,
20

kami juga dapat mengetahui serba sedikit tentang pengetahuan tentang


hukum pensyariatan iktikaf, adab-abab, syarat perlaksanaan serta hikmah
adanya iktikaf. Akhir sekali, semoga hasil tugasan dapat diaplikasikan dan
diamalkan dalam melaksanakan tugasan harian yang lain.

RUJUKAN

1. Al-Quran dan Terjemahan. Pustaka Darul Iman.


2. Muhammad Sharif Sulaiman. 1998. Siri Minda Utusan Ingin Tahu Puasa.
Kuala Lumpur: Utusan Publications.
3. Zulkifli Mohammad al-Bakri.2011. Al-Fiqh Al-Manhaji Ibadat dalam Fiqh
Al-Syafii,. Selangor: Darul Syakir Enterprise.
21

4. Sayyid Quthb. 2000. Tafsir fi zhilalil Qur'an: Dibawah naungan Al-Quran


Volume 1. Jakarta: Germa Insani Press.
5. Lembaga Zakat Selangor. www.zakatselangor.com.my.
6. Kemusykilan

Agama.

Jabatan

Kemajuan

Islam

Malaysia.

http:kemusykilan.islam.gov.my.
7. Mat Din. 1980. Ramadhan dan Ibadah Puasa. Terangganu: Yayasan
Islam Terangganu.
8. Syaikh Muhammad bin Ibrahim at Tuwaijri. 2012. Ringkasan Fiqih
Islam. Indonesia: Islam House Com.
9. Rauf Syalabi. 1981. Kursus Bimbingan Ramadhan. Kelantan: Pustaka
Asa.
10.
Mohd Junaidi. 1995. Keutamaan Adab & Amalan di Masjid.
Selangor: Pustaka Ilmi.
11.
Zaharuddin.net
12.
Fiqh Taharah (Tiada Penulis)
13.

PDF. Iktikaf 6: Fiqh Indonesia. www.Fiqhindonesia.com/files

14. Ahkam Iktikaf

22

Anda mungkin juga menyukai