Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t bersyukur kami ke hadrat illahi dengan


limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan
oleh pensyarah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat Ustaz
Muhamad Nizam Bin Jamaludin, pensyarah subjek Pentadbiran Harta
Orang Islam kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan mencurahkan
ilmu kepada kami, pelajar Jabatan Syariah dan Undang-Undang semester
5.

Tidak lupa juga buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi galakan
dan sokongan tidak kira moral mahupun material. Kasih sayang mereka
juga salah satu penguat semangat kami untuk terus bersemangat
menyiapkan segala tugasan yang diberi. Terima kasih kami ucapkan.

Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan buat rakan-rakan kami


yang sentiasa memberi komitmen yang jitu dalam menyumbangkaan idea
demi melaksanakan tugasan yang diberikan kepada kami. Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami melengkapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa mahasiswi khususnya bakal pendidik di
negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini

1.1

PENGENALAN

Ilmu faraid juga disebut sebagai ilmu mawarith, kata jamak bagi mirath
(warisan) yang juga disebut sebagai turath dan irth yang merupakan kata
nama bagi harta pusaka yang diwarisi oleh si mati. Hal ini disebut dalam
Al-Quran, firman Allah SWT :







Maksudnya: Dan bagi Allah jualah hak milik segala mirath (warisan)
langit dan bumi.
(Surah Al-Imran : 180)1
Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah diambil daripada
Al-Quran dan Al-Sunnah serta Ijmak ulama. Ini berdasarkan firman Allah
SWT :

1 Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.841.
2


Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu
bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka
dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari
harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah).
(Surah An-Nisa:7)2
Bagi pewarisan harta pusaka melalui perkahwinan ia melibatkan suami
dan isteri. Suami dan isteri akan mewarisi harta pasangan mereka melalui
perkahwinan. Hikmah pewarisan harta pusaka kepada suami daripada
isteri sebagai satu tanda penghargaan kerana suami telah berusaha
mencari rezeki dan mempertahankan isteri. Bagi isteri diberi hak mewarisi
harta suami sebagai pengiktirafan kepada susah payah ketika hidup
bersama

suami

dan

bertujuan

meringankan

beban

hidup

selepas

ketiadaan suami.3

1.2

DALIL PENSYARIATAN PERWARISAN HARTA PUSAKA

MELALUI
PERKAHWINAN
1) Surah An-Nisa ayat 12 :

2 Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.841
3 Al-Wajiz Fi al-Mirath. Abu Eid,Arif Khalil. Amman: Dar al-Nafais.1992.
3




Maksudnya :Dan bagi kamu (suami) separuh dari harta yang ditinggalkan
oleh isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri itu
mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang
ditinggalkannya, sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sesudah
dibayar hutangnya. Para isteri kamu mendapat seperempat dari harta
yang kamu tinggalkan dan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu
mempunyai anak, maka para isteri mendapat seperlapan dari harta yang
kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang buat atau sesudah dibayar
hutang kamu.4
(Surah An-Nisa : 12)
Penjelasan ayat: Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan siapa yang
menjadi ahli waris, syarat-syarat dan bahagian mereka masing-masing.
Allah SWT juga menjelaskan bila saatnya seseorang berhak pada
bahagiannya dan bila saatnya tidak berhak keatas bahagiannya. Imam alQurtubi mengatakan dalam tafsirnya: Ayat ini termasuk salah satu
daripada rukun-rukun agama, tiang agama daripada tiang-tiang hukum
dan satu ibu daripada ibu-ibu ayat. Faraid sangat tinggi kedudukannya
sehingga dikatakan separuh daripada semua ilmu.

1.3

SYARAT-SYARAT PEWARISAN MELALUI PERKAHWINAN

4 Buku Hukum-Hukum Warisan. Muhammad Ali As-Sobuniy. Al-Hidayah


Publishers. (2004). Kuala Lumpur.H.24-25
4

1. Akad perkahwinan antara suami dan isteri yang sah di sisi syarak
sama ada berlaku persetubuhan ataupun tidak adalah merupakan
salah satu daripada sebab-sebab pewarisan.
2. Oleh itu, akad perkahwinan yang fasid, persetubuhan syubhah dan
zina adalah terkeluar daripada sebab pewarisan. Dengan itu, suami
dan isteri saling mewarisi di antara satu sama lain jika salah seorang
daripada mereka meninggal dunia selagi tidak ada halangan yang
menghalanginya. Mereka juga dikenali sebagai Ashab Al-Furud AlSababiyyah kerana mereka mewarisi dengan sebab perkahwinan.
3. Berlaku persetubuhan atau tidak antara suami dan isteri tidak
menjadi syarat kepada pewarisan. Oleh itu, sesuatu perkahwinan
yang sah di sisi syarak membolehkan suami isteri saling mewarisi
antara satu sama lain walaupun belum berlaku persetubuhan
apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Ini
berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan bagi kamu dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri
kamu jika mereka tidak mempunyai anak.Tetapi jika mereka
mempunyai anak maka kamu akan nendapat dari harta yang
mereka

tinggalkan,

sesudah

ditunaikan

wasiat

yang

mereka

wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya.Dan bagi mereka (isteriisteri) pula dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak
mempunyai

anak.Tetapi

kalau

kamu

mempunyai

anak

maka

bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta yang kamu
tinggalkan,sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan
sesudah dibayar hutang kamu. (Al-Quran,Al-Nisa 4:12)5
4. Disyaratkan

pewarisan

pusaka

disebabkan

oleh

perkahwinan

terbahagi kepada 2 iaitu:


i)
Hendaklah akad perkahwinan itu sah mengikut syara
dan jika akad fasid dan mati salah seorang daripada
suami isteri tersebut maka tidak boleh mewarisi
harta bagi pasangan yang masih hidup tersebut
5 Mohd Zamro Muda,Mohd.Ridzuan Awang. Undang-Undang Pusaka Islam
(Perlaksanaan di Malaysia). Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi,
Selangor. 2006. Halaman 16-18.
5

walaupun telah berlaku hubungan kelamin di antara


keduanya.

ii)

Hendaklah hubungan perkahwinan tersebut masih


wujud ketika berlaku kematian salah satu pihak
antara suami dan isteri tersebut.Pada dasarnya talak
raji (talak 1 dan 2) tidak memutuskan perkahwinan
selagi orang yang ditalak tersebut itu masih dalam
tempoh iddah.Manakala talak bain memutuskan
perkahwinan bermula daripada berlakunya talak itu.

Keadaan Tertentu Dalam Pewarisan Antara Suami Dan Isteri Di


Dalam Perkahwinan

5. Para ulama telah bersepakat bahawa apabila berlaku penceraian


secara talak raji sama ada suami dalam keadaan sihat atau sakit
yang membawa kepada mati (marad al-mawt), maka suami atau
isteri berhak mendapat harta pusaka apabila salah seorang daripada
mereka meninggal dunia selagimana masih berada dalam tempoh
iddah.Ini kerana penceraian secara talak raji

hukumnya seperti

masih lagi suami isteri kecuali tentang persetubuhan.


6. Jika suami menceraikan isterinya dalam keadaan sihat atau sakit
yang bukan membawa kepada mati secara talak bain sughra
(seperti penceraian tebus talak atau khulu dan fasakh) atau bain
kubra (seperti talak tiga), maka sepakat ulama mengatakan bahawa
mereka tidak boleh saling mewarisi di antara satu sama lain
sekiranya

salah

seorang

daripada

mereka

meninggal

dunia

walaupun masih berada dalam iddah.Ini kerana ikatan perkahwinan


itu telah putus dan luputlah salah satu daripada sebab-sebab
pewarisan iaitu perkahwinan.
7. Manakala jika sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak
bain dalam keadaan sakit yang membawa kepada mati (marad al-

mawt) maka timbul perselisihan ulama.Menurut mazhab Hanafi,


Maliki dan Hanbali bersependapat bahawa mereka mengatakan
bahawa bekas isteri berhak terhadap harta pusaka bekas suaminya
sekiranya masih berada dalam iddah.Manakala menurut Imam
Shafii ,isteri tidak boleh mewarisi harta pusaka peninggalan
suaminya sama seperti cerai dalam keadaan sihat.
8. Begitu juga sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak
bain dalam keadaan sakit yang membawa kepada mati bertujuan
untuk menghalang isterinya daripada mewarisi hartanya maka
bekas isteri tetap berhak mewarisinya.Tetapi sekiranya bekas isteri
meninggal dunia dahulu sebelum bekas suaminya yang dalam
keadaan sakit itu,maka bekas suami itu tidak boleh mewarisi harta
peninggalan

bekas isterinya.Ini kerana dia telah menjatuhkan

haknya dengan talak bain tersebut menurut pendapat mazhab


Hanafi,Maliki, dan Hambali.6
9. Ahli-ahli fiqh bagaimanapun

bersependapat bahawa

sekiranya

kematian suami itu adalah disebabkan oleh penyakit lain daripada


penyakit asalnya di mana dia melafazkan talak bain kepada
isterinya maka kesannya ialah bekas isterinya itu tidak akan
mewarisi harta peninggalan bekas suaminya.

1.4

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SUAMI DAN ISTERI

Pusaka terbahagi kepada dua iaitu : Pusaka melalui fardu (ketetapan) dan
pusaka melalui asabah (harta lebihan). Bagi suami isteri ia adalah pusaka
melalui fardu yang ditelah ditetapkan dalam Al-Quran.7
Suami (Al-Zauj)

6 Mohd Zamro Muda, Mohd.Ridzuan Awang. Undang-Undang Pusaka Islam


(Perlaksanaan di Malaysia). Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi,
Selangor. 2006. Halaman 16-18.
7Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.856.
7

Suami dalam pewarisan harta isterinya mendapat satu perdua (1/2)


dengan syarat isterinya tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan)
atau anak (lelaki atau perempuan) kepada anak lelaki (walad al-ibn) sama
ada anak tersebut anaknya sendiri atau anak orang lain termasuk jika
anak tersebut adalah anak zina.8
Hal ini berdasarkan Firman Allah SWT :











Maksudnya: Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang
ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak.
(Surah An-Nisa :12)
Suami memperolehi satu perempat (1/4) daripada pusaka isterinya jika si
isteri tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau anak kepada
anak lelaki (walad al-ibn). Anak itu sama ada daripada beliau atau
daripada orang lain, lelaki mahupun perempuan.
Dalilnya ialah firman Allah SWT :







Maksudnya: Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh
seperempat dari harta yang mereka tinggalkan.
(Surah An-Nisa:12)9
Al-Rahabi menyebut dalam Kitabnya :
Satu perempat pusaka adalah bahagian suami sekiranya si isteri ada anak
yang telah menghalang pusakanya. Ia juga untuk isteri atau isteri-isteri,
sekiranya suami tiada anak, demikian telah ditetapkan.
8Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.857.
9Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.859.
8

Isteri atau Isteri-Isteri ( Al-Zaujah)


Isteri atau para isteri berhak memperolehi satu perempat (1/4) pusaka jika
si suami tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki (furud
waris). Anak ini sama ada daripada anaknya atau orang lain sama ada
lelaki atau perempuan.
Dalil ialah Firman Allah SWT (Surah An-Nisa :12) :

Maksudnya: Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta


yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.10
Isteri dan para isteri layak menerima satu perlapan (1/8) pusaka sekiranya
si suami meninggalkan anak atau anak lelaki kepada anak lelaki sama ada
lelaki atau perempuan (furud waris)
Dalilnya Firman Allah SWT :










Maksudnya: Tetapi kalau kamu mempunyai anak, bahagian mereka
(isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu
tinggalkan.
(Surah An-Nisa:12)
Al-Rahabi menyebut dalam syairnya :
Satu perlapan adalah untuk isteri atau para isteri, Jika bersamanya al-Ibn
atau al-Bint, atau bersamanya walad a-Ibn, Oleh itu ketahuilah, tanpa
ragu-ragu bahawa kebersamaan ini merupakan syaratnya.11

10Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.859.

1.5

SITUASI ATAU KES YANG BERKAITAN SUAMI-ISTERI

Perkahwinan di Luar Negara


Contoh 1:
Seorang pasangan telah berkahwin di luar negara terutama di
negara jiran, adakah boleh salah seorang pasangan menerima harta
pusaka. Bagi kes ini seperti ini sebahagian masyarakat tidak mengetahui
status sebenar pasangan yang ditinggalkan sama ada berhak atau tidak
mewarisi harta suami atau isteri mereka sedangkan mereka ini telah
berkahwin diluar negara contohnya di Selantan Thailand.
Jawapannya, perkahwinan pasangan mestilah sah di sisi hukum
syarak. Sekiranya syarat telah dilaksanakan dan mendapat pengesahan
Mahkamah Syariah, tidak kira di mana pasangan berkahwin tetap dikira
sah. Kebiasaannya perkahwinan diluar negara terutama di Thailand diragui
kesahihannya kerana terbukti perkahwinan tidak sah di sisi syarak
11Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.860.
10

terutama dalam hal berkaitan wali. Bagi sesetengah pasangan mereka


dikahwinkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sekadar untuk
mendapatkan wang. Perkahwinan diluar negara juga tidak sah disebabkan
jarak di antara tempat perkahwinan dan tempat tinggal wali tidak melebihi
dua marhalah. Sekiranya perkahwinan pasangan sah, maka pasangan
berhak mewarisi harta pusaka.12
Contoh 2 :
Seorang mati meninggalkan dua orang isteri dan enam orang
anak. Isterinya yang pertama telah dikahwini di Naratiwat Thailand. Isteri
kedua telah mempertikaikan tentang kesahihan perkahwinan suami
dengan

isteri

pertama

dan

isteri

pertama

gagal

mengemukakan

pengesahan Mahkamah Syariah. Maka isteri pertama telah menarik diri


daripada menerima harta pusaka. Maka isteri kedua tidak dapat mewarisi
harta pusaka kerana perkahwinan yang tidak sah.13

Contoh Kes Penerima Secara Fardu dan Asabah Yang Melibatkan


Suami dan Isteri.
Contoh 1 :
Isteri mati meninggalkan suami, ibu dan adik beradik (L) seibu dan
sebapa. Suami berhak mewarisi satu perdua 1/2 harta isterinya kerana
tiada furu waris. Ibu pula menerima satu pertiga 1/3 kerana tiada
furuwaris dan tiada adik beradik yang lain. Manakala adik beradik
memperolehi baki secara asabah kerana beliau lelaki dan tiada siapa yang
menghalangnya.
12Mengurus Harta Pusaka Asas Pembahagian Harta Secara Faraid. Wan Abdul
Halam Wan Harun.Pts. Selangor.2012.H.29-30.
13Mengurus Harta Pusaka Asas Pembahagian Harta Secara Faraid. Wan Abdul
Halam Wan Harun.Pts. Selangor.2012.H.31.
11

1/2
1/3
Asab

Suami
Ibu
Adik Beradik

6
3
2
(L) 1

ah
Seibu-Sebapa
Hasil darab pembawah 1/2 dan 1/3 ialah 6. Maka harta ini dibahagikan
kepada 6 bahagian.14
Contoh 2 :
Suami mati meninggalkan isteri, ibu, adik beradik(P) seibu dan adik
beradik (L) seibu sebapa. Maka isteri menerima 1/4 kerana tiada furu
waris. Ibu pula menerima 1/6 kerana mempunyai adik-beradik. Manakala
adik-beradik (P) Seibu menerima 1/6 kerana seorang sahaja dan tiada
yang menghalangnya. Adik-beradik (L) Seibu-sebapa memperolehi baki
melalui asabah. Angka pembahagi ialah 12 kerana pembawahnya adalah
1/6 dan 1/4 dan 1/2 .15

1/4
1/6
1/6

Isteri
Ibu
Adik-beradik

12
3
2
(P) 2

Asab

Seibu
Adik-beradik

(L) 5

ah

Seibu-Sebapa

Contoh 3:
Isteri mati meninggalkan suami, anak perempuan kepada anak lelaki dan
anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa. Maka suami
14Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.958.
15Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali AsySyarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.961
12

mendapat pusaka isterinya kerana mempunyai furu waris iaitu anak


perempuan kepada anak lelaki. Anak perempuan kepada anak lelaki
menerima 1/2 kerana tiada yang menghalangnya. Anak lelaki kepada adik
beradik lelaki seibu sebapa adalah asabah dan menerima semua baki.

1/4
1/2

Suami
Anak (P)

4
1
kepada 2

Anak (L)
Asaba
Anak (L) kepada 1
h

adik-beradik

(L)

seibu-sebapa
Angka pembahagi adalah 4 kerana pembawah adalah 1/2 dan 1/4.

PENUTUP

13

Segala puji bagi Allah SWT pemilik mata air cinta yang tiada
pernah kering kerana dengan aliran kasih sayang-Nya bersyukur kami
dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Daripada tugasan ini kami
dapat mengetahui serba sedikit mengenai pewarisan melalui perkahwinan
yang melibatkan suami dan isteri. Selain itu, daripada tugasan membuka
pemikiran kita dengan lebih meluas terhadap ilmu faraid yang merupakan
separuh

ilmu

daripada

semua

ilmu

dan

Rasulullah

SAW

sendiri

mengalakkan kita umatnya mempelajari ilmu faraid berdasarkan hadis


Rasulullah SAW yang bermaksud:
Pelajarilah kamu Al-Quran dan ajarlah kepada orang lain, pelajarilah ilmu
faraid

dan

ajarlah

kepada

orang

lain.

Sesungguhnya

aku

akan

meninggalkan kamu. Sesungguhnya ilmu ini akan dicabut dan akan


menjadi fitnah, sehingga dua orang akan bersengketa tentang harta
warisan dan mereka tidak memjumpai orang yang mengadili mereka.
Disamping itu, hasil tugasan ini juga dapat kami memahami setiap
bahagian yang diperolehi oleh setiap waris si mati. Semoga hasil tugasan
dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan yang lain dengan lebih
sempurna dan mampu diperaktikkan dalam dalam kehidupan harian.

14

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim.
2.Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali
Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.
3.Mengurus Harta Pusaka Asas Pembahagian Harta Secara Faraid. Wan
Abdul Halam Wan Harun.Pts. Selangor.2012.
4.Kitab Al-Wajiz Fi al-Mirath. Abu Eid,Arif Khalil. Amman: Dar alNafais.1992.
5.Buku Hukum-Hukum Warisan. Muhammad Ali As-Sobuniy. Al-Hidayah
Publishers. Kuala Lumpur.2004.
6. Mohd Zamro Muda, Mohd.Ridzuan Awang. Undang-Undang Pusaka Islam
(Perlaksanaan di Malaysia). Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM
Bangi, Selangor. 2006.

15

Anda mungkin juga menyukai