Anda di halaman 1dari 3

Tafsir Al Fatihah.

Surah al Fatihah diturunkan di Mekah kepada Rasullulah saw.

Nama surah dan beberapa nama lain:

Surah al Fatihan di namakan sedemikian membawa maksud “pembuka segala surah”. Ia


juga dipanggil Umm al kitab (Ibu segala kitab) menurut jumhur ulama.

Di dalam hadis sahih riwayat At Tirmizi:

“ Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” adalah ibu Al Quran dan ibu Kitab, dan ia adalah tujuh
ayang yang di ulang-ulang di dalam Al Quran.

Ia juga di panggil Al hamd dan As salah kerana rasullulah saw bersabda dalam satu hadis
Qudsi:

As salah (al fatihah) di bahagi kepada dua di antara Aku dan hambaKu. Bila hambaKu
membaca “Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” maka Aku akan membalas “Hamida ni
‘Abdi” (HambaKu telah memujiku)

Al Fatihah dipanggil As Salah kerana syarat sah solat ialah dengan membacanya. Ia juga
dipanggil As Syifa’ yang membawa maksud pengubat.

Ia juga dipanggil al Ruqyah (penyembuh) di mana di dalam hadis yang sahih, riqayat abu
Sa’id seorang sahabat menggunakan Surah ini sebagai penawar kepada ketua kaum yang
diracun. Rasullulah saw bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu bahawa surah ini
adalah penyembuh?

Kesimpulan:

Nama-nama Surah Al-Fatihah:

1. Al Fatihah
2. Ummul Kitab
3. Tujuh ayat yang diulang-ulang (Wasab’ Mathani)
4. Al Hamd
5. As salah
6. As Syifa
7. Al Ruqyah

Jumlah ayat

Ulama mengatakan bahawa al Faatihah mempunyai 25 ayat dan 113 huruf.

As Bab an Nuzul (sebab penurunan ayat)

Mengenai di mana ia diturunkan, ulama berbeza pendapat. Majoriti ulama (kecuali


Mujahid) mengatakan ia diturunkan di Mekah dan Mujahid berpendapat ia diturunkan di
Madinah. Menurut ulama, surah Fatihah ini antara yang paling awal diturunkan.
Ini berdasarkan hadis 'Amr ibn Shurahbil yang menyatakan: Rasullulah saw bila baginda
keluar selalu mendengar suara “Wahai Muhammad” sehingga baginda melarikan diri.
Kemudian Waraqah bin Nawfal menyatakan bahawa sekiranya dia mendengar suara
tersebut, maka dengarlah dengan teliti.

Sehingga suatu hari, baginda mendengar suara tersebut dan baginda mendengar dengan
teliti. Di bacakan oleh si pemanggil “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan
aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah.” Kemudian ia berkata : “ al hamdullilah
hirabbil alamain” sehingga penghujung surah.

Ayat pertama:

“Bismillah hirahman nirrahim”

Ulama berbeza pendapat sama ada tujuh ayat ini termasuk Bismillah ataupun tidak. Oleh
kerana itu, maka ulama juga berbeza pendapat sewaktu solat sama ada bacaan bismillah
ini wajib di jahar (dibaca dengan nyaring) atau sirr (dibaca secara senyap) ataupun tidak
dibaca langsung.

Kupasan:

Surah al fatihah ini sebenarnya adalah satu surah yang mempunyai banyak kelebihan dan
penjelasan secara menyeluruh mengenai akidah orang Islam. Ia mengandungi sepenuhnya
penyerahan diri kepada Allah swt dan juga penjelasan siapa diri kita sebenarnya dan apa
tujuan kita di ciptakan di muka bumi ini.

Surah ini penyembuh bukan sahaja kepada penyakit fizikal, tetapi juga penyakit diri dan
ruh. Semoga dapat di manfaatkan.

Ayat kedua :

“ALHAMDULILLAHIR RABBIL ALAMIN”

Segala puji-puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta.

Ibn Jarir berkata, "Alhamdu lillah, syukur yang ikhlas melulu kepada Allah tidak kepada
lain-lain-Nya daripada makhluk-Nya, syukur itu kerana nikmat-Nya yang diberikan
kepada hamba dan makhluk-Nya yang tidak dapat dihitung dan tidak terbatas, seperti alat
anggota manusia untuk menunaikan kewajipan taat kepada-Nya, di samping rezeki yang
diberikan kepada semua makhluk manusia, jin dan binatang dari berbagai perlengkapan
hidup, kerana itulah maka pujian itu sejak awal hingga akhirnya tetap pada Allah semata-
mata. Tiada yang memuji melainkan Allah.

ALHAMDULILLAH

Pujian Allah pada diri-Nya, yang mengandung tuntunan kepada hamba-Nya supaya
mereka memuji Allah seperti seakan-akan perintah Allah, "Bacalah olehmu
Alhamdulillah".

Alhamd pujian dengan lidah terhadap sifat-sifat peribadi, mahupun sifat yang menjalar
kepada orang lain, sebaliknya syukur itu pujian terhadap sifat yang menjalar, tetapi
syukur dapat dilaksanakan dengan hati, lidah dan anggota badan. Alhamd bererti memuji
sifat keberanian, kecerdasan-Nya atau kerana pemberian-Nya. Syukur khusus untuk
pemberian-Nya. Alhamd (puji) lawan kata Adzzam (cela).

Ibn Abbas r.a. berkata, Umar r.a. berkata kepada sahabat- sahabat, "Kami telah mengerti
dan mengetahui kalimat Subhanallah, laa ilaha illallah dan Allahu Akhbar, maka apakah
Alhamdu Lillahi itu?" Jawab Ali r.a., "Suatu yang dipilih oleh Allah untuk memuji Zat-
Nya".

Ibn Abbas berkata, 'Alhamdu Lillah kalimat syukur, maka jika seorang membaca
Alhamdu Lillah, Allah menjawab, "HambaKu telah syukur pada-Ku".
Jabir bin Abdullah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda:

Seutama-utamanya zikir ialah "La ilaha illallah", dan seutama-utamanya doa ialah
"Alhamdu Lillah". (HR. at-Tirmidzi, hadis Hasan Gharib).

Anas. bin Malik r.a. berkata, Nabi saw. bersabda: Tiadalah Allah memberi nikmat kepada
seorang hamba- Nya, kemudian hamba itu mengucap "Alhamdu Lillah", melainkan apa
yang diberi itu lebih utama (afdhal) dari yang ia terima. (Yakni ucapan "Alhamdu Lillah"
lebih besar nilainya dari nikmat dunia itu). (HR. Ibnu Majah).

Anas r.a. juga meriwayatkan Nabi saw. bersabda, "Andaikan dunia sepenuhnya ini di
tangan seorang dari umatku kemudian ia membaca 'Alhamdu Lillah' maka pasti kalimat
Alhamdu Lillah lebih besar dari dunia yang di tangannya itu". 'Al' dalam kalimat Al-
hamdu bererti segala jenis puja dan puji bagi Allah. Sebagaimana tersebut dalam hadis
"Allahumma lakal hamdu kulluhu walakal mulku kulluhu wa biyadikal khair kullihi wa
ilaika yar ji'ul amru kulluhu" (Ya Allah bagi-Mu segala puji semuanya, dan bagi-Mu
kerajaan semuanya dan di tangan-Mu kebaikan semuanya, dan kepada-Mu kembali
segala urusan semuanya).

RABB ALAMIN

Bererti pemilik yang berhak penuh, juga berarti majikan, juga yang memelihara serta
menjamin kebaikan dan perbaikan, dan semua makhluk alam semesta.

Alam ialah segala sesuatu selain Allah. Maka Allah Rabb dari semua alam itu sebagai
pencipta, yang mcmelihara, memperbaiki dan menjamin. Sebagaimana tersebut dalam
surat asy- Syu'araa 23-24. Fir'aun bertanya, "Apakah rabbul alamin itu?" Jawab Musa,
"Tuhan Pencipta, Pemelihara penjamin langit dan bumi dan apa saja yang di antara
keduanya, jika kaMU mahu percaya dan yakin."

Alam itu juga pecahan dari alamat (tanda) sebab alam ini semua menunjukkan dan
membuktikan kcpada orang yang memperhatikannya sebagai tanda adanya Allah Tuhan
yang menjadikannya.

Anda mungkin juga menyukai