Anda di halaman 1dari 3

Rentetan peristiwa berdarah Kampung Medan Tragedi ini bermula pada hari Ahad, hari di mana sebuah keluarga

Melayu sedang mengadakan kenduri kahwin dan satu keluarga India yang berdekatan sedang bersiap untuk mengkebumikan salah seorang ahli keluarga mereka yang meninggal. Secara tiba-tiba salah seorang India tersebut naik marah apabila melihat khemah kenduri dinaikkan di kawasan rumah kenduri yang dilihatnya akan menghalang perjalanan perarakan mayat tersebut. Lalu, beliau menunggang motosikalnya masuk ke khemah tersebut sambil menendang kerusi dan meja sehingga bertaburan. Kemudian beliau melarikan diri. Tidak berapa lama kemudian, beliau kembali lagi dengan 10 orang lelaki yang bersenjata. Mereka menyerang bapa pengantin tersebut dan salah seorang ahli keluarga pengantin berkenaan. Keesokan harinya satu kumpulan orang-orang yang tidak dikenali pula telah masuk ke kawasan India di situ dan merosakkan beberapa buah kenderaan. Pada hari Rabu berikutnya berlaku pula insiden yang kedua, dua kumpulan orang India yang terlibat dalam satu kemalangan kenderaan. Mereka hampir hendak bergaduh sesama mereka sebelum dua orang lelaki Melayu masuk dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Namun, peleraian yang cuba dilakukan oleh dua orang lelaki melayu tersebut gagal kerana mereka pula diserang oleh dua kumpulan orang india tersebut. Berita serangan ini kemudiannya merebak dengan cepat di kawasan berkenaan. Beberapa jam kemudian, cerita tentang kejadian tersebut semakin ditokok tambah dan menimbulkan kemarahan orang ramai. Keesokan harinya pula seorang budak lelaki Melayu yang bermain dengan lastik telah menyebabkan cermin sebuah lori India pecah. Tuan empunya lori tersebut telah meminta ganti rugi dari ayah budak tersebut. Masalah berlaku apabila ayah budak tersebut tidak puas hati kerana pemilik lori tersebut menggunakan bahasa yang kasar ketika hendak meminta ganti rugi tersebut. Walaubagaimana pun, kedua-dua pihak akhirnya mengalah setelah berlaku ugut mengugut antara kedua-dua belah pihak.

Pada ketika inilah, perasaan marah yang membara antara kedua-dua belah pihak mula tercabar sepenuhnya. Masing-masing mula melengkapkan diri dengan macam-macam jenis senjata kerana mempercayai khabar-khabar angin bahawa pertempuran India Melayu akan berlaku tidak beberapa lama lagi. Bukan sahaja orang lelaki yang melengkapkan diri dengan senjata, malah suri rumah juga terlibat. Maka pertempuran berlaku antara orang melayu dan india meletus pada tengah malam hari khamis berkenaan. Penduduk yang tinggal di kawasan itu berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Samseng India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal jika terdapat samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Mereka ni tidak takut dengan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang daripada luar. Selain itu, ada 98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu. Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor pada ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak melulu. Malah, beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara. Beberapa orang yang cedera telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India dan 3 Melayu. Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.

Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan. Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

Anda mungkin juga menyukai