Anda di halaman 1dari 4

TOKOH PERJUANGAN SABAH

ANTANOM
Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah mempunyai beberapa orang tokoh yang memperjuangkan tanah
air Sabah dengan semangat jiwa yang kental yang cinta akan tanah air sehingga sanggup berkorban apa sahaja
untuk mempertahankan adat, bangsa, kaum, dan paling terutama adalah tanah air Sabah agar dapat dirasai oleh
cucu cicit generasi sekarang. Antara tokoh yang memperjuangkan Sabah yang akan saya ceritakan di sini ialah
Antanom.

Biodata beliau ;
Nama Sebenar : Ontorus A/L Antanom
Jawatan : Ketua Kaum Murut Di Rundum
Tarikh Lahir : 1885
Tahun Mula Memimpin : 30 Tahun
Tempat Kelahiran : Masinpunon di Sungai Selarom
Dikenali sebagai : Pahlawan gagah dan berani

Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum
murut. Beliau dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh
ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah Pengayau
. Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk
agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam
hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.Orang pengecut tidak ada tempat
dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh permusuhan kaum yang berpunca
dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada berwatak keras dan berani. Jika pun
dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris, kerana tidak tunduk kepada kuasa mereka, bukanlah kerana
Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi suasana persekitarannya yang memaksa
Antanom/Ontoros bertindak demikian. Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut
panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip
dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi
bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh
keazaman.
FAKTOR PENENTANGAN

MELARANG MEMBUKA TANAH BARU


SBUB melarang mereka membuka tanah baru mengakibatkan mereka merasakan hak mereka
terceroboh dan mengalami kekurangan beras .

MENGENAKAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN


SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti :
1. Cukai kepala 1 dolar setiap orang
2. Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
3. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
4. Cukai tangkapan ikan besar
5. Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor.

MENJADI BURUH PAKSA


Orang Murut dijadikan buruh paksa dengan tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan
memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.

MENZALIMI KELUARGA
Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai .
Jika mereka mempunyai dua anak , salah seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa .

MENCEROBOH KAWASAN HUTAN


SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan .
Kaum Murut membantah kerana mereka percaya pencerobohan akan menggangu roh nenek moyang
mereka

PERISTIWA PENENTANGAN

Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka
Feb 1915 - Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan .
Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan
berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB .
Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom
bertambah menjadi 900 orang .
Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 rumah
bawah tanah .
Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
Pertempuran berlaku selama 6 minggu
Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum
Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'.
KESAN PENENTANGAN

- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.


- 8 orang kanan Antanom dihantar ke Kudat
- Pengikut-pengikut lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga
ke Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan
seterusnya.
- orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB
FAKTOR PERISTIWA KESAN
ANTANOM PENENTANGAN PENENTANGAN
PENENTANGAN
TERHADAP SBUB

Nama sebenar : Larangan membuka tanah baru a. Antanom menyatukan orang Murut untuk SBUB mengenakan tindakan tegas
Ontorus A/L SBUB melarang mereka membuka tanah baru menentang SBUB demi menebus maruah terhadap pengikut Antanom
Antanom mengakibatkan mereka rasa hak mereka mereka.
terceroboh 8 orang kanan Antanom dihantar ke
Tahun lahir : Mengalami kekurangan beras b. Feb 1915, Antanom menyerang Pensiangan Kudat
1885 dan membakar bangunan kerajaan
Mengenakan cukai yang membebankan Pengikut-pengikut yang lain menjadi
Tempat Lahir : SBUB mengenakan pelbagai cukai yang c. Mac 1915, Antanom memimpin kira-kira 600 buruh paksa memasang kawat
Masinpunon membebankan seperti : orang Murut menyerang Rundum dan berjaya telegraf dari Kimanis hingga ke
(Sg. Selarom) Cukai Kepala 1 dolar setiap orang memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB Keningau
Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen
setiap ekar d. Kejayaan tersebut menaikan semangat SBUB mengarahkan orang Murut
Jawatan :
Cukai sebatang pokok kelapa untuk minum juang orang Murut dan pengikut Antanom bersumpah taat setia bagi
Ketua Kaum Murut
tuak sebanyak 25 sen bertambah 900 orang mengelakkan kebangkitan
di Rundum
Cukai untuk tangkapan ikan besar seterusnya
Cukai memelihara anjing sebanyak 1 dolar e. Antanom membina kubu pertahanan di
Mula memimpin :
seekor Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah Orang Murut turut berpindah ke
Ketika berumur 30
rumah bawah tanah pendalaman Kalimantan sebagai
tahun
Menjadi buruh paksa tanda protes terhadap SBUB
Orang Murut dijadikan buruh paksa untuk f. April 1915, SBUB hantar 400 orang tentara
Dikenali sebagai : serang kubu Antanom
Pahlawan gagah membina jalan di pendalaman dan memasang
dan berani kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum
g. Pertempuran berlanjutan selama 6 minggu
Menzalimi keluarga
h. Antanom dan pengikutnya terkorban dalam
Suami isteri kena tinggal berasingan di sebelah
mempertahankan Rundum
menyebelah tebing sungai
Jika ada dua anak, seorang akan diambil untuk
i. Penentangan ini dikenali sebagai
dijadikan buruh paksa
Kebangkitan Rundum
Menceroboh kawasan hutan
SBUB mencerobah hutan untuk membina jalan
Orang Murut bantah kerana pencerobohan ini
dianggap mengganggu roh nenek moyang
mereka

Anda mungkin juga menyukai