Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM JOM KE SEKOLAH & ZIARAH CAKNA SERTA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS.

BIL AGENDA CATATAN


1. Ketibaan vip Mengumumkan ketibaan Sarjan Johari bin Baharom dan En Nor Azhar b Che Mat
dengan diiringi oleh barisan pentadbir SKTP ke Dataran wawasan.
2. Ucapan aluan pengerusi Assalamualaikum & selamat pagi..
Yang berusaha Hjh Zaiton binti Mat Zain (GB SK Tasek Permai)
Yang Dihormati Sarjan Johari bin Baharom (Ketua Balai Polis Bndr Tasek Mutiara)
Yang dihormati En Nor Azhar bin Che Mat (Pegawai PROSA PPD Selatan)
Yang dihormati barisan pentadbir SK Tasek Permai,AJK PIBG,rakan-rakan pendidik
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan keizinanNya kita semua
diberikan peluang untuk Bersama-sama pada pagi ini dalam melaksanakan 2
agenda yang telah dirancang iaitu pelancaran Program Ziarah Cakna Jom Ke
Sekolah serta majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas bagi sesi 2020.
Jambangan apresiasi ditujukan khas buat tetamu jemputan kita kerana sudi
meluangkan masa untuk berada bersama-sama kita pada pagi ini.
Untuk pengetahuan Bersama,program ziarah cakna merupakan inisiatif KPM
dalam menerapkan nilai budaya kasih sayang,saling menghormati dan
memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa serta ianya dapat
memperluaskan konsep sekolah penyayang.

3. Nyanyian 3 buah lagu dan ikrar Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu.Semua
tetamu dan guru dipersilakan berdiri.Seterusnya dipersilakan pengawas bertugas
untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara.Terima kasih diucapkan kepada adik
___________atas bacaan ikrar sebentar tadi.Semua dipersilakan duduk.
4. Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha esa…

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,dipersilakan Ust Mohd Azizi bin Ahmad
bagi memimpin bacaan Doa.Dipersilakan….Terima Kasih diucapkan kepada Ust
Mohd Azizi bin Ahmad atas kesudian memipin bacaan doa sebentar tadi.
5. Ucapan guru besar Seterusnya,majlis mempersilakan Pn Hjh Zaiton binti Mat Zain GB SK Tasek Permai
bagi menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan…..Terima kasih
diucapkan kepada Pn Hjh Zaiton atas ucapan sebentar tadi.
6. Ucapan perasmian oleh Majlis kita akan diteruskan lagi dengan mempersilakan Sarjan Johari bin Baharom
pegawai polis bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program Ziarah Cakna Jom Ke
Sekolah.Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Johari atas ucapan
perasmian sebentar tadi.
7. Gimik perasmian & pelancaran
jom ke sekolah/ziarah cakna

8. Penyerahan watikah Agenda berikutnya adalah majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas.Untuk
pelantikan pengetahuan murid-murid sekalian,para pengawas yang dilantik ini merupakan
insan-insan terpilih yang dilantik sebagai pembantu guru berkaitan hal disiplin
mahupun pengurusan di pusat sumber sekolah.Justeru, diingatkan kepada semua
murid untuk menghormati para pengawas yang telah dilantik sepertimana anda
menghormati guru meskipun mereka sebaya dengan anda…Bagi meneruskan
acara penyerahan watikah pelantikan dipersilakan
____________________________ untuk mengiringi
________________________bagi menyempurnakan acara.
9. Ikrar ketua pengawas Seterusnya, dipersilakan _________________________________ untuk mengetuai
ikrar pengawas.Dipersilakan…Terima kasih diucapkan kepada
___________________atas bacaan ikrar sebentar tadi.
10 Bersurai Dengan berakhirnya lafaz ikrar sebentar tadi,maka berakhirlah majlis kita pada
. pagi ini.Saya mewakili jawatankuasa program memohon maaf seandainya berlaku
kekhilafan sepanjang program berlangsung.Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai