Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحيم‬


Yang Berbahagia Puan Hjh. Noraini Bt. Hj. Ibrahim, Pengetua SMK Seri Keramat,
Yang Berusaha, Puan Hjh. Ruslina Bt. Zainal, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Keramat,
Yang Berusaha, Puan Harisson Bt. Abd. Hamid, Penolong Kanan HEM, SMK Seri Keramat,
Yang Berusaha, Puan Norriah Bt. Abd. Shukor, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri
Keramat,
Yang Berusaha, Puan Suharawati Bt. Umar, Penolong Kanan Petang, SMK Seri Keramat,
Yang Berusaha, Puan Mariza Bt. Mat Hussin, Penolong Kanan PPKI, SMK Seri Keramat,
Yang Berusaha, Barisan Guru-guru Kanan Mata pelajaran, SMK Seri Keramat,
Yang Diraikan Pn Maryati Bt. Md, Khalid, Pn. Nazihan Bt. Abdullah, Pn. Najibah Bt Termizi,
Yang di kasihi Ahli-ahli JawatanKuasa BKGS SMK Seri Keramat, serta rakan-rakan guru SMK
Seri Keramat yang saya hormati sekalian.
Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha
Esa, kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat kita bersama-sama pada hari jumaat yang
barokah ini untuk meraikan majlis perpisahan rakan2 guru yang dikasihi iaitu Pn. Maryati, Pn.
Nazihan dan Pn. Najibah. Semoga majlis yang bermakna ini akan menjadi memori indah di hati
kita bagi warga SMK Seri Keramat dan ex Seri Keramat.
Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK
BKGS2021 kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini dengan
kekangan dan kesempitan masa walaupun pada minggu cuti penggal ini.
Di kesempatan ini juga, sebagai suara dan wakil kepada semua guru dan staf SMK Seri
Keramat, saya ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada rakan2 guru kita yang
akan berpindah, selama mana mereka berada di SMK Seri Keramat yang telah banyak menabur
jasa dan bakti untuk SMK Seri Keramat. Teruskan perjuangan dan kecemerlangan kalian di
tempat baru nanti walaupun dimana kita berada, dan tidak dilupakan cogan keramat kita ‘I Love
SMKSK’.
Kami semua akan sentiasa mendoakan kepada semua yang dirai agar sentiasa sihat
sejahtera, bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga dan di tempat baharu nanti.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap serta
kekurangan pada Majlis hari ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai