Anda di halaman 1dari 2

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia, Encik Muhammad bin Hashim, Yang Dipertua PIBG 


Yang Berusaha, Pn. Latipah binti Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Pn. Puziah binti Tuban, Penolong  Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Kanan Petang,
Yang Diraikan, Pn. Kamariah binti Md. Kamil, Mantan Penolong Kanan
Kokurikulum,
Pn. Normadiah binti Abd. Rahim, Mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas
Puan Cheong Quay Lan
Barisan guru kanan mata pelajaran
Presiden Kelab BAGUS, Encik Rezuali b. Hasanudin,
Dan guru-guru yang dikasihi sekalian. 

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT


kerana dengan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh
bermakna pada petang ini bagi meraikan guru-guru dan staf SMK Kampong Jawa.
Majlis ini juga diadakan bertujuan meraikan guru-guru yang telah bersara pada
tahun ini.  

Saya amat berharap semua warga SMK Kampong Jawa sentiasa bekerjasama
dalam satu pasukan dan sanggup berubah bagi menjadikan kita penjawat awam
yang berinovasi, berkualiti dan berintegriti. Selamat bersara juga saya ucapkan
kepada Puan Cheong, Puan Normadiah dan Puan Kamariah. Semoga diberi
kesihatan yang baik. 

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Kampong
Jawa yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang
sepanjang tahun 2014. Tidak lupa juga kepada AJK Kelab BAGUS yang telah
menjalankan persiapan bagi menjayakan majlis pada petang ini.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Muhammad b. Hashim
dan AJK PIBG yang lain kerana sudi hadir bersama-sama kita pada petang ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi


wabarakatuh. 
Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi berkorban masa dan bertungkus-lumus
dalam menjayakan program kelab sepanjang sesi yang lalu. Kerja-kerja sukarela yang tidak kelihatan itu
hanya Allah jua yang membalasnya secara setimpal. Mudah-mudahan sumbangan kalian menyumbang
terhadap keberkesanan sekolah sebagai sebuah organisasi yang memupuk pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai