Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang berusaha,
Tn Hj Mohd Zulkifli b Hj Mohd Zain

- Guru Besar SK Kepala Batas

Pn. Zaitun bt Md Isa

Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Siti Nazirah bt Mat Kasim

Penolong Kanan (HEM)

En. Zabidi b Ahmad

Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Rosnita bt Md. Rejab

Penolong Kanan Petang

Yang diraikan Pn Hajjah Lina bt Hamim,


Yang dihormati, Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul di pagi yang mulia ini
sempena majlis persaraan Pn Hajjah Lina bt Hamim selaku guru Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Sempena majlis persaraan ini, saya wakil murid mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan Pn Hajjah Lina bt Hamim,
sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas ini. Saya percaya segala
pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperoleh menjadi memori dan panduan
dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan
cikgu di sekolah ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu
cikgu kepada kami.
Syabas saya ucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi
memastikan

kecemerlangan

anak-anak

didikmu.

Semoga

semangat

ini

akan

berterusan pada masa hadapan. Di kesempatan ini, saya juga berharap agar

hubungan silaturrahim cikgu dengan warga SK Kepala Batas akan terus terjalin erat.
Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan
dikenang sampai bila-bila.

Patah dahan bunga kemboja,


Pucuk paku subur di titi,
Seikhlas budi bagai dikata
Jasamu dikenang di dalam hati

Akhir kata, kami berharap Teacher Lina sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di
samping keluarga.
Thank You Teacher Lina
Wabillahi..

Anda mungkin juga menyukai