Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih Pengerusi Majlis

Yang Berusaha,
Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi
Pengetua SMK Petaling Jaya
Yang Dihormati,
Puan Tan Su Tiam
Penolong Kanan Tadbir SMK PJ
Puan Hajah Nurulain binti Ngah
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK PJ
Puan Farihah binti Md Saman
Penolong Kanan Kokurikulum SMKPJ
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Yang Berbahagia Datin Zaiton Abdul Malek, Pengerusi Kelab Guru & Staff,
Guru-guru dan
Rakan pelajar sekalian.
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Bersyukur kita pada pagi ini kerana masih diberikan kesempatan
untuk sama-sama berkumpul bagi meraikan majlis perpisahan ini.
To know, To Love, And then to part, is the saddest tale in the human heart. Perpisahan amat
menyedihkan. Namun, setiap pertemuan ada perpisahan. Pada hari ini, saya mewakili perlajar SMK
Petaling Jaya berasa terharu kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami sayangi kerana
bersara wajib. Beliau bukan sahaja sekadar guru, tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar yang
sentiasa memimpin kami menjadi insan yang berguna.
Pastinya sepanjang berkhidmat sebagai guru, pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuhi.
Semoga ia menjadi kenangan terindah buat beliau sehingga akhir hayat.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar-pelajar SMK Petaling Jaya ingin merakamkan setinggitinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Kok Ah Moy yang tidak pernah mengenal jemu
mendidik dan mengorbankan waktu demi anak muridnya. Kami berdoa agar Tuhan akan sentiasa menjaga
dan melindungi Puan Kok Ah Moy serta keluarganya, memanjangkan usianya dan memberikan kesihatan
tubuh badan yang sihat.
Patah dahan bunga kemboja,
Pucuk paku subur di titi,
Budi cikgu kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Salam kemaafan kami hulurkan, Ilmu diberi harap diberkati. Doakan kami semoga Berjaya.
Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai