Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PN SARNAH HJ JAMIRAN

Bismillahirrahmaniraahim,
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu

Yang Dihormati En Ahmad bin Awang


Guru Penolong Kanan Satu

Cik Hajah Latifah Bt Otman


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Noorsiati Bt Kassim


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Serta semua guru SK KULAI 1 yang dihormati sekalian.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang
hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat
dielakkan. Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 1988 saya telah menempuh
pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi guru-guru,
perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap
yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada
atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi
ataupun kita benci. Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku
dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat
mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan.
Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat
lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi;
yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat
menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.
Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 4 empat iaitu bermula dari tahun 2009 sehingga ke
saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama &  kasih saying  yang telah
diberikan oleh semua guru di sekolah ini khususnya guru-guru sesi petang. Segala kenangan
dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa
sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur
dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir
yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan
mentadbir segala urusan di sekolah kebangsaan Kulai 1. Tidak juga dilupakan kepada Pn
Maznah & Pn Rafidah yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan di sekolah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon
maaf kepada seluruh warga SK Kulai 1 khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama
mencurah bakti untuk anak bangsa yang kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan
minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan guru-
guru di SK Kulai 1.
Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas saya tujukan untuk semua warga SK Kulai 1 ikhlas
dari lubuk hati saya,

Sudah adat bertemu,


Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,

Tentu ada nokhtah perhentiannya


Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya…..

Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini…


Oleh itu janganlah ianya diratapi…
Apa yang lebih penting…
Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi.
Sekian , Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai