Anda di halaman 1dari 17

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN

Yang Berusaha dan dihormati


1. Cikgu Mokhtar Bin Jaya,
Guru Besar SK Abg Moh Sessang

2 Encik Rajali bin Sulong


YDP PIBG

3. Pn Shamsiah bt Sekot
Timbalan YDP PIBG

4. Cikgu Wan Kamarulzaman bin Wan Ali


Penolong Kanan Pentadbiran

5. Cikgu Idris bin Ason


Penolong Kanan Kokurikulum

6. Rakan –rakan guru , AKP dan


para tetamu sekelian

7. Asalamualaikom warah matullahi wabarka tu…….

8. Alhamdulillah hirabbil alamin wasala tuwassalam muala


asyrafil ambia iwalmursalin syayidina muhamadin
walaa alihi washbihi wasalam.

Pada hari ini tanggal 21 Mei 2017 merupakan hari paling


nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya, kerana diraiekan dalam
majlis di RH Hotel,Sibu , merupakan penghargaan yang amat tinggi
yang di beri oleh rakan-rakan semua, sempena persaraan pilihan saya
pada 1 Jun 2017 M/ 6 Ramadhan 1438H.

Pada kesempatan di ruangan ini , saya mengucapkan


terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan guru dan AKP
terutamanya kepada Guru Besar ,Cikgu Mokhtar bin Jaya, kerana
mengadakan majlis khas ini untuk saya. Penghargaan yang amat
tinggi dan amat bermakna untuk saya.
Semoga Allah memberi keberkatan dan kecemerlangan hidup dunia
dan akhirat kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Saya mula berkhidmat di SK Abg Moh pada 17 Mei 1983, iaitu


selama 34 tahun. Sebelum itu ,saya bertugas di SK Emplam ,
dari 5Jan 1981 hingga 17Mei 1983.

Banyak pengelaman suka duka yang dilalui sepanjang


perkhidmatan namun semua itu adalah ranjau hidup yang bernama
insan,lemah. Oleh kerana kita menjalan kerja yang di amanahkan
dengan jujur dan ikhlas, ALLAH beri kekuatan.

Sesebuah organisasi akan cemerlang bila semua kakitangan


bekerjasama ,bantu membantu dalam segala hal..kerana tidak ada
manusia yang sempurna sifatnya , melainkan Allah…..Oleh itu saya
berpesan rakan-rakan untuk terus bekerjasama demi anak bangsa,
agama dan Negara.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada,


Guru Besar,Rakan Penolong kanan, rakan guru dan Rakan AKP
kerana memberi sokongan yang padu kepada saya ketika
menjalankan tugas berhubung Hal Ehwal Murid…kelemahan saya
bab online..terima kasih pada yang telah sudi membantu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Allah telah ciptakan lima jari berbeza saiznya, namun ianya cukup
sempurna…..masing-masing dengan fungsi nya. Begitulah kita saling
melengkapi…masing-masing ada kelebihan dan kelemahan…
hormatilah yang tua dan sayangi yang muda. Bersatu hatilah serta
bertolak ansur dikalangan kita agar kita tidak stress di tempat kerja.

Tahniah kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru


dan AKP semua kerana SK Abg Moh ,Sessang dah mula ceria dengan
usaha tuan-tuan dan puan-puan , banyak aktiviti-aktiviti diperingkat
sekolah dan peryertaan diperingkat zon,dan daerah mencapai
kejayaan .Teruskan usaha tuan-tuan dan puan-puan ,kerana
kemenjadian murid-murid adalah identiti seseorang guru.

Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon


ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang
dilakukan ,terkasar bahasa dan tingkahlaku yang menyinggong
perasaan tuan-tuan dan puan-puan dan halalkan makan minum
juga. Di sini juga saya memberi kemaafan kepada semua.
Semoga hidup kita bertambah berkat dan diredhai ALLAH SWT.

Yang patahkan tumbuh,yang hilang kan berganti,


Begitulah hidup ini, bila saya berundur akan ada penggantinya,
Diharap pengganti saya nanti ,seorang yang lebih baik dan komited
dalam kerja dan akan terus menjulangkan SK Abg Moh Sessang.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya akan rindukan keriohan murid-murid, telatah mereka yang buat
saya suka,terhibur, marah dan geram dsb. Saya juga akan rindukan
rakan-rakan, gurau senda, usik mengusik,bimbing membimbing,
“anok menganok”…makan minum bersama…Saya terpaksa
ucapkan Selamat Tinggal Semuanya….Saya akan menuju
penghidupan baharu dalam dunia seorang pesara kerajaan.

Tuan-tuan dan puan –puan yang saya hormati.

Bermula 1 Jun 2017, untuk waktu hari-hari saki baki seterusnya


terputuslah sudah hubungan Rasmi saya sebagai kakitangan
Perkhidmatan Awam Malaysia terutamanya dalam bidang
Perkhidmatan Pendidikan kerana telah bersara.
Namun begitu Roh , semangat dan jiwa kependidikan masih tebal
menapak dan membawa di dalam diri , jiwa dan sanubari saya.
Masih utuh dan sedia menyumbang bakti kepada SK Abg Moh
asalkan untuk kemajuan pembangunan pendidikan , masyarakat,
agama , bangsa dan Negara.

Sebelum berundur , saya ada hazanah lama untuk dihayati;


Pulau Pandan Jauh Ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik tuan puan dikenang juga.

Pisang Emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang bank boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Berdoalah agar umur panjang
Lepas bersara boleh jumpa lagi.

- Sekian terima kasih.

4
TEKS UCAPAN

SANJUNGAN BUDI KILAUAN


BAKTI

21 MEI 2017M/24 SYAABAN


1438H

DI RH HOTEL,SIBU

KELOLAAN GURU BESAR

DAN

STAF SK ABG MOH SESSANG

TERIMA KASIH
TEKS UCAPAN

SANJUNGAN BUDI JUNJUNGAN


BAKTI

HJH DULI MOKHTAR

26 MEI 2017 H / 29 SYAABAN


1438H

ANJURAN PIBG

SK ABG MOH SESSANG

TERIMA KASIH
SET INDUKSI:

Dulu aku sendiri

Kini masih sendiri

Hadapi hidup ini

Susah senang diriku

Tak bertempat mengadu

Seperti burung

Kepatahan sayapnya

Dihati kecilku menaruh harapan

Selagi hidup belum sudah

Aku akan terus melangkah

Ku yakin rahmat buat ku

Dihadapan menunggu.

Tuan-tuan , Puan-puan dan murid –murid yang disayangi,

Itu bukan persembahan karaoke tetapi set induksi…….

Macam yang guru-guru buat bila nak mula mengajar…

Maaf nyanyian sumbang… sumbang pun kena bayar juga 20 sen…


Masukan dalam tabung surau.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN

Yang Berusaha dan dihormati


1. Cikgu Mokhtar Bin Jaya,
Guru Besar SK Abg Moh Sessang

2 Encik Rajali bin Sulong


YDP PIBG

3. Pn Shamsiah bt Sekot
Timbalan YDP PIBG

4. Cikgu Wan Kamarulzaman bin Wan Ali


Penolong Kanan Pentadbiran

5. Cikgu Idris bin Ason


Penolong Kanan Kokurikulum

6. Rakan –rakan guru , AKP ,Iibu bapa ,


para tetamu dan murid-murid yang saya sayangi….

7. Asalamualaikom warah matullahi wabarka tu…….

8. Alhamdulillah hirabbil alamin wasala tuwassalam muala


asyrafil ambia iwalmursalin syayidina muhamadin
walaa alihi washbihi wasalam.
2

1 Tuan-tuan,Puan-Puan dan murid yang saya sayangi,

Saya nak perkenalkan diri dan perjalanan karier saya.

Lahir 2 Mac 1959 hari Isnin dan sekarang berumur 58 tahun.

Bapa yang saya kasihi ,Mokhtar bin Mat

Emak yang sayangi,Hjh Ibah bt Hj Kopek

Mereka bekerja sebagai petani yang hidup serba susah.

Sebab itulah murid-murid ,cikgu belajar sungguh untuk berjaya.

Masuk Kelas Primary 1 ,pada tahun 1966, dalam aliran B. Inggeris.

Ada 54 orang dalam kelas itu yang berumur 7 ke 10 tahun.

Lulus Ujian Common Intrerent Excamination untuk murid primary 6

Kalau tak lulus tak boleh meneruskan pelajaran keperingkat sekolah menengah.

Saya sambung belajar di SMK Lubok Antu/sekarang SMK Engkelili

Masuk kelas transision 1972 ,kerana tukar aliran Bahasa Malaysia.

Lulus SRP pada tahun 1975 ,meneruskan pelajaran ke

SMK Tun Abg Hj Openg Kuching.

Lulus SPM pada tahun 1977.

Sementara menunggu keputusan SPM pada tahun 1978 ,

saya bekerja sebagai guru semetara/sandaran

Bertugas di tiga buah sekolah di SK Abg Leman Kabong,SRB St Peter Saratok

Dan SK Abg Abd Rahman Saratok.


3

2. Pada tahun 1979-1980 saya masuk Maktab Perguruan Sarawak Di Sibu,

Sekarang dah pindah di Miri.

Setelah ditauliah sebagai guru terlatih, saya di tempatkan bertugas

Di SRK Kpg Emplam ,dari 5 Jan 1981 hingga 17 Mei 1983.

Kemudian saya mohon pindah ke SRK Abg Moh Sessang..

Melapor diri pada 17 Mei 1983 hinggalah nak bersara 1 Jun 2017.

Kepada guru dan AKP terutama yang baru-baru, itu adalah sebahagian

ranjau hidup ,yang kita lalui cuma mungkin berbeza situasi dan keadaan.

3. Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya tidak ada ijazah dalam akedemik,namun saya mempunyai ijazah dalam

Pengelaman. Pengelaman banyak mengajar kita dalam erti hidup ke arah

yang lebih baik.

Banyak pengelaman suka duka,pahit dan manis yang dilalui;

Disini saya nak kongsikan pengelaman sedih pilu duka lara saya bergelar

seorang guru.

1. Zaman mula bertugas di SRK Emplam ,perhubungan ke situ menggunakan

Sungai. Pernah dua kali perahu saya karam,nasib baik dah sampai

Jeti Kpg Sessang dan sekali di jeti Kpg Emplam.Perahu kecil diguna.

2. Tiada bekalan api elekrik atau pun bekalan air bersih. Untuk minum

bergantung dengan air hujan dan air telaga untuk lain-lain keperluan.

4
3. Bangunan sekolah yang usang dan daif serta serba kekurangan dari

segi peralatan mahupun kelengkapan.

4. Rumah saya dipecah masuk,bakalan makanan dicuri,dan di cemari.

Saya pun mohon pindah sekolah.

5. 17 Mei 1983 ,saya berpindah ke SRK Abg Moh Sessang….saya suka

sebab dapat berbakti dikpg sendiri….namun 6 Oktober 1983…

adalah hamba Allah yang tak suka kehadiran saya…satu notis

bertulis tangan diletakkan dipapan kenyataan di tepi jalan…minta

saya dan sepupu pindah ke SK Plasu.

6. Yang teramat pahit bila berlakunya tragedi dahsat 9 Oktober 1996….saya

rasa betul-betul tersungkur Takdir Allah tiada siapa pun boleh

menghalangnnya..Kami bangkit lagi berjuang untuk mencapai

apa yang ada pada hari…Perjuangan yang bukannya mudah .

7. Mesyuarat PIBG 17 Februari 2011, ada usul minta saya rakan guru
tempatan berpindah……disusuli surat bertarikh 26 Febuari 2011,

atas nama penduduk kampung , minta KPM memindahkan kami .

Satu lagi surat diterima tanpa tarikh ,telah dihantar kepada tuan

Pengarah….menyatakan yang guru SK Abg Moh patah semangat…..

8. Itulah cabaran yang membuat saya semakin kuat dan yakin ALLAH akan

bersama orang yang jujur ,benar dan sabar.


5

Dulu saya sedih……Saya maafkan semua itu..Yang sudah tu sudahlah

Sekarang bersatulah semula dan bangkitlah untuk menjulang SK Abg Moh

Keperingkat yang teratas….kita mampu mencapainya jika kita bersatu…

Jangan selalu berburuk sangka pada seseorang…..anak kita rugi hilang

keberkatan ilmu yang dipelajari.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pahit itu ada baiknya…ubat kan pahit tapi dapat menyembuhkan yang

Sakit..macam ya jak saya….

1. Saya dapat APC pertama 1996

2. APC ke 2 2006

3. Dapat Anugerah Perkhidmatan setia 17 Okt.2012.

4. Dapat bekerja bersama-sama bekas murid.

5. Seronoknya bertugas lama di satu sekolah,kita dapat mengajar

anak2 kepada bekas murid…..Cuma ruginya saya tak dapat pengelaman

tempat lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Di sekolah kita sekarang ,semua pasukan guru-gurunya adalah mantap..

Tahniah Guru Besar,Guru PK-PK ,Guru-guru dan AKP Serta murid-murid

Bekerjasamalah….yang berilmu jangan lokek ajar yang

kurang ilmu…ilmu kalau diberi dengan orang nya semakin banyak.

Hormatilah ketua dan rakan-rakan….


6

Bila PIBG mengadakan program gotong royong ,sokonglah mereka…biar

pun sekejap…. sukahati sidak ya. …kerana kita ini saling melengkapi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tahniah juga untuk ibu bapa….Kelas anak-anak kitak dah ceria , mereka

bersemangat berlajar….cikgu pun bersemangat mengajar…

Sayangilah anak-anak….ibu bapa adalah guru sebenar kpd anak-anak.

Bantu mereka dengan menyediakan keperluan ..sekarang mudah sikit

ada bantuan KWAPM dan Bantuan Awal Persekolahan…tengok

perkembangan pelajaran mereka. Kalau cikgu beri kerja rumah,

pastikan anak buat”…intunya molah”.

Kalau ada masaalah anak-anak di sekolah, siasat dulu.Jumpa Guru Besar

atau pihak sekolah.Jangan main viral sebarangan.. mun sik betol kita juak

malu…

Saya tahu ibu bapa sekarang berpelajaran tinggi, jadi boleh buat program

melalui aktiviti PIBG. ….Jangan asyik nak suruh guru-guru buat begini

buat begitu…..kesian juak dgn cikgu….dah banyak kerja /program

di sekolah dan program jabatan….peninglah kepala mereka….

Bersikap ikhlaslah dengan cikgu… tambah semangat sidak nya bekerja.

Murid-murid pun dapat keberkatan ilmu daripada seseorang guru.


7

Murid-murid yang saya sayangi….. berlajarlah rajin-rajin..hargailah masa

dan banyaklah membaca. Penting dengar cakap dan nasihat ibu bapa

dan guru. Saya minta maaf , atas segala kesilapan saya….semua guru

sayang murid-muridnya….Bagi guru ,kejayaan murid adalah penanda aras

kejayaan guru.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kesempatan ini saya sekali lagi nak mengucapkan berbanyak terima

kasih kepada Guru Besar,Guru –guru penolong kanan,guru-guru,

penyelia Asrama,semua PPM , rakan AKP dan guru KAFA atas

bantuan dan kerjasama yang padu ketika saya menjalankan tugas..

Terima kasih juga kepada YDP dan Exco PIBG

Terima kasih daun keladi,lain kali bantu lagi…..

YDP ,Exco PIBG ,guru-guru dan pihak yang terlibat dengan Majlis

Sanjungan Budi Junjungan Bakti Hjh Duli bt Mokhtar….Yaarabbi

bukan-bukan kerja kitak orang tuk…rasa macam menteri pun ada

rasa pengantin pun ada diarak dan disambut dalam majlis ini… terlalu

tinggi penghargaan tuan-tuan dan puan-puan….Ahad lepas geng dak

cikgu buat majlis di RH Hotel,Sibu….Syukur Alhamdulilah…Terima kasih

Semoga Allah balas budi baik tuan-tuan dan puan-puan semua.

8
Ini ada amanah khas untuk anakanda saya ,Cikgu Razali Hj Sulong,YDP PIBG,

dan anak watan kpg ini ,perjuangan saya belum selesai ….Tolong teruskan

perjuangan ini….jangan biarkan jenerasi kita merepat ditanah merdeka.

Sebelum berundur saya mohon ampun dan maaf diatas kesalahan dan kesilapan

saya sepanjang bertugas,mungkin tanpa saya sedari telah menyinggung perasaan,

mengecil hati mahu pun kerana tingkah laku atau kata-kata yang menyinggung

perasaan.Halalkan makan minum saya.

kepada murid-murid,saya akan rindukan kerenah awak semua,rindukan suara

kecil member salam,rindukan senyuman ikhlas….dan berbagai…

Saya akan rindukan suasana kerja bersama rakan..

Atas pilihan sendiri,saya terpaksa berundur untuk melangkah

ke era baharu menjalani kehidupan yang belum dirancang lagi.

Namun semangat dan jiwa saya dalam bidang pendidikan tetap unggul

dalam jiwa dan sanubari….saya masih bersedia untuk menyumbangkan bakti


untuk anak bangsa khasnya di kampung ini……selamat tinggal rakan-rakan

selamat murid-muridku…..jadilah anak kebanggaan ibubapa.

JANGAN LUPA KENANGLAH SAYA DALAM DOA ANDA.

SEKIAN…..TERIMA KASIH.
9

Anda mungkin juga menyukai