Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN SABARIAH BINTI CHIK

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Ustazah Saliza Binti Zainol, Penolong
Kanan Pentadbiran Encik Ahmad Ismail Bin Abdul Rahim, YDP PIBG, Encik Muhamad Bin
Hashim Penolong Kanan HEM Encik Johari Bin Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Dan Ketua Bidang, Guru-Guru, Rakan-Rakan AKP dan Para Tetamu Sekalian..

Asalamualaikom warah matullahi wabarka tuh…….

Alhamdulillah hirabbil alamin wasala tuwassalam muala asyrafil ambia iwalmursalin


syayidina muhamadin walaa alihi washbihi wasalam.

Pada hari ini tanggal 27 Jun 2023 merupakan hari paling nostalgik dalam lipatan
sejarah hidup saya, kerana diraikan dalam Majlis Persaraan yang julung-julung kali
diadakan. Ia merupakan penghargaan yang amat tinggi yang diberi oleh rakan-rakan
semua, sempena persaraan wajib saya pada 02 Julai 2023 M/ 13 Zulhijjah 1444H.

Pada kesempatan di ruangan ini , saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan guru dan AKP terutamanya kepada Kelab Kesakti, kerana mengadakan
majlis khas ini untuk saya.Penghargaan yang amat tinggi dan amat bermakna untuk
saya. Semoga Allah memberi keberkatan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Saya mula berkhidmat di SMK Bakti pada 08 Julai 2019,iaitu lebih kurang 3 Tahun.
Sebelum itu ,saya bertugas di dua buah sekolah iaitu SMK Datuk Dan SK Bagan Jermal.

Banyak pengalaman suka duka yang dilalui sepanjang perkhidmatan namun semua itu
adalah ranjau hidup yang bernama insan...lemah. Oleh kerana kita menjalan kerja
yang di amanahkan dengan jujur dan ikhlas, ALLAH beri kekuatan.

Sesebuah organisasi akan cemerlang bila semua kakitangan bekerjasama ,bantu


membantu dalam segala hal..kerana tidak ada manusia yang sempurna sifatnya ,
melainkan Allah…..Oleh itu saya berpesan rakan-rakan untuk terus bekerjasama demi
anak bangsa, agama dan Negara.

Allah telah ciptakan lima jari berbeza saiznya, namun ianya cukup sempurna masing-
masing dengan fungsinya. Begitulah kita saling melengkapi… masing-masing ada
kelebihan dan kelemahan…hormatilah yang tua dan sayangi yang muda. Bersatu
hatilah serta bertolak ansur dikalangan kita agar kita tidak stress di tempat kerja.

Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon


ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan ,terkasar
bahasa dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan tuan-tuan dan puan-puan dan
halalkan makan minum juga. Di sini juga saya memberi kemaafan kepada semua.
Semoga hidup kita bertambah berkat dan diredhai ALLAH SWT.
Yang patahkan tumbuh,yang hilang kan berganti, Begitulah hidup ini, bila saya
berundur akan ada penggantinya,Diharap pengganti saya nanti ,seorang yang lebih
baikdan komited dalam kerja dan akan terus menjulangkan SMK Bakti.

Sebelum mengundurkan diri terimalah pantun dari saya :

Pulau Pandan Jauh Ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah, Budi baik tuan puan dikenang juga.

Pisang Emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang bank boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Berdoalah agar umur panjang Lepas bersara boleh jumpa lagi.

- Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai