Anda di halaman 1dari 5

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, saya akan bersara wajib daripada Perkhidmatan Kerajaan mulai
esok, [Tarikh], setelah berkhidmat di Jabatan Pertanian selama XX tahun XX bulan dari [Tarikh]
ke hari ini.

Sehubungan itu, saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan serta ucapan berbanyak terima kasih kepada semua warga kerja dari pelbagai
peringkat di atas segala kerjasama erat, sokongan padu, bantuan dan sokongan yang telah
diberikan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai [Nama Jawatan] selama XX
tahun XX bulan. Jazakullaukhair.

Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf diatas segala
kesilapan, kelemahan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata yang telah menyinggung perasaan
dan hati sesiapa sahaja samada secara sedar atau tidak sedar di sepanjang perkhidmatan saya.

Baca: Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Saya doakan agar usaha YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk meningkatkan sistem


penyampaian [Nama Agensi] dipermudahkan Allah swt. Doa saya juga semoga ALLAH swt
dengan Rahmatnya melindungi kita serta mencurahkan taufiq dan hidayah serta dikurniakan
kesihatan terbaik. Ameen.

Adalah menjadi harapan agar hubungan sillaturrahiim akan tetap berterusan dan terjalin erat.
Semoga segala sokongan, bantuan dan kerjasama yang terjalin akan dapat diteruskan kepada
kepimpinan baru nanti.

Selamat maju jaya dalam apa jua lapangan. Semoga [Nama Agensi] terus relevan dan cemerlang
seterusnya menyumbang pembangunan ekonomi negara.

Baca: Contoh Ucapan Perpisahan Menusuk Jiwa

Sekian, Wabillahitaufiq wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas daripada

[Nama]
Posted onAugust 16, 2019CategoriesUcapan Perpisahan PersaraanTagsUcapan PersaraanLeave a
commenton Deraf / Contoh Ucapan Persaraan Ringkas
Contoh Ucapan Perpisahan Menusuk Jiwa

Mengucapkan selamat tinggal atau salam perpisahan itu tidak bererti apa-apa. Meski jarak ada di
antara kita, kita tidak pernah merasa jauh. Sebab persahabatan tidak diukur dengan jarak,
melainkan hati.

Baca: Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Tidak ada perpisahan di antara kita. Di mana pun kamu berada, kamu akan selalu ada di hati aku.

Kita akan bertemu lagi. Tidak tahu di mana dan bila waktunya. Tapi aku tahu kita akan berjumpa
lagi di suatu hari dan saat yang penuh gemilang

Kenangan bahagia yang kita bagikan di tempat kerja tidak akan pernah hilang. Selamat tinggal!

Baca: Koleksi & Contoh Ucapan Tahniah Konvokesyen

Sahabat baik tidak pernah mengatakan selamat tinggal atau perpisahan. Mereka hanya
mengucapkan sampai jumpa lagi.
Dari lubuk hati yang paling dalam, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menjadi
sahabat dan teman kerja yang baik. Semoga perjalananmu mewujudkan mimpi baru akan
tercapai.

Buatlah ceritamu sendiri. Bermimpilah seakan kamu hidup abadi dan hiduplah seolah kamu akan
mati hari ini.

Kamu adalah sahabat terbaik yang pernah aku miliki.


Posted onAugust 16, 2019CategoriesUcapan Perpisahan PersaraanTagsUcapan PerpisahanLeave
a commenton Contoh Ucapan Perpisahan Menusuk Jiwa
Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Yang Berusaha En Zainuddin bin Basiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Medan 2

Yang Dihormati Hajah Robayah binti Sidek Guru Penolong Kanan Satu

Tengku Munirah binti Ahmad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Ngadimin bin Misran Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Serta semua guru SK Seri Medan 2 yang dihormati sekalian.


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berkumpul pada hari ini di Majlis Perpisahan Saya yang akan mula bertugas di Sekolah
Kebangsaan Seri Sejati bermula pada minggu hadapan.

Para Hadirin Sekalian,

Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 1988 saya telah menempuh pelbagai
cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.

Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang patah
sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan,
suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang
disenangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu
atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah
alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan
agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang
yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang
dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Baca: Bersemut – Ucapan Hari Lahir Untuk Kekasih

Para Hadirin Sekalian,

Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 7 empat iaitu bermula dari tahun 2012 sehingga ke
saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying yang telah diberikan
oleh semua guru di sekolah.

Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas
akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan
sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang
sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala
urusan di Sekolah Kebangsaan Seri Medan 2 ini. Tidak juga dilupakan kepada Pn Norie & En.
Hassan Basit yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan di sekolah.
Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang
saya bersama dengan guru-guru disini.

Baca: Contoh Doa dan Ucapan Hari Jadi

Dian tiga lilin pun tiga


Obor tergantung rumah laksamana
Dioam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Batang selasih permainan budak


Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai