Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum Salam Sejahtera

Warahmatullahi

Wabarakatuh

dan

Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam seminar yang cukup bermakna pada hari ini di Dewan Majlis Perbandaran Tanjung. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urusetia seminar kerana sudi menjemput saya ke majlis perasmian penutup pada petang ini. Saya juga berasa sungguh gembira kerana berpeluang untuk bersua muka dan berjumpa dengan tuan-tuan dan puan-puan bakal pesara Tahun 2013 dan 2014. Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penaja di atas tajaan seminar pada hari ini dan juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Hadirian Sekelian, Sebelum ini sesi yang sama seperti ini telah dijalankan untuk bakal-bakal pesara bagi Zon Tengah. Sehubungan itu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf Jabatan Pelajaran yang telah dapat merancang dan mengatur seminar untuk tuan-tuan dan puan-puan selama satu hari. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Seminar hari ini yang telah dapat mengelolakan seminar hari ini dengan jayanya. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan

yang telah dijemput dan dapat menghadirkan diri dalam seminar ini.

Sesungguhnya pengetahuan dalam urusan persaraan dan persediaan menghadapi alam persaraan amatlah berfaedah kepada semua bakal pesara.Walau apapun perkara yang kita ingin buat, satu proses yang tidak boleh kita abaikan ialah perancangan. Semua perkara bermula dengan perancangan dan tanpa perancangan kemungkinan kesudahan yang kita harapkan dalam sesuatu perkara tidak akan tercapai atau kurang berjaya. Kita mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesukaran dan sekiranya tiada penyelesaian diperolehi kemungkinan kehidupan harian, juga kesihatan dan kedamaian semasa alam persaraan kita akan terjejas. Paling malang apabila tempias itu terkena kepada waris-waris kita.

Hadirian yang saya hormati, Alam persaraan pasti dihadapi oleh semua penjawat awam. Bagi menentukan perjalanan dan proses ke arah persaraan itu difahami, setiap penjawat awam perlu didedahkan tentang maklumat yang berkaitan dengan persaraan, pemberian faedah persaraan, kemudahan persaraan dan lain-lain perkara seperti yang terkandung dalam Akta Pencen 1981 (Akta227). Dalam seminar ini perkara-perkara seperti berikut mungkin juga telah disentuh kesedaran iaitu persediaan dan penyesuaian berhemah, gaya hidup, pengurusan kewangan penjagaan

kesihatan diri dan pemakanan untuk kesihatan dan juga perancangan dan peluang kerjaya selepas persaraan Sehubungan dengan itu, taklimat atau kursus khas termasuk seminar seperti ini perlu diberikan kepada bakal-bakal pesara agar mereka dapat bersedia lebih awal dari aspek fizikal, mental, rohani dan emosi. Kunci kejayaan perancangan persaraan kita ialah ilimu pengetahuan dan pendedahan yang kita perolehi seperti dalam seminar ini. Diharapkan seminar ini sedikit sebanyak dapat membantu tuan-tuan dan puan puan dalam membuat persediaan awal untuk persaraan.

Tuan-tuan dan Puan-Puan, Saya berharap selepas seminar pra persaraan ini , tuan-tuan dan puan-puan akan berupaya membuat perancangan yang baik tentang persaraan tuan-tuan dan puan-puan. Di samping itu diharapkan juga segala proses dokumen persaraan yang disediakan oleh pihak sekolah dan jabatan masing-masing telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Tuan-tuan dan Puan-Puan, Berdasarkan kepada beberapa kes yang telah berlaku, didapati ada pesara-pesara dikatakan menghadapi masalah dalam mengharungi dunia persaraan akibat tiada perancangan sebelum persaraan mereka seperti leka mengamalkan gaya hidup mewah, silap mengurus kewangan, menanggung beban hutang rumah atau pendidikan anak, tidak mempunyai tempat

tinggal dan yang paling malang menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah orang tua atau ditinggalkan keseorangan. Mungkin pula ada dalam kalangan bakal-bakal pesara di dewan ini yang telah membuat ketetapan atau perancangan untuk terus berehat selepas persaraan dan menghabiskan masa-masa dengan beribadat dan mendalami ilmu agama, mungkin ada yang akan terus bekerja secara kontrak atau menjadi ahli jawatankuasa pelbagai badan atau mungkin juga ada yang akan mencebur diri dalam dunia keusahawanan. Semua ini adalah bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang ada pada setiap individu pesara itu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Alam persaraan sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan penuh juga dengan pelbagai kejutan sama ada dari segi gaya hidup, kesihatan, kecenderungan politik dan alam perkahwinan Pelbagai senario suka duka dunia persaraan ini bakal dilalui oleh tuan-tuan dan puan-puan seperti yang telah dilalui dan dialami oleh rakan-rakan pesara yang telah lebih awal bersara. Apapun saya mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk tuan-tuan dan puan-puan semoga kehidupan tuan dan puan selepas persaraan dirahmati Allah. Kami yang masih berkhidmat ini akan juga melalui proses yang sama seperti tuan-tuan dan puan-puan pada masa akan datang.

Hadirin sekelian, Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. Tidak lupa juga saya ucapan terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat serta Ahli Jawatankuasa Seminar, Dif-Dif Jemputan dan tidak lupa kepada semua bakal pesara yang telah hadir ke seminar ini. Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya

dengan rasminya menutup Seminar Pra Persaraan Pegawai dan Kakitangtan Perkhdimatan Pelajaran Negeri Siri 2 Tahun 2011 Bagi Zon Selatan. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t

Anda mungkin juga menyukai