Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA CERAMAH RAMADHAN

Assalamualaikum wbrkth.

1.Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dansalam sejahtera.Segala


puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
serta para sahabat.Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita membacakan ummul kitab Al-
Fatihah.

2.Protokol

Yang dihormati Pn.Zubaidah bt Puteh Shaari (Penolong Kanan Pendidikan khas), Ustaz Roslen bin
Isa ,Barisan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

3.Kata alu-aluan

Salam ramadhan kami hulurkan,


Dengan izinnya kita ditemukan,
Rasa syukur kami lafazkan,
Kesudian hadirin menerima jemputan.

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu majlis ilmu sempena bulan ramadhan yang penuh
barakah ini yang akan disampaikan oleh Ustaz Roslen bin Isa.

Baiklah, Tanpa membuang masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Roslen
untuk menyampaikan tazkirah Ramadan dipersilakan.

Tamat Ceramah

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas perkongsian yang begitu bermakna dan sarat dengan
informatif yang telah disampaikan sebentar tadi. Semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran buat
diri kita dan Semoga kita termasuk orang yang Berjaya dalam menjalankan ibadah Ramadhan.
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Pn.Zubaidah bt Puteh Shaari untuk
menyampaikan cenderamata kepada ustaz. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

4.Penutup

Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis ilmu kita pada hari ini. Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pelajar-pelajar sekalian, kita akan meneruskan majlis seterusnya dengan penyampaian sumbangan
duit raya dan pulut kuning sempena majlis khatam al-quran.

Anda mungkin juga menyukai