Anda di halaman 1dari 4

Konsep membaca AL-QURAN (individu)

Al-Quran merupakan perlembagaan hidup manusia yang mengandungi panduan dalam menjalani semua
aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi atau sosial. Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad
S.A.W untuk disampaikan kepada manusia dan menyeru mereka ke jalan kebenaran

Penurunan al-Quran kepada manusia sejagat merupakan satu rahmat yang paling besar bagi manusia
kerana al-Quran adalah panduan hidup mereka. Ia mengandungi pelbagai pedoman untuk kehidupan
mereka. Mereka dituntut untuk membaca, mengkaji dan memahami isi kandungannya supaya mereka
boleh menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Konsep solat Jemaah (keluarga)


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selaindaripada solat fardhu
Jumaat ialah 2 orang.Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan
jemaahmaka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1.Fardhu ain pada solat Jumaat;

2.Fardhu kirafah pada solat fardhu lima waktu

3.Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua
hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat mintahujan, solat terawih dan solat witir pada bulan
Ramadhan.

HUKUM SOLAT BERJAMAAH

 Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:

1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki.

2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) – Ulama’ Hanbali.

3. Fardu kifayah – Pendapat mazhab Syafi’i.

Penjelasan ringkasnya:

1. Para ulama’ yang mengatakannya sebagai sunat mengemukakan dalil dari beberapa hadis, antaranya
ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Solat berjamaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat”. [HR Bukhari
No. 645, Muslim No. 650 dari Ibnu Umar ra].

Kata mereka: Hadis ini menjelaskan amalan solat berjamah adalah afdhal (lebih) baik dari solat
sendirian, maka afdhal adalah kelebihan bukan wajib.
2. Para ulama’ yang mengatakan bahawa solat berjamaah itu fardu ain/wajib menggunakan dalil:

i. Sabda Rasulullah saw: “Seberat-berat solat ke atas para munafiqin ialah solat isya’ dan solat subuh.
Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat berkenaan, tentulah mereka
akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku
memerintahkan orang mendirikan solat berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan
beberapa orang yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-
rumah mereka”. [HR Bukhari No. 644. & Muslim No. 651 dari Abu Hurairah]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah wajib ke atas setiap orang (fardhu ain) lelaki yang mampu.
Sekiranya solat jamaah adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk
membakarnya.

ii. Ibnu Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari
masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di
rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw
bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Rasulullah saw tidak memberi kelonggaran kepada orang buta meninggalkannya, maka orang yang celik
tentulah lebih lagi.

3. Fardu kifayah. Jika di dalam suatu kampung atau negeri penduduknya enggan mengerjakan solat
berjamaah, pemerintah hendaklah memerangi mereka.

Dalil mazhab ini:

Sabda Rasulullah saw: “Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau penempatan
yang tidak didirikan solat jamaah melainkan mereka akan dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu
berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian”. (HR Abu Daud No. 547.
“Hasan”]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah adalah fardhu kifayah ke atas umat ini. [Lihat: Fiqh Al-Ibadat,
Sheikh Hasan Ayyub: 238-247]

http://www.abuanasmadani.com/solat-jamaah/

Takrif solat (umum)

Solat berasal dari bahasa Arab As-Sholah.


Solat (‫ )صالة‬merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.

Bahasa (etimologi) ialah Doa


Solat dari segi syara’ bererti: Perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan berakhir
dengan salam.
Solat merupakan rukun perbuatan yang paling penting di antara rukun Islam yang lain kerana ia
mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlak manusia.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang
masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutanfardhu kifayah yang diwajibkan
bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim,mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak
mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempatyang dikira
menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosaatas orang-orang kampung
atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapisekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua
penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan olehImam al-Bukhari
dan Muslim, bahawa,Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang
meninggalkansolat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:Ada seorang lelaki buta telah datang
mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke
masjid. Oleh itu dia mengharapkanBaginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di
rumahnya. Pada mulanyaBaginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik
kebenarantadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solatyang
dikumandangkan di masjid

Konsep berbuat baik kepada jiran (masyarakat)


Dari sudut bahasa jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat
(kawasan kejiranan) samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah flat
atau kondominium

Sementara menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan
rumah sendiri; atau tetangga. Berjiran bermaksud tinggal berhampiran dengan; atau bertetangga

Dari sudut pandangan islam, konsep jiran adalah sedikit berbeza. Menurut ajaran islam, jiran bermaksud
ahli-ahli keluarga dari 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.

Manakala menurut Ali Ibn Talhah, jiran membawa maksud hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.
Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga
tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Sabda Baginda SAW bermaksud:


“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan
sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa
yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia
diam.” (Hadis riwayat Muslim)

RUJUKAN

http://studentsrepo.um.edu.my/5149/1/bab_1.doc_.pdf

http://studentsrepo.um.edu.my/5216/3/BAB_2-HAFAZAN_AL-QURAN-28_April_2010-SubmiteD.pdf

https://www.scribd.com/doc/19064100/Pengertian-solat-jemaah

http://www.abuanasmadani.com/solat-jamaah/

https://pingitanhiasanduniawi.blogspot.com/2010/07/berbuat-baik-sesama-jiran-tetangga.html
https://bidadari.my/jiran/

https://today.salamweb.com/ms/meleraikan-dua-pihak-yang-bertelagah/

Anda mungkin juga menyukai