Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH KISAH NABI DAUD A.

S DAN KEMAJUAN
SAINS DAN TEKNOLOGI DI ZAMAN NABI DAUD A.S
BESERTA DALIL AL QURAN DAN AL SUNNAH.

Abdul Rahman (f1036)


AAMIR ASHROFF (F1032)
Muhammad Imran(F1096)
Najmi irman (F1008)
ALIFF AIMAN (F1100)
PENGENALAN
Kisah Nabi Daud a.s.Daud / Dawud
>Adalah nabi dan rasul Allah yang disebutkan dalam Al-Qur’an. Oleh Allah, dia diberikan
kitab Zabur dan dia merupakan Raja Israel setelah Thalut. Dia diangkat menjadi nabi pada
tahun 1010 SM.
>Nabi Daud a.s. berasal dari Bani Israil, keturunan Yahudza bin Nabi Yaakub a.s. Nama
baginda telah disebut sebanyak 16 kali dalam al-Quran. Baginda adalah nabi dan raja yang
mempunyai kerajaan yang diperturunkan kepada puteranya Sulaiman a.s. Mereka
dikurniakan kenabian dan kurniaan kebaikan dunia dan akhirat.
>Nama sebenar baginda ialah Daud bin Yisya bin ‘Uwaid. Baginda adalah generasi yang ke
13 keturunan Nabi Ibrahim. Daud a.s dan keluarganya menetap di Bettlehem (Baitul
Laham) yang kemudiannya menjadi tempat lahir Nabi Isa a.s. Baginda juga adalah
seorang rasul yang dikurniakan dengan kitab samawi iaitu Zabur.
NABI DAUD BERSAMA-SAMA THALUT

• Thalut dilantik menjadi raja kepada Bani Israel kerana mempunyai tubuh yang perkasa dan ilmu
yang luas. Namun begitu, penduduk Bani Israel merasakan bahawa beliau tidak layak untuk
memegang kuasa tersebut.
• Nabi Daud telah diundang ke istana dan tinggal bersama Thalut kerana raja tersebut begitu
tertarik dengan bakat seni yang ada pada baginda. Baginda akan selalu bersama Thalut di istana
dan berulang alik menemui bapa baginda untuk menolongnya mengembala kambing..
NABI DAUD A.S. MENENTANG JALUT

• Pada suatu ketika, terjadi satu peperangan antara rakyat Israel dan Palestin. Tentera Palestin
telah dipimpin oleh Jalut, pahlawan yang gagah perkasa tetapi sangat kejam. Maka Thalut pun
memilih pasukan yang kuat di kalangan tenteranya untuk menentang Jalut (Goliath). Nabi Daud
a.s. telah turut serta dalam peperangan tersebut walaupun baru berusia 9 tahun
• Semasa perang berlaku, Jalut telah meminta untuk diadakan pertarungan satu lawan satu. Dia
dengan angkuhnya mara ke hadapan dan mencabar musuhnya di pihak Nabi Daud. Lalu Nabi
Daud a.s. menyambut cabaran tersebut namun diejek kembali oleh Jalut yang merasakan Nabi
Daud a.s. tidak setanding dengannya kerana masih kanak-kanak dan bertubuh kecil.
• Dengan izin Allah Nabi Daud a.s. telah berjaya mengalahkan Jalut walaupun bertubuh kecil
berbanding Jalut. Tentera Palestin akhirnya kalah dalam pertempuran dan lari bertempiaran.
PENURUNAN KITAB ZABUR

• Allah telah menurunkan kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s. Kitab ini mengandungi ajaran untuk
memimpin kaum Bani Israel. Allah telah berfirman yang bermaksud:“…Dan kami berikan Zabur
kepada Daud” (An-Nisaa’, 4: 163)
• Rakyat akan terpegun apabila mendengar Nabi Daud a.s. membaca ayat-ayat daripada Zabur dengan
suara yang amat merdu. Semua akan mengelilinginya termasuk binatang-bintang di muka bumi ini.
• Selain itu, Allah juga telah mengurniakan keistimewaan untuk menundukkan gunung ganang supaya
bertasbih bersama-samanya dengan bahasa yang tidak difahami oleh manusia biasa. Pengetahuan
dan kelebihan itu juga dapat dipraktikkan terhadap burung-burung untuk turut serta bersamanya.
NABI DAUD A.S. SEBAGAI TUKANG BESI
• Nabi Daud a.s. adalah seorang tukang besi yang mahir. Baginda berupaya melembutkan besi yang
keras dan menghasilkan pelbagai bentuk barangan daripadanya. Baginda melakukannya tanpa
memakai api atau sebarang alat. Besi yang dilembutkan ada yang dijadikan baju besi yang sangat
elok buatannya. Allah berfirman yang bermaksud:“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat
baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu
bersyukur (kepada Allah).” (Al-Anbiya, 21: 80)
• Nabi Daud a.s. adalah seorang pemimpin yang begitu adil dan menggunakan masa sehariannya
dengan sempurna. Baginda memperuntukkan hari-hari khusus untuk beribadat, bertugas sebagai
hakim, memberi pengajaran kepada kaumnya dan untuk kepentingan peribadi.
KEMATIAN NABI DAUD A.S.
• Menurut para ahli sejarah, Daud a.s memerintah selama sekitar 40 tahun (1010 SM –
970 SM).
• Nabi Daud a.s. meninggal dunia pada usia 70 tahun dan dikebumikan di Jerusalem
(Baitul Muqaddis).
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai