Anda di halaman 1dari 27

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO1]
Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan
dari Perspektif Islam

TOPIK 1.0 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


DALAM ISLAM
1.0

Pendahuluan
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam

Islam. Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu
dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabii dan perjalanannya melalui
pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum,
sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip
bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan
dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam
adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan
Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam
pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip
logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen
manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara
tepat dan konkrit.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


1.1

Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut Islam

1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek


bahasa dan keilmuan Islam. [ILO]
Definisi Sains dari Aspek Bahasa dan Istilah

1. Daripada perkataan Inggeris iaitu science. Juga berasal daripada perkataan


scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, Systematized knowledge in any
field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense
experience.
3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara
sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara
objektif.
4. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan
(iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir
daripadanya.
5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau
alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah
yang dapat diukur (kuantitatif).
6. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau
alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah
yang dapat diukur (kuantitatif).
7. Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,
intuisi, emosi dan perkara-perkara agama. Sains terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu :7.1 Sains Tulen atau Sains Tabii
7.2 Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
7.3 Sains Sosial (Tabiat Manusia)

Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam


Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM


1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan
tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu
perkara yang terbatas.
2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk
kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan
yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk
mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu
sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.
5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan
ilmu wahyu.
6. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.
7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

Sains
Propaedeutik

Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis,


ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biograf
dan sejarah.

Sains Syariah

Sains ini adalah satu bidang yang yang sama


dengan ilmu agama pada hari ini.
Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith,
syariah, tafsir, dan lain-lain.

i.

Merangkumi 4 bahagian utama.


Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik,
sains tabiie dan matematik tabiie.

Sains
Falsafah

Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :


TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
8. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technologa), dari perkataan
Yunani (tchn), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan. (Hairudin Harun, 2007 :
2)

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


9. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai
matlamat atau tujuan yang praktikal.
10. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu techne
dan logos.
Techne adalah seni (art), kerja tangan atau keterampilan. Tekno bermaksud
kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata
sistematis.
Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan
teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui
rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang
meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk
menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti
pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk
menyelesaikan masalah.
Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang
dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.
Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang
bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.
Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang
membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke
atas alam tabii.
Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :a. Teknologi sebagai teknik-teknik
Teknologi selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan
manusia atau segala rekaannya.
b. Teknologi sebagai satu teknologi
c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.
d. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.
ii. Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam :
TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal
sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana
mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan
kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabii dengan baik.
(Wan Ramli Wan Daud, 1991)
Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


11. Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah

sinaah yang bermaksud ilmu gunaan.


12. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
13. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat
iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsipprinsip dasar Islam.
Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara
menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia
mengabdikan diri kepada Allah swt.
Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :
Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

iii.

Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa :


KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
14. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang
berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan
kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
15. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang
paling efisyen.

iv.Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam :


KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
16. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk
menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.
17. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas
khalifah secara lebih berkesan.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM


Ciri-ciri

Ciri Keagamaan

Huraian
1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.
Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan
akal.
Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah sebagai
satu sumber untuk menrangkan tentang alam tabii dan
sifat-sifatnya.
Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran
dan Hadith)
2. Sains bersifat Rabbani

Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses


alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)

Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.

Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk


mencari pembuktian kebenaran Allah SWT.
3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada
Allah SWT.
Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.
Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan
Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.
Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah
satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.
4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.
Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.
Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka
yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan
larangan serta menyeru kebaikan.

Ciri Saintifik

Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang


diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi
lagi.
Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk
klinikal.
Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumbersumber tamadun yang terdahulu.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai bangsa,
agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan
sebagainya.

Ciri Universal

Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana


bukan sahaja dihasilkan oleh Muslimtetapi juga nonMuslim.

Ciri Sepadu

Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.


Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang
bersepadu.
Kajian yang bersifat menyeluruh.
Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik.
Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah
swt kerana keimanan kepada Allah swt dijadikan
sebagai asas kajian.

Ciri Harmoni

Tidak terdapat percanggahan antara sains dan


agama.
Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat
yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah swt.

1.1.2 Menyatakan Peranan Sains Teknologi dan


Kejuruteraan
Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.

Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.


Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir,
menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu
Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu
dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.
Firman Allah swt dalam Surah Ali imran yang bermaksud:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam
dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(Surah Ali Imran : 190)

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains
hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan
kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT,
sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh
daripada Allah SWT.
Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia
tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia,
Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan
kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

2.

Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.


Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifatsifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran
Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :
Maksudnya :
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan
apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi
sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan
pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh
terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan
(Surah Al-Baqarah : 164)

3.

Membantu Pelaksanaan Syariat


Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam
pelaksanaan syariat Islam.
Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam
membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.
Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada
hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia
serta hubungan manusia dengan alam.

4.

Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu


perkara.

Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat
memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu
perubahan cuaca.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

5.

Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.

Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan
mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

6.

Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan


seharian yang diperlukan.

Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan,
perubatan, pengangkutan dan lain-lain.

Menjadikan kehidupan manusia selesa.

Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

1.1.3 Menyatakan Impak/Kesan Sains Teknologi


dan Kejuruteraan

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu
sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari
ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup
seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah swt
Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting
kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam
kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.
A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
Bidang
Bidang Sosial

Bidang Ekonomi

Bidang Politik

Bidang Pendidikan

Bidang Sains, Teknologi


dan Kejuruteraan

Huraian
Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan
bangsa lain yang lebih maju.
Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain
dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.
Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung
kepada kuasa asing.
Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan diterajui
oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasi
oleh bangsa asing.
Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa
dan agama lain.
Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari
memimpin negaranya sendiri
Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan
akan terpisah dari nilai-nilai agama yang sebenar.
Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak
wujud lagi.
Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah
secara dualisme.
Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi
barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada umat
Islam sendiri. Contohnya hari ini umat Islam sendiri
bergantungkepada dunia teknologi barat seperti penggunaan
internet, telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi terkini.
Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi
barat sendiri.
Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta
sesuatu teknologi baru yang boleh digunakan oleh sejagat.

B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP


UMAT ISLAM.
Bidang / Aspek

Kebaikan

Keburukan

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Pertahanan

Mampu melindungi negara dari


serangan musuh-musuh.
Contohnya dengan penciptaan
senjata dan kelengkapan perang.

Teknologi maklumat

Membolehkan semua lapisan


masyarakat mendapat maklumat
dengan begitu mudah.
Jalan dakwah terbuka luas
(alternatif medan dakwah)
Maklumat dapat dicapai dengan
pantas dan dapat berhubung
antara satu sama lain tanpa
sempadan.

Bio-teknologi

Mampu menghasilkan makanan


ubah suaian genetik (Genetically
Modified Food) yang mempunyai
cirri-ciri terbaik seperti tahan
lama, sedap dan bermutu.
Teknik dan teknologi pertanian
mengalami transformasi.
Membantu meningkatkan
produktiviti.
Membantu dalam penghasilan
baka, benih, dan racun dalam
sektor pertanian.

Pengklonan

Perubatan (Stem
Cell)

Teknologi laser

Memberi pengetahuan baru


kepada manusia.

Banyak kelebihannya dalam


membantu mengatasi pelbagai
penyakit.

Menggantikan peranan kabel


dengan fiber optik untuk bidang
komunikasi dan perindustrian.
Maklumat yang dihantar adalah
lebih cepat dan tepat serta
meminimumkan kehilangan data.

Membawa kepada kemusnahan


dunia termasuklah alam sekitar,
dan juga nyawa yang terkorban.
Menyebabkan rusuhan berlaku
Menyebabkan tamakkan kuasa
berlaku.
Muda mudi terpengaruh dengan
kelebihan teknologi ini.
Teknologi mengabaikan nilai-nilai
murni.
Berlakunya pencerobahan
maklumat penggodam .
Pengubahsuaian terhadap
sesuatu fakta atau gambar akan
berlaku.
Berlakunya kegiatan seks
melalui internet sahaja.
Sumber genetik yang digunakan
untuk mengubah suaian
makanan mengandungi bahan
yang dilarang dalam syarak.
GMF memberi kesan terhadap
kesihatan manusia kerana
mengandungi bendasing yang
tidak diketahui kesan buruknya.

Disalahgunakan oleh pihak


tertentu.
Menyimpang dari landasan
agama yang sebenar kerana
menyalahi apa yang telah Allah
ciptakan mengikut fitrah.
Penggunaan embryonic stem
cell bakal disalahgunakan juga
untuk kegunaan pengklonan
manusia.
Penyelewengan penggunaan
akan berlaku.
Mudah diubahsuai oleh mereka
yang mahir dan pakar.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.1.4 Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam


dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan
1.1.4.1

Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah


dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peistiwaperistiwa serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan
dalam Al-Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu
dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah swt dalam Al-Quran
dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabi terdahulu dan rasul
sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum Ad, Kaum Madyan
dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.
Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:Supaya

Tujuan
manusia
menjadikan

Firman

Allah

Huraian
swt
yang

bermaksud:

contoh dan teladan aras apa

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat

yang berlaku

pengajaran bagi orang yang berakal.

Mengesahkan bahawa Al-Quran

(Surah Yusuf: 111)


Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti.

itu adalah kalam Allah

Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran


adalah untuk mengesahkan

bahawa Al-Quran

adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah


Satu

kaedah

untuk

manusia

kepada Nabi Muhammad SAW.


Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk

berfikir.

mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk

Untuk membenarkan janji baik

mengajak manusia berfikir.


Segala peristiwa yang berlaku

dan janji buruk dari Allah swt.

membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan

1.1.4.2

adalah

untuk

Allah adalah perkara yang benar.


Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini
Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman
nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini. Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita
tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.
Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah
umat terdahulu.
Kisah Nabi

Huraian

Kisah Nabi Adam a.s

Kisah Nabi Idris a.s

Kisah Nabi Nuh a.s

Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar


khalifah Allah swt. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah
menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa
pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui
malaikat Jibril.
Firman Allah yang bermaksud :
dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala
nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:
Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini
semuanya jika kamu golongan yang benar.
Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang
menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam
yang bermaksud:
Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah)
Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia
adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi
(Surah Maryam : 56-57)
Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama
menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang
berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit
sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)
Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.
Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak
oleh kaumnya.
Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar
Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri
apabila musim banjir melanda kelak.
Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan
teknologi logam.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Kisah Nabi

Huraian

Kisah Nabi Ibrahim a.s

Kisah Nabi Daud a.s

Kisah Nabi Sulaiman a.s

Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud


dan seorang ahli bintang.
Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di
langit.
Firman Allah dalam Surah al-Anam yang bermaksud :
dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tandatanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi,
supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh
yakin .
Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim
yang tinggal di Baituleham.
Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu
pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.
Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam
pembuatan baju besi.
Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi
untuk kegunaan peperangan.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya: 80 yang bermaksud:
Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi
untuk kamu, dalam peperangan
(Surah al-Anbiya:80)
Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat
memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.
Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai
kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya
meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu
bekerja dengan Baginda.
Allah berfirrman dalam surah Saba yang bermaksud:
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa
menggunakan
angin
untuk
perjalanannya
adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan
sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan
izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng
dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan)
dari azab neraka.
(Surah Saba: 12)

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


1.1.4.3

Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada Peristiwa Yang


Berlaku

Kaum Terdahulu

Balasan

Pakar dalam membina


bangunan yang tinggi-tinggi
tiangnya.

Kaum Ad
(Kaum Nabi
Hud)

Allah telah membinasakannya kerana


ingkar kepada perintah Allah swt.

Merupakan kaum yang sangat


kuat dan kukuh dari segi
pemerintahannya.

Kaum Thamud
(Kaum Nabi
Soleh)

Teknologi Firaun

1.1.4.4

Teknologi

Kepakaran dalam memahat


batu-batu besar dan dapat
dilihat di lembah (Wadil-Qura
iaitu tempat tinggalnya)

Kepakarannya pada masa itu


adalah menguasai bangunanbangunan yang handal dan
kukuh.

Membinasakan bangunan-bangunan
yang tinggi itu.
Allah membinasakan mereka dengan
ribut kencang.
Mereka telah dibinasakan oleh Allah swt
dengan satu letusan suara yang sangat
menggemparkan pada waktu pagi.
Mereka telah dibinasakan dengan petir
yang sangat dahsyat.
Negeri mereka dibinasakan.
Kaum ini telah ditenggelamkan oleh
Allah swt akibat kesombongan dan
keingkaran mereka.

Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan Zaman


Kerajaan Islam.
Kronologi Zaman

Pencapaian

Zaman Rasulullah SAW

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin

Zaman Kerajaan Umayyah

Kronologi Zaman

Meletakkan asas dalam sains dan


teknologi.
Sains yang berdasarkan ayat-ayat alQuran.
Rasulullah SAW sering mengubati pesakit
dengan membaca ayat-ayat al-Quran.
Sains Islam bertapak di Madinah dan
Mekah.
Menuntut manusia mengkaji tentang
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
lain-lain.
Perluasan wilayah sehingga ke Romawi
dan Parsi.
Zaman pertembungan sains Islam dengan
Yunani, Parsi dan Romawi.
Perkembangan ilmu sains sudah mula
meluas.
Terciptanya beberapa teknologi seperti
perkapalan, alat peperangan & pertanian.

Pencapaian

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Zaman Kerajaan Abbasiyyah

Zaman Kerajaan Islam di Andalus

1.1.4.5

Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.


Wujudnya aktiviti penterjemahan secara
besar-besaran.
Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan
sains dan teknologi.
Munculnya cendekiawan muslim yang
ramai.
Wujudnya institusi sains seperti balai
cerap dan hospital.
Pusat-pusat sains dan intelektual muncul
di kota-kota seperti Cordova, Granada,
Seville.

Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sumbangan Sarjana Islam


Tokoh Islam
Al-Razi (865 925M)
- Nama
sebenarnya
adalah
Muhammad bin Zakaria al-Razi
dalam Barat disebut Rhazes.
- Lahir di
Ray
berhampiran
dengan Taheran Parsi.
Al-Khawarizmi (780 850M)
- Nama sebenarnya Muhammad
ibn Musa al-Khawarizmi.
- Dianggap sebagai bapa alJabar.

Sumbangan
Tokoh perubatan Islam
Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang paling
terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab
al-Tib al-Ruhani.
Sumbangannya
adalah
mengenal
pasti
perbezaan penyakit cacar dan campak.
Tokoh matematik dan tokoh algebra.
Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
pada 1120M dengan judul De Numero Idorom.
Antara karya yang terkneal adalah al-Jami Wa
al-Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr
wa al-Muqabalah.
Sumbangannya dalam bidang geometri ialah
memperkenalkan
konsep
segitiga
sama,
mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan
serta memperkenalkan algebra.
Turut berperanan dalam bidang mekanikal
tentang bagaimana menentukan ketumpatan
spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan
keapungan).
Merupakan
penyumbang
kepada
bidang
astronomi dengan membuat beberapa jadual
perjalanan matahari yang dikenali dengan nama
Zij.
Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada
pusat pengajian di Timur dan Barat.
Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah,
Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lainlain.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Ibn Sina (370 480H / 980 1037M)
- Nama sebenar adalah Abu Ali
Hussain bin Abdullah bin Sina.
- Dilahirkan
di
Afshina
berhampiran Bandar Bukhara.
- Di Barat dikenali dengan nama
Avicenna.
- Diikenali dengan nama tokoh
perubatan agung dalam dunia
Islam dan juga di Barat dikenali
sebagai al-Sheikh al-Rais atau
Prince of Physicians.

Al-Zahrawi (936 1013M)


- Nama sebenarnya Abu Qasim
al-Zahrawi.
- Di Barat dikenali dengan nama
Abu Casis.
-

Al-Battani (858 929M)


- Nama
sebenarnya
adalah
Muhammad ibn Jarir Sinan Abu
Abdullah
al-Battani
dan
dilahirkan di Battan.
- Di Barat dikenali dengan nama
Albategannius.

Tokoh perubatan Islam yang agung.


Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb
(Canon of Medicine).
Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan
merupakan enskiopedia perubatan.
Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai
jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada
beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan
Isfahan.
Juga orang pertama yang menemui ubat bius.
Juga turut menyumbangkan kepada bidang
mekanikal.
Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta
pernah berkhidmat sebagai doktor di istana alHakam II.
Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab alTasrif.
Beliau
menghasilkan
karya
mengenai
penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral
dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber
Servitoris.
Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik
pembedahan dan mencipta alat pembedahan.
Tokoh matematik dan astronomi.
Beliau
memperkenalkan
teorem
tangent,
kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan
sifir kotangen.
Karya
beliau
adalah
Kitab
al-Zij
iaitu
menerangkan tulisan kritis yang membetulkan
pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.
Karyanya yang lain adalah Kitab al-Marifat
Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba al-Falak,
Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lainlain.
Sumbangan beliau adalah dalam bidang
trigonometri
iaitu
mengemukakan
kaedah
pengiraan astronomi secara trigonometri.
Sumbangan
beliau
adalah
memulakan
pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H
sehingga tahun 306H.
Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan
jadual gerhana matahari.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Ab Rahman al-Sufi (903 986M)

Tokoh Islam
Jabir Ibn Hayyan (750 803M)
- Di Bar dikenali dengan nama
Geber.
- Dianggap sebagai Bapa Kimia
Arab dilahirkan di Kufah.

Al-Jahiz
- Nama sebenarnya adalah Abu
Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz
dilahirkan di Bashrah.

Hunain Ibn Ishaq.


- Dilahirkan pada tahun 2921H di
Bandar Hirah, Iraq.

Tokoh dalam bidang astronomi.


Orang pertama menulis mengenai astronomi.
Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000
jenis bintang.
Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu alghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera), Agrab
(acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan
Dhanah (Deneb).
Sumbangan
Tokoh Kimia Islam.
Teori kimia beliau adalah logam seperti timah,
timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh
bertukar menjadi emas dan perak melalui
proses
menggunakan
bahan-bahan
Kimia
seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik
oksid dan sebagainya.
Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al As alAwwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus
al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan lain-lain.
Sumbangannya
adalah
pengasas
kepada
kaedah
penghabluran,
penyulingan,
pemejalwapan dan penyejatan.
Sumbangan lain mencipta peralatan bagi
kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah
kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali,
antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.
Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.
Menyusun sebuah buku pengajian komprehensif
dalam bidang Zoologi melalui kitabnya AlHayawan.
Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan,
perwatakan dan tabiat haiwan, penyakitpenyakit yang dihidapi oleh binatang serta caracara rawatannya.
Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal
dari agama Kristian.
Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului
tokoh perubatan yang lain.
Seorang
yang
genius
dalam
bidang
penterjemahan, mampu menguasai 14 bahasa
antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan
lain-lain.
Sumbangan beliau dalam bidang perubatan
yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah
baru dalam ilmu tersebut.
Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat
al-Ayn, Kitab Masail Fi al-Ayn, Kitab al-Haman,
Kitab al-Laban dan lain-lain.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Abu Raihan al-Biruni (362 442H / 973
1051M)
- Nama sebenarnya adalah Abu
Raihan al-Biruni dilahirkan di
luar Kota Khwarazm, bandar
Khiva dalam tahun 362H / 973M.

Tokoh astronomi
Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan
bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli
astronomi dan matematik yang pernah menulis
syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus
dan merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa.
Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiyah, alHind, dan Kitab al-Tafhimim.

Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.


1) Al-Jazari dan Taqi ad Din
- Berjaya membuat modifikasi

kepada

shaduf

dan

menerangkan

kaedah

penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.


Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan,

perumahan, industri dan lain-lain.


Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana
mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan

akan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.


Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air
menggunakan roda berskoop.

2)
-

Banu Musa
Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.
Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.
Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.

Gambar

Jam
Air
Gajah

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Ciptaan Ilmuan Islam

Gambar Jam Air Gajah yang telah yang asal.


diubah suai

1.1.4.6

Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada Institusi


Intelektual Islam

Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan
dalam membangunkan tamadun Islam. Antaranya :
a. Universiti dan institusi pendidikan.
o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi alAzhar, universiti di Andalus contohnya Universiti Granada, Univerisiti
Cordova dan Universiti Seville.
b. Perpustakaan
o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di
o

Baghdad.
Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir,
menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan
bahan penterjemahan yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya

o
o

ilmu.
Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.
Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital
o Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan, rawatan
o

dan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran.


Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual,

o
o

pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit.


Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.
Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak

dan pusat kecemasan.


Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian
perubatan yang lebih teratur.

d. Balai Cerap.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


o

Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran

astronomi dan pusat pengumpulan data.


Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi

seperti matematik, trigonometri dan algebra.


Dapat menghubungkan manusia dengan

Penciptanya,

pembetulan

dalam

data-data

yang

kurang

tepat

membuat

tamadun

silam,

mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal


serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk
mengisahkan teori.
e. Kejuruteraan Awam
o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek,
berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti
Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang
dibina pada kurun ke-7 M.
f.

Teknologi Kejuruteraan Jalan raya dan Jambatan.


o Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran
pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak
dan bersegmen.

g. Kejuruteraan Hidrologi
o Ketika pemerintahan

Umar

Abdul

Aziz,

beliau

telah

mengarahkan

pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai


Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang
o

panjang.
Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling Bandar
Isfahan dengan

mengalirkan air

daripada Sungai Zayandirud

bagi

kegunaan pertanian dan perumahan.

LATIHAN TOPIK SATU

CADANGAN AKTIVITI
Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO2]
Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber
Sains, Teknologi dan Kejuruteraan

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

TOPIK 2.0 : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN


KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

2.1 Memahami Wahyu Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan


Kejuruteraan
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam
Bil

Aspek Bahasa

Aspek Keilmuan Islam

Wahyu adalah apa-apa yang


diturunkan oleh Allah swt
kepada orang pilihan-Nya dan
ia merupakan hidayah dan
ilmu (yang diberi) secara
rahsia dan tersembunyi bukan
diperoleh melalui cara biasa.

Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan


kepada
nabi
dan
rasul-Nya,
melalui
perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang
bertulis [

]atau yang tidak bertulis

[ ] yang mengandungi syariat


bagi mengurus kehidupan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah memberikan
wahyu
kepadamu
(Wahai
Muhammad)
sebagaimana Kami telah memberikan wahyu
kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus
kemudian daripadanya dan Kami telah
memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta
nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan
Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun,
dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah
memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur
(Surah an-Nisa: 163)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari
kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


(wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak
mengetahui
(Surah An-Nahl:43)

Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para
rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.

2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam


Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis
dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi
kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara
mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan
ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)
Bil
1

Peranan
Menjelaskan Aqidah Islam

Huraian
-

Menerangkan Syariat Islam

Wahyu Allah SWT diturunkan bagi


menjelaskan maksud aqidah, peranannya
dalam kehidupan, faktor-faktor naik
turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh
merosakkan akidah.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Tidakkah
mereka
melihat
dan
memikirkan bagaimana Allah mencipta
makhluk-makhluk
pada
mulanya,
kemudian ia akan mengembalikannya
(hidup
semula
sesudah
matinya)?
Sesungguhnya
yang
demikian
itu
amatlah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)
Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah
sebagai menjelaskan hukum syariat
dalam sesuatu kehidupan manusia.
Sebagai
penjelas
kepada
syariat
manusia dan menjadi panduan dalam
pelaksanaan tersebut.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


3

Menghuraikan Akhlak Islam

Menjadi
manusia
dunia

panduan
hidup
dalam mengurus

Menegakkan keadilan

Wahyu Allah menjelaskan berkenaan


dengan panduan akhlak sebagai seorang
muslim.
Semua cara kehidupan manusia juga
terkandung dalam ayat al-Quran.
Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap
bertanggungjawab ataupun amanah.
Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini
apabila sains dan teknologi terbabas
daripada nilai-nilai amanah dan agama.
Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah
melahirkan satu konsep baru yang dikenali
sebagai kejuruteraan genetik (genetic
engineering).
Teknologi ini mampu memindahkan bahan
genetik yang bernama DNA dari satu spesies
ke spesies yang lain.
Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses
ini memerlukan bantuan virus tertentu agar
DNA daripada spesies yang berbeza dapat
mengenali
antara
satu
sama
lain.
Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya
menyebabkan kelahiran pelbagai kuman
serta penyakit baru yang mampu membunuh
manusia.
Dalam
Al-Quran
juga
menjelaskan
panduan hidup manusia dalam mengurus
sesuatu dunia.
Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan
mengenai
keadilan
yang
perlu
dilaksanakan dalam kehidupan.
Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam
untuk melahirkan umat yang berakhlak.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains Teknologi dan
Kejuruteraan
Bil

Wahyu Sumber Bidang


Sains Teknologi &
Kejuruteraan
Garis panduan kepada
saintis
dalam
melaksanakan
sesuatu
ujikaji

Kitb yang menjadi sumber


pelbagai cabang sains /
teknologi.

Menggalakkan
pembangunan teknologi.

Huraian

Menggalakkan supaya mengkaji alam tabii.


Mengajak manusia supaya menggunakan akal
fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah yang
bermaksud :
Maka apakah mereka tidak memerhatikan
unta bagaimana ia diciptakan, dan langit
bagaimana ia dititnggikan. Dan gunungganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi
bagaimana ia dihamparkan.
(Surah Al-Ghasiah : 17-20)
Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat
yang
dapat
menjadi
panduan
kepada
pembentukan bidang-bidang dan cabangcabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Firman Allah antaranya :
1) Surah Rum : 22 yang bermaksud:
Dan
di
antara
tanda-tanda
yangmembuktikan kekuasaan-Nya dan
kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit
dan bumi dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keteranganketerangan
bagi
orang-orang
yang
berpengetahuan.
Memberi galakan dalam membina teknologi.
Umat Islam mestilah sentiasa bersedia
dengan teknologi semasa.
Firman Allah adalah bermaksud:
Dan sediakakanlah untuk menentang mereka
(musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia,
untuk
menggerunkan
dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka
yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam


Allah mengetuinya dan apa sahaja yang kamu
belanjakan
pada
jalan
Allah
akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan
kamu tidak akan dianiaya.
(Surah al-Anfal:60)
4

Panduan
dalam
penggunaan teknologi

Menjadikan
sains
teknologi dan kejuruteraan
mencapai fakta dan bukti
ke arah kebenaran

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

Anda mungkin juga menyukai