Anda di halaman 1dari 6

-Penulis:

Asnururien Najma bt. Ahmad (PMM)


Rusdin b. Husin

TOPIK 2

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan, impak
serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.

Hasil Pembelajaran :
Mejelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam.

2.0 Memahami sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam.

2.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa
dan keilmuan Islam.
2.2 Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan.
2.3 Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan.
2.4 Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan.

TOPIK 2 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dari Perspektif Islam

2.0 Pendahuluan

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains
adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai
alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar.Antara konsep
dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang
kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan
dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah
untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak
kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat
beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah
satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang
tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

2.1 Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut Islam


Konsep sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam.
SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1.Daripada perkataan Inggeris iaitu science. Juga berasal daripada perkataan scio,
scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.

2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in


any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable
sense experience.”

3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara
sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara
objektif.

4. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses


cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman
yang lahir daripadanya.

5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau
alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah
yang dapat diukur (kuantitatif).
6. Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,
intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.

7. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-


1. - Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2. - Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)

- Sains Sosial (Tabiat Manusia)


3.

Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM


1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber
rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan
akal adalah satu perkara yang terbatas.
2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya
tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulNya.

3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan
penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan
syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari
sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.

5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu
intelek dan ilmu wahyu.

6. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.

7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

Sains Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu


Propaedeutik pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

Sains ini adalah satu bidang yang yang sama dengan ilmu agama
pada hari ini.
Sains Syariah Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir,
dan lain-lain.

Merangkumi 4 bahagian utama.


Sains Falsafah Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik,sains tabi’ie
dan matematik tabi’ie.

i. Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH


1. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari
perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.(Hairudin
Harun, 2007 : 2)

2. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi
mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

3. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu
‘techne’ dan ‘logos’.

4. ‘Techne’ adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Teknobermaksud


kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata
sistematis.

5. Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah


dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan
melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-
teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses
untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber
seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan
untuk menyelesaikan masalah.

6. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh


memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang
dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.

7. Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang


bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.

8. Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang


membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke
atas alam tabi’i.

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :-

a. Teknologi sebagai teknik selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan


manusia atau segala rekaannya.
b. Teknologi sebagai satu teknologi
c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.
d. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.

ii. Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam :

TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM


1. Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal
sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana
mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan
kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik.
(Wan Ramli Wan Daud, 1991)

2. Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah
‫‘صناعة‬sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan.

3. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.

4. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

5. Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu
tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip
dasar Islam.

6. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara


menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan
diri kepada Allah swt.

7. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :


 Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
 Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

iii. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa :


KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
1. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan
dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang
boleh memberi khidmat kepada manusia.

2. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang
paling efisyen.

iv. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam :

KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM


1. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk
menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.

2. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas
khalifah secara lebih berkesan.

CIRI-CIRI SAINS ISLAM


Ciri-ciri Huraian
1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.
 Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan
akal.
 Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah
sebagai satu sumber untuk menrangkan tentang
alam tabi’i dan sifat-sifatnya.
 Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-
Quran dan Hadith)

2. Sains bersifat Rabbani


 Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses
alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)
 Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.
 Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk
mencari pembuktian kebenaran Allah SWT.
Ciri Keagamaan
3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada
Allah SWT.
 Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.
 Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan
Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.
 Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah
satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.

4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.


 Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.
 Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka
yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan
larangan serta menyeru kebaikan.
 Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang
diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi
lagi.
 Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk
klinikal.
Ciri Saintifik  Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-
sumber tamadun yang terdahulu.
 Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai
bangsa, agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman
dan sebagainya.

 Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana


bukan sahaja dihasilkan oleh Muslim tetapi juga
Ciri Universal
non-Muslim.

 Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.


 Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang
bersepadu.
 Kajian yang bersifat menyeluruh.
Ciri Sepadu  Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik.
 Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah
swt kerana keimanan kepada Allah swt dijadikan
sebagai asas kajian.

 Tidak terdapat percanggahan antara sains dan


agama.
Ciri Harmoni  Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat
yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah swt.

Anda mungkin juga menyukai