Anda di halaman 1dari 1

Dalam bab 2 CTU211; sains dan teknologi dalam islam.

Definisi sains dalam bahasa bermaksud tahu yang berasal dari bahasa latin scio, scire atau scientia. Dari segi istilah pula kamus dewan pula mendefinisikan sains sebagai suatu cabang ilmu pengetahuanyang berdasarkan kebendaan atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi dan lain-lain manakala pengetahuan awam menyatakan sains sebagai pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda, dan syaratsyarat khas dan tidak menyamai perkataan knowledge. Konsep sains dalam islam pula menyatakan sains itu merupakan ilmu pengetahuan tertentu yang lahir dari gabungan unsur fizik dan metafizik, ilmu intelek dan ilmu wahyu, falsafah dan sains yang pada prinsipnya selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam islam. Sains dalam islam juga merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal-usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta. Sains dalam islam juga bersumberkan wahyu dan akal. Teknologi pula dari segi bahasa bermaksud teori seni atau kerja yang berasal dari bahasa yunani seperti techne (seni atau kerja), tangan dan logos (teori). Dari segi istilah pula, teknologi bermaksud penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali atau sains gunaan di mana ilmu sains digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Dari segi islam pula, istilah teknologi diperkenalkan sebagai sinaah yang bermaksud sains guanaan. Teknologi juga merupakan pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains yang bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Dalam surah al-Rum (30):41 menyatakan bahawa teknologi ialah teknologi yang memberi manfaat tanpa unsur kerosakan. Teknologi juga tidak terkeluar daripada etika serta perinsip dasar islam. Sains dan teknologi dalam islam bertujuan memberi kemudahan kepada manusia sejagat dan bidang sains atau fardhu kifayah memberi sumbangan besar dalam menyempurnakan fardhu ain. Skop sains dan teknologi merangkumi bidang ilmu yang bersumberkan wahyu dan intelek manusia manakala skop sains dalam pendidikan islam amat meluas. Kefardhuan sains dalam islam merangkumi dua kefardhuan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ciri sains islam dalam keagamaan ialah menerima wahyu sebagai sumber ilmu, sains bersifat Rabbani, sains sebagai cara untuk mengabadikan diri kepada Allah, terikat dengan batas-batas hukum dan etika islam dan salah satu kaedah penyaksian terhadap kebesaran Allah. Ciri sains dari segi saintifik pula bermaksud menerima unsur-unsur pelbagai budaya dan bangsa ke dalam sains islam dan ditapis mengikut acuan islam dan menerima yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai islam. Ciri sains islam dari segi universal pula ialah bukan dihasilkan oleh muslim tetapi juga non-muslim, penyumbang adalah sejagat meliputi pelbagai bangsa, budaya dan lokasi dan penulisan dan penterjemahan bukan sahaja sains islam tetapi juga pencapaian sains dalam tamadun lain. Ciri sains islam sepadu pula ialah tidak memisahkan antara cabang-cabang ilmu, kajian yang bersifat menyeluruh, kajian alam fizik yang tidak terpisah dari metafizik dan tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah S.W.T. Ciri sains islam dari segi harmoni pula bermaksud tidak terdapat pencanggahan anatara sains dan agama dan kajian menuju matlamat yang sama iaitu pengabadian diri kepada Allah. Kepentingan sains dan teknologi dalam islam ialah menambah keimanan, membuktikan kewujudan Allah dan lain-lain. Peranan sains dan teknologi islam ialah membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta, membantu manusia memahami persoalan tauhid dan lain-lain. Kesan pengabaian sains dan teknologi dalam islam ialah umat islam menjadi lemah, keterbelakangan dalam bidang ilmu sains dan teknologi dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai