Anda di halaman 1dari 13

_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

SAINS-TEKNOLOGI DAN ILMU AGAMA


MENURUT BAHASA AL-QURAN DAN HADIS

MUHAMMAD IMRAN BIN NAIROZLE


MUHAMMAD NUR ARIF BIN IBRAHIM

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA,


SEKSYEN 12

SESI 2017/2018 SEMESTER 3

SARJANA KEJURUTERAAN AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

1
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

SAINS-TEKNOLOGI DAN ILMU AGAMA MENURUT BAHASA AL-


QURAN DAN HADIS

Muhammad Imran Bin Nairozle, Muhammad Nur Arif Bin Ibrahim


Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310
Skudai, Johor Bahru, Malaysia.

Abstrak

Pada abad ini, sains-teknologi di serata dunia mempunyai banyak


pengaruh samada dari aspek positif dan negatif. Dari aspek positif
mendapati bahawa dengan adanya sains-teknologi kerja-kerja dan
perbuatan manusia dapat dimudahkan. Walaubagaimanapun, dari
aspek negatif, bahawa sains-teknoogi ini dapat mendatangkan
masalah dari segi kekerasan, pergaulan bebas, hedonis dan
perbuatan amoral lainnya yang merupakan bentuk nyata dari
“manipulasi” konstruksi teori dan aplikasi sains-teknologi yang
bebas nilai. Antara cara mengatasi aspek negatif dalam sains-
teknologi ini adalah dengan merujuk, memahami, dan mengikut
kembali ajaran teks dalam Al-Quran dan Hadis yang menjadi
kesahihannya diyakini benar lagi sahih serta mendalami ilmu-ilmu
agama untuk mengetahui cara reformulasi tujuan sains-teknologi
dalam Islam supaya melahirkan manusia yang ulul albab.

PENDAHULUAN

Sampai detik ini, sains dan teknologi telah menjadi tulang belakang
kepada seluruh anggota dunia dalam pelbagai sudut yang berbeza.
Dengan itu, bidang ilmuan ini tidak dapat dipisahkan dengan ilmu dalam
Islam yang telah tercatat di dalam Al-Quran dari sejak mula diwahyukan
dan Al-Hadis yang telah diriwayatkan oleh golongan perawi Hadis.
Unsur sains ialah usaha yang telah dilakukan oleh manusia untuk
membuktikan sesuatu kajian dengan sahih dan secara kuantitatif
melibatkan alam tabi’I serta melalui kajian yang terperinci, hipotesis dan
kajian yang diyakini ketepatannya. Dalam konteks sains adalah merujuk
kepada hukum, sebab dan akibat. Justeru, sains dan Islam berkait rapat
dengan prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual yang bermaksud
sesuatu yang mudah diterjemah melalui definisi dan bahasa.

Menurut (ab. Aziz, 2008) sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan


sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan
oleh Allah S.W.T melalui Al-Quran. Al-Quran ialah sumber intelektual
dan spiritual Islam yang agung. Kalam Allah S.W.T ini adalah asas bukan
hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tapi bagi semua cabang
ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakn satu sumber utama dan

2
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

inspirasi pandangan Muslim kesepaduan sains dan pengetahuan


intelektual .

Bidang sains ini, masih belum menemukan sesuatu kesahihan yang tulen
dan hakiki dari pelbagai aspek. Menurut sejarah Islam untuk
mewujudkan para saintis berkonsepkan Muslim yang beriman dan
mempunyai akhlak yang baik supaya dapat dicontohi oleh pelbagai
masyarakat. Selain itu, Islam tidak menerapkan kemajuan sesebuah
teknologi tanpa akhlak. Manakala sains pula menolak sekeras-kerasnya
konseps spiritual. Dari sudut pandangan barat bahawa sains adalah tidak
memerlukan sumber wahyu malah hanya berteraskan prinsip logos dan
mitos. Logos dapat dedifinisikan sebagai satu kajian yang terhasil dari
eksperemen manakala definasi mitos pula ialah hayalan yang tidak logik
dan tidak pernah wujud serta tidak dapat dibuktikan kesahihanya.

PENGERTIAN MENURUT BAHASA AL-QURAN DAN HADIS

Definisi sains menurut tradisi Islam ialah sumber daripada Hairudin


Harun(1992:7) dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya Tamadun
Islam kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan
sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metedologi sains Islam juga
mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik
atau kashf sebagai tergolong dalam metodolgi saintifik. Kaedah-kaedah
ini pernah diamalkan oleh tokoh-tokoh sains Islam yang terkenal.

Merujuk perspektif Islam amat menyeru kepada penganutnya yang


mementingkan budaya ilmu dan melakukan sesuatu proses pencarian
ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh. Islam amat menegaskan
tentang kepentingan menimba ilmu dan dipraktikkan dalam pengenalan
ilmu sains dan teknologi.Perkara ini dapat dibuktikan secara fakta
bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
amat menekankan kepada pembacaan sebagai perkara penting dalam
menimba ilmu.

Ilmu adalah satu perkara wajib yang perlu dituntut oleh setiap umat
manusia terutamanya umat Islam samada lelaki mahupun perempuan.
Perkara ini dapat diterjemahkan menurut sebuah Hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah yang berbunyi

“menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap orang Islam”.

Dalam karya Imam Al-Ghazali pula, kewajipan menuntu ilmu yang


tersebut dalam Hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardhu ain
dan wajib fardhu kifayah.

3
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

Selain daripada Al-Quran yang banyak menceritakan tentang fenomena


sains yang wujud, terdapat beberapa Hadis yang menggalakkan umat
Islam mengkaji dan mendalami tentang fenomena sains yang telah wujud.
Antara Hadis tersebut ialah peristiwa Nabi Muhammad S.A.W yang
melarang sahabat baginda daripada melakukan proses pendebungaan
pokok kurma dengan menabur debunga jantan ke atas debunga betina
lalu menyebabkan buah kurma tidak masak sepenuhnya. Nabi
Muhammad S.A.W telah menerangkan bahawa pentingnya ilmu
perubatan dan keperluannya, secara tuntasnya menyeru umat Islam
mengetahui dan mengkaji tentang Ilmu sains yang berkaitan.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa:163 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai


Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi
Nuh dan Nabi-Nabi yang telah diutuskan kemudian daripadanya dan
Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi
Ishak, Nabi Yaakob, serta Nabi-Nabi keturunannya dan Nabi Isa, dan
Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan
juga kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur”

Menurut konsep Islam Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang


menjadi panduan utama bagi membentuk pembentukkan cabang-cabang
bidang serta ilmu atau pengelasan ilmu dalam Islam. Firman Allah dalam
Surah Rum ayat 22: bermaksud,

“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan


kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan berbeza bahasa
kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang
berpengetahuan.”

Peningkatan teknologi amat memberi galakkan dan dorongan umat Islam


untuk menceburi dan mendalami tentang keindahan sains-teknologi agar
tidak ketinggalan jauh daripada peredaran zaman. Umat Islam yang
sejati akan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan untuk
memacu teknologi ke arah yang komprehensif dan lebih teratur demi
mewujudkan masyarakat Islam majmuk yang lebih berkualiti dan
berinnovasi berteraskan keilmuan Islam. Dalam Al-Quran Allah
berfirman dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80 bermaksud

“Dan kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi unntuk kamu
menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka
adakah kamu sentiasa bersyukur?”

4
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

Dalam konteks sejarah Islam, sains Islam telah membuktikan bahawa


perkembangan yang pesat dan banyak memberi insprasi ke arah
kemajuan tamadun manusia menerusi pelbagai bidang. Malah Al-Quran
telah meletakkan panduan dalam mencari sumber serta maklumat-
maklumat tentang kajian yang akan atau telah dilakukan untuk
menjadikan ilmu yang diperolehi ampuh dan diyakini kesahihannya.
Kemajuan teknologi ini tidak menggalakkan sesuatu pembangunan yang
akan mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan alam serta nilai akhlak
manusia itu sendiri. Firman Allah dalam Al-Quran menerusi Surah Rum:
41 ada menyatakan

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana yang telah dilakukan
oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) keran Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)”.

Ayat Al-Quran memberi seruan kepada manusia agar mengkaji dan


meneliti alam untuk memahami dan mendalami ilmu supaya dapat
membangunkan suatu tamadun yang berkualiti. Allah berfirman dalam
Surah Luqman: 20 bermaksud

”Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk


kemudahanmu apa yang ada dilangit dan di bumi, dan telah
memudahkan untuk kemudahan kamu apa yang ada dilangit dan apa
yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-
Nya yang zahir dan batin.”

Ayat diatas membuktikan bahawa alam yang diciptakan oleh Ya Rabb


tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa-apa yang ada dilangit
mahupun di bumi adalah hak Sang pencipta untuk kemudahan dan
kegunaan manusia sejagat. Dalam islam tidak ada batasan antara Pemilik
Alam selain itu dapat merangkumi aspek-aspek kehidupan.

Dalam konteks sains, Al-Quran menerangkan tentang kejayaan dalam


beberapa aspek kehidupan makhluk. Antara ayat yang telah dinyatakan
didalam Al-Quran mengenai kejadian manusia dalam Surah Al-Furqan,54
bermaksud:

“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu


dijadikannya (mempunyai) keturunan dan kemusaharah dan Tuhanmu
adalah Maha Kuasa sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa
jua yang dikehendaki-Nya)”.

Kalamuallah ini menyatakan secara terperinci bahawa manusia ini


diciptakan daripada titisan air dalam (air mani) untuk meneruskan lagi

5
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

zuriat dan keturunan dibumi ini sebagai khalifah untuk mengembangkan


tamadun manusia.

Proses kejadian manusia ini diceritan dari awal sehingga


pengakhirannya yang telah dinyatakan dalam Al-Quran sebelum para
saintis atau golongan-golongan cendikiawan yang mengkaji proses
penciptaan manusia. Allah berfirman dalam Surah Al-Mu’minun:12-14

“Dan sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang


berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani
pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air mani itu
menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi
seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Selah
sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta.”

SAINS-TEKNOLOGI DAN ILMU AGAMA

Teknologi dan sains ialah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan ini
disebabkan perkembangan teknologi berasaskan dari kemajuan sains,
sehingga wujudnya istilah “sains-teknologi” yang mudah difahami
bahawa penciptaan dan perkembangan teknologi tidak akan wujud
sekiranya sains tidak mempengaruhi. Menurut karya Wuryadi
berpendapat bawa ilmu dan teknologi mula-mula dikenali sebagai
bahagian yang menjadi hubugan diantara ilmu dan terapan, namun
berkembang menjadi hubungan dalam erti kata lain menjadi lebih luas.
Selain itu, ilmu juga dipengaruhi oleh teknologi.

Wuryadi.2009.Fillsafat Ilmu Untuk Program Studi Pendidikan Sains


dan Teknologi Pendidikan.Materi Kuliah Perdana Filsafat Ilmu di
Program Pascasarjana Magister Teknologi Pendidikan UNY 2009,27.

Sebelum sains dan teknologi menghadapi perkembangan, antara aspek


menjadikan model pendidikan islam bersifat statik dan ketinggalan ialah
subject matter pendidikan islam masih dalam pengenalan waktu itu dan
bersifat normal dan tekstual, masih mengamalkan pengajaran
maintainance learning berasakan pasif, lambang dan mmpercayai benar
terhadap warisan masa lalu dan mengamalkan sikap pandangan dikotomi
yang mengangap pembahagian atau pemisahan diantara dua kumpulan
dalam sesuatu hal yang saling bertentanggan.

Sejarah pendidikan islam sekitar abad ke 13 masihi iaitu pada zaman


kejatuhan Islam, ia pernah membuktikan sains dan teknologi memang
selalu dimarjinalkan. Di lembaga-lembaga pendidikan Islam dari
peringkat bawahan hingga atasan hanya menelaah pelajaran mengenai

6
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

ilmu Fiqah, Tafsir, Hadis dan sebagainya. Ketika itu, ilmu hanya
mengutamakan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hanya
beribadah. Antara contohnya ialah umat Islam mempelajari ilmu
geometri untuk mengetahui waktu puasa, arah kiblat dan sebagainya.
Berbeza dengan masyarakat barat, yang mempelajari ilmu-ilmu tersebut
untuk meningkatkan dan mempraktik dalam kehidupan seharian. Antara
contohnya, melahirkan industri penerbangan, kapal laut, dan sebagainya
bagi tujuan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sebelum abad ke-13, dunia Islam memainkan watak utama dalam bidang
sains-teknologi. Menurut Harun Nasution menyatakan bahawa
cendekiawan-cendekiawan Islam tidak hanya mempelajari sains-
teknologi dan filsafat berasakan buku Yunani, malah menambah baik
kedalam hasil penyelidikan mereka dalam bidang sains-teknologi dan
pemikiran mereka tentang ilmu filsafat. Hal yang demikian, lahirnya
ahli-ahli ilmu pengetahuan dan filosof-filosof Islam, contohnya Al-Farazi
(abad VII) sebagai astronomi Islam yang pertama kalinya menyusun
Astroable (alat yang digunakan untuk jarak ketinggian bintang dari bumi
dan sebagainya) dan lain-lain. Dalam ilmu agama pula wujudnya para
ulam yang mengembangkan hadis-hadis (Bukhari Muslim abad XI): Ilmu
Hukum Islam ( Imam-Malik, Al-Syafi, Abu Hanifah dan Ibn Khaldun pada
abad VII, IX) dan lain-lain. Ilmuan-ilmuan ini mempunyai pengetahuan
yang bersifat desekuaristik yang bermaksud ilmu berpengatahuan umum
yang mereka kembangkan dari ilmu agama dan berasaskan nilai-nilai
Islam. Contohnya, Ibnu sina menghafal ayat Al-Quran dan dikenali
sebagai tokoh dalam bidang perubatan. Disamping itu, kepandaian beliau
dalam bidang ini telah degelar sebagai Doctor of Doctors. Selain itu,Ibnu
Rusd, telah dikenali diamata dunia barat sebagai Averous. Belaiu bukan
hanya terkena dalam bidang filsafat, malah dalam ilmu Fiqah. Dalam
kitab fikah karanganya, yang dikenali sebagai Bidayatul Mujtahid diguna
pakai sebagai rujukan umat Islam dipelusuk dunia. Seterusnya, Al-biruni
dikenali sebagai seorang ahli astronomi, filsafat, geografi, matematik
dan juga sejarawan.

Al-Quran dan Hadis Sebagai Signifikasi Desikularisasi Sains-


Teknologi dan Ilmu Agama

Setiap agama termasuk juga Islam memandang ilmu sains itu dari sudut
positif, kerana sesuatu pengetahuan mempunyai peranan asas yang
sangat penting bagi ekssistensi manusia yang berada di atas muka bumi
ini. Menurut A. Munjin Nasih berpendapat bahawa sebenarnya Seaculent
(dari bahasa Latin) yang bermaksud abad (Century), yang bermaksud
sifat dunia atau berkanaan dengan kehidupan dunia sekarang. Dalam
bahasa Inggeris kata Seaculent bererti hal bersifat duniawi, fana,
temporal, tidak bersifat spiritual, abadi dan sakral serta kehidupan di
luar biara.

7
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

Juhaya S. Praja, Aliran-Aliran Filsafat dan Etika (Cet, I; Bogor Kencana,


2003), 188. Seterusnya panduan daripada Harun Nasution, Islamic
Rasional : Gagasan dan Pemikiran (Cet. V; Bandung: Mizan, 1998), 188.
Amin Abdullah, Islamc Studies di Pergurauan Tinggi: Pendekatan
Integratif-Interkonektif, (Yokyakarta: Pustaka Pelajar, 2006), 94.

Fahaman atau aliran yang terdapat daripada ajaran berasaskan landasan


dalam berfikir atau sebagai acuan untuk melindungi suatu fahaman tema.
Meskipun ajaran-ajaran ini, sekularisasi ilmu pengetahuan iaitu prinsip-
prinsip esensial dalam mencari kemajuan dengan alatan semata-mata.
Selain itu, etika dan moralisasi berdasarkan kebenran ilmiah tanpa ada
ikatan agama dan meta-fizik, ditentukan oleh kriteria ilmiah yang
dipercayai dan bersifat validitas. Selanjutnya, masih mengakui batasan
agama tertentu dengan ketentuan agama tidak boleh disusun atur dengan
urusan dunia kecuali tentang urusan akhirat. Seterusnya, menekan kan
sikap toleransi keatas semua golongan masyarakat tanpa mengenal
perbezaan agama dan menyajung tinggi rasio dan kecerdasan.

Nihaya, Filsafat umum; dari Yunani sampai Modern (Makassar : Berkah


Utami,1999) , 136. Nurul Anam, Desekularistik-Implentatif sebagai
Paradigma Baru Masa Depan Pendidikan UIN, Panduan Katalog dalam
Acara 9th ACIS DIKTIS Kemenag R1 yang bekerjasama dengan STAIN
Surakarta, 2-5 November 2009, 66.

Secara dasarnya, ilmu pengetahuan dalam sains sudah wujud sejak


manusia (Adam) diciptakan. Ilmu pengetahuan ini mejadi sebati dalam
diri manusia yang telah tercatat dalam Al-Quran, Allah berfirman
mafhumnya, Allah mengajar Adam tentang nama-nama benda yang telah
diciptakan sebelumnya. Nama benda tersebut mempunyai maksud
sebagai unsur-unsur pengertian samada baik yang berada di dunia
mahupun di akhirat. Kemudian, pengetahuan itu pula memberikan adam
tempat yang mulia diantara makhluk-makhluk yang ada termasuklah
malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk sujud sebagai
penghormatan kepada Adam. Rasa hormat yang ditunjukan oleh malaikat
pada adam membuktikan bahawa manusia mempunyai keistimewaan
yang tersendiri. Keistimewaan itu disebabkan Adam yang mempunyai
pengetahuan tentang nama-nama benda yang telah diajar oleh Allah
S.W.T dan bukan dari ketaatan atau kesolehannya. Ini kerana ketaatan
dan kesolehan para malaikat lebih utuh dari Adam. Selain daripada
pengetahuan yang diperoleh Adam, kejadian ciptaannya adalah sebaik-
baik kejadian yang membuatkan kemuliaan tersendiri umat manusia.
Hurain lengkap dari Surah AL-Baqarah (2:34).

A. Munijin Nasih, Ilmu Umum Dan Agama Adakah Dikotomi, Artikel


2008, 1-2.

8
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

Pengetahuan atau dalam bahasa arab disebut sebagai “ilmun” merupakan


satu faktor untuk menentukan sesebuah bangsa dan masyarakat.
Kebiasaannya bagsa yang maju bermula dengan meningkatkan
pengetahuannya dengan lebih baik dari segi segala aspek kehidupan.
Terlalu tingginya nilai ilmu pengetahuan dalam peradaban manusia,
Allah menerangkan dalam Al-Quran bahawa Dia mengangkat darjat
seseorang yang berilmu dan beriman sebagaimana dalam Surah Al-
Mujadilah, 58:11, Allah berfirman mafhumnya

“Allah akan meningikan orang-orang yang beriman diantaramu dan


orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Disebabkan itu, dalam konteks ini tidaklah berlebihan jika Rasullah


menegaskan dalam salah satu hadisnya , Rasullah bersabda:

“carilah ilmu sampai negeri China, kerana mencari ilmu adalah


kewajipan bagi seseorang muslim”

Hadis Riwayat Ibnu Abdul Barri.

Hadis ini menjelaskan bahawa kewajipan menuntuk ilmu adalah sesuatu


perkara yang dituntut dalam Islam. Selain itu, penjelasan ini merujuk
kepada pentingnya perhatian terhadap ilmu bagi umat Islam. Walau
apapun cara ilmu itu diperolehi dan dipelajari serta bentuknya yang
boleh memberi manfaat kepada manusia, maka ilmu itu wajib dipelajari.
Allah dan Rasul-Nya tidak menentukan cara tertentu untuk seseorang itu
diangkat darjatnya oleh Allah dalam menimba ilmu. Selain itu, tidak juga
menentukan ilmu-ilmu tertentu untuk dipelajari.

UII Press, Quran Karim dan Terjemahan Artinya, Penerjemah: Zaini


Dahlan (Yokyakarta: UII Press, 206), 987.
Fachruddin dan Irfan Fachruddin, Pilihan Sabda Rasul (Hadis-Hadis
Pilihan) (jakarta: Bumi Aksara, 1996), 67.
Syamsul Ma’arif, Revitalisasi Pendidikan Islam (Yokyakarta: Graba
Ilmu, 2007), 13

Oleh yang demikian, majoriti umat Islam di dunia ini masih


mengkategorikan ilmu menjadi dua pecahan ilmu, iaitu ilmu dunia (sains)
dan ilmu akhirat (agama). Dengan pendirian yang mengkategorikan ilmu
ini bercabang dua, umat Islam pada masa kini beranggapan mempelajari
ilmu-ilmu sains contohnya, ilmu astronomi, geografi, perubatan, biologi,
ekonomi, matematik dan lain-lain sebagai kategori ilmu fardhu kifayah.
Akibat dari perbuatan tersebut, umat Islam beranggapan ilmu-ilmu ini
tidak wajib dipelajari. Oleh yang demikian, menimba ilmu-ilmu agama
seperti tasawuf, fiqah, aqidah, tajwid, tauhid, ibadat dan sebagainya

9
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

dikategorikan sebagai fardhu ain. Dengan makna lain, semua umat Islam
wajib mempelajarinya, jika tidak akan termasuk dalam golongan orang-
orang yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Pandangan ini boleh merosakkan akidah sesorang jika seseorang itu


beranggapan bahawa fardhu ain seperti ilmu akhirat sahaja yang wajib
dipelajari dan difahami malah fardhu kifayah seperti ilmu sains juga
wajib dipelajari dan difahami. Setiap umat Islam perlu beranggapan
bahawa setiap ilmu yang datangnya daripada Allah perlu dipelajari tanpa
mengganggap ilmu-ilmu ini mempunyai kelas-kelas yang tersendiri.

Menurut Murtdha Mutahhari yang bersependapat dengan pandangan di


atas tentang iman dan sains, kedua-duanya merupakan sifat-sifat yang
ada pada manusia. Manusia mempunyai pendirian tersendiri untuk
mempelajari tentang kebenaran dan tidak dapat hidup tanpa mempunyai
ilmu dan kebenaran yang hakiki. Ini adalah fitrah yang terlahir dalam
iman setiap manusia yang telah wujud sejak azali lagi. Dipihak lain pula,
segelintir manusia memiliki pendirian yang ingin memahami keadaan
alam semester. Oleh itu, dengan hanya memandang masa lalu, sekarang
dan masa akan datang, yang kesemuannya ini merupakan ciri-ciri khas
sains. Ini disebabkan ilmu dan iman merupakan sifat-sifat yang wujud
pada diri manusia itu sendiri. Sekiranya iman dan ilmu ini dipisahkan
maka akan mengakibatkan kejatuhan martabat manusia. Iman tanpa
ilmu akan menjadikan manusia hidup dalam kemunduran dan fanatisme,
tahyyul, dan kebodohan. Manakala, ilmu tanpa iman akan menyebabkan
manusia terpesong dengan godaan hawa nafsu, kerakusan,
ekspansionisme, kesombongan, dan lain-lain.

Murtadha Muttahari, Perspektif al-Quran tentang Manusia dan Agama


(Bandung: Mizan, 1984)

Kesimpulannya, desekularisasi sains-teknologi dan ilmu agama harus


dihubungkaitkan, ini kerana Islam adalah agama yang memerlukan
kedua-duanya. Dalam Al-Quran telah menyatakan tiga kajian ilmu
tentang sains-teknologi dan ilmu agama, dan ini merupakan tanda-tanda
Kalamullalah yang tidak dapat yang dipisahkan di antara satu dengan
yang lain. Antara firman Allah yang pertama ialah berkenaan dengan
alam semesta, dalam surah Al-Baqarah, 2:164, Allah berfirman
bermaksud:

10
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya


malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang
berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berup air,
lalu dengan air itu Dia hidupkan Bumi sesudah mati (Kering)-Nya dan ia
sebarkan di bumi itu segala haiwan, dan pengisaran tanda (kesan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkannya.”

Firman Allah yang seterusnya berkenaan tentang Sang Pencipta dan


hamba-Nya, dalam surah Al-Fushshilat, 41:53, bermaksud:

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)


kamidi segala wilayah dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi
mereka bahawa Al-Quran itu benar. Tidakkah cukup bahwa
sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”

Akhir sekali Allah berfirman tentang apa yang tersurat dalam


Kitab Suci, antara lain Al-Quran itu sendiri. Dalam Surah Al- Nisa’,
4:82 bemaksud:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Kalau kiranya Al-


Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan
yang banyak.”

Murtadha Muttahri, Perspektif al-Qur’an…., 30

PENUTUP

Natijahnya, Al-Quran dan Hadis tidak pernah membeza-bezakan di


antara sains-teknologi dan ilmu agama, malah kedua-duanya
mempunyai pandangan yang jelas terhadap sains-teknologi dan ilmu
agama. Walau apa cara, bentuk dan penyampaian tentang sains-
teknologi dan ilmu agama dapat memberikan manfaat kepada para
pencintaan ilmu. Dalam agama Islam menyatakan sekeras-kerasnya
bahawa ilmu perlu dituntut untuk dijadikan sebagai panduan hidup
dan tidak tergolong dalam golongan yang ke-5. Allah dan Rasul tidak
menentukan apa-apa ketetapan untuk menimba ilmu dan telah
dijanjikan kepada para pencinta ilmu akan diangkat darjatnya oleh
Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, agama Islam adalah satu-satunya agama yang


mementingkan dalam pencarian ilmu kerana ianya tiada titik noktah
sehingga ke liang lahad. Namun pada umat Islam hingga ke hari ini
masih belum mampu untuk menjadikan sains-teknologi dan ilmu
agama dihubugkaikan secara aplikatif. Kajian tentang hubung kait ini
masih belum dijumpai kebenarannya kerana manusia masih
mempercayai teori-teori mitos yang sengaja diciptakan oleh para-
para cendekiawan Barat untuk memesongkan atau memutar belitkan

11
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

teori yang telah ditemukan oleh para cendekiawan Islam yang


menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujuakan yang utama.
Antaranya teori yang diciptakan oleh Charles Darwin iaitu
mengatakan manusia diciptakan daripada seekor Beruk seumpama
walhal dari sumber Al-Quran menyatakan manusia berketurunan
Nabi Adam yang diciptakan daripada tanah.

Sebagai kesimpulan, untuk menjadikan kehidupan yang lebih


bertamadun, sebagai seorang manusia perlu menjadikan Al-Quran
dan Hadis sebagai sumber yang utama dalam menetukan apa jua
persoalan serta kemusykilan yang dialami. Dengan ini, manusia akan
memperoleh jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut dengan jelas
dan nyata kesahihannya. Dalam pencarian ilmu sains-teknologi,
manusia mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber
rujukan utama untuk menjadikan hasil kajiannya tepat, utuh dan
berkualiti kerana para ilmuwan Islam terdahulu juga menggunakan
cara yang sama dalam setiap kajian mereka.

12
_______________________Sains-Teknologi Dan Ilmu Agama Menurut Bahasa Al-Quran Dan Hadis

RUJUKAN

Al-Quran Qarim

Ab. Aziz Ismail, 2008:15.

Wuryadi.2009.Fillsafat Ilmu Untuk Program Studi Pendidikan Sains dan


Teknologi Pendidikan.Materi Kuliah Perdana Filsafat Ilmu di Program
Pascasarjana Magister Teknologi Pendidikan UNY 2009,27.

Juhaya S. Praja, Aliran-Aliran Filsafat dan Etika (Cet, I; Bogor Kencana,


2003), 188. Seterusnya panduan daripada Harun Nasution, Islamic
Rasional : Gagasan dan Pemikiran (Cet. V; Bandung: Mizan, 1998), 188.
Amin Abdullah, Islamc Studies di Pergurauan Tinggi: Pendekatan
Integratif-Interkonektif, (Yokyakarta: Pustaka Pelajar, 2006), 94.

Nihaya, Filsafat umum; dari Yunani sampai Modern (Makassar : Berkah


Utami,1999) , 136. Nurul Anam, Desekularistik-Implentatif sebagai
Paradigma Baru Masa Depan Pendidikan UIN, Panduan Katalog dalam
Acara 9th ACIS DIKTIS Kemenag R1 yang bekerjasama dengan STAIN
Surakarta, 2-5 November 2009, 66.

A. Munijin Nasih, Ilmu Umum Dan Agama Adakah Dikotomi, Artikel 2008,
1-2.

UII Press, Quran Karim dan Terjemahan Artinya, Penerjemah: Zaini


Dahlan (Yokyakarta: UII Press, 206), 987.

Fachruddin dan Irfan Fachruddin, Pilihan Sabda Rasul (Hadis-Hadis


Pilihan) (jakarta: Bumi Aksara, 1996), 67.

Syamsul Ma’arif, Revitalisasi Pendidikan Islam (Yokyakarta: Graba Ilmu,


2007), 13

Murtadha Muttahari, Perspektif al-Quran tentang Manusia dan Agama


(Bandung: Mizan, 1984)

13

Anda mungkin juga menyukai