Anda di halaman 1dari 19

1.1. Etika Idalam Sains dan Teknologi IslamBIV.I Pengenalan etika IslamIV.

2 Kepentingan etika
Islam dalam sains dan teknologiII.3 Isu-isu etika dalam dains dan teknologi
moden.ModeratorHJ FADZLULLAH HJ SHUIBCITUUITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

2.2. KONSEPETIKA
3.3.  Individu atau komuniti yang beretika cemerlang akan mendapat faedah dari sistem
etika yang dianuti dan diamalkannya itu.Reputasi dirinya akan menjamin kejayaannya
dalam menempuh arus kehidupan yang deras ini.Tegasnya orang yang berakhlak
adalah seseorang yang berpakaian sempurna yang menutupi auratnya.Adapun orang
yang tidak beretika diibaratkan seorang bertelanjang yang terdedah kepada kehinaan
dan keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika memiliki relavansi dengan sains dan
teknologi Islam yang menampilkan keunikannya jika dibandingkan dengan krisis etika
dan moral dalam sains dan teknologi Moden yang semakin tenat.

4.4. Objektif etika Islam dalam sains dan teknologii Proses pembinaan syakhsiyyah
( jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah dapat dilaksanakan dengan sempurna.ii Kod etika yang
luhur berupaya menangani persoalan keruntuhan moral yang sedang melanda masyarakat
kontemporari.

5.5. iiiKehidupan seharian boleh dilaksanakan dengan lancar apabila adanya suatu kod etika
yang standard dan seimbang.iv Sistem etika yang mantap mampu menyelami dan
menanggapi fenomena etika semasa yang memiliki kepelbagaian dan dinamik.04/08/13 5

6.6. v Dalam perbahasan etika kita perlu mendalami dan menghalusi teori-teori etika yang
relevan dengan keperluan masyarakat.vi Sehubungan ini perlunya kajian perbandingan serta
mensintesiskan berbagai teori etika yang bersifat sejagat untuk digubal dan diketengahkan
dalam masyarakat global.04/08/13 6

7.7. Interaksi Etika dengan Falsafah dan Teologi Aristotle membahagikan falsafah kepada :
Logik Etika Estetika Psikologi Politik Fizik Metafizik04/08/13 7

8.8. Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali Matematik Logik Fizik Metafizik Etika Politik04/08/13
8

9.9. Falsafah Etika Etika : Ia juga disebut aksiologi atau teori nilai.Falsafah etika merupakan
cabang utama aksiologi.Etika ialah pola umum tentang cara hidup serta set peraturan
tentang perlakuan.04/08/13 9

10.10. 5.2 Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan Teknologi Islam merupakan sistem hidup
ciptaan Ilahi yang tidak bercampur- aduk sama sekali dengan pemikiran manusia.Justeru
itu,kriteria utama sistem Islam ialah fitrah ( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,s ediakala dan
abadi iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada penciptaNya.04/08/13 10
11.11. Islam tetap memberi ruang dan tempat kepada kegiatan akal manusia dengan batas-
batas yang tertentu menurut keupayaan akal itu sendiri.Dalam hal ini panduan dan
penjelasan wahyu amat diperlukan oleh manusia dalam persoalan metafizik ( alam ghaib )
yang diluar jangkauan akal dan pancaindera manusia.Walhal metafizik itu menjadi asas
kepada kewujudan alam fizik04/08/13 11

12.12. Kepentingan falsafah dan etika Islam kepada sains dan teknologii Sains dan teknologi
yang berteraskan falsafah Islam akan berpaksikan pentafsiran metafizik iaitu yang
berlandaskan tauhid.Sains yang berteraskan falsafah Islam mempunyai sifat-sifat kerohanian
yang tersendiri yang dikembangkan oleh para sarjana Islam.Falsafah Islam akan menjadikan
alam tabi’i ini mempunyai postulate yang bersifat metafizik.04/08/13 12

13.13.  ii Falsafah Islam telah meletakkan sains dalam kerangka epistemologi ( teori ilmu )
yang betul,saksama dan sah.Umpamanya dilihat dari aspek hierarki ilmu bahawa ilmu
syari’ah adalah ilmu fardu ‘ain dan sains dalam berbagai bidang adalah ilmu fardu kifayah. iii
Falsafah dan etika Islam mensejajarkan sains dengan syari’ah.Setiap kegiatan sains perlu
dipertimbangkan dengan hukum-hukum dan etika-etika syari’ah. iv Falsafah dan etika Islam
telah menggalurkan sains yang dapat direalisasikan demi keperluan ummah.04/08/13 13

14.14.  v Etika merupakan satu bidang falsafah yg membicarakan tentang tingkahlaku


manusia dari aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam hubungan dengan sains,etika adalah
satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam aplikasi sains serta
berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam
amalan dan penggunaan sains dan teknologi. Justeru itu benar sekali ungkapan yg
ditegaskan oleh Einstein bahawa Science without philosophy is04/08/13 14 blind,and
philosophy without science

15.15. 5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN SERTA CABARAN KONTEMPORARI
Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu terunggul merentasi segala budaya dan bebas
nilai. Faham etnosentrik memuja sains Barat dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di luar
komuniti Barat. Tamadun klasikal seperti tamadun Cina,India,Islam,Yunani,Mesir telah
memberi sumbangan yang besar kepada kelahiran peradaban moden.04/08/13 15

16.16. Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi Moden Pensekularan Sains Moden : Pemisahan
persoalan agama & dunia. Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas alam sekeliling hasil
kemajuan sains dan kesan kepada aspek falsafah. Isu moral dan etika dalam budaya sains
Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh segmen : i Moral sains dari perspektif Budaya
Barat terhadap alam dan sains. ii Moral agama dan tradisi dalam Sains Moden.04/08/13 16

17.17.  iii Moral sosial dari perspektif kemusnahan oleh Sains Moden. iv Kedudukan nilai dari
perspektif Sains Barat v Moral pengajaran dalam pendidikan Sains Moden vi Moral sains
dalam konteks pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia. vii Moral dan etika
dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.04/08/13 17

18.18. Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu yg unggul & sejagat merentasi semua
bentuk budaya & tidak terikat dengan sebarang nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh
para saintis & failasuf Barat & Timur tetapi pandangan etnosentrik tentang keunggulan sains
Moden Barat masih berakar umbi di seluruh dunia sehingga kini.Berikutnya sains yang di luar
dunia barat dipandang rendah dan dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt sains
Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi oleh
kuasa2 Barat.04/08/13 18

19.19.  Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang di luar daripada tradisi Barat
mempunyai konsep2 asas dan epistemologi yg tersendiri spt sains Islam,Cina & India.Justeru
itu perbahasan tentang sains yg berkembang di luar drp sains Barat adalah sah. Demikian
halnya apabila kita memperkatakan sains Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial yg
sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan atau sebagai hasil akumulatif ilmu2
moden.Tegasnya,sains moden adalah ilmu yg berkembang dalam situasi & suasana yg
bersifat bebas nilai,& dilatari oleh falsafah & fahaman yg serasi dengan doktrin
Barat.Misalnya ilmu biologi moden amat dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yg amat
bercanggah dengan perspektif sains Islam dan pelbagai sains klasikal yg lain.04/08/13 19

20.20. Tidak tepat andainya kita menyatakan bahawa sebelum sains Islam,Barat tidak
mempunyai sains.Apa yang benar ialah sains Barat amat merosot di Eropah pada lingkungan
jangkamasa 400-1100 M.Alasan sebenar mengapa sains Barat tidak berkembang dalam
tempoh tersebut ialah :04/08/13 20

21.21.  ketidaksetabilan politik di Eropah ketiadaan unsur patronage ( naungan politik


terhadap para saintis failasuf ) sikap gereja Kristian yang tidak menggalakkan mempelajari
ilmu daripada orang bukan Kristian04/08/13 21

22.22.  Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang berasal daripada
peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu yang sesat lantaran tidak berpandukan kitab
Injil.Mereka juga menolak semua ilmu yang berasal daripada Tamadun Yunani yang dihasilkan
oleh Plato,Aristotle,Socrates,Thales dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa bercanggah
dengan ajaran Kristian. Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat berkembang
berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan disintesiskan oleh saintis-failasuf dalam
peradaban Islam yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn Sina,Ibn Haytham,al-
Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban
Islam telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M hingga 1400 M dalam pelbagai
bidang.Dalam lapangan logik dan perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750
M.04/08/13 22

23.23. Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 – 1400M semakin kurang permusuhan
dengan ilmu asingterutama yang dimajukan oleh saintisMuslim.Tempuh ini disebut sebagai
erapertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II (999 – 1003 M ) memainkan
perananmendekatkan jurang di antara orang-orangKristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau
telahmengarahkan penterjemahan karya-karya sainsberbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope
tersebutmendapati sains Islam lebih dekat dengan ajaranKristian jika dibandingkan dengan
sainsYunani.Pengetahuan sains Islam juga bolehdigunakan untuk meneroka mengenai
astrolabedan abacus.

24.24.  Rentetan dari perkembangan itu menjelang pertengahan abad kesepuluh Masihi
penterjemahan karya sains Islam ke bahasa Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol terutama
di Biara Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut di sekitar ilmu astronomi dan
geometri.Kegiatan penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih pesat selepas kejatuhan
kerajaan Islam di Sepanyol.Para penterjemah tersebut terdiri dsaripada Plato dari
Trivoli,Gerard dari Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari Chester dan Dominicus
Gondisalvo.Manakala saintis failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah Ibn Sina yang
mana 276 karyanya diterjemahkan ke pelbagai bahasa Eropah.Tidak keterlaluan andainya
dirumuskan bahawa pemikiran yang terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan Ibn Rushd
yang bertanggungjawab menanamkan benih-benih Renaisans yang pada awalnya tercetus di
Itali dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah.

25.25.  Sungguhpun sumbangan sains moden menatijahkan kemudahan dan kesempurnaan


hidup kepada manusia,namun tidak boleh disangkal sama sekali bahawa ia telah
mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran yang penuh tragis.Faktor utama yang
mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek
metafizik dalam budaya sains moden. Pertumbuhan dan perkembangan sains moden telah
mengakibatkan dua dampak dalam kehidupan manusia kontemporari.

26.26.  Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada kemajuan dan perkembangan
sains Kedua : Dampak kepada aspek falsafah. Alam misalnya telah menderita akibat
pencabulan dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh manusia yang bersenjatakan sains
moden.Kerakusan manusia mengakibatkan berlaku kerosakan alam sekitar dan system
ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu mengkagumi kebolehan sains.Antara
kedurjanaan yang melimpah boleh diteliti daripada isu pengklonan,ponografik,perlumbaan
senjata,isu nuclear dan seumpamanya.

27.27.  Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan sains moden ialah perubahan
dalam aspek falsafah,baik ditinjau daripada aspek metafizik,epistemologi dan etika.Dalam
bidang metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga mewujudkan fahaman eteisme.Begitu
juga perubahan dalam epistemology akibat fahaman rasionalisme yang didakwa oleh sains
moden sebagai satu-satunya cara yang sah untuk mendapat ilmu pengetahuan membawa
kepada penolakan wahyu dan juga ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada perubahan ini
sains moden berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu lantaran agama dianggap
sebagai tidak rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang tertinggi bagi pendokong sains
moden ialah nilai gunaan seperti yang ditayangkan oleh fahaman utilitarianisme.Semua
pengadilan nilai dianggap sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains dianggap neutral atau
bebas nilai.Dengan perkataan lain sains didakwa tidak mempunyai pertimbangan nilai yang
menyebelahi mana-mana pihak.

28.28. KRISIS SAINS MODEN Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis tentang hal ini
ialah :1. Moral sains daripada perspektif budaya Barat terhadap alam dan sains2. Moral
agama dan tradisi dalam sains moden3. Moral sains daripada perspektif kemusnahan alam
oleh sains moden4. Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat5. Moral pengajaran dalam
pendidikan sains moden6. Moral sains dalam konteks pengkajian kontemporari mengenai
sains di Malaysia7. Moral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.

29.29. Falsafah sains Barat berlandaskanrasionalisme.Sungguhpun komuniti sains


modenBarat mengakui adanya Tuhan tetapi merekamenafikan peranan Tuhan dalam
menentukansegala kejadian yang berkaitan dengan manusiadan alam semesta.Salah seorang
tokoh saintisBarat yang bernama George Leclerc ( 1707 –1788 ) menyatakan bahawa Tuhan
memberi daya( a force of impulsion ) kepada planet-planetsewaktu menciptakannya dengan
alam ghaibkerana sebab-sebab yang menasabah yang bolehditerangkan melalui hukum-
hukummekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawaTuhan tidak terbabit di dalam kejadian
tersebut.

30.30. Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintisdaripada Swiss telah menegaskan
bahawa jirimmemiliki keupayaan sendiri untuk bergerak.Hujahbeliau bersandarkan kenyataan
bahawa magnetbertindak menarik besi.Demikian juga AbrahamTrembley,seorang biologis
telah membuatpenemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwanmampu membiak walaupun
dikerat kepadabeberapa kepingan.Penemuan ini telahmenyebabkan orang ramai percaya
bahawa jisimboleh menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebastanpa pertolongan Tuhan.Pendapat
Trembleydisokong oleh paderi John Turbeville ( md 1745 )yang menemui hidupan-hidupan
halus daripadasayuran yang telah mati.

31.31. Tokoh2 saintis yang disebut tadi telahmenimbulkan keraguan terhadap peranan
Tuhanke atas alam dan manusia,disana terdapat tokoh-tokoh saintis dan failasuf moden yang
lebih hebatpengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruhkeagamaan dalam kehidupan
manusia.Antaranyaialah Francis Bacon,ReneDescartes,Galileo,Kepler dan Newton yang
telahmembangunkan sains moden tulen di dalamlapangan matematik dan
mekanik.Merekamenganggap dunia seperti sebuah mesin yangcanggih dengan segala
kegiatan yang memerlukanmatematik dan mekanik di dalamberinteraksi.Antara peranan
mereka dapatdirumuskan seperti berikut :

32.32.  i Nicholas Copernicus ( 1473 – 1543 ) telah memulakan revolusi sains moden dengan
menggagalkan teori Ptolemy dan Bible tentang pusat bumi yang telah diterima lebih beratus
tahun yang lalu. ii James Kepler ( 1571 – 1630 ) menurut jejak langkah Copernicus dengan
menghasilkan undang-undang formula empiric tentang pergerakan bintang- bintang
( planet ).

33.33.  iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan tokoh saintis Barat yang benar-benar
berjaya mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau mencipta teleskop iaitu alat cerapan
bintang telah memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan mengiktiraf hipotesis Copernicus
yang muncul sebagai teori sains unggul. iv Rene Descartes pula merupakan failasuf saintis
yang lebih tersohor dalam lapangan matematik.Pandangan dan penerokaan falsafahnya amat
dipengaruhi oleh fizik moden dan astronomi.Beliau tidak menerima sebarang pengetahuan
tradisi,tetapi berjaya menegakkan sistem pemikiran baru,beliau menyatakan :

34.34.  " All science is certain evident knowledge.We reject all knowledge which is merely
robable and judge that only those things should be believed which are perfectly known and
about which there can be no doubt " ( Garber,1978, Science in certainly in Descartes, in
Hooker,Michael ed. Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly. Press ).

35.35. Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakanpenentu bagi dunia yang


nyata.Descartes percayabahawa struktur matematik adalah kunci kepadaalam semesta dan
sains pula merupakan sinonimdengan matematik.Beliau membentuk kaedah barudalam
penulisan sains semulajadi yanglengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2yang
terdapat di dunia ini adalah mesin.Inibermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan
ataupuntiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatanmanusia terikat dengan hukum
mekanik dan setiapbahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkanhukum ini.Beliau
menggariskan pemikiran saintifiksecara kerangka umum bagi pandangan semulajadiseperti
mesin yang sempurna,diperintah olehundang2mekanik untuk organisasi hidup.
36.36. 2 Moral Agama dan Tradisi dalam Sains ModenSemua agama berusaha mencari doktrin
tersendiri tentangsains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggahdengan ajaran
agama akan ditentang.Contohnya teorievolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh
parailmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat olehsesetengah saintis dan
rasional,namun ia ternyata tidakdapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian
danperkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapatmemberi jawapan tentang asl
usul manusia yang pertamakali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerimakembali
teori generasi spontan yang telah terlanjur ketikaitu,ataukah terpaksa menerima ajaran
agama wahyu yangmenyatakan bahawa kehidupan manusia dan selurukmakhluk adalah
ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yangdiciptakan dianggap tidak ada keterangan yang
jelasmengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu iadisifatkan mengganggu
pengertian tentang alam sains( fizikal dan teknologi).

37.37. Ilmu pengetahuan atau sains,secararingkasnya dinisbahkan sebagai


himpunanpengetahuan manusia yang dikumpulkanmelalui suatyu proses pengajian dan
yangdapat diterima oleh rasional.Sains yangdihasilkan oleh ajaran agama seperti sainsIslam
telah menyumbangkan budaya dantamadun intelektual yangmantap.Pemangkin kepada sains
Islam ialahagama dan tradisi.Sebaliknya sains modenBarat menghadapi dilemma dalam
halini.Timbul pertanyaan yang bertali arusapakah sains Barat benar-benar ilmu atauhanya
sekadar maklumat yang belum pastibenarnya.

38.38. 3 MORAL SOSIAL DARI PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH SAINS MODEN Akibat agama
dan tradisi tidak menunjangi sains moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah di
dunia kontemporari,antaranya : i Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar
menjadi fenomena lazim natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup yang ditaja
oleh sains dan teknologi.Pencemaran alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang
mencemarkan air,udara dan persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan kimia
sebagai baja dan racun,pencemaran bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula DNA
dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan sekadar mendatangkan masalah kepada manusia
sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu sendiri.

39.39.  Pembakaran arang batu merupakan pencemaran yang paling merbahaya ke atas
alam sekitar.Di samping itu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada
asap,debu,gas,sesetengah bahan organic telah dikategorikan sebagai punca yang
menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca apencemaran alam sekitar yang lain ialah sulfur
dioksida yang boleh membawa penyakit kanser paru-paru.Demikian juga nitrogen oksida
yang disebabkan oleh penggunaan bahan berjentera juga mengakibatkan pencemaran alam
sekitar.Ia akan menyebabkan berlakunya hujan asid iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan
air meruap yang akan membentuk SO2NO2.

40.40. ii Pencemaran nuklear Pengajian tentang nuklear telah menjadi agenda utama kritikal
evolusi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan negara maju berlumba-
lumba untuk memajukan senjata nuklear dan ada juga yang mendapat bekalan tenaga
nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak dapat dipisahkan.Jika berlaku perang nuklear
seluruh muka bumi dan sega isi kandungannya akan menghadapi kemusnahan.

41.41. 4 Kedudukan Nilai Daripada Perspektif Sains ModenSains adalah pengetahuan


mengenai duniafizikal,manusia dan masyarakat.Iaterbahagi kepada tiga bahagian iaitu
sainstulen,sains sosial dan sainsgunaan.Sehubungan ini sains gunaanmerupakan teknologi
yang membolehkanmanusia mencipta alat atau perkakas danrekaan-rekaan lain bagi
membantumanusia memenuhi hukum alam tabii.Iajuga boleh dilihat sebagaimana
kenyataanJ.Brronowski : " Sains merupakan rekaankonsep dan fakta yang
berlandaskankebenaran."

42.42. Nilai akan wujud apabila dibandingkansesuatu benda atau tindakan atau kualitisesuatu
bahan dengan pandangan ataupendapat golongan lain.Sistem nilaidipengaruhi oleh
keprcayaan,tamadun danamalan manusia dan ia berbeza mengikutkaum,agama dan
masa.MenurutJ.Bronowski lagi,nilai etika tidakmempunyai sempadan yang jelas,ia wujuddi
kalangan ahli sains,para artis.ahliteologis dan kelompok-kelompok manusiayang lain.

43.43.  Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan
unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat
memenuhi keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila
diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan
logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat
sarat dengan unsur-unsur etika.

44.44. Period sebelum Masihi,kebanyakan parafailasuf bersetuju bahawa tanpa


kewujudanunsure-unsur etika dalam sains,sudahtentunya falsafah Aristotle dan Plato
tidakdapat memenuhi keperluan masyarakatGreek purba.Kenyataan ini menjadi benarapabila
diperhatikan kehidupanmasyarakat Grek purba berlandaskankepada pengamatan deria dan
logik.Apabiladitinjau pandangan Plato danAristotle,didapati karya falsafah merekaamat sarat
dengan unsur-unsur etika.

45.45. Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yangluas meliputi
manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknyanilai dan etika pula merupakan suatu
pengukuran terhadapsesuatu dengan membuat perbandingan terhadapbenda,pandangan
manusia atau masyarakat.Apabila sesuaturekaan sains tercipta misalnya pancaran
radioaktifdiperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadaprekaan sains ini akan timbul
samada dari segimoral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihakmenyatakan bahawa
pancaran radioaktif itu membahayakanmanusia.Tetapi pihak lain pula
mempertahankanpenggunaannya demi membantu perkembangansosioekonomi negara.Di
sinilah timbulnya konflik mengenainilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains.

46.46.  Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi bahawa rekaan sains atau ciptaan
teknologi adalah penting bagi sesebuah negara yang sedang memacu perkembangan yang
pesat dalam sektor perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak perlu memikirkan
tentang aspek nilai yang berkait dengan rekaan sains atau teknologi itu.Kerajaan dan para
saintis usahlah memikirkan keuntungan material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa
mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta benda masyarakat,negara dan manusia
sejagat.Unsur etika patut diletakkan di tempat yang tinggi seiringan dengan inovasi sains dan
teknologi.Ini disebabkan pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai
seandainya penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains dan bukan kedua-dua aspek
tersebut secara serentak.

47.47.  Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan suatu pembaharuan atau reformasi
sains yang ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam bukunya The Structure of
Scientific Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan yang telah mencapai puncak
kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami anjakan secara revolusi ke sains
moden.Sehubungan ini para saintis seperti Kepler,Galileo,Francis Bacon,Descartes dan
Newton telah melakukan pelbagai spekulasi dan ujikaji yang menghasilkan implikasi besar
dalam dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang berakhirnya abad ke 20 muncul pula
perkembangan sains yang lebih radikal seperti bercambahnya penciptaan computer,robot
kerdikan buatan ( artificial intelligence ) dan penyelidikan serta penerokaan angkasa lepas.

48.48. Meskipun sains telah berkembang secara drastiksejak era revolusi sains tetapi fungsi
unsur-unsuretika dan nilai tidak berkembang pesat seiringandengannya,malah telah
merudum jatuh.Apa yangberubah ialah penilaian manusia terhadap etikaitu sendiri.Pada
dasawarsa mutakhir ini manusialebih cenderung kepada fahaman dan
alirankebendaan.Dalam konteks ini merekamementingkan keuntungan dan status
bukannyarekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalan-soalan yang bercelaru dalam pemikiran
parapeninjau sains moden.

49.49. Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaanmasih ada tempat di hati sanubari


komuniti sainskontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspekkemanusiaan dan moral dihayati
oleh para saintisdan failasuf moden baik di Timur mahupun diBarat ? Dengan kata-kata lain
boleh ditegaskanbahawa sains Barat moden berterusan mendokongnilai materialisme
dankonsumerismenya.Selanjutnya saintisme Baratmasih menguasai etika ilmiah dan
khidmat.Barattelah menjadikan sains sebagai ideologitunggangannya.

50.50. Moral Pengajaran DalamPendidikan Sains ModenPada hakikatnya sains dan teknologi
adalah disiplin ilmuyang menjadikan alam dan manusia sebagaiobjeknya.Justeru itu ia wajar
dikembangkan dandibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat Islamdengan
menjadikan sistem pendidikan Islam sebagaipemangkin yang membangunkannya.Sebaliknya
sistempendidikan global di negara-negara umat Islam masihberorientasikansistem pendidikan
kebaratan yangmempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskanumat Islam kea rah
krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagialiran rasionalisme masih menguasai pemikiran
sainskontemporari yang memencilkan pegangankeagamaan.Malah proses pencernaan sains
yangmembuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensidualisme dan sekularisme.

51.51. Daripada perspektif saintisme Barat,sistempengajaran mutakhir tidak


menjejaskanpengajaran sains.Sebaliknya sistem yang samaamat mencabar kewibawaan serta
keunggulansistem kepercayaan dan kebudayaanIslaqm.Situasi ini timbul disebabkan
pengajaransains moden menafikan pandangan semesta yangberpaksikan agama.Pendokong
sains modenberhasrat menjadikan disiplin sains bersifatobjektif dengan memutuskannya
daripadasebarang nilai dan kepercayaan atau peganganagama.

52.52.  Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut mengkritik metodologi sains
moden.Misalnya Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill and Process in Science
Education,A Critical Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains moden
berkecenderungan menjadi over specific" dan " restrictive. Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di
dalam bukunya,Communication and Identity, menggariskan : " The manace of scientism that
is largely psychological,not that of the scientific process.

53.53. 6 Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian Kontemporari Mengenai Sains di Malaysia
Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam sains bukan lagi satu fenomena ketokohan
Si Isaac Newton, akan tetapi teori deterministik Newton yang merujuk kepada fizik semata-
mata telah dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya Heisenberge dengan teori
relativitinya ( Heisenberges Uncertainty Principle ) yang dibentangkan pada tahun
1927.Heisenberge sebagai pendokong dan pengasas fizik kuantum telah membuktikan
dakwaan bahawa ketiaan Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan zaman.Malah
kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam semua aspek kehidupan manusia dan alam,akan tetapi
bahasa sains sudah tentu berbeza dengan stail bahasa agama.
54.54. Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein danDe Broglie mendekati kebenaran Tuhan
dalampentafsiran dan tentangan mereka terhadapfenomena sementara yang belum
diketahuimanusia,walhal ia berkemungkinan bersifatdeterministik.Sebenarnya teori hidden
variablesyang dikemukakan oleh Einstein dan para saintisBarat bukanlah sesuatu yang asing
dalam konsepketuhanan Islam.Angkubah-angkubah atauvariables yang dianggap tersembunyi
( hidden ) ituadalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dansamiyyat ( metafizika ) seperti Zat
AllahSWT,para malaikat,alam ruh,alam akhirat danlain-lain seumpamanya.

55.55. 7 Moral dan Etika Dalam Bioteknologi dan Kejuruteraan Genetik Isu teknologi
gabungan DNA ( asid nokliek Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut diperdebatkan
oleh para ilmuan Islam yang menghasilkan beberapa rumusan tentang keabsahannya
menurut syariah Islam.Islam menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam melaksanakan
proses kejuruteraan baka atau lebih khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya Islam menolak
pengklonan manusia dengan alasan : a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak lain
tidak berhak campurtangan dalam urusan penciptaanNya

56.56.  b pembikinan klon manusia akan mendatangkan kemusnahan kepada alam ciptaan
Allah c pengklonan manusia pula akan merosakkan system kekeluargaan d pengklonan
menyanggahi sunnah Allah yang menciptakan manusia dengan hikmah- hikmah yang
tertentu dan unik e pengklonan manusia melalui proses yang diluar batas hukum syarak
atau di luar institusi perkahwinan Islam yang mantap

57.57.  Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang melakukan kegiatan genetic
engineering untuk kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu untuk mencabar kuasa
Tuhan Yang Maha Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme Barat akan menimbulkan
krisis nilai dalam kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus meningkat berikutan
hubungan suci manusia melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan telah dihakis dan
dimusnahkan.Apabila situasi itu terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh undang-
undang kerana dunia sains semakin eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.

58.58. Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunyaScience and Belief Discources on


NewPerceptions telah membahaskan persoalanbiologi kontemporari yang berdepan
denganbeberapa pertimbangan nilai dan etika tentangsehingga sejauhmanakah teknologi-
teknologi yangberkaitan mengancam keadaan
berahsia( privacy ),kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudanmanusia,keseimbangan
pelbagai ekosistem sertafuturistic planet bumi.Beliau menampilkanpolemik antara golongan
yang memegang prinsiphormic dengan golongan yang mendokong konseppure chance
tentang menjelaskan mekanismekehidupan yang mempunyai implikasi besarterhadap
etika.Antaranya :

59.59.  a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA menghasilkan perbincangan tentang


keselamatan manusia b campurtangan manusia dalam proses kehidupan asas tentang
bentuk dan aturan struktur genetik c tentang pengawalan ekspresi gen ( control of gene
expressions ) d tentang proses pembezaan sel

60.60. Semua proses tersebut memerlukansatu disiplin dan etika yangtinggi.Para penyelidik
saintifik mestimemahami bagaimana sesuatu ituberlaku dan bagaimana iaberfungsi.Mereka
tidak bolehmengabaikan juga persoalan kenapasesuatu itu berlaku.Ini membabitkanpersoalan
yang melepasi dimensifizikal semata-mata.

61.61. PENGEMBALIAN SAINS KE PANGKUAN ISLAM Usaha terpenting umat Islam pada masa
kini ialah bagaimana amengembalikan semula sains kepada paksinya yang satu iaitu
agama.Antara rumusan untuk melaksanakan usaha-usaha murni kea rah pengIslaman sains
ini ialah : a Keharmonian agama dan sains,tiada pertentangan di antara kedua-duanya b
Terdapat proses pertumbuhan yang selari di antara agama dan sains di dalam sejarah dan
dalil-dalil menunjukkan agama mencetuskan kegiatan sains

62.62.  c Fakta yang relevan mengisyaratkan bahawa sains telah memantapkan lagi ajaran
agama dan demikian juga sebaliknya d Penampilan sains adalah dari cetusan agama malah
prinsip- prinsip dan fakta-fakta sains terdapat di dalam teks keagamaan

63.63. e Terdapat stimuli dan stigma dari falsafah ketuhanan yang menjadi mekanisme
kepada eksperimen sains.Justeru itu agama membentuk pemangkin kepada sains dengan
rujukan kepada suruhan dan ajaran Tuhanf Hubungan sains dan agama dari segi fungsinya
adalah untuk mencapai kebahagiaan manusia

64.64. SEKIAN. TERIMA KASIH 04/08/13‫والسلم‬


Kejuruteraan Genetik : Di Mana
Batasannya
Written by Abu Bakar Bin Yang. Posted in Artikel
Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di
antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai
sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini,
masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang
menentang.

Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal
perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu
pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi
sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai
anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah
Bayi Tabung Uji.

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk
menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan
binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti
penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging,
kulit dan juga kecantikan.

Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai
jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah
dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman
Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;

yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu
untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh
mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."

Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah
merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada
manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup
sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.

Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat
kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen
yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan
benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh
manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri
ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah
kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.

Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang
canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka
manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri.
Maka timbulah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang
lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik
sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar
dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.

Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis
binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata
untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya
binatang, juga dilarang di dalam Islam.

Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains
untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan
tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.

Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan
kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan
dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak
timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak
orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan
baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini
adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya
dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah
menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan
yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.

Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah
kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang
mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk
mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai
perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.

Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan
dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga
keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah
semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7128-kejuruteraan-genetik-di-mana-batasannya

2. Teknologi atau kejuruteraan genetik dapat diertikan dengan pengubahsuaian genetik


sesuatu organisma. Sains dan teknologi merupakan satu bidang ilmu yang digalakkan dalam
Islam kerana membantu umat Islam untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Tapi
perlulah.. Bersumberkan: Naqli- Rujukan kepada al- Quran dan al- Sunnah Aqli- akal yang
waras
1.3. Dari segi sains dan teknologi:  Etika bio merupakan pengajian moral dalam bidang
biologi yang melibatkan benda - benda yang bernyawa.  “ Etika” bermaksud pengajian
moral.  “Bio” adalah singkatan bagi perkataan biologi. Bertujuan :  ubudiyah ( objektif dan
tujuan yang jelas iaitu untuk membesarkan serta membuktikan keagungan dan kehebatan
Allah sebagai pencipta dan pemilik alam semesta ini.  Tidak bercanggah dengan syariah
Rukiah Mohamad ( Iktisar Pengenalan Sains dan Teknologi Islam ), Mashi Publication Sdn.
Bhd., muka surat 95.

2.4. Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Islam Membantu dalam pelaksanaan syariat
Memenuhi tuntutan agama Membolehkan manusia memahami alam Mampu menghasilkan
inovasi

3.5. Teknologi Genetik :  Bayi Tabung uji  Pengklonan  Ibu Tumpang


4.6. Definisi : Persenyawaan atau percantuman antara benih lelaki iaitu sperma dengan sel
telur perempuan iaitu ovum di luar rahim.(IVF: in vitro fertilization).  Konsep bagi bayi tabung
uji bukannya bermakna kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga menjadi bayi di dalam
tabung uji.  Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja yang berlaku di luar tubuh.
Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya berlaku di dalam rahim

5.7. Kaedah Rawatan Bayi Tabung Uji Persenyawaan Luaran Persenyawaan dalaman
6.8.  Persenyawaan dalaman  Benih suami dan telur isteri bergabung dengan kaedah
persenyawaan biasa. Hukum bagi kaedah ini adalah harus.  Telur daripada lelaki asing
bergabung dengan telur perempuan yang sudah bersuami. Cara ini adalah haram

7.9.  Persenyawaan luar  Disemaikan benih suami suami dengan telur isteri di luar. Semaian
itu kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri dan berlaku kehamilan seperti biasa. Cara ini
adalah harus.  Disemaikan benih suami dengan telur perempuan lain. Semaian itu
dimasukkan ke dalam rahim isteri dan berlaku kehamilan seperti biasa. Cara ini haram. 
Disemaikan benih dengan telur dari sepasang suami isteri dan dimasukkan ke dalam rahim
perempuan yang tiada kaitan pernikahan. Cara ini adalah haram.  Disemaikan benih dan
telur dari orang asing dan dimasukkan ke dalam rahim seorang perempuan yang sudah
bersuami. Cara ini adalah haram

8.10. Kebaikan Keburukan Penemuan baru yang boleh membantu manusia dalam kehidupan
Alternatif yang sah bagi mengantikan kaedah klon Dapat menghasilkan bayi yang normal
Penyalahgunaan kaedah dengan menggunakan benih orang lain atau haiwan Kaedah ini akan
digunakan untuk tujuan komersial bukan satu bantuan kepada manusia Tanggapan orang
ramai terhadap anak-anak tersebut lebih kepada positif

9.11.  Definisi Pengklonan : Replika atau pendua (fotostat) daripada sesuatu organisma.
Kebiasaannya menyamai atau hampir sama dengan organisma asal (penderma) dan turut
membawa ciri-ciri (DNA) ibu tumpang.  Melibatkan bahagian terkecil dalam benda hidup
Contohnya Molikul Asid Nukliek Deoksiribosa (DNA)  Merupakan suatu prosedur yang
mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa
pembiakan seks ataupun meiosis. Menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba
serupa dengan induknya daripada segi genetik mahupun fizikalnya. PENGKLONAN

10.12. Mengapa klon haiwan perlu dilakukan ? Menyelamatkan spesies haiwan yang hampir
pupus terancam. Untuk menghasilkan spesies yang lebih sihat, lebih produktif serta dapat
meningkatkan pendapatan ekonomi. Pengklonan ke atas haiwan untuk tujuan perubatan.

11.13. Terdapat 3 kaedah yang diterima pakai dalam proses pengklonan haiwan:
1.Memisahkan set daripada embrio Telur yang disenyawakan oleh sperma akan membahagi
kepada lapan bahagian dan ia akan dipisahkan. Set tersebut akan diimplan kepada lapan ibu
yang kemudian menghasilkan lapan individu klon. 2. Teknik Roslin Iaitu teknik yang sama
yang digunakan untuk menghasilkan Dolly oleh Dr. Ian Wilmut dari Roslin Institute di
Scotland. Teknik ini telah digunakan oleh Hans Spemann pada tahun 1920 yang melakukan
penyelidikan genetik. Ia merupakan detik penting dalam sejarah pengklonan yang
membuktikan ia boleh dilakukan ke atas haiwan dewasa. 3. Teknik Honolulu Dicipta oleh dua
pelajar dari Universiti Hawaii, Teruhiko Wakayama dan Ryuzo Yanagimachi pada Julai 1998.
Mereka mengklon tikus ( haiwan yang paling sukar diklon )dengan kadar kejayaan yang lebih
tinggi iaitu 3: 100 berbanding Ian Wilmut.

12.14. Kebaikan Bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk
meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Pengklonan dalam tumbuhan melibatkan
pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungan serta boleh
dilakukan pada bila-bila masa. Menjamin keseragaman baka yang baik ; spesies daripada
baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatan mutu hasil tanaman.

13.15. Keburukan Pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal maka jika
persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah. Klon
tidak menunjukkan variasi dari segi genetik.

14.16. 1) Khinzir Sebagai Penderma Sekumpulan saintis dari Universiti Missouri di Columbia
berusaha mengklon khinzir yang telah diubah suai genetik atas tujuan penghasilan organ.
Memandangkan krisis kekurangan organ manusia agak parah maka organ daripada khinzir
dilihat sebagai pilihan yang amat sesuai. Ini adalah kerana saiznya yang hampir menyamai
manusia yang secara tidak langsung memudahkan proses pernyambungan salur darah. Selain
itu, kadar pembiakan khinzir yang cepat memberikan prospek bekalan organ yang banyak.
Tetapi masalah tetap wujud disebabkan oleh kehadiran molekul gula yang menyelaputi organ
khinzir. Akibatnya terjadilah penolakkan sistem imun tubuh manusia terhadap organ yang
dipindahkan.

15.17. 2) Klon Monyet Tunggal Saintis di Health Services University di Oregan telah mengklon
monyet yang dinamakan sebagai Netti dan Ditto. la merupakan kejayaan tunggal kerana
cubaan untuk mengklon gorila dan campanzi tidak berjaya dilakukannya. 3) Dolly Dan Polly
Dolly menjelma daripada teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan satu-satunya hasil
daripada 277 percubaan dengan 29 bejaya tiba ke peringkat pembahagian sel diikuti dengan
13 biri-biri yang bunting dan akhimya seekor sahaja yang selamat melahirkan anak iaitu Dolly.
Manakala yang lain gugur atau mati sebaik saja dilahirkan. Selepas Dolly, muncul pula Polly
yang mempunyai gen manusia, faktor IX - sejenis protein yang diperlukan untuk membekukan
darah.

16.18. Hukum pengklonan pembiakan manusia adalah HARAM


17.19. SEBAB KENAPA PENGKLONAN MANUSIA DIHARAMKAN Menyebabkan wujudnya
pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadikan manusia Lebih dilihat kepada usaha
manusia untuk bertindak di luar daripada peraturan Perbuatan pengklonan akan
menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa Membuatkan seorang wanita tidak
memerlukan lelaki Pengklonan manusia akan mengganggu sistem keturunan dan kesucian
sistem kekeluargaan.

18.20. Subhanallah, akibat membatasi kekuasaan Allah S.W.T …


19.21. Antara proses pengklonan yang berjaya dibuat oleh manusia.. Bebiri + Khinzir Copycat
20.22. DEFINISI:  Ibu tumpang ialah wanita yang mengandungkan benih wanita lain (ovum)
yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma),  kemudian dimasukkan ke dalam
rahimnya sehingga melahirkan anak.  Kemudian bayi tersebut dipulangkan kepada wanita
yang menyumbang ovum dengan pasangannya, kebiasaannya dengan jumlah bayaran
tertentu. HUKUM  Haram bagi umat islam! Berikut merupakan indikasi bagi ibu tumpang: •
keguguran yang berulang • ketiadaan uterus • status kesihatan yang boleh mengancam
nyawa sekiranya wanita tersebut mengandung.

21.23. PROSES IBU TUMPANG Bagi pasangan yang ingin melakukan kaedah ibu tumpang ini
mereka perlu menjalani rawatan sehingga embrio terbentuk dan sedia untuk dipindahkan.
Embrio hasil persenyawaan in vitro antara sperma dengan ovum suami isteri tersebut
dimasukkan ke dalam uterus ibu tumpang. Sebelum pemindahan dilakukan, doktor akan
memberi terapi hormon kepada ibu tumpang unuk memastikan endometrium bersedia untuk
menerima embrio. Sekiranya kitar haid ibu tumpang tidak dapat diselaraskan dengan ibu
kandung, embrio tersebut akan dipindahkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan. Jika
penempelan berlaku, ibu tumpang akan hamil dan seterusnya melahirkan seorang bayi. Bayi
ini akan dipulangkan kepada pasangan suami isteri tersebut

22.24. Jenis-Jenis Tumpangan Terdapat tiga jenis utama dalam kaedah ibu tumpang: 1) Ibu
yang meminjamkan rahimnya akan menyediakan telur.Dalam keadaan ini sperma lelaki
(suami) akan dipindahkan ke dalam rahim penderma rahim melalui kaedah permanian
beradas.Dalam kes sebegini pasangan wanita (isteri) tidak mempunyai hubungan genetik
langsung dengan anak yang dilahirkan. 2) Keadaan yang sering dilakukan adalah kedua-dua
pasangan menyumbangkan gamet (telur dan sperma).Dalam kes ini kaedah IVF digunakan
kemudian gamet atau embrio dipindahkan ke ibu tumpang. 3) Lelaki (suami) akan
menyumbangkan sperma tetapi ovum akan diperolehi dari bank ovum.

23.25. Keburukan Kebaikan Menggembirakan pasangan suami isteri dan memberi


kebahagiaan Membantu keluarga yang bermasalah mendapatkan zuriat. Membawa masalah
dan mengundang kecelaruan nasab atau keturunan. Boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan sesama keluarga ataupun orang yang terlibat dalam proses melakukan kaedah
ibu tumpang tersebut.

24.26. Apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut
batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Justeru, etika Islam amat penting dalam
melakukan kajian dan menggunakan teknologi berdasarkan prinsip melakukan yang ma’ruf
dan menjauhi yang mungkar. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya : 'Dan Dialah yang
menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian
keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang
dikehendaki- Nya).’ ( Surah Al-Mukminun : 12-14 )

Anda mungkin juga menyukai