Anda di halaman 1dari 14

Bab 1: Sains dan

Teknologi Dalam Islam

Dalam bab ini, pelajar akan memahami:


1.

Konsep sains dan teknologi

2.

Ciri-ciri sains Islam

3.
4.

Maksud sains
Maksud teknologi
Kedudukan sains dan teknologi dalam Islam
Perbezaan sains Islam dengan sains barat

Kepentingan sains dan teknologi dalam


Islam
Kesan Pengabaian sains dan teknologi
dalam Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI


MAKSUD SAINS
Dari segi bahasa,
bahasa sains berasal dari perkataan
scientia yg bermaksud tahu.
Sains Moden/ Sains Barat bermaksud satu cabang
ilmu pengetahuan yg mengkaji himpunan
pernyataan yg terbukti, atau fakta-fakta yg dicerap
dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam
bentuk hukum-hukum umum.
Sains Islam pula adalah merujuk kepada disiplin
ilmu yang bersumberkan wahyu dan intelek,
mempunyai hubungan dengan metafizik dan
mempunyai prinsip yg selari dengan ajaran Islam.

Takrif

sains Islam adalah lebih luas


berbanding istilah sains yang difahami
kini.
Istilah sains dalam budaya Islam berkait
rapat dengan konsep ilmu yang membawa
erti literal sebagai ILMU.
ILMU pula bermaksud ketibaan makna ke
dalam diri seseorang (S.M.N. Al-Attas)
Ilmu berbeza dengan maklumat kerana
ilmu mesti memberi MAKNA kepada diri
seseorang, tetapi maklumat tidak
semestinya memberi makna.

MAKSUD TEKNOLOGI
Dari

segi bahasa

Berasal

dari perkataan Yunani techne yg


bermaksud seni atau kerja tangan.

Dari

segi istilah

Merujuk

kepada ilmu yg bersifat praktikal,


berbeza dengan sains (bersifat teoritikal)
Ilmu praktik/ teknik yg membolehkan manusia
membuat sesuatu perubahan yang
bermanfaat ke atas alam tabie.
Biasanya dikaitkan dgn proses industri dan
kejuruteraan.

Teknologi dalam Islam:


Istilah yg digunakan adalah sinaah, iaitu
pengetahuan yg berhubung dgn teknik
menggunakan/mengaplikasikan
pengetahuan sains.
Bertujuan memberi kemudahan dan
kemakmuran kepada manusia
Teknologi yg memberi manfaat, tiada
unsur kerosakan.
Tidak terkeluar dari etika serta prinsip
Islam.

Kedudukan sains dan teknologi


dalam Islam

Sains dalam Islam merangkumi dua kefardhuan:


1.
2.

Fardhu Ain (sains transmisi)


Fardhu Kifayah (sains intelek)

Sains dan teknologi termasuk dalam bidang sains


FARDHU KIFAYAH yg memberi sumbangan besar
dalam menyempurnakan sains fardhu ain.

Cth: Ilmu falak penting untuk mengetahui waktu mula


dan berakhirnya puasa. Puasa adalah ilmu fardhu ain
manakala ilmu falak adalah ilmu fardhu kifayah. Ilmu
falak dalam konteks ini akan menyempurnakan
pelaksanaan ibadat puasa.

CIRI-CIRI SAINS ISLAM


1.

Keagamaan

2.

Menerima wahyu sbg sumber ilmu


Bersifat Rabbani menghubungkan sains
dengan Allah sbg Pencipta dan Penyebab yg
pertama
Terikat dgn batas-batas hukum dan etika
Sebagai satu cara pengabdian kpd Allah

Saintifik

Bersifat objektif, rasional, empirikal dan sintesis

3.

Universal

4.

Sepadu

5.

Disumbangkan oleh Muslim dan non-Muslim


Merangkumi pelbagai bangsa, budaya dan
lokasi
Tidak memisahkan antara cabang-cabang ilmu
Kajian yg menyeluruh
Kajian alam fizik tidak terpisah dari metafizik

Harmoni

Tidak bercanggah antara sains dan agama


Kajian menuju kepada matlamat mengabdikan
diri kepada Allah Taala.

Perbezaan sains Islam (SI) dengan


sains barat atau sains moden (SM)
1.

2.

3.

SM terbatas kepada sains tabie (pure


science) manakala sains Islam meliputi
pelbagai disiplin ilmu
Metodologi SM terbatas kepada kaedah
empirikal, logikal dan matematikal sematamata, manakala metodologi SI memperakui
juga kaedah yg bukan empirikal seperti
ilham, gnostik (makrifah) dan kasyf
SM tidak memartabatkan agama atau
ketuhanan, manakala SI memartabatkan
agama di tempat tertinggi.

4.

5.

SM terbatas kepada alam nyata sahaja,


manakala SI tidak terbatas kepada alam
nyata yg dapat dilihat atau dipegang
sahaja.
SM bersifat kebendaan dan sekular
manakala SI menitikberatkan nilai-nilai
sosial dan moral serta tidak
mengasingkan sains dari agama

Kepentingan S&T dalam Islam


Merealisasikan
Membantu

Mendorong

bertafakkur

penghayatan Tauhid

manusia mengenali Pencipta

manusia supaya berfikir/

Mencari

jawapan kepada pelbagai persoalan


dalam kehidupan

Membantu
Cth:

dalam pelaksanaan syariat

penentuan arah qiblat dan waktu solat

Mengukuhkan

keseimbangan alam

Sistem

ekologi alam yg seimbang


Seimbang dari segi rohani dan jasmani
Memudahkan

urusan kehidupan manusia

Kesan Pengabaian sains dan


teknologi dalam Islam

1.
2.
3.
4.
5.

Umat Islam akan menjadi mundur dari


sudut teknologi.
Terpaksa bergantung kepada barat/kuasakuasa asing
Ilmu pengetahuan dan penyelidikan tidak
berkembang
Mudah dijajah dari segi politik, ekonomi
mahupun pemikiran
Umat Islam akan dipandang rendah dan
selalu diperlekehkan.

Sudahkah anda memahami konsep sains


dan teknologi dalam Islam?
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat?

Anda mungkin juga menyukai