Anda di halaman 1dari 35

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3]

Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam


dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan
TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM
DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1

Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan


kejuruteraan
3.1.1

Bi
l
1

Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam


sains teknologi dan kejuruteraan [ILO]

Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang


memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi
makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]

ii

Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala


hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat
manusia melalui Rasulullah saw.

iii

Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai


sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus
hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi
nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air,
manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat
bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan
hidup di dunia dan akhirat.

Prinsip Syariah
Rabbaniah
[Ketuhanan]

Huraian

Prinsip yang pertama ini menjelaskan


syariah Islam adalah dicipta dan
disusun oleh Allah swt.
Segala kandungannya yang meliputi
aspek aqidah, ibadat dan muamalat
adalah secocok dengan keperluan
manusia.
Alam yang terbentang luas dengan
segala khazanah di dalamnya boleh
diterokai dengan mematuhi peraturan
Allah swt.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Wasatiah
[Kesederhanaan]

Tawazun
[Keseimbangan]

Seluruh ciptaan alam adalah milik


Allah swt. Maka kita sebagai khalifah
tertakluk
kepada
peraturan
alam
milikNya. Setiap kajian dan ciptaan
hendaklah
menjurus
kepada
pengabdian diri kepada Allah swt dan
menginsafi keagunganNya.
Para saintis, teknokrat dan jurutera
tertakluk kepada prinsip ketuhanan
dan
bermatlamatkan
kemakmuran
sarwajagat.
Kesederhanaan dalam syariat adalah
memberi
makna
segala
hukum
hakamnya adalah bersifat sederhana.
Tidak ekstrem kepada yang berlebihan
atau berkurangan.
Boleh
berlaku
perubahan
dan
penyesuaian
tertentu
pada
pelaksanaan
hukum
mengikut
keperluan yang tertentu. Contohnya
solat
fardu
hendaklah
hendaklah
dilakukan secara berdiri. Diberikan
kelonggaran untuk duduk bagi yang
sakit.
Wasatiah
juga
memberi
makna
pertengahan antara dua perkara.
Mengambil
tindakan
antara
dua
kecenderungan.
Contohnya
antara
kaya dan miskin. Maka mengambil
pendirian sederhana dalam mencari
harta lebih diutamakan.
Keseimbangan
dalam
syariat
bermaksud
segala
kandungannya
adalah mengimbangi antara keperluan
manusia di dunia dan akhirat.
Contohnya manusia diminta untuk
mencari rezeki bagi menyara hidup diri
dan keluarga. Dalam waktu yang sama
rezeki
tersebut
hendaklah
dicari
secara
yang
halal,
baik
dan
dilaksanakan secara paling terbaik.
Impaknya
dia
akhir
bulan
gaji

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Mizan
[Kesetaraan]

Tetap & Anjal


[Mutlak & Murunah]

diperolehi,
pahala
diganjari
dan
pengurusan kerja dihargai.
Keseimbangan ini menuntut saintis,
teknokrat dan jurutera mengimbangi
keperluan manusia di dunia bagi
menjadi bekalan di akhirat nanti.
Kesetaraan dalam syariat terlihat
dalam
hukum
hakam
yang
memberikan nilai yang selayaknya
bagi sesuatu perkara.
Kesetaraan dalam syariat menuntut
agar
segala
tindakan
yang
dilaksanakan
hendaklah
meraikan
keperluan dunia dan akhirat.
Kesetaraan dalam syariat menuntut
agar setiap perkara yang dilaksanakan
perlu ditimbang agar hukum-hakam
tidak menjadi korban atas nama
penyelidikan dan pembangunan.
Setiap
perkara
yang
dilakukan
hendaklah mengambilkira item-item
yang
digunakan
benar
menurut
sukatan atau had yang ditentukan oleh
syariat.
Tetap dan anjal menurut syariat
terlihat dalam aspek hukum hakamnya
tetap untuk semua zaman dan umat.
Tiada berlaku sebarang perubahan
hukum seperti pengharaman arak.
Namun begitu, pengharamannya boleh
dikecualikan
atau
digugurkan
seandainya ada keperluan yang syari
untuk menggunakannya. Contohnya
arak terpaksa digunakan untuk tujuan
perubatan. Kelonggaran ini boleh
berlaku seandainya tiada pilihan lain
bagi
mengubati
penyakit
yang
merbahaya.
Kemutlakan dalam hukum diperlukan
bagi memelihara kesucian prinsip
syariat dan keanjalan wajar dilakukan
bagi meraikan sifat kehidupan manusia

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

yang sentiasa berubah dan dinamik.

3.1.2

Menerangkan peranan Syariah Islamiah dalam


Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Memelihara Agama
Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta
pelaksanaannya.
Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah
sebelum berlaku.
Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan
siksaan dan didikan akan dilaksanakan.
Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan
mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains
teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada
memelihara agama.
Pembinaan
bangunan
yang
dilengkapi
dengan
kecanggihan
peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt
dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.
Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam
adalah termasuk jenayah hudud.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Memelihara Maruah
Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri
merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.
Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan
hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat.
Tindakan yang membelakangkan maruah
kerosakan dan kemusnahan yang besar.

boleh

mengundang

Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan


menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah
agama.
Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya
berpunca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera
terhadap nilai maruah manusia
Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius
terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan
maruah seseorang

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Memelihara Nyawa
Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi
keutamaan untuk dipelihara
melaksanakan tanggungjawab
khalifah.
Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan
oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke
atas pembunuh di bawah kes qisas.[Al-An'am : 151]
Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh
menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan
segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan
nyawa
manusia
dengan
mengkanunkan
hukum-hukum
pencegahan.
Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan
membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang
boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia
mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan
kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil
makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat.
Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan
menyihatkan nyawa manusia..

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

merosakkan ketajaman minda.


Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut
penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda.
Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian,
kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat
Islam.
Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan
ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang
sama kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal.
Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang
dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan
buruk pada akal manusia.

Memelihara Keturunan

Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan


apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan
samada secara langsung atau tidak, seperti :

Liwat
Istimna' - Onani
Musahaqah - Lesbian
Mendedahkan aurat
Berdua-duan lelaki dan wanita
Zina atau tuduhan melakukan zina
Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang
bukan mahram
Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan
atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita,
gambar atau filem lucah
Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam
kes-kes hudud atau ta'zir
Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi
memelihara keturunan manusia

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Memelihara Harta
Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk
perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau
kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan
menspekulasi pasaran modal.
Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap
muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul
mepunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.
Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya.
Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan
segala tindakan ke arah itu.
Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta'zir
menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini.
Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga
membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.

3.1.3

Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah


dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Utamakan Yang Utama

Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan


sesuatu perkara.

Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah


sangat diutamakan.

Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.


Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

Mengutamakan kepentingan ramai


daripada kepentingan individu.

Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah


memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah.

Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan


keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan
kemahsyuran.

Pelaksanaan sesuatu
perkara
hendaklah
merujuk
kepada
mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

adalah

wajar

didahulukan

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam.


Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang
udara untuk tujuan pengimarahan alam.

Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan


kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan
dan kemaslahatan hidup manusia.

Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk


menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati
peraturan dan etika Islam.

Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia,


sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang
bercanggah dengan syariat.

Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan


moden
hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses
mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah
mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut bumi yang
menjadi punca berlakunya tsunami.

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

10

Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan


mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan
adab dalam membangunkan alam.

Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus


dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam
pelaksanaan setiap proses kerja.

Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya


mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.

Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada


ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam.

Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan


manusia dan pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk
memilih kemudaratan yang minima.

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah


keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia.

Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk


menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam
mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu
adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang boleh
membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada
zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina
dan lahirnya anak luar nikah.

Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah


mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula
hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia
apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.

Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis,


teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian
prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar
serta pengorbanan masa yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan
aspek pencegahan sebelum bertindak.

adalah

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

menjadi

11

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di


sisi Allah swt tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua
pelaksanaan hidup manusia.

Syariat adalah peraturan Allah swt untuk dijadikan panduan hidup


bagi mengundang rahmat dan berkat.

Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan


keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan
pembangunan material sesebuah negara.

Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah


mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan
penyelidikan.

Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh


perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak
syariat.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

12

3.2

Memahami etika Islam dalam Sains Teknologi dan


Kejuruteraan
3.2.1

Menerangkan prinsip Etika Islam dalam Sains


Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Etika
Moral
Akhlak

Etika bermaksud tingkahlaku yang baik


dan hidup yang bahagia
Satu pakej panduan mengurus sesuatu
perkara secara terbaik

Berasal dari bahasa latin Moralitas


Memberi maksud tingkahlaku yang baik
Konsep baik dan buruk ditentukan oleh
agama, budaya dan adat sesebuah
bangsa
Berasal dari Bahasa Arab Khuluq
Memberi maksud tingkahlaku yang
baik yang menjadi amalan hidup
Konsep baik dan buruk ditentukan
oleh agama dan tetap

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

13

3.2.2

Membincangkan perlaksanaan prinsip etika


Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

14

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan


kejuruteraan yang memberi manfaat kepada
keselesaan manusia
-Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan
berlakunya kerosakan akhlak manusia.
-Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi
alpa daripada tugas sebagai hamba
-Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia
daripada merosakkan alam.
-Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera
melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.

Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan


yang memberikan nilai tambah kepada
peningkatan kualiti
-Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil
atau profit .
-Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup,
kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan
mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.
-Meningkatkan
kualiti melalui penggunaan
nuklear
bagi
menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan
menghapuskan bakteria.
-Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk
kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.

Penghasilan dan penggunaan teknologi dan


kejuruteraan untuk tujuan rawatan
-Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia
perubatan bagi tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi
tujuan menyelamatkan nyawa.
-Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel,
teknologi genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi
memberikan kesempurnaan atau mengembalikan fungsi.
-Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan
untuk mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

15

Melakukan eksperimen dengan bijaksana


tanpa niat jahat
-Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan
kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada
nilai manusia, flora dan fauna.
-Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian
alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
-Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang
bakal mengesani kehidupan ekosistem manusia, flora dan
fauna.
-Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah
swt dan mengubah identiti adalah dilarang.

Keperluan mempertahankan dan memelihara


agama, bangsa dan negara
-Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara
sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan
manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian,
ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa
dan negara.
-Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat
sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan,
rekaan dan teknologi.
-Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu
suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen
untuk melakukan kerosakan.

Menghubungkan semua kegiatan dengan alam


metafizika
-Para
saintis,
teknokrat
dan
jurutera
hendaklah
menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam
metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran
merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
-Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah
berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam
berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya
pencipta.
-Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran
menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis,
teknokrat dan jurutera.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

16

MEMAHAMI KAEDAH
KEJURUTERAAN
4.1

FIQH

DALAM

SAINS

TEKNOLOGI

DAN

Memahami Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan


Kejuruteraan
4.1.1

Menerangkan

pengertian

Kaedah

Fiqh

[ILO]

Kaedah

Fiq h

B ahasa
:
Ta p a k , a s a s
ru m a h d a n
p r in s ip .

4.1.2

B ahasa :
su a tu
k e fa h a m a n

K a e d a h Fiq h

K o le k s i
kaedah
u ta m a
yang
b e r s ifa t
um um
bagi
m e n y e le s a
ik a n is u - is u
te rte n tu

Membincangkan peranan Kaedah Fiqh


dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk


digunapakai kepada persoalan sains teknologi
dan kejuruteraan

Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk


digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan
penyelidikan.
Setiap persoalan yang baru dalam kajian sains teknologi dan
kejuruteraan boleh dirujuk kepada kaedah fiqh bagi
menentukan hukumnya

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

17

Membantu manusia khususnya para saintis,


teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan
persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi
dan kejuruteraan

Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera


mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan.
Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani
melalui panduan kaedah ini bagi menjadikan operasi dalam
penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.

Menyediakan keperluan hukum-hukum yang


menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam
sains teknologi dan kejuruteraan

Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat


sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan atau sampingan
yang timbul dalam sains, teknologi dan kejuruteraan

4.1.3
Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh
yang bertepatan dengan Sains Teknologi dan
Kejuruteraan [ILO]

Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada


Tujuannya

1. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada


pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi
amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.
2. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan
tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

18

Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat


dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.
3. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar alKhattab yang bermaksud :


"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan
sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk
kepada apa yang diniatkan".

Maksud Niat & Kepentingannya


1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan
sesuatu perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,
berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah kepada
seseorang atau kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang
samada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh,
mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap
seronok beramal, mendapat balasan syurga atau mendapat status
reda Allah swt.

Perbincangan Kaedah
1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah swt tidak perlukan
niat kerana ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagi
penentuan klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi
membezakan dengan solat sunat atau niat solat zohur bagi
membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti
nazar dan kaffarat atau sunat contohnya puasa.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

19

4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi


tujuan mencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah swt dengan
memenuhi syarat-syarat berikut :
i. Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan
menepati syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar
yang boleh memudahkan dan membantu kerja manusia.
ii. Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai
matlamat di atas hendaklah disusun dengan baik dan
menepati kualiti syarak dan semasa. Contohnya menghasilkan
sistem pengurusan yang mampu menjadikan kerja tersusun
dan efektif.
iii. Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang
penting sebagaimana yang diminta oleh tujuan syariat.
Contohnya menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi
keutamaan dalam menghasilkan kenderaan berbanding untuk
tujuan keuntungan.

Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan


Syak


1. Kaedah ini menjelaskan
keyakinan
pada sesuatu perkara tidak boleh
diubah kerana sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh
berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah
keyakinan asal. Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia
berada pada rakaat kedua dalam solat zohur, maka tiada sebab dia
perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohurnya.
Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua
atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya
yang asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.
2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar
pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud
ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.
3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang
tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan
syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
4. Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah swt
dalam surah Yunus : 36.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

20

Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu


sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat
memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran.

Perbincangan Kaedah
1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa
pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber
yang jelas dan tiada keraguan padanya.
2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan
oleh syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguangangguan yang datangnya daripada kelemahan diri dan dibantu
dengan dorongan jahat syaitan menjadikan sesuatu perkara tidak
pasti. Inilah punca pendirian manusia kerap berubah dan berlakunya
pergeseran sesama manusia.
3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah ini
menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar
mampu menghasilkankeputusan dan tindakan yang benar dan
penuh keyakinan.
4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan
atau cuba untuk memperdayakan saintis dengan hasutan
kebendaan, kemahsyuran dan keuntungan pasti menjadi kekangan
mereka menghasilkan rekaan, ciptaan dan penyelidikan yang
terbaik.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa
segala usaha mereka adalah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk
memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di
samping itu hasil kerja mereka dapat memberikan impak terbaik
bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan


Keringanan
Sains teknologi dan
kejuruteraan dalam Islam AA203 21

1. Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan


dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan
kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
2. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan barlaku dalam melaksanakan
kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi
terlaksananya kewajipan tersebut.
3. Contohnya puasa dalam bulan ramadan tidak dapat diteruskan
kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan
seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk
tidak berpuasa.
4. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman
Allah swt dalam surah al-Baqarah : ayat 185

Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan


dan susah payah dalam perkara agama

Perbincangan Kaedah
1. Antara kesukaran yang boleh menjadi
kemudahan dan keringanan ialah :-

sebab

berlakunya

i.

Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada
kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh
dan orang yang tidur sehingga ia sedar.

ii.

Jahil
Kejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya
kewarasan biasa sebagai seorang manusia. Atau kejahilan
juga bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar.
Namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara
tersebut.
Sakit

iii.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

22

Kesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk


memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan.
Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum
kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia
berwuduk.
iv.

Musafir
Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik,
dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu
andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran
baginya. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk
melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat
fardu secara penuh.

v.

Kelupaan atau terlupa


Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau
apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa
tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi
seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa.

vi.

Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur
memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk
menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.

vii.

Umumul Balwa
Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh
dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya
percikkan tanah merah yang mengenai pakaian.

2. Konsep Rukhsah [Kelonggaran] yang dibenarkan oleh syarak


merangkumi perkara-perkara berikut :i.

Pengguguran
Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh
dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan
puasa ramadan disebabkan kesakitan yang berat.

ii.

Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku
apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu
perkara. Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu
empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

23

iii.

Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh
diganti
dengan
sesuatu
yang
lain.
Contohnya
bertayyammum untuk menggantikan wuduk.

iv.

Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara
pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu.
Contohnya solat asar dalam waktu zohur atas sebab musafir.

v.

Penangguhan atau melewatkan


Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat
apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran.
Contohnya melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas
sebab bermusafir.

Perbincangan Aplikasi Kaedah

1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan adalah


tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan tujuan-tujuannya.
2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian bagi
saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut :i.

Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses


penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang
membolehkan rukhsah terpakai.

ii.

Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan


manusia haruslah menjadi keutamaan untuk
menggunapakai konsep rukhsah.

iii.

Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila


sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di
dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.
Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk
kerukhsahan adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran
tersebut masih berlaku.

iv.

v.

Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala


bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi
mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

24

vi.

Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan


waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes yang
boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah,
keturunan dan harta manusia.

vii.

Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima


diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera dalam
menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan kerelevanan
sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan hendaklah benar lagi
tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran.

Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan


1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang


menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan
manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal
dan harta.
2.

Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah saw yang


dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-


Maksudnya Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan
membalas sesuatu dengan kemudaratan.
3.

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa


kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam
sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas
kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh
memberikan kemudaratan.

4.

Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak buruk


atau negatif menurut perspektif agama di samping sedikit sistem
nilai dan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan
dan prinsip syariat.

5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu


kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini akan
mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia. Fesyen
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

25

pakaian yang pelbagai merupakan suatu kemaslahatan kepada


konsep menghayati kecantikan dan keindahan. Namun begitu,
fesyen pakaian yang boleh memudaratkan pandangan, perasaan,
akal dan hati walaupun masyarakat mengiktiraf fesyen tersebut,
dianggap haram oleh Islam.

Perbincangan Aplikasi Kaedah

1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan


adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Kemajuan
sains, teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan
manusia menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui
norma kehidupan biasa.
2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari ini
telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi dan
kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran
dan kemudaratan dalam hidup manusia.
3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada menjadi
dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan ICT.
Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan tersebut
telah dihapuskan. Malah kehidupan manusia bertambah maju dan
selesa.
4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan
kawalan iman dan akhlak menyebabkan kecanggihan tersebut
telah disalahguna untuk mengaut keuntungan. Kerosakan akhlak
dan krisis amalan untuk bekalan selepas mati telah menerjah
masuk dalam hidup manusia. Akibatnya ciptaan teknologi dan
kejuruteraan sekadar memudahkan sementara hidup manusia,
sedangkan daya fikir serta kos membendung dan merawat
penyakit yang timbul daripadanya berganda-ganda beratnya.
5.

Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan


yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang asalnya
terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.

6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita


sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan syarat tiada
doktor wanita yang boleh merawatnya.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

26

7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh dihilangkan


dengan kemudaratan yang setaraf dengannya. Contohnya
seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang bahayanya
sama walaupun berbeza bentuk. Penggunaan arak samada untuk
diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan biasa masih
dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar
terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu
dibenarkan.
8. Melalui kaedah ini, menolak kerosakan menjadi keutamaan
daripada mengambil kebaikan. Kaedah ini menuntut apa jua
program dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan
hendaklah lebih mendahulukan tujuan menyingkirkan
kemudaratan berbanding kebaikan. Ini bermakna para saintis,
teknokrat dan jurutera hendaklah menjadikan penyelidikan
mereka bagi menghapuskan kesukaran dan kemudaratan
berbanding nilai kebaikan serta keselesaan.
9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan
umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera tentang
pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari kebaikan.
Tiada istilah kerana kepentingan manusia segala perkara menjadi
halal. Konsep kemudaratan dan kesukaran serta kebaikan
sewajarnya diberikan makna yang sebenar berasaskan panduan
Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.

Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum


1.
Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi
satu kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada
sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi
amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan atau perbuatan atau
sesuatu yang tidak dilakukan.
2.
Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan
rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau
kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan
tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini
akan terbatal.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

27

3.

Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu :3.1 Adat Am
Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum
sebagai satu yang memberi maksud tertentu. Contohnya
sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang
lain seperti yang difahami oleh agama lain.

3.2

Adat Khusus
Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh
sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan
golongan tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk kepada
kepandaian dan kecendekiawan seseorang.

3.3

Adat Sahih
Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau
prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau tidak
membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan
dalam syariat. Contohnya pemberian hantaran dalam majlis
perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin. Hanya
seorang sahaja antara pembeli atau penjual yang melafazkan
aqad jual beli.

3.4

Adat Fasid atau Rosak


Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas
syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram
atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya menjual barang
secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.

Perbincangan Aplikasi Kaedah

1.

Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia.


Setiap kajian dalam sains, teknologi dan kejuruteraan dibenarkan
menggunakan kaedah ini bagi tujuan sebagai sumber rujukan untuk
membuat keputusan.

2.

Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang


mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu menjadi
rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta menepati
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

28

kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan prinsip syariat


seharusnya menjadi bahan perbincangan khusus sebelum sesuatu
operasi penyelidikan dibuat.
3.

Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas


belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan bahan rekaan
dan teknologi baru, andaikata impak buruknya lebih besar.

4.

Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan


hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada
menarik kemaslahatan untuk manusia.

5.

Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk


menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama syariat serta tujuantujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan.

6.

Antara syarat utama Uruf atau Adat diterima ialah :6.1

Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau


satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh
masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam
tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca Yasin
setiap malam Jumaat.

6.2

Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak


bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip
syariat yang putus [Qati]

6.3

Andai Uruf boleh menimbulkan kemudaratan dan kepayahan


dalam pengurusan hidup, maka Uruf tersebut dikira terbatal.
Contohnya larangan mengambil upah mengajar al-Quran oleh
para ulamak terdahulu. Kini zaman sudah berubah, ulamak
mutakhir mengambil sikap dibenarkan mengambil upah atas
sebab perubahan Uruf semasa.

Bibliografi
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala
Lumpur: Darul
Fikir.(ISBN 9830420132)

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

29

Diyan Yulianto & M.S. Rohman alih bahasa Noraini Abdullah, (2011),
Sumbangan Kary
Sains Hebat Islam Abad Pertengahan, Al-Hidayah House of Publishers
Sdn. Bhd. Cet.
1, Kuala Lumpur
Jalaluddin as-Suyuthi, Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jamiush
Shaghir), Johor Darul
Tazim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)
Hasan Ahmad dan Salleh Ahmad .(2002). Usul Fiqh al-Qawaid al-Fiqhiyah.
Shah Alam :
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sulaiman Nordin, (2005), Sains Menurut Perspektif Islam, Penyelenggara.
Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang Selangor.
Shahrir M.Zain, (2006), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan
Teknologi.
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, Selangor.
Wahbah al-Zuhaili, (2007), Fiqh & Perundangan Islam. 8 jil. Terjemahan
Md. Akhir Haji
Yaacob et.al Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang,
Selangor.
Mohd Saleh Haji Ahmad, (1999). Pengantar Syariat Islam. Pustaka Haji
Abdul Majid, Kuala
Lumpur.
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2007), Ikhtisar Sains dan Teknologi
Dalam Islam.
Universiti Teknologi MARA : UPENA, Shah Alam

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

30

Cadangan Aktiviti
TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI
DAN
KEJURUTERAAN
Bil

Metodologi P &
P

CL
Collaborative
Learning

Aktiviti P & P

Cadangan Masa

Pensyarah
mengedarkan
keratan
akhbar/majalah/artikel yang
berkaitan topik
Pensyarah
memberikan
arahan kepada pelajar agar
berada
dalam
kumpulan

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

31

LBL Library
Base Learning

PBL - Project
Base Learning

beserta keratan tersebut


Para
pelajar
berbincang
secara
kolaboratif
dalam
kumpulan bagi mencari isi-isi
penting beserta contoh
Setiap
kumpulan
akan
berdebat dengan kumpulan
lain berkaitan dengan topik
masing-masing
Atau setiap kumpulan akan
membuat
pembentangan
melalui kaedah forum dan
sebagainya
Soal jawab akan berlangsung
bagi setiap kumpulan
Rumusan akan dibuat oleh
wakil
setiap
kumpulan
berkaitan
dengan
topik
tersebut
Pensyarah
akan
mengedarkan rangka kerja
berkaitan dengan topik
Pelajar akan mencari bahan
untuk menyiapkan kajian
secara berkumpulan
Setiap
kumpulan
menyiapkan
buku
skrap
berdasarkan panduan yang
diberikan
Setiap
kumpulan
akan
membentangkan hasil kerja
masing-masing
Pensyarah
akan
mengedarkan
tajuk-tajuk
projek yang berkaitan topik
untuk diselesaikan secara
berkumpulan
Tajuk-tajuk projek adalah
berkaitan
dengan
menggunakan prinsip-prinsip
syariat dalam sains teknologi
dan kejuruteraan.

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

32

TBL Trip Base


Learning

Merging Notes
Base Learning MNBL

Menghasilkan
iklan pendek
yang berkaitan
dengan sains
teknologi dan
kejuruteraan

Pensyarah membawa para


pelajar ke tempat yang
sesuai bagi melihat buktibukti aplikasi sains teknologi
dan
kejuruteraan
Islam
dalam dunia hari ini
Pembahagian
kumpulan
diperlukan
bagi
mereka
membuat kajian berdasarkan
ciptaan sains teknologi atau
kejuruteraan
Kertas
edaran
yang
mengandungi tugasan yang
melibatkan prinsip syariat
hendaklah diberikan kepada
setiap kumpulan
Setiap
pelajar
diberikan
beberapa prinsip syariat,
maksud,
contoh
dan
huraiannya.
Pensyarah meminta setiap
pelajar bergerak mencari
prinsip, maksud, contoh dan
huraian yang sesuai untuk
membentuk satu kumpulan
yang punyai satu prinsip fiqh
yang sempurna.
Setiap
kumpulan
akan
mempersembahkan
hasil
cantuman
mereka.
Kumpulan-kumpulan
lain
akan memberikan komentar
yang berkaitan.
Setiap kumpulan hendaklah
membuat satu iklan inovatif
berasaskan penggunaan IT,
sains dan kejuruteraan

Satu pertandingan antara


kelas
yang
mengambil
AA203 boleh dibuat secara
berjadual dan ditakwimkan.
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

33

7
Contoh-contoh soalan kuiz dan ujian
Bil

Domain
Kognitif
Aras
Pengetahuan
Aras
Kefahaman
Aras Aplikasi
Aras Analisis
Aras Sintesis
Aras Penilaian

Contoh Soalan Aras


Rendah

Contoh Soalan Aras


Tinggi

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203

34

Anda mungkin juga menyukai