Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah
pelajar akan mereka diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya
konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang
kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif
terhadap alam.

Melalui guru yang dilatih,badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan


(NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat
disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa
yang mempunyai keberanian, bertangggung jawab, menjunjung tinggi nilai etika
dan mempunyai visi yang berwawasan.

Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya


dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program
pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan
perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga
sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil


sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang
bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat
memberikan keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah
memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak
berlaku pencemaran.

1
2.0 Objektif Pendidikan Konservasi

Pendidikan konservasi ialah suatu usaha sadar yang dilakukan berulang-ulang


atau terus menerus yang bertujuan supaya masyarakat memiliki kesadaran dan
kepedulian terhadap konservasi sumberdaya alam dan segala permasalahannya
yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut
memecahkan masalah konservasi.

Tujuan pendidikan konservasi termasuklah kesadaran dan kepekaan terhadap


sumberdaya alam termasuk permasalahannya. Ini mengembangkan kepekaan
individu dan kelompok komuniti dan bangsa-bangsa terhadap konservasi alam
semula jadi. Contohnya masalah ‘Green house effect’, penipisan lapaisan ozon
dan kenaikan purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita mengambil
perhatian.

Seterusnya ialah Pengetahuan (knowledge). Iaitu pengetahuan dan


pemahaman yang mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan peranan dan
tanggung jawabnya.Iaitu memberikan kesempatan kepada semua orang untuk
mendapatkan kesadaran, pengetahuan, keahlian dan komitmen untuk
berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Kita sebgai anak
bumi, mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi ini.

Objektif yang seterusnya ialah Sikap (attitude). Nilai-nilai sosial, rasa


kepedulian yang kuat terhadap alam, motivasi untuk berperan serta dalam
upaya-upaya perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestari
harus ditanam dalam diri pelajar. Dengan membentuk pola perilaku yang ramah
terhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai
oleh generasi akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kehausan
sumber.

2
Keterampilan untuk memecahkan masalah-masalah yang terjadi dalam
konservasi sumberdaya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif
pendidikan konservasi. Ini mengembangkan etika konservasi dan memberikan
pengetahuan akan cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah
pencemaran di alam sekitar.

Seterusnya ialah kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranya


setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan
program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan.
Sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalah
pencemaran atau pelupusan haiwan dapat diatasi.

Objektif yang terakhir dinyatakan ialah peranserta (participation). Apabila


pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat
mengembangkan rasa tanggung jawab terhadap suatu permasalahan konservasi
alam sehingga dapat mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya.
Contonya mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah peningkatan suhu dunia dengan cara yang saintifik berikutan dengan
kemajuan teknologi.

3.0 Aktiviti Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar


Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa,
badan kerajaan dan juga badan swasta untuk menimbulkan kesedaran pelajar.
Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjur, pelajar akan memahami tentang
kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

3.1 Kempen Kitar Semula


Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan buangan,
mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di
sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau
badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar

3
semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawa
kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil. Dari aspek
manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-
buku, surat khabar lama dan maskah-naskah,dapat memelihara dan memulihara
dari aspek tumbuhan. Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan
aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna
lebih banyak pokok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatan
manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. Dari aspek alam pula, amalan
kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan
kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.

3.2 Jungle Trekking


Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti penggal
untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan dan keindahan
hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-pelajar ke hutan negara.
Sepanjang perjalanan, Guru boleh membuat penerangan tentang keunikan
tumbuhan dan juga kegunaan dalam perubatan. Ini dapat menimbulkan
kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan tumbuhan dan juga kesan
memusnahkan hutan. Apabila menjalankan aktiviti ini, pelajar berpeluang
melihat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan seperti arnab liar, burung,
katak dan sebagainya. Guru boleh mengambil peluang untuk memberikan
pendidikan kepada mereka bahawa hutan merupakan habitat haiwan dan
tumbuhan. Jika pokok-pokok ditebang, habitat akan dimusnah. Keseimbangan
alam sekitar juga akan menjadi tidak seimbang, bencana alam seperti banjir kilat,
tanah runtuh dan hakisan tanah akan melanda bumi.

3.3 Aktiviti Menanam Pokok


Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok semakin giat dijalankan, kuantiti
hutan di dunia menjadi semakin kurang. Untuk menimbulkan perasaan cinta
akan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti menanam pokok

4
dengan bekerjasama dengan badan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan
(NGO).Setiap pelajar dikehendaki menanam sepohon pokok di sekeliling sekolah
dan bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut. Melalui proses menanam,
menjiram, mencabut rumput dan menangkap serangga perosak, mereka akan
lebih berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Di samping itu, mereka
akan memahami bahawa tumbuhan merupakan sumber makanan dan habitat
haiwan. Jikalau pokok-pokok ditebang dan tidak ditanam semula, kehidupan
haiwan dan manusia akan terjejas.

3.4 Perkhemahan
Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari
pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan belajar
menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar dan
menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini, mereka akan
mempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam sekitar. Jikalau hutan telah
dimusnah, manusia juga tidak dapat meneruskan hidup. Habitat haiwan juga
akan musnah, banyak binatang akan menghadapi gugutan. Jikalau tumbuhan-
tumbuhan dan haiwan pupus, alam sekitar akan menjadi tidak seimbang,
bencana alam akan dihadapi oleh manusia.

4.0 Pokok Pinang Hutan

5
Nama saintifik pokok pinang hutan ialah Areca catechu, bahasa Inggerisnya
ialah betelnut. Manakala dalam tulisan Cina ialah 槟榔. Pokok pinang merupakan
satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika
Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur.

Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter,


dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m
panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak
bilangannya.

Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi,
iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti
arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan
dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ditanam dan bertumbuh di
India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya.

Buah pokok pinang boleh digunakandengan luas di bidang perubatan. Pucuk


Areca Catechu boleh dimakanHampas pinang rebus boleh diletakkan pada luka-
luka.

Di samping itu, akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untuk
disenteri atau disebut sebagai cirit berdarah. Akar pinang juga digunakan untuk
membanyakkan kencing dan mengubati sakit perut. kanak-kanak yang cirit-birit
boleh mandi dengan menggunakan campuran airnya. Selain itu, serbuk daun
pinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan untuk mengubati sakit
perut. Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit.

Selain daripada memberikan kegunaan yang luas kepada manusia, ia juga


membekalkan banyak manfaat kepada haiwan dan juga alam sekitar. Sebagai
contoh, binatang liar seperti khinzir hutan, rusa dan monyet akan menjadikan
buah pinang sebagai makanan. Di samping itu, pokok pinang hutan
membekalkan habitat kepada binatang liar. Akar pokok pinang juga akan
mengengam tanih dan meggelakkan hakisan tanah berlaku. Dengan adanya

6
pokok-pokok pinang hutan, juga akan menjadikan hutan tersebut menjadi
kawasan tadahan air.

Sebagai kesimpulan, pokok pinang hutan bukan sahaja membekalkan banyak


kebaikan kepada manusia tetapi juga binatang dan alam sekitar.

5.0 Rumusan

Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya
kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi.
Pendidikan wujud sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah
bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya
menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi
dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke
bangunan dan rumah.
Jikalau kita tidak memelihara dan memulihara alam sekitar, sumber-sumber
dan haiwan-haiwan akan mengalami masalah kepupusan. Manusia hidup saling
bergantungan dengan alam sekitar, seandainya alam sekitar dimusnah, pastinya
manusia akan hidup sengsara.
Bah kata, bagai aur dengan tebing. Kehidupan manusia dan alam sekitar tidak
dapat dipisahkan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pendidikan awal harus
diberi kepada pelajar-pelajar kerana mereka merupakan pembangkin negara
pada masa akan datang. Dengan memberikan pengetahuan akan cara
memelihara dan memulihara alam sekitar, keindahan alam sekitar dapat terus
dinikmati oleh generasi yang akan datang. Di samping itu, kita juga dapat
dengan gembira tanpa risau akan dilanda bencana alam.