Anda di halaman 1dari 1

KEBERHASILAN PROJEK PENGHIJAUAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI MERAH, SIBU.


Bermula pada bulan Januari 2011, guru-guru Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah,
Sibu telah merancang untuk melaksanakan projek penghijauan sekolah. Projek ini
penting bagi menyedarkan masyarakat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati dan mengekalkan kualiti alam
sekitar .Kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar perlu dipupuk ke semua
lapisan masyarakat terutama golongan kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi
kerana ia akan menjadi faktor penentu arah amalan cara hidup yang mesra alam pada
masa akan datang. Salah satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang
alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.
Penglibatan guru, ibu bapa dan murid sekolah secara langsung dan tidak
langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga
sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ini
merangkumi persekitaran sekolah yang telah ditanam dengan pokok-pokok bunga yang
pelbagai untuk mengindahkan lagi kawasan sekolah. Salah satu projek khas yang lebih
diberi tumpuan ialah pondok hijau.
Usaha untuk meningkatkan kesedaran melalui pendidikan perlu dijalankan
secara berterusan demi memelihara dan memulihara khazanah alam semulajadi yang
tiada gantinya. Warga Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah amat berbangga dan
menghargai jika terpilih sebagai Sekolah

Cemerlang Kokurikulum

kategori Luar

Bandar. Pihak kami akan berusaha ke arah mencapai matlamat Sekolah Cemerlang
Kokurikulum kategori Luar Bandar

dan akan sentiasa bekerjasama dengan semua

pihak samada badan kerajaan dan swasta agar matlamat ini mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai