Anda di halaman 1dari 14

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) PERKEMBANGAN MUZIK POPULAR DAN IMPAK KEPADA KURIKULUM MUZIK SEKOLAH

Oleh: Raja Azuan Nahar bin Raja Adnan Jabatan Muzik, Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak.

Perkembangan Muzik Popular seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Samaada kita suka atau tidak, ia tetap berada di banyak tempat seperti di dalam bas, kereta, kedai makan, supermarket juga di rumah dan seolah-olah menjadi fungsi ataupun pelengkap kepada aktiviti harian kita. Kadangkala kita tidak dapat lari dari mendengar muzik dan seolah-olah menjadi soundtrack kepada kehidupan seharian kita.

Muzik dari awal lagi banyak dikaitkan dengan unsur-unsur negatif, seperti pergaulan sosial, dadah dan fesyen dan trend yang begitu mudah mempengaruhi kanak-kanak dan remaja. Gambar-gambar artis kegemaran disimpan di beg duit ataupun menjadi kertas pembalut buku pelajaran. Tshirt dan dinding bilik tidur dihiasi dengan gambar-gambar artis. Cd dan keset menjadi koleksi yang disusun bersama buku-buku persekolahan. Generasi muda juga mahu berpakaian dan mempunyai gaya rambut seperti artis kegemaran kerana tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman oleh rakan sebaya dan gaya begini terbawa-bawa hingga ke sekolah. Ibu bapa sukar untuk menghalang.

Sebagai pendidik kita seharusnya bersedia untuk menghadapi situasi begini di samping cuba menangkis tanggapan-tanggapan yang negatif terhadap muzik. Kita seharusnya sedar dan terpaksa menerima bahawa muzik dan unsur-unsur sampingannya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan sosial kita. Kita tidak dapat lagi menyekat kesan dan pengaruhnya dalam

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) masyarakat. Kita seharusnya dapat membantu membimbing generasi muda untuk memilih dan menerokai aktiviti muzikal yang sesuai. Jesteru itu guru muzik juga sudah semestinya berpengetahuan, peka, mengikuti serta dapat menerima perkembangan muzik popular dan seterusnya dapat

menggabungkan aspek-aspek ini ke dalam bilik darjah. Lagu-lagu serta aktiviti-aktiviti muzikal yang dianggap membosankan pelajar seharusnya diganti dengan sesuatu yang lebih realistik dengan keadaan semasa.

Persoalannya, adakah guru sudah bersedia untuk perubahan ini di samping mengekalkan identiti kurikulum muzik dan mengekalkan budaya tempatan?

Pendahuluan Perkembangan Muzik Popular seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Samaada kita suka atau tidak, ia tetap berada di sekeliling kita, di rumah, di dalam bas, dalam kereta, kedai makan, lapangan terbang, kenduri kahwin, kedai gunting, pusat membeli-belah, malah di ruang menunggu di hospital-hospital paip music diputarkan. Muzik popular seolah-olah menjadi fungsi ataupun pelengkap kepada aktiviti

harian kita. Kadangkala kita tidak dapat lari dari mendengar muzik kecuali bila kita berada di tempat-tempat yang sememangnya muzik tidak ada peranan seperti di surau, masjid atau di majlis kematian. Alunan muzik popular seolah-olah menjadi sound track, mengiringi hidup kita sepanjang dan setiap hari.

Muzik popular muncul dari era kemasukan masyarakat kulit hitam ke Amerika dan pesat dalam era kemajuan teknologi, iaitu bila terciptanya alatalat komunikasi dan rakaman. Muzik popular juga datang bersama artis, samaada pemuzik atau penyanyi berserta ciptaan-ciptaan yang mudah difahami dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Muzik popular juga

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) dari awal lagi banyak dikaitkan dengan unsur-unsur negatif, seperti pergaulan bebas, sosial, seks, dadah1 serta fesyen dan trend dan ianya dikatakan begitu mudah mempengaruhi kanak-kanak dan remaja, malah orang dewasa juga. Gambar-gambar artis kegemaran disimpan di beg duit ataupun menjadi kertas pembalut buku-buku teks. T-shirt dan dinding bilik tidur dihiasi dengan gambar-gambar artis kegemaran. Gambar-gambar keluarga dikeluarkan dan digantikan dengan poster-poster dari kumpulan Dewa, Gigi, Padi, VE atau KRU. Keset atau cd Mawi, Siti, Dayang

Nurfaizah dan Ruffedge menjadi koleksi yang disusun bersama buku-buku persekolahan. Gaya pakaian dan trend rambut juga mesti mengikut aliran semasa seperti yang digayakan oleh artis-artis kegemaran masa kini dan tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman oleh rakan sebaya dan gaya begini terbawa-bawa hingga ke sekolah. Dari zaman 60an dengan gaya rambut ala Jefridin atau The Beatles dan sekarang dengan gaya rambut Mawi atau Vince. Ibu bapa sukar untuk menghalang. Dunbar, 2005 juga telah meletakkan remaja sebagai petanda bagi kita untuk melihat dan menilai perkembangan pengaruh-pengaruh muzik dan trends semasa. Ini mungkin bermaksud, apa yang mereka pakai atau muzik apa yang mereka dengar pada sesuatu ketika, itulah juga apa yang dipakai dan didengar oleh remaja-remaja dari negara lain. Menurut Shuker, remaja akan berkongsi kegemaran serta minat yang sama yang kadangkala ianya akan bertentangan dengan pemikiran orang dewasa (2001:195). Konsep yang dipanggil youth culture2 muncul dalam tahun 1950an di mana pada era ini para remaja sedar akan hak mereka dalam memilih arah kehendak mereka samaada dalam bersosial, khasnya dalam berpakaian dan muzik. Penganalisa ekonomi Mark Abraham dalam banciannya dalam The Teenage Consumer (1959), telah menganggarkan bahawa remaja Britain telah berbelanja sebanyak 900 juta paun setahun untuk keperluan sosial
1

Driver,Jim, The Mammoth Book of Sex, Drugs and Rock n Roll (London: Constable Publisher, 2001) Intoduction 2 Shuker, R., Understanding Popular Music (Routledge, London. 2001), 1-4.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) mereka. Kita tidak pasti berapa yang mereka belanjakan dalam era ini dan setakat ini mungkin belum ada bancian terhadap remaja Malaysia terhadap perkara ini.

Sebagai pendidik, khasnya pendidik muzik adakah kita sedar dan sudah bersedia dalam menghadapi senario serta kenyataan ini? Adakah kita nampak akan impaknya kepada Kurikulum Pendidikan Muzik 3 yang kita jalankan di sekolah? Adakan proses pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah dapat menyaingi kepesatan muzik-muzik popular? Tidak pernahkah kita terfikir betapa bosannya pelajar kita mengadap wajah kita dalam era populariti Mawi, Jaclyn Victor dan Britney Spears?

Pembentangan kertas ini bukanlah hasil dari satu kajian atau bancian yang dibuat dengan satu resolusi atau dapatan, tetapi ianya merupakan satu artikel yang ditulis berdasarkan persepsi serta pandangan penulis terhadap perkembangan muzik popular serta melihat impaknya terhadap kurikulum muzik di sekolah-sekolah. Dalam penulisan ini saya cuba bangkitkan isu-isu yang dinyatakan tadi dan diharapkan ianya akan dapat mengejutkan supaya tidak leka dengan kepesatan ini. Saya juga berharap melalui pembentangan ini kita akan dapat memikirkan serta mencari cadangan yang boleh membantu kita dalam menghadapi senario begini.

Persoalannya, adakah guru menyedari akan pengaruh muzik popular serta impaknya terhadap kurikulum muzik di sekolah? Adakah guru bersedia

menghadapi kenyataan ini dan bersedia untuk memikirkan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah, di samping mengekalkan identiti kurikulum muzik sekolah serta dapat mengekalkan budaya tempatan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia: Buku Panduan Muzik KBSR dan KBSM (Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1986))

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Muzik Popular Apa itu muzik popular? Kalau kita hendak menjawab persoalan itu kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan istilah popular dalam muzik. Secara dasarnya kita boleh berkata popular bermaksud ianya dikenali, sering didengari dan diminati oleh ramai orang. Jadi tidak perlu lagi kita mencari teori-teori lain yang kita lebelkan sebagai historical materialist4. Namun begitu ada berbagai pendapat lain untuk mengkelaskan istilah popular ini. Ia mungkin bermaksud kuantiti; iaitu jumlah jualan album atau ramai pembeli album. Ia juga mungkin popular kerana ramai peminat yang mendengar hingga berada di tangga teratas dalam carta-carta lagu di siaran-siaran radio atau tv. Popular juga mungkin bermaksud lagu atau muzik tersebut dimainkan di dalam sesuatu era atau jangka masa tertentu hinggakan ianya dikenali ramai 5 . Contohnya lagu Kerananamu Malaysia dan Jalur Gemilang yang putarkan sepanjang musim perayaan

Kemerdekaan negara kita. Ianya menjadi amat popular pada bulan tersebut. Satu lagi istilah popular mungkin ianya dikaitkan genre muzik yang mempelopori sesuatu zaman, seperti era blues, jazz, rock n roll dan sebagainya. Contohnya pada era 60an kita dipengaruhi oleh muzik kugiran Pop Yeh Yeh yang dibawa oleh kumpulan The Beatles. Jadi pada ketika itu muzik Pop Yeh Yeh amat popular di seluruh negara. Bagi saya pula,

muzik popular di negara kita mungkin juga boleh diandaikan apabila sesuatu lagu tersebut dinyanyikan oleh seseorang artis yang popular. Contohnya jika Siti Norhaliza menyanyikan lagu Irama Malaysia, irama tersebut akan popular. Jika beliau menyanyikan lagu Pandang-pandang jelling-jeling, lagu tersebut juga popular walaupun sebelum ini sudah pernah
4

Shepherd, J, Definition as Mystification, Popular Music Perspective 2; What is Popular Music, Paper from The Second International Conference on Studies (Exeter, A. Weaton and Co. Ltd, 1985) 441-444. Popular Music

Middleton, R, Studying Popular Music (St Edmunsbury Press Ltd.1990), 35-63.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) dinyanyikan oleh penyanyi lain. Apa kata jika Mawi yang amat popular ketika ini menyanyikan lagu Anak Itek Tok Wei, pastinya lagu tersebut akan popular. (?)

Pengaruh muzik popular bukan setakat menular dikalangan peminat-pminat muzik tetapi ianya mempengaruhi keseluruhan budaya sejagat, iaitu dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa. Muzik tidak lagi datang bersendiri tetapi ianya hadir berserta dengan trend pakaian, rambut, gaya berjalan, malah gaya pertuturan. Chambers 1985, mengangap ini sebagai popular appropriation6 di mana muzik dan budaya muzik tersebut telah membentuk satu reality social. Sebagai contoh seseorang yang meminati Mawi akan terikut-ikut dengan gaya nyanyian Mawi. Setidak-tidaknya gaya rambut

Mawi. Begitu juga peminat muzik Hip-Hop akan terpengaruh dengan gaya pakaian atau gaya berjalan penyanyi Hip-Hop kulit hitam dari Amerika dengan memakai jeket tebal bertopi snow, walaupun berada di pekan Kepala Batas yang cuacanya 34 darjah selsius.

Muzik Popular bukannya terhasil dari ekspresi induvidu yang mempunyai objektif peribadi semata-mata. Ianya terhasil dari fungsi sosial yang mempunyai pengaruh muzik yang streotaip (Wickie, 1985:50). Teori standardization7 yang dikemukakan oleh T.W Adorno mungkin juga boleh diterima pakai di mana beliau melihat gubahan muzik popular sebagai satu gubahan yang berbentuk seragam, mengikut kehendak komersialan, boleh dijangka (predictable) dan mengikut formula-formula yand standard. Maksud di sini ialah jika sesuatu gubaha itu mendapat sambutan, ianya akan diikuti oleh gubahan yang hampir sama bagi memenuhi keperluan dan sambutan semasa.
6

Dalam mengkaji sesuatu gubahan muzik popular kita

Chambers, Ian., Pop Music, Popular Culture and the Possible in Popular Music Perspectives 2, (Exeter:Weaton & Co. Ltd., 1985). 244-246.

Adorno,T, Philosophy of Modern Music ( London: Sheed and Ward, 1973), xii

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) tidak hanya mencari apa yang hendak luahkan oleh penggubah-penggubah lagu sepertimana kita mengakaji komposer-komposer seperti Beethoven atau Mozart, malah terdapat lain-lain aspek yang perlu kita ambil kira. Dalam gubahan-gubahan muzik klasikal terdapat elemen individualiti yang banyak mempengaruhi ciptaan mereka, tetapi di dalam penggubahan

muzik popular elemen-elemen sampingan juga dianggap penting dalam penghasilannya. Elemen-elemen ini bukannya terbabit secara sepontan malah ianya dirancang dari awal sebelum sesuatu gubahan itu dibuat. Ini bermakna sesuatu lagu yang dicipta dan diterbitkan adalah melambangkan model sosial setempat dan bekemungkinan ianya tidak berkaitan dengan universal trends. Namun begitu, dalam era globalisasi idea ini mungkin tidak lagi tepat. Oleh itu bila kita bercakap tentang muzik popular, kita tidak hanya melihat pada statistik yang berbentuk nombor atau carta tempatan, malah kita juga perlu melihat dari sudut teknologi, komunikasi sejagat, perkembangan sosial sejagat serta budaya sejagat. Jesteru itu andaian saya berhubung dengan populariti Siti Nurhaliza atau Mawi mungkin boleh diterima pakai dalam model sosial tempatan sahaja dan bukannya universal tends. Namun begitu kesan serta pengaruhnya amat besar dan ketara terhadap generasi muda di nagara kita.

Realiti muzik dalam sosial Era teknologi dari 1920an sudah banyak mengubah industri rakaman. Malah sebelum itu lagi apabila Edison mencipta fonograf yang juga dipanggil sebagai talking machine pada tahun 1877, Berliner dengan gramafon (1988) dan Bell dan Watson dalam ciptaan telefon. Hingga kini teknologi pesat berubah dan ianya menjadi aspek penting sebagai medium untuk menyalurkan muzik popular. Terkini muzik sudah boleh disalurkan melalui siber yang juga dipanggil cyberspace iaitu sistem internet. Melalui The World Wide Web (www), kita boleh melompat ke mana sahaja homepage untuk mendengar serta muat turun lagu-lagu paling terkini bersama-sama klip videonya. Apa yang dipertontonkan di New York

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) sekarang sudah boleh sampai dan dilihat di Kampung Ketoyong. Penggunaan MP3 juga membantu pengguna menyimpan banyak lagu dalam fail yang lebih kecil. Penggunaan Ipod membolehkan pengguna membawa dan mendengar beribu-ribu lagu kegemaran mereka kemana sahaja ceruk rantau dan muziknya dapat dimuat turun secara percuma melalui internet.

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi tentang kesan dan pengaruh media samaada eletronik ataupun media cetak terhadap perkembangan muzik popular. Siaran TV juga menjadi pengaruh utama di samping siaransiaran radio. Hiburan dalam bentuk muzik-muzik popular menjadi satu aset penting dalam industri eletronik ini. Sasaran utama tidak mengira umur, tapi yang jelas dipengaruhi adalah generasi muda terutamanya mereka di bangku sekolah. Menurut Shuker, kaum remaja menjadi penonton aktif

dalam menonton Muzik Video di tv dan lebih minat menonton bersama rakan sebaya. (2001:187). Di Malaysia, selain dari hiburan-hiburan tempatan, MTV juga kian popular. Muzik dan gambar artis-artis dari luar negara khasnya dari Barat dapat ditonton oleh remaja tanpa dapat ditapis lagi. Tidak hairanlah genre muzik yang mainkan di USA8 juga menjadi genre popular di Jepun, Indonesia dan juga di Malaysia.

Media cetak seperti khasnya majalah-majalah juga menjadi aspek penting dan amat berpengaruh dalam muzik popular. Penerbitannya lebih murah berbanding dengan penerbitan siaran radio atau tv dan pembaca melanggan mengikut kehendak tersendiri. Majalah hiburan tidak dapat memberi hiburan berbentuk muzik tetapi pengaruhnya agak kuat dengan memaparkan gambar-gambar artis-artis, penyanyi, pemuzik, pelakon dan selebriti-selebriti pujaan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa popular
8

Tagg , Phillip, Open Letter; Black Music, Afro-American music and European music Popular Music, 8 (1982) 285-294.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) muzik hadir bersama fesyen dan gaya. Melalui media cetaklah peminat dapat melihat gaya pakaian, rambut and life-styles artis-artis kegemaran mereka. Gambar-gambar serta poster dipotong dan ditampal di bilik atau buku-buku sekolah. Melalui majalah peminat dapat melihat dan meniru gaya baju Mawi, tudung Wardina, kasut Siti, rambut Anuar Zain atau topi Era Fazira.

Banyak lagi aspek-aspek lain yang membantu pengaruh muzik popular pada kanak-kanak dan remaja. Industri muzik diterajui oleh ahli-ahli perniagaan yang sentiasa berfikir tentang stratergi hendak meningkatkan perniagaan mereka. Program-program realiti tv seperti Akademi Fantasia, Mentor, carta-carta lagu, hiburan dan konsert-konsert di tv dan terbuka sudah semestinya melibatkan penyertaan penonton kanak-kanak dan remaja. Adakah mereka ada memikirkan tentang impak dan pengaruh

muzik popular ini dalam konteks pendidikan atau hanya keperluan hiburan dan perniagaan semata-mata? Adakah penggiat muzik popular juga memikirkan bagaimana muzik dapat mendidik dan membentuk generasi muda khasnya kanak-kanak dan para remaja. Adakah mereka memikirkan tentang tanggungjawab sosial, mendidik generasi muda atau itu hanya tugas guru-guru di sekolah? Pernahkah industri ini terfikir bahawa generasi muda juga sudah banyak melabur dan berbelanja dalam dalam

perkrmbangan muzik popular? Pernahkah mereka terfikir betapa sukarnya guru-guru untuk membendung pengaruh negatif seperti punk, black metal atau trash?

Realiti muzik di sekolah Jika kita menjawab tidak kepada persoalan-persoalan tadi, sudah semestinya kita terpaksa mencari jalan penyelesaian tentang pengaruh kuat perkembangan muzik popular ini. Pengaruh dan impaknya terhadap sosial sudah kita sedia maklum. Kurikulum Muzik di sekolah mungkin perlu

berubah mengikut perubahan semasa. Aktiviti menyanyi sambil menepuk

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) tangan dan mengetuk kayu tik-tok dan kestenet mungkin sudah tidak relevan lagi. Pelajar-pelajar kita sudah menonton Zainal Abidin dan juga Siti Nurhaliza bermain alat-alat perkusi dengan begitu menarik sekali. Nyanyian koir konservatif SATB dengan iringan piano mungkin sudah menjemukan kerana kanak-kanak sudah melihat kumpulan Raihan atau VE menyanyi secara accapela dengan begitu menarik sekali. Lagu Jala-jala Ikan atau lagu Anak Itek Tok Wei mungkin sudah tidak dapat menarik minat kanakkanak lagi kerana mereka sudah boleh menyanyikan dan menghafal lagu My Heart Will Go On dan All By Myself oleh Celine Dion dan dapat

mempersembahkan lagu Gemilang oleh Jaclyn Victor dengan baiknya. Mungkin juga alat rekoder sudah perlu ditukar kepada instrumen lain kerana mereka tidak pernah menonton konsert rekoder di kaca tv atau MTV.

Konsert Hari Guru di sekolah-sekolah juga menampilkan guru-guru menyanyikan lagu-lagu popular, Pop Yeh Yeh, atau lagu Ning Baizura. Guru Besar juga mungkin tidak begitu terpikat dengan persembahan muridmuridnya. kerana beliau sudah pernah menonton konsert kumpulan Spider dan XPDC. Tidak ada guru-guru bermain tik-tok, rekoder atau melodika dalam dua pertandingan band PSKPP yang saya hadiri baru-baru. Kebanyakkan mereka mempersembahkan muzik pop, dangdut dan rock. Mungkin ada sebuah lagu patriotik tapi dipersembahkan dalam rentak moden. Ini adalah beberapa realiti sekarang yang mungkin kita tidak dapat menyangkal lagi.

Cadangan Melalui pembentangan kertas ini mungkin kita dapat fikirkan satu pelan tindakan atau cadangan-cadangan bagi membantu kita sebagai pendidik muzik untuk meningkatkan lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan serta saranan kita mungkin dapat kita kemukakan ke Bahagian Kurikulum dan seterusnya mungkin dapat perubahan yang sesuai. dilaksanakan melalui satu

10

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Di sini mungkin boleh saya senaraikan beberapa aspek yang yang perlu kita perhatikan.

1. Lagu-lagu dan mutu rakaman. a. lagu sudah terlalu lama diguna pakai b. muzik iringan dan gubahan perlu dipertingkatkan c. rentak-rentak lagu perlu pelbagai d. lagu dinyanyikan oleh penyanyi-penyai popular e. memilih lagu-lagu popular dalam pembelajaran

2. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran perlu dipertingkatkan. a. perubahan pada kurikulum yang sedia ada b. tingkatkan kreativiti guru c. tingkatkan kebolehan muzikal guru dalam bermain muzik serta memprogram muzik (sequencing) d. kepekaan dan pengetahuan guru terhadap perkembangan muzik popular

3. Alat Muzik a. alat-alat muzik moden juga dibekalkan b. galakkan juga penggunaa sistem karaoke

4. Aktiviti Muzik a. pertandingan-pertandingan yang menarik dan relevan dengan keadaan semasa, seperti pop band, nyanyian accapela dan nasyid kontemporari b. pertandingan sekolah. mencipta lagu dikalangan pelajar-pelajar

11

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Penutup Sebagai pendidik kita juga seharusnya bersedia untuk menghadapi situasi begini di samping cuba menangkis tanggapan-tanggapan yang negatif terhadap muzik. Kita seharusnya sedar dan terpaksa menerima bahawa muzik dan unsur-unsur sampingannya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan sosial kita. Kita tidak dapat lagi menyekat kesan dan pengaruhnya dalam masyarakat. Kita seharusnya dapat membantu membimbing generasi muda untuk memilih dan menerokai aktiviti muzikal yang sesuai. Jesteru itu guru muzik juga sudah semestinya berpengetahuan, peka, mengikuti serta dapat menerima perkembangan muzik popular dan seterusnya dapat menggabungkan aspek-aspek ini kedalam bilik darjah. Lagu-lagu serta aktiviti-aktiviti muzikal yang dianggap membosankan pelajar seharusnya diganti dengan sesuatu yang lebih realistik dengan keadaan semasa. Dalam era pengaruh muzik popular ini, konsep scaffolding
9

yang

dicadangkan oleh Vygotsky mungkin penting. Guru sebagai orang yeng lebih dewasa berperanan membantu murid dalam proses pertumbuhan . Selain dari mendidik dan mengajar guru juga bertanggung jawab untuk memberi bantuan yang disebut sebagai scaffolding. Guru membantu di

dalam pelbagai aktiviti lain sehingga kanak-kanak boleh dilepaskan untuk membuat pilihan dan tindakan sendiri. Konsep ini penting terutamanya dalam pemilihan muzik yang sesuai dan tidak memilih muzik yang berunsur negatif.
Education was central to cognitive development. Knowledge and cultural understanding are transferred from adult or more skilled peer to the child through guidance communication. (Vygotsky dalam Smith, 1992:p.196).

Smith, Anne , Understanding Childrens Development 3rd. ed. (Wellington: Bridget Williams Book Ltd., , 1992). P196-198

12

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Pendapat ini mungkin bertentangan dengan teori Piaget yang menganggap kanak-kanak boleh membentuk pengetahuan mereka melalui pengalaman dan akan membentuk fahamannya secara tersendiri. Idea ini mungkin tidak begitu sesuai dalam perkembangan dan pengaruh-pengaruh muzik popular. Kanak-kanak perlu diberi

bimbingan kearah ini sebelum mereka membentuk fahaman mereka sendiri. Kita tidak mahu melihat anutan dalam muzik Black Metal dan Punk mempengaruhi kanak-kanak. Ini mungkin terjadi kerana tanpa bimbingan dari orang dewasa yang matang fikirannya. Tarian-tarian barat yang liar dan berpakaian yang tidak senonoh jika disajikan kepada kita secara berterusan melalui klip video juga akan berjaya mempengaruhi hidup remaja kita.

Di samping perubahan-perubahan yang kita cadangkan, kita juga perlu memikirkan tentang pengekalan budaya tradisional dan tempatan kita. Muzik Zapin, Randai, Dondang Sayang, Makyong dan Ngajat perlu dikekal dan diterapkan juga kepada generasi muda.

Rujukan
Adorno,T, Philosophy of Modern Music (London: Sheed and Ward, , 1973), xii Chambers, Ian Pop Music, Popular Culture and the Possible in Popular Music Perspectives 2, (Exeter: Weaton & Co. Ltd.,. 1985)

Coopland, A, What to Listen for in Music (New York:McGraw-Hill Book Company, 1957).

Martin, J, Sound and Society; Themes in the Sociology of Music (Manchester: Manchester University Press, ,1996), 94-99, 217, 238.

13

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)


Peter Dunbar-Hall. Colliding Perspectives? Music Curriculum as Cultural Studies; Music Educators Journal. Reston: Mar 2005.Vol.91, Iss. 4; (.......) 5 pgs pg. 33,

Driver,Jim, The Mammoth Book of Sex, Drugs and Rock n Roll (London: Constable Publisher, 2001)

Gronow, Pekka., Popular music 3, Producers and makers.The Recording Industry: the growth of a mass medium, (London: Cambridge Press Ltd.,1983)

Middleton, R, Studying Popular Music (St Edmunsbury Press Ltd.1990), 3563. Pusat Perkembangan Kurikulum,: Buku Panduan Muzik KBSR dan KBSM (Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia: 1986)

Shepherd, J, Definition as Mystification, Popular Music Perspective 2; What is Popular Music, Paper from The Second International Conference on Popular Music Studies (Exeter, A. Weaton and Co. Ltd, 1985)

Shuker, R., Understanding Popular Music (London: Routledge. 2001), 28-31. Shuker,R, Key Concept in Popular Music (London: Routledge, 1998), 2-3. Smith, Anne , Understanding Childrens Development 3rd.ed. (Wellington: Bridget Williams Book Ltd., , 1992). P196-198

Tagg , Phillip, Open Letter; Black Music, Afro-American music and European music Popular Music 8, Paper from The Second International Conference on Popular Music Studies (Exeter: A. Weaton and Co. Ltd, 1985) 285-294

14

Anda mungkin juga menyukai