Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan dan Sejarah alat muzik Beduk adalah alat muzik tradisional yang telah digunakan sejak ribuan

tahun dahulu. Beduk digunakan oleh masyarakat dahulu sebagai alat komunikasi tradisional khususnya dalam kegiatan ritual keagamaan seperti menandakan masuknya waktu solat. Berkaitan dengan sejarah alat muzik ini, ada beberapa pendapat mengatakan beduk dimulakan oleh budaya Cina semasa abad ke-15. Beduk dikaitkan dengan kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Semarang, di mana ianya dikaitkan dengan pemberian Laksamana Cheng Ho kepada salah satu Raja Jawa ketika beliau meninggalkan pulau Jawa. Raja tersebut hanya mengatakan ingin mendengarkan suara beduk di masjid-masjid. Semenjak itulah beduk digunakan di setiap masjid-masjid atau tempat keagamaan sebagai alat komunikasi keagamaan di Malaysia, Cina , Korea, Jepun dan negara-negara lain. Pendapat lain mengatakan beduk berasal dari tradisi drum Cina yang mula menyebarkan ke Asia Timur dan kemudiannya Nusantara. Di Kelantan dan Negeri Sembilan, alat ini dikenali sebagai geduk manakala bagi masyarakat di Johor dan Kedah ia dikenali sebagai gendang raya.beduk juga menjadi kemestian di setiap masjid dan surau sebagai alat komunikasi kepada seluruh penduduk kampung.Ia akan dipalu mengikut rentak tertentu sama ada menandakan masuknya waktu solat, waktu sahur, berbuka puasa, kecemasan, kematian atau perkahwinan. Beduk tidak dipalu sembarangan dan pemalu juga hanya dikhususkan kepada tok siak, bilal atau imam.Mereka akan memalu beduk mengikut rentak berbeza, bagi menandakan perbezaan mesej yang ingin disampaikan.Irama paluan untuk waktu solat lebih bersahaja dan lembut. Rentak yang pantas menandakan kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai