Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Berdasarkan soalan tugasan ini, saya diminta menganalisis beberapa aspek bagi alat
muzik kawasan Sub-Saharan Afrika iaitu Conga dengan alat muzik Gendang, yang terdapat di
Malaysia. Aspek yang dimaksudkan adalah ciri-ciri, bentuk, teknik bermain, sistem tiunan dan
peranannya. Oleh itu, berikut saya sertakan maklumat yang berkaitan dengan perkara yang
akan dinalisis.
CIRI-CIRI
Pemilihan alat muzik Conga yang telah saya pilih adalah bercirikan membranofon.
Menurut , membranofon adalah alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila kulit
diregangkan. Berdasarkan pengertian membranofon tadi, dapat dijelaskan bahawa alat muzik
gendang adalah dalam kategori membranofon. Conga dan gendang adalah dalam ciri yang
sama yang mempunyai

muka kulit haiwan yang perlu dipalu dengan tangan bagi

memainkannya.

BENTUK
Bagi bentuk alat muzik Conga dan gendang, masing-masing mempunyai bentuk yang
seakan-akan sama iaitu berbentuk tong panjang dan bercembung. Dapat dilihat dengan jelas
jika kita mendirikan kedua-dua alat ini di atas lantai dan bentuk bercembung itu adalah sama
bagi kedua-dua alat ini. Selain itu, Conga dan gendang ini juga disalut dengan bahan kimia bagi
memelihara Conga dan gendang daripada mudah reput atau rosak. Bahan kimia yang
digunakan adalah varnish dan minyak yang akan menjaga permukaan kayu alat muzik ini dan
mengilatkannya. Di samping itu, perbezaannya pula adalah permukaan kulit yang dipalu. Bagi
Conga, permukaan kulit yang dipalu adalah di bahagian atas manakala gendang pula pada
kedua-dua bahagian iaitu di bahagian atas dan bawah gendang. Sementelahan itu, cara
pemasangan kulit Conga pula adalah diskru pada bingkai Conga di bahagian atas manakala
belulang dipasang pada baluh gendang dengan tali rotan atau nilon tebal. Terdapat perbezaan
yang jelas yang menunjukkan cara pemasangan kulit atau belulang pada alat muzik Conga dan
gendang yang telah dijelaskan tadi.

TEKNIK BERMAIN

Teknik bermain bagi Conga dan Gendang mempunyai persamaan di mana Conga dan
Gendang dimainkan dengan menggunakan jari dan telapak tangan untuk memalu permukaan
kulit. Selain itu, kedua-dua alat ini menggunakan suku kata nimonik bagi penulisan skor.
Walaubagaimanapun, teknik bermain kedua-dua alat ini mempunyai perbezaan. Antara
perbezaannya adalah Conga dimainkan secara duduk atau berdiri manakala Gendang pula
hanya dimainkan secara duduk sahaja. Di samping itu, Conga didirikan di atas permukaan
lantai atau dengan menggunakan penyangga besi manakala Gendang pula diletakkan di atas
kaki gendang bagi memainkannya.

SISTEM TIUNAN
Sistem tiunan bagi alat muzik membranofon pada kebiasaannya adalah dengan cara
menegangkan dan mengendurkan kulit alat muzik tersebut. Hal ini berlaku pada alat muzik
Conga dan Gendang. Cara tiunan bagi kedua-dua alat ini berbeza iaitu bagi Conga, pemain
perlu menggunakan spanar untuk mengetatkan semua nat yang ada di bahagian bingkai Conga
dengan memusingkan spanar ke arah lawan jam sehingga mendapat pic yang diperlukan dan
sebaliknya bagi mengendurkan permukaan Conga. Hal ini adalah berbeza dengan Gendang di
mana gendang ditiun dengan menegangkan tali rotan yang dipakai pada badan gendang
dengan cara melaraskan rotan yang dianyam berbentuk cincin kea rash permukaan kulit yang
lebih besar diameternya. Pelarasan ini dilakukan sehingga mendapat permukaan gendang
tegang dan sesuai dengan pic yang dikehendaki.

PERANAN
Akhir sekali, peranan utama bagi kedua-dua alat ini mempunyai persamaan yang sangat
jelas iaitu memainkan irama dalam lagu dan mengawal tempo lagu. Di samping itu, perbezaan
juga dapat dikesan iaitu bagi Conga, alat muzik ini berperanan memberi penekanan tertentu
dalam permainan ensembel manakala gendang pula pada kebiasaanya dimainkan dalam muzik
tradisional bagi mengiringi lagu yang dimainkan. Pada masa kini, permainan alat muzik
membranofon seperti Conga dalam ensembel berperanan dengan memainkan bahagianbahagian tertentu sahaja dan kadangkala ada juga bahagian solo bagi Conga ini. Hal ini adalah
berbeza dengan Gendang di mana gendang tidak dimainkan dalam muzik ensembel kecuali
gendang ibu dan anak, djembe dan alat muzik membranofon yang lain selain gendang.

Anda mungkin juga menyukai