Anda di halaman 1dari 24

ENGENALAN

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik.
Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat
Minangkabau. Cak bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala Lempong bermaksud bunyi
paluan bonang.
Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan
dramatari (taridra).
Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempong, celempong dan taklempong.

SEJARAH
Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal alat muzik ini. Terdapat
beberapa pendapat yang menjurus kepada kesimpulan berikut:

Pendapat pertama:

Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita Hikayat Malim Deman.


Pendapat Kedua:

Pendapat ini datang dari orang Minangkabau yang mengimbas kembali kisah yang berlaku di
Tanah Datar Minangkabau. Semasa pertabalan Tunku Laras, baginda tiba-tiba ghaib dan
dipercayai dilarikan oleh Puteri Kayangan. Di kayanganlah baginda mendengar bunyian yang
sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong.
PERKEMBANGAN
Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19
oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermastautin di
Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka

permainan muzik Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada
Bongai.
PERMAINAN CAK LEMPONG
Caklempong dapat dimainkan melalui 3 jenis posisi :

Cara Tegak :

bermain secara berdiri di mana bonang diletakkan

di dalam tepak berkaki

Cara Duduk :

bermain sambil duduk bersila di mana tepak

bonang tidak berkaki

Cara Pacik

bermain secara berjalan atau berarak di mana

Bonang memerlukan 3 orang pemain. Setiap pemain membawa 2 bonang yang digantung dengan
tali. Terdapat cara di mana sebelah tangan memegang bahagian sisi dalam , 2 bonang dengan
diletakkan berdiri iaitu kedua-dua muka bonang mendatar. Manakala tangan sebelah lagi akan
mengetuk bonang menggunakan pengetuk yang dibuat daripada rotan yang dibalut dengan tali
khas.
PERSEMBAHAN
Permainan Cak lempong secara umumnya diadakan sebagai permainan rakyat. Permainan ini
turut dipersembahkan dalam upacara rasmi yang melibatkan istana. Di antara persembahan
permainan cak lempong adalah seperti berikut:

Hiburan umum

Iringan tarian , contohnya tarian lilin, tarian piring dan tarian inai

Iringi pencak silat

Majlis pertabalan raja

Sambutan tetamu Di Raja, kehormat dan sebagainya

Perkahwinan

Persembahan Kaba iaitu Cerita Penglipur Lara di mana dijadikan muzik iringan untuk
mengekalkan minat penonton

Drama tari randai.

SPESIFIKASI ALAT
Alat-alat cak lempong boleh dispesifikasikan seperti berikut:
Idiofon
Gereteh, Sauwa, Tingkah, Canang
Membranofon
Gendang anak, Gendang Ibu
Aerofon
Serunai, bangsi, salong

FUNGSI ALAT
Alat-alat Caklempong mempunyai fungsi khusus dalam permainan seperti berikut:

Gereteh

Memainkan melodi, kaunter melodi, ostinato, dan kord


Sauwa

Memainkan ostinato berirama/bes

Tingkah

Memainkan harmoni, irama, sering menuruti rentak gendang ibu untuk mengukuhkan rentak
lagu

Gendang ibu

Memainkan rentak lagu, mengawal tempo


Gendang anak

Memainkan paluan meningkah (sinkopasi), penyeri rentak

Serunai, bangsi,salong

Memainkan melodi lagu

PENGENALAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG


Bonang

Bonang Caklempong diperbuat daripada perunggu atau tembaga. Bentuknya sama seperti
gong atau tetawak kecil. Saiznya sama besar dengan sebuah piring. Seperti gong, bonang juga
mempunyai cembol atau tombol bulat di bahagian tengahnya. Bahagian inilah yang perlu
diketuk. Bonang diatur di atas 2 baris tali yang telah diikat di dalam tepak Cak lempong.
Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara mengetuk permukaan bahagian dalam cembol
untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk
permukaan bahagian luar cembol.

Tepak

Rajah 3.1 : Tepak Gereteh/Kertih

Tepak ialah tempat di mana bonang Caklempong diletakkan. Tepak ini merupakan peti
bersegi empat bujur yang diukur dengan ukiran awan larat. Bonang disusun secara diatonik di
atas dua utas tali yang direnggangkan di tengah-tengah peti. Tepak gereteh boleh memuatkan dua
baris bonang, iaitu 8 bonang sebaris.

Tepak Tingkah Dan Sauwa


Tepak Tingkah dan Sauwa ialah tempat di mana bonang diletakkan. Tepak ini merupakan
peti bersegi empat bujur yang diukir dengan ukiran awan larat. Bonang disusun secara diatonik
di atas dua utas tali yang direnggangkan di tengah-tengah peti. Tepak Tingkah atau Sauwa boleh
memuatkan satu baris dengan 8 bonang.

Gendang
Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan
pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang berkulit lembu mempunyai getaran
yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan
berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara
pukulan melalu.

Gendang Anak adalah lebih kecil daripada Gendang Ibu dan mempunyai ton yang lebih
tinggi. Peranan Gendang Anak ialah sebagai peningkah kepada corak irama Gendang Ibu.

Rajah 3.3 : Gendang Anak

Gendang Ibu dan Gendang Anak biasanya diletakkan di atas lantai supaya mudah
dimainkan dalam posisi bersila. Kedua-dua gendang mestilah diletakkan berdekatan di antara
satu sama lain.

Rajah 3.5 : Gendang Ibu

Rajah 3.6 : Kedudukan gendang ibu dan pemain

Rajah 3.7 : Kedudukan gendang anak dan pemain

Bangsi dan Serunai

Rajah : 3.8 Bangsi dan Serunai

Rajah 3.8 : Bangsi dan Serunai

Pengetuk

Rajah 3.9 : Pengetuk

Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada
kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketuk pada cembol bonang Cak
lempong, hasil bunyinya tidak terlalu nyaring. Paluan yang baik ialah dengan cara menggunakan
tenaga paluan dari pergelangan tangan.

Tingkah

Rajah 3.10 : Tingkah/Sauwa

Cak lempong Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not
E,F,G,A,Bb,B,C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak

dan menghasilkan corak irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah
dimainkan.
Sauwa
Caklempong Sauwa mempunyai lapan bunyi bonang. Bentuknya sama sahaja dengan
Caklempong Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak
mengikut kod melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan
kepada pemain Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok
sahaja disediakan.
Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh).
Susunan yang lazim terdapat pada Penyusunan Caklempong Sauwa adalah sama dengan
Caklempong Tingkah. Walaupun kedua-duanya sama, corak irama permainan dapat menentukan
perbezaan di antara kedua-dua set ini.

SUSUNAN ALAT CAK LEMPONG DALAM ENSEMBEL


Susunan alat Caklempong dalam Ensembel dicadangkan seperti berikut:

Rajah 3.11 : Susunan Alat Caklempong dalam ensembel

Bahagian Hadapan Pentas

Bangsi/Serunai
Gereteh Satu
Sauwa
Gereteh Dua
Gendang Anak
Tingkah
Gendang Ibu

TEKNIK BERMAIN CAKLEMPONG


Posisi Pemain
Pemain mestilah duduk bersila menghadap Tepak Caklempong. Kedudukan pemain juga
mestilah berada di tengah-tengah Tepak supaya memudahkan pergerakan tangan kiri dan kanan.
Pastikan kayu pemukul dipegang dengan kemas tetapi tidak terlalu kuat. Ketukan dilakukan
dengan hanya menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Kekuatan ketukan hanya pada
pergelangan tangan.

Rajah 3.12 : Posisi pemain Caklempong

Pemain Gendang
Pemain gendang pula biasanya duduk bersila sambil memangku atau meriba gendang
tersebut. Kedua-dua permukaan gendang dipukul dengan menggunakan tangan. Teknik pukulan
adalah sama seperti teknik bermain kompang atau rebana, iaitu menghasilkan bunyi pak pung
dan pang.
Bilangan Pemain
Biasanya 8 orang pemain diperlukan dalam sesebuah ensembel Caklempong, iaitu dua
pemain Gereteh, seorang pemain Tingkah, seorang pemain Sauwa, seorang pemain Gendang
Anak, seorang pemain Gendang Ibu dan dua orang untuk serunai dan bangsi. Permainan
Caklempong boleh digunakan untuk mengiringi penyanyi atau kumpulan penyanyi.
NOTASI CAKLEMPONG
Notasi Gereteh
Notasi untuk Gereteh (melodi) menggunakan sistem nombor mengikut susunan Solfa
seperti berikut:-

1
2
3
4
5
6
7
I

=
=
=
=
=
=
=
=

do
re
mi
fa
so
la
ti
do

Rajah 3.13 : Notasi gereteh

Notasi asas iaitu setiap nombor melambangkan satu krocet. Jika nombor itu ada garisan
di atasnya maka nombor tersebut melambangkan not kuaver. Tanda rehat ditunjukkan dengan
menggunakan lambang sengkang (-). Nombor yang mempunyai garisan di bawah melambangkan
ketukan dengan menggunakan tangan kiri.

Rajah 3.14 : Notasi gereteh dalam baluk

Notasi Tingkah/Sauwa

Rajah 3.15 : Notasi tingkah dalam baluk

Notasi Gendang

PENJAGAAN
Bonang
Untuk memastikan bonang sentiasa mempunyai bunyi tonaliti yang baik,
perkara berikut perlu diberi perhatian:1.

Ketukan dan pukulan pada cembol bonang hendaklah tidak terlalu kuat sementara kayu
pengetuk mestilah kayu pengetuk seperti yang disyorkan.

2.

Jangan sekali-kali ketuk cembol bonang dengan kayu atau objek yang keras.

3.

setiap kali selepas bermain, bonang hendaklah diangkat dari tepak dan disimpan di dalam kotak
atau tempat simpanan yang sesuai.

4.

Penalaan bonang boleh dilakukan dengan cara yang betul.


Tepak
Tepak Caklempong yang diukir berdasarkan corak awan larat, haruslah dijaga dengan
baik supaya ia tidak tercalar atau terkopak. Seelok-eloknya selepas bermain, tepak ini
dimasukkan ke dalam kotak atau dibungkus dengan kain. Jangan dedahkan tepak pada panas
matahari.
Serunai dan Bangsi
Serunai dan bangsi yang diperbuat daripada buluh boleh tahan lama jika dijaga
dengan baik. Penjagaan serunai dan bangsi adalah rumit kerana ia mempunyai lidah (reed)
yang mudah pecah atau terkopak. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya serunai dan bangsi
disimpan dalam dompet atau kotak khas.

Gendang Ibu dan Gendang Anak

Gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan yang diperbuat daripada
kulit. Bagi memastikan ketahanan permukaan kulit, tali penegang hendaklah dikendurkan
selepas bermain dan tidak didedahkan terus kepada panas matahari.

Anda mungkin juga menyukai