Anda di halaman 1dari 8

Saron

Pengenalan:

Secara amnya saron ialah alat muzik jenis zailofon yang diperbuat dari kepingan gangsa. Terdapat tiga jenis saron iaitu saron demung, saron barung dan saron peking atau saron penerus. Tiap-tiap kepingan dilaraskan mengikut aturan berbaris di atas kotak gema kayu.

Fungsi:

Digunakan dalam Joget Gamelan Pahang dan Terengganu.

Cara Bermain: Seorang pemain memalu kepingan-kepingan dengan pemalu.

Gambang

Pengenalan:

Alat zailofon dari kepingan logam dibuat berbusut di tengah tiap-tiap kepingan. Sebanyak 9 kepingan dipasang pada kotak gema.

Fungsi :

Kebiasaannya digunakan untuk muzik hiburan.

Cara Bermain : Kepingan logam ini dipukul dengan pemalu kayu.

Gambang Kayu

Pengenalan:

Sejenis alat zailofon diperbuat dari kepingan kayu yang berbeza saiz dan ketebalannya. Kepingan kayu ini diatur berbaris yang dilaraskan mengikut pic tertentu.

Fungsi :

Ia berfungsi sebagai alat yang memainkan bunga-bunga melodi mempunyai kelajuan dua kali ganda daripada kelajuan yang dibunyikan oleh saron barong. Dimainkan dalam joget gamelan Pahang dan Terengganu.

Cara Bermain: Dimainkan oleh seorang pemain dengan memalu kepingan kayu dengan sepasang pemalu kayu berbalut.

Kempul

Pengenalan:

Dibuat daripada perunggu (lihat Gong Suwukan). Kempul lebih kecil dari gong suwukan dan dilaraskan kepada pic tertentu.

Cara Bermain: Digantung dan dipalu pada busutnya dengan pemalu beralas.

Kenong

Pengenalan:

Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah. Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.

Fungsi:

Cara Bermain: Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain. Lain-lain Gambar

Bonang

Pengenalan:

Mempunyai sepuluh buah canang yang diperbuat dari perenggu. Canang-canang disusun dalam dua baris dan diapungkan di atas dua lingkar tali. Tiap-tiap canang mempunyai nada yang berbeza-beza. Nada canang baris terdekat dengan pemain adalah lebih tinggi dan nada canang juga meningkat dari kanan ke kiri. Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan gamelanTerengganu, Pahang dan Jawa.

Fungsi:

Cara Bermain: Ia dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut Lain-lain Gambar

Saron Barong

Pengenalan:

Saron barung berukuran kecil sedikit dari saron demung dan besar sedikit dari sarun peking. Sejenis alat zailofon yang mengandungi enam kepingan logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi. Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan gamelanTerengganu, Pahang dan Jawa.

Fungsi:

Cara Bermain : Alat ini dimainkan oleh seorang pemain dengan sepasang pengetuk kayu. Saron barung ini memainkan melodi utama di mana satu not diketuk pada setiap rentak. Lain-lain Gambar

Gong

Pengenalan:

Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya. Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu

Fungsi:

Cara Bermain: Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut. Lain-lain Gambar

Anda mungkin juga menyukai