Anda di halaman 1dari 2

Asal Usul

-Caklempong adalah sejenis muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.


Ensembel Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat. Caklempong juga
dikenali sebagaiTaklempong, Calempong atau Telempong.
-Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal-usul Caklempong.
Ada dua pendapat tentang asal-usul Caklempong:
Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita Hikayat Malim Deman.
Berdasarkan kepercayaan orang Minangkabau, semasa pertabalan Tunku Laras di Tanah
-Datar Minangkabau, baginda telah ghaib dengan tiba-tiba dan dipercayai dilarikan oleh
puteri kayangan. Di sanalah baginda mendengar bunyi-bunyian yang sungguh lunak dan
merdu yang dinamakan Caklempong.
-Caklempong dibawa ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke 19 o
oleh peniaga Minangkabau dari Sumatra Barat yang datang dan bermastautin di Negeri
Sembilan. Permainan Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini.

Teknik Permainan
-Terdapat tiga cara bagaimana Caklempong dimainkan :
Caklempong dimainkan secara berdiri di mana bonang diletakkan di atas tepak berkaki.
Caklempong dimainkan secara duduk di mana tepak tidak berkaki digunakan.
Caklempong dimainkan untuk mengiringi perarakan sambil berjalan yang dipanggil
Pacik.
Setiap pemain membawa 2 buah bonang yang digantung pada jari dan diketuk.

Alat Muzik
-Ensembel Caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:
Gereteh
Terdiri daripada 15 biji gong kecil yang dipanggil bonang. Alat ini disusun mendatar di atas
tepak. Gereteh berperanan memainkan melodi I dan II.
Tingkah
Terdiri daripada 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Tingkah berperanan
memainkan kod.
Sauwa
Terdiri daripada 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Sauwa memainkan
ostinato melodi.
Bonang gereteh, tingkah dan sauwa diperbuat daripada tembaga. Alat-alat ini adalah dalam
klasifikasi idiofon yang diketuk dengan pemukul kayu yang berbalut.
Gendang
Terdiri daripada dua buah gendang iaitu gendang ibu dan gendang anak. Gendang ibu
memainkan rentak asas manakala gendang anak meningkah rentak asas. Alat ini adalah dalam
klasifikasi membranofon, mempunyai dua muka kulit yang dipukul dengan tangan. Baluh

gendang ibu dan anak diperbuat daripada kayu nangka manakala muka kulitnya daripada
kulit kambing.
Bangsi
Bangsi mempunyai tujuh lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah.
Serunai
Serunai dan mempunyai 4 lubang.
Serunai dan bangsi adalah sebagai alat tambahan yang memainkan melodi pada tempattempat tertentu mengikut gubahan lagu. Alat-alat ini adalah dalam klasifikasi erofon yang
ditiup.
Fungsi
Ensembel Caklempong dimainkan untuk hiburan, upacara-upacara rasmi, majlis
perkahwinan, mengiringi tarian lilin, tarian piring, pencak silat, dan dramatari randai.
Permainan Caklempong secara Pacik dimainkan untuk mengiringi pengantin dan orang
kenamaan dalam majlis-majlis rasmi.

Anda mungkin juga menyukai