Anda di halaman 1dari 4

1.

SERUNAI

Sejarah Serunai
Asal mula serunai atau puput serunai dijangka datang dari nama shehnai, alat muzik yang
berasal dari Lembah Kashmir di dataran India Utara. [1] Alat muzik shehnai diduga
merupakan perkembangan dari alat muzik pungi yang digunakan dalam muzik para pemikat
ular tradisional India.

Setelah dikenal luas di dataran tinggi Minangkabau (kawasan Sumatera Barat sekarang),
serunai menjadi popular sebagai alat muzik tiup tradisional Minang. Alat muzik ini dikenali
merata di Sumatera Barat, terutama di bahagian dataran tinggi seperti di daerah Agam, Tanah
Datar dan Lima Puluh Kota, dan juga di sepanjang pesisir pantai Sumatera Barat. Alat muzik
ini sejak lama telah dipopularkan ke seluruh Malaysia oleh para imigran dari Minang dan
juga telah dikenali sebagai alat muzik tradisional di Malaysia dan masyarakat Banjar di
Kalimantan dengan nama yang sama.

Cara Membuat
Bahan untuk membuat sebuah puput serunai tradisional Minang terdiri daripada batang padi,
kayu atau buluh, tanduk kerbau atau daun kelapa.
Bahagian penata bunyi serunai diperbuat daripada kayu capo ringkik atau dari buluh talang
yang saiznya sebesar ibu jari tangan. Capo ringkik adalah sejenis tanaman perdu yang
mempunyai lapisan kayu keras namun mempunyai bahagian dalam yang lembut, sehingga
mudah untuk dilubangi. Kayu yang panjangnya 20 cm tersebut diberi 4 lubang yang
berselisih jarak 2.5 cm, yang berfungsi memberi beza tinggi rendah nada. Nada yang lazim
pada alat muzik tradisional Minang termasuk puput serunai adalah nada pentatonis "do-re-mi-
fa-sol".
Puput adalah bahagian yang ditiup pada alat muzik serunai, biasa diperbuat daripada kayu,
buluh talang, atau batang padi tua. Bahagian ini disambungkan oleh bahagian penyambung
yang berfungsi sebagai pangkal puput tersebut. Panjangnya sekitar 5 cm dan diperbuat
daripada kayu keras. Penyambung ini dilubangi untuk saluran udara tiup, yang bersambungan
dengan poros badan dan poros corong. Di bahagian belakang, bahagian penyambung ini juga
berbentuk corong, dengan diameter 2 cm.

Bahagian corong adalah bahagian hujung serunai yang dibentuk membesar seperti hujung
akhir alat muzik trompet. Fungsi bahagian ini adalah untuk membesarkan atau menambah
kelantangan suara. Bahagian ini biasanya diperbuat daripada kayu, terutama kayu gabus, dari
tanduk kerbau yang secara semulajadi telah berbentuk lancip mengembang, ataupun dari
daun kelapa yang dililitkan. Panjangnya sekitar 10 hingga 12 cm, dengan garis tengah 6 cm
di bahagian yang mengembang.

Dalam pembuatan serunai terdapat spesifikasi yang bervarisi di setiap daerah. Bahkan ada
jenis serunai yang tatacara nadanya dilakukan dengan cara menutup dan membuka
permukaan bahagian corong.
2. GENDANG

Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau


bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang
seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam
keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang
tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang
yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari
menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan
Diraja.

Gendang biasanya dipakai untuk mengiringi permainan gitar dambus, campak, atau
bedaek. Gendang juga dipakai untuk mengiringi perarakan pengantin, upacara
menyambut tamu, dan lain-lain. Keberadaan gendang dalam sejarah musik Melayu
sudah lama ada seiring dengan perkembangan musik Melayu.

Sejarah Gendang

Gendang adalah jenis alat musik pukul dalam kelompok genderang yang paling
dikenal di muka bumi. Alat musik ini dibuat dari kulit binatang yang diregangkan
pada mulut tabung kayu dengan berbagai variasi bentuk dan ukuran.

Setiap bangsa sejak Afrika sampai Asia Timur dan benua Amerika, dapat dikatakan
memiliki gendang dengan bentuk, bunyi, kegunaan, dan nama tersendiri.

Menurut sejarah, gendang sudah dimainkan di Cina sejak 3000 tahun yang lalu untuk
ritual sembahyang atau dalam nyanyian, tarian, perang, penggembalaan hewan, tanda
waktu, dan alarm.
Pada suku-suku kuna gendang dipakai juga sebagai ritual tertentu atau untuk
membangkitkan kegembiraan. Di nusantara gendang sudah dikenal sejak abad ke
sembilan sebagai alat musik pokok untuk acara persilatan, rentak tari menari, dan
penyambutan raja atau tamu terhormat yang pada pokoknya untuk memeriahkan
suasana perayaan.

Dalam peri kehidupan Melayu, gendang dikaitkan pula dengan keinginan dan
kesenangan yang dicerminkan dalam pepatah atau perumpamaan.

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya, berarti sesuatu arahan akan dituruti
sebagaimana yang diinginkan.

Anda mungkin juga menyukai