Anda di halaman 1dari 4

Bab 3 : Tamadun Awal Di Asia Tenggara

(1) Bukti Kewujudan Tamadun Awal Di Asia Tenggara a) Catatan China 1. Kang Tai dan Chu Ying dihantar sebagai utusan China ke Funan 2. Raja Funan Bernama Kaundinya dipanggil Houen Tien dalam sebutan China 3. Sejarahwan G.Coedes Funan merupakan kerajaan tertua di Asia Tenggara 4. Menurut G.Coedes lagi Kerajaan Kedua tertua di Asia Tenggara ialah Champa @ Lin Yi. b) Langgam 1. Jumpaan seni arca berunsur Hindu-Buddha yang dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari India membuktikan kewujudan Funan sejak abad ketiga masihi. c) Zaman Logam 1. Hubungan Perdagangan Penemuan artifak gendang gangsa yang dihasilkan di Batu Buruk,Terengganu dan Sungai Klang,Selangor. d) Dengan Rom 1. Hubungan Perdagangan Penemuan artifak manik Rom di Kuala Selinsing,Perak dan Kota Tinggi Johor. (2) Ciri-ciri Kerajaan Agraria a) Pertanian 1. Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan. b) Lokasi 1. Kawasan Subur lembah-lembah sungai Contoh : Dvaravati di Sg.Menam c) Padi Sawah 1.Tanaman Utama ialah Padi Sawah kerana ada bekalan air yang banyak. d) Padi Huma 1. Ditanam di kawasan tanah tinggi yang kurang mendapat air dengan membina teres. e) Tanaman Sampingan 1. Pisang jagung & Sayuran f) Rempah 1. Pelbagai jenis rempah dihasilkan Contoh : Lada hitam & Cengkih g) Hasil Hutan 1. Gading, damar, sarang burung dan kayu gaharu. h) Menangkap Ikan 1. Di sawah dan sungai i) Penternakan 1. Lembu, kambing dan ayam. j) Pemasaran 1. Lebihan hasil dipasarkan kepada penduduk bandar yang tidak terlibat dalam pertanian. k) Sistem Pengairan 1. Dibina dari sumber air seperti Tasik Tonle Sap. 2. Membawa kepada perkembangan pertanian di Kerajaan Funan dan Angkor. (3) Kerajaan Agraria 1. Kerajaan Funan a) Awalnya 1. Awalnya Kerajaan agraria tetapi berkembang menjadi Kerajaan maritim. b) Sebab-Sebab 1. Kedudukan pelabuhan Oc-Eo yang terlindung daripada tiupan angin monsun.. 2. Terdapat kemudahan bekalan makanan-minuman. 2. Kerajaan Angkor a) Peranan Tasik Tonle Sap i) Sumber Air 1. Sumber air utama untuk bekalan air minuman dan mengairi sawah. ii) Tanah Rata 1. Tanah rata di kawasan sekeliling tasik sesuai untuk penanaman padi sawah. iii) Iklim 1. Panas dan lembab sepanjang tahun sesuai untuk padi sawah. iv) Tanah Subur 1. Pada musim kemarau, kawasan di sekitar tasik menjadi mendapan lanar yang subur. v) Protein 1. Membekalkan sumber protein seperti ikan. vi) Sistem Air 1. Terusan dibina untuk mengalirkan air ke sawah. vii) Menampung 1. Bekalan beras yang dihasilkan dapat menampung keperluan penduduk kampung.

(3) Kerajaan Maritim 1. Ciri-Ciri a) Punggut hasil hutan 1. Pada awalnya mereka menangkap ikan dan memungut hasil hutan. b) Pengeluar Logam 1. Mengeluarkan logam seperti bijih timah dan emas. c) Pelabuhan Pembekal 1. Membekalkan hasil tempatan seperti emas dan makanan kepada pedagang. d) Pelabuhan Kerajaan 1. Pelabuhan pembekal berkembang menjadi kerajaan Contoh : Champa, Kedah Tua, Srivijaya. e) Pelabuhan Entrepot 1. Kedah Tua dan Srivijaya berkembang menjadi pelabuhan entrepot iaitu bekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa dan beli barang pedagang antarabangsa dan edarkan kepada penduduk tempatan. f) Penduduk 1. Orang tempatan, Orang laut, Pedagang luar. g) Bahasa 1. Bahasa Melayu menjadi Lingua franca di Asia Tenggara. 2. Faktor-Faktor Kejayaan (i) Kedah Tua a) Strategik 1. Kedudukannya di Selat Melaka melindungi Kedah Tua daripada angin monsun barat daya. b) Gunung Jerai 1. Menjadi panduan kepada kapal untuk keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api. c) Kemudahan 1. Pelbagai kemudahan disediakan. Cth : Gudang d) Barang Dagangan 1. Kaya dengan hasil hutan seperti rotan dan sumber galian seperti timah dan memperoleh barang dagangan dari luar seperti Teh dan Sutera. (ii) Srivijaya a) Strategik 1. Kedudukan strategik di Selat Melaka menjadikan Srivijaya sebagai tempat persinggahan kapal dari India dan China.

b) Tentera 1. Tentera laut Srivijaya yang dianggotai oleh Orang Laut mengawal perdagangan di Selat Melaka dan menjaga keselamatan kerajaan. c) Barang Dagangan 1. Banyak barang tempatan dan antarabangsa dibekalkan oleh kawasan taklukannya. d) Kapal Besar 1. Menurut catatan I-Tsing, Pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mempunyai kebolehan untuk membina kapal yang besar. (4) Kerajaan Agraria dan Maritim (i) Perbezaan a) Kegiatan Utama 1. Kerajaan agraria mengutamakan pertanian. 2. Kerajaan Maritim mengutamakan perdagangan. b) Kedudukan 1. Kerajaan Agraria - Lembah-lembah sungai utama 2. Kerajaan Maritim - Tepi laut c) Kegiatan Sampingan 1. Agraria - Mengumpul hasil hutan spt sarang burung. 2. Maritim - Menangkap ikan & Membuat kapal d) Teknologi 1. Membina sistem pengairan spt terusan & baray. 2. Kapal utk jarak jauh & perahu utk jarak dekat. (ii) Persamaan a) Agama 1. Dipengaruhi oleh agam Hindu-Buddha dari India. b) Raja 1. Diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak. c) Dewa-raja 1. Percaya bahawa raja adalah bayangan tuhan di bumi. d) Hubungan Luar 1. Mempunyai hubungan dgn negara luar khususnya hubungan keagamaan dgn India. (iii) Saling Bergantung a) Maritim perlukan Agraria 1. Bahan makanan daripada kerajaan Sailendra di Jawa Tengah. 2. Hasil hutan spt kayu balak untuk membina kapal daripada kerajaan Pegu di Burma.

3. Kenderaan spt gajah sebagai pengangkutan raja dari Burma dan Siam. 4. Tenaga buruh yang mahir spt tukang kayu yang terbaik dibawa dari kerajaan agraria. 5. Barang dagangan spt rempah untuk diperdagangkan kepada pedagang luar dari India dan China. b) Agraria perlukan Maritim 1. Pasaran untuk barang keluaran spt beras, rotan dan rempah kepada pedagang antarabangsa melalui kerajaan maritim. 2. Barangan mewah spt kain dari India dan tembikar dari China diperoleh daripada kerajaan maritim. (5) Pengaruh Agama Hindu-Buddha (i) Cara-Cara Penyebaran a) Ksyatria 1. Golongan tentera @ ksyatria yang menyebarkan agama Hindu semasa membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara. b) Vaisya 1. Golongan pedagang @ Vaisya membawa agama Hindu semasa datang berdagang di Asia Tenggara. c) Brahmin 1. Golongan pendeta @ Brahmin datang ke Asia Tenggara dan mengajar agama Hindu di kalangan penduduk Asia Tenggara. d) Kebudayaan 1. Penyebaran agama Hindu juga berlaku apabila aspekaspek kebudayaan India disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. e) Perdagangan 1. Perdagangan dua hala wujud apabila pedagang India datang ke Asia Tenggara untuk dapatkan bekalan emas apabila Maharaja Vespian,Rom hentikan penjualan emas kepada India kerana kekurangan bekalan. (ii) Kesan-Kesan Dalam Pentadbiran a) Dewa-Raja 1. Raja dianggap sebagai bayangan tuhan di bumi yang turut memiliki kuasa sakti. b) Gelaran 1. Gelaran raja mula digunakan selepas kedatangan pengaruh agama Hindu-Buddha. c) Kedudukan Raja 1. Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan.

d) Kuasa Mutlak 1. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal pentadbiran spt tentera dan hubungan luar. e) Undang-Undang 1. Semua perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan. f) Derhaka 1. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja kerana percaya raja adalah bayangan tuhan di bumi. g) Pertabalan 1. Upacara pertabalan diadakan mengikut adat resam Hindu oleh golongan Brahmin untuk membezakan raja dengan golongan yang diperintah. h) Orde Kosmos 1. Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta. 2. Mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta. i) Pentadbiran Srivijaya 1. Dalam Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja,pratiyuvaraja,raja kumara dan raja putra. 2. Seorang daripada 3 orang anak raja boleh menjadi raja kecuali raja putra kerana anak gundik. 3. Di bawah anak raja terdapat senapati, ketua pentadbiran pusat. 4. Daerah ditadbir oleh golongan datu yang dilantik oleh raja iaitu parvanda (keturunan raja) & bhupati (orang kaya). (6) Kesan-Kesan agama Hindu-Buddha dalam kesenian dan Kesusasteraan. (i) Monumen (candi) a) Ibadat 1. Menjadi rumah ibadat bagi agama Hindu dan Buddha. b) Memperingati 1. Untuk memperingati orang ternama spt raja dan peristiwa penting. c) Abu Jenazah Raja 1. Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya. d) Patung Utama 1. Tempat menyimpan patung dewa bagi sesebuah kerajaan awal. e) Lambang Keagungan 1. Menjadi lambang keagungan seseorang raja berdasarkan kehebatan seni bina 2. Contoh : Angkor Wat oleh raja Suryavarman II.

f) Menghalang Roh Jahat 1. Patung Nandiswara dan Drawapala berperanan menjaga candi daripada dimasuki roh jahat. g) Contoh 1. Angkor Wat 2. Candi Borobudur 3. Candi di Lembah Bujang (ii) Pengaruh Bahasa Sanskrit a) Keturunan Raja 1. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja. b) Amaran Raja 1. Inskripsi di Palembang berkaitan dengan amaran raja kepada rakyat supaya tidak menderhaka. c) Bidang Intelek 1. Meningkatkan pencapaian intelek masyarakat kerana batu-batu bersurat mempunyai maklumat tentang undang-undang dan pemerintahan raja. d) Kemahiran 1. Membuktikan masyarakat tempatan mempunyai kemahiran yang tinggi memahat tulisan pada batu bersurat e) Dalam Bahasa Melayu 1. Mengalami perubahan dalam bahasa melayu spt dukkhaduka, manusa-manusia & dorhaka-derhaka. f) Ilmu dan Komunikasi 1. Berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara. g) Kesusasteraan 1. Kesusasteraan India spt Ramayana dan Mahabharata menyumbang kepada unsur mitos kesusasteraan klasik AT. h) Hikayat 1. Mahabharata diadun unsur tempatan menjadi Hikayat Pandawa Lima dan Ramayana menjadi Hikayat Seri Rama

Anda mungkin juga menyukai