Anda di halaman 1dari 38

MAK YONG

MAZLINA BINTI MAZALIM


NUR BALQIS BINTI ADENAN
PENGENALAN
• Istilah mak yong berasal dari nama Mak Hiang,
iaitu nama semangat padi.
• Tarian ini bertujuan untuk menunjukkan
kesyukuran terhadap semangat itu dalam memberi
kebaikan dan kemurahan dalam hasil tuaian
mereka.
• Persembahan Mak Yong menggabungkan unsur-
unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,
muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan
teks percakapan yang formal dan bersahaja.
• Tarian Mak Yong biasanya dipertontonkan
terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan,
Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-
Indonesia.
• Pada 25 November 2005, seni Mak Yong
mendapat pengiktirafan United Nations
Educational, Scientific and Cultural
Organisation (UNESCO) sebagai Karya Agung
Dunia.
SEJARAH ASAL USUL
• Mak Yong diasaskan di Kerajaan Patani yang kini
merupakan sebahagian daripada Thailand.
• Oleh kerana ia diwarisi secara lisan, usia sebenar Mak
Yong tidak dapat dipastikan dan sekurang-kurangnya
berusia 800 tahun atau lebih awal lagi.
• Menurut Hikayat Patani, Mak Yong dibawa ke Kelantan
lebih 200 tahun dahulu sebagai pemberian dari Patani
disebabkan perkahwinan di antara kesultanan Patani dan
Kelantan.
• Di Patani, Mak Yong hanya dipersembahkan di istana
sehingga 1920, di mana ia dipertontonkan di kalangan
orang biasa.
FUNGSI
1. Sebagai hiburan. Pada zaman kini, Mak Yong
biasanya dipersembahkan untuk tujuan
persembahan dan hiburan kepada penonton
sahaja.
2. Dipersembahkan dalam upacara sembah guru di
mana guru mak yong akan menyerahkan
kuasanya kepada anak muridnya untuk
mewarisi pangkatnya sebagai guru Mak Yong.
(biasanya sekali setiap 9 tahun dan dilakukan 3
malam berturutan)
3. Satu teknik perubatan tradisional (music
therapy). Mak Yong selalu dikaitkan dengan upacara
di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang
dirasuk melalui nyanyian dan tarian . (biasanya
dimainkan bersama main puteri)
4. Dengan pengaruh agama Islam di rantau ini,
amalan-amalan yang melibatkan pawang sudah tidak
dijalankan lagi. Pada masa ini, seni Mak Yong
dilestarikan sebagai seni tradisi masyarakat
Melayu.
CIRI-CIRI SENI
• Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan upacara
mengadap rebab.
• Ini diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik bagi
menghormati pemain dan rebab yang dimainkan oleh si
pemuzik.
• Terdiri dari 8-16 orang termasuk pelakon dan pemain alat
muzik.
• Setiap satu cerita mampu dipersembahkan dalam siri
pertunjukan tiga jam.
• Biasanya dipersembahkan dari pkul 8.30/9.00 malam
sehingga tengah malam selama beberapa hari.
• Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di
panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa.(bangsal)
• Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi
yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri
dari pemain rebab, gendang kepala dua dan
tetawak.
• Cerita yang dipersembahkan biasanya hasil turun
temurun dari mulut dan tidak ada skrip dan boleh
diimprovisasi.
• Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan
ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan
watak raja, dewa dan pelawak.
• Lelaki hanya memainkan watak peran dan biasanya
watak jahat dan gelap seperti raksasa dsb.
WATAK
a) Pak Yong – menjadi raja atau pemerintah dan menjadi
tulang belakang cerita Mak Yong.
b) Pak Yong Muda – watak utama atau hero dalam cerita Mak
Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai
peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa.
c) Peran – bertindak sebagai pelawak, orang suruhan raja dan
penasihat raja. Terdapat beberapa orang peran dalam
sesebuah cerita. Seorang raja pasti mempunyai seorang
Peran Tua, biasanya memegang watak yang lebih penting,
dan Peran Muda.
d) Mak Yong – juga permaisuri dan dalam sesetengah cerita
mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.
e) Puteri Mak Yong – sebagai heroin di dalam
cerita.
f) Dayang-dayang – terdiri daripada gadis-gadis
manja yang juga bertindak sebagai penari atau
pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.
g) Watak ‘Supernatural’ – boleh bertindak
sebagai watak baik atau jahat.
h) Watak jahat seperti jin dan watak baik
seperti alim ulama dari kayangan, watak ikan
dan sebagainya.
KOSTUM
• Ada selendang jaring menutupi bahu dan
dada serta hiasan di kepala sebagai
“trademark”.
• Kostum tradisional menggunakan warna
kuning dan keemasan iaitu warna diraja
kerana tarian ini dipersembahkan untuk
golongan raja dan pembesar sahaja dahulu.
PAK YONG
Mahkota

Sibar layang
yang diperbuat
dari manik
manik halus
dan warna
warni

Tali pinggang

keris

Kain samping
labuh
Rotan berai

Tujuan: untuk
memukul
peran
MAK YONG
Mahkota

Sibar layang

Tali pinggang
PERAN
Songkok atau
semutar
PERAN TUA

PERAN MUDA

Muka dilukis

golok Baju pendek


biasa

Kain samping
PERGERAKAN ASAS BAGI TARIAN
MAKYONG
• Tarian makyong juga sama seperti tarian
melayu yang lain iaitu menegaskan kepada
pergerakan tangan.
• Contohnya, duduk atas tumit, tangan sembah
guru, tangan Gajah lambung belalai, tangan
burung terbang, tangan ular sawa mengorak
lingkaran
STRUKTUR PERSEMBAHAN
• Setiap bahagian tidak boleh
didahulukan atau dibuang.
• Sebarang perubahan akan
mencacatkan persembahan dan
melanggar disiplin.
1. Dulu, untuk upacara pembuka Buka Panggung, Peran
Tua akan mengelilingi dan mengasap empat bucu
pentas dengan kemenyan untuk meminta
perlindungan dari gangguan jin. Kini, upacara ini telah
digantikan dengan doa dari Peran Tua.
2. Setiap cerita bermula dengan upacara dimana semua
penari dan pelakon akan keluar duduk menghadap
rebab dan watak utama akan menyanyikan lagu
Mengadap Rebab (penghormatan kepada alat muzik
rebab) dan diikuti oleh tarian dan nyanyian yang di
sambut oleh korus atau jong dondang.
3. Selepas tarian ini, mereka akan menarikan Tarian
Sedayong Mak Yong.
4. Selepas itu, semua yang terlibat akan masuk
meninggalkan Pak Yong, watak utama yang akan
berada di pentas.
5. Pak Yong akan menyanyikan lagu Sedayong Pak Yong(perkenal
diri, asal melalui lagu agar penonton dapat memahami dan
mengenali watak) dan kemudiannya memanggil Peran Tua.
6. Peran Tua akan muncul dan Pak Yong akan mengarahkan Peran
Tua untuk pergi memanggil Peran Muda.
7. Tinggallah Peran Tua untuk memanggil sahabatnya dan beliau akan
menyanyikan Lagu Saudara dalam perjalanan memanggil Peran
Muda.
8. Selepas itu bertemulah kedua Peran. Mereka akan bertemu
dengan Raja mereka, iaitu Pak Yong, dan Pak Yong akan
menceritakan masalah atau menitahkan sesuatu kepada kedua
Peran. Di sinilah yang dipanggil ‘pecah cerita’.
9. Dari sini barulah cerita Mak Yong akan berubah mengikut cerita
apa yang dipersembahkan.
10. Setelah tamat persembahan, upacara Tutup Panggung akan
dijalankan.
ALAT MUZIK
• Alat muzik utama yang dimainkan dalam
persembahan Mak Yong adalah rebab tiga
tali, sepasang gendang, dan sepasang
tetawak.
• Namun, terdapat alat tambahan juga
dimainkan dalam muzik Mak Yong untuk
menambahkan kesedapan alunan melodinya.
Antara alat-alat tersebut adalah canang, kesi,
serunai.
FUNGSI
1. Bunyi alunan muzik terutama daripada rebab
digunakan untuk menarik penonton dan
memaklumkan bahawa pementasan makyung
akan bermula.(mengadap rebab)
2. Muzik digunakan untuk membentuk suasana yang
menggambarkan emosi dan perasaan di setiap
adegan. Muzik digunakan untuk mengiringi tarian
dan nyanyian.
3. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan
dan penamatan adegan adegan keluar dan masuk
watak juga diiringi oleh muzik (terutama bunyian
gendang) diselitkan antara dialog - dialog.
REBAB
• Rebab merupakan alat yang paling penting dalam muzik Mak
Yong.
• Rebab mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan
muka. Tempurung muka dibuat daripada kayu nangka atau sena
dan ditutupi dengan kulit lembu.
• Terdapat susu pada muka di penjuru kiri. Fungsinya adalah
untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar.
• Masa dahulu, tali rebab diperbuat daripada benang besar dan
kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang pula
mengunakan tali gitar, tali gambus atau tali biola. Penggesek
rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.
• Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong
ialah pemain rebab dan juga dikenali sebagai Tok Minduk yang
memimpin kumpulan muzik itu.
GONG/TETAWAK

• Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak


yang diperbuat dari tembaga.
• Bunyian gong ibu lebih rendah dari bunyian
gong anak. Kedua-dua digantung dan
dipisahkan oleh 2 batang kayu yang
dinamakan mengembang.
• Pemukul diperbuat daripada kayu yang
dinamakan mengembang.
• Pemukulnya diperbuat dari
kayu yang hujungnya dibalut
dengan kain atau kepingan getah.
• Gong besar akan berbunyi pada
setiap bit terakhir sesuatu lagu
manakala gong anak akan
menentukan bit-bit tertentu.
• Pic gong yang menentukan
form/bentuk dalam muzik Mak
Yong
GENDANG
• Gendang adalah alat penting
dalam memimpin rentak yang
rendah atau tinggi.
• Gendang anak dan gendang ibu
diperbuat dari kayu nangka dan
muka gendang ditutupi dengan
kulit lembu dan kulit kambing.
Pemukulnya diperbuat dari
rotan dan kayu.
• Gendang digunakan untuk
mengawal tempo sesuatu lagu.
SERUNAI
• Serunai juga merupakan alat muzik dalam
Mak Yong.
• Serunai terdiri daripada empat bahagian iaitu
pipit, mali, batang dan copong.
• Terdapat serunai diperbuat dari kayu
sepenuhnya, kecuali pipit dan ada bahagian
tertentu diperbuat dari tembaga.
KESI

• Kesi juga merupakan alat tambahan dalam


muzik Mak Yong.
• Terdapat dua bahagian pada kesi iaitu empat
piring dan dua kicah dan diperbuat dari besi
ataupun tembaga.
• Suara yang dihasilkan oleh kesi
adalah memecah dan gemersik.
CANANG
• Canang merupakan suatu alat
tambahan dalam muzik Mak Yong.
• Terdapat canang ibu dan canang anak.
Perbezaaan canang boleh didengar
melalui bunyi.
• Jika bunyinya adalah kuat maka itu
adalah canang ibu dan sebaliknya.
• Canang digunakan untuk mengawal
bit sesuatu lagu.
TEKSTUR MUZIK
Persembahan melodi yang dinyanyikan dengan diiringi alat lut
(atau alat muzik solo lain) dalam gaya heterofoni terdapat di
dalam pelbagai jenis muzik di seluruh dunia Islam dari benua
Afrika Utara ke Timur Tengah.
Cara permainan ini juga terdapat di dalam muzik Mak Yong.
Tekstur dan gaya heterofoni ini juga terdapat dalam muzik jong
dondang atau korus Mak Yong apabila beberapa penyanyi dalam
korus menyanyikan melodi yang sama sambil menonjolkan
variasi tersendiri pada waktu yang sama.
 Kedua-dua keadaan tekstur heterofoni ini, a) di antara alat muzik
solo dan penyanyi, dan juga b) di antara beberapa penyanyi
dalam korus, terdapat dalam persembahan Mak Yong.
• Ciri-ciri lain dalam melodi Mak Yong yang
melibatkan pic dan skel, jarak dan kontur melodi,
dan bunga atau perhiasan.
• Pada umumnya kontur-kontur melodi ditandakan
dengan baris melodi yang menurun sahaja atau
yang menaik dan menurun secara berturut-turut.
• Dalam kedua-dua jenis kontur ini, ’turun’ dan ’naik-
turun’, jarak melodi biasanya agak sempit samada
melodi dimainkan oleh pemain rebab ataupun
melodi yang dinyanyikan oleh penyanyi.
BENTUK

• Dalam sistem muzik Mak Yong alat tetawak mengeluarkan


lapisan bunyi yang asas, dinamakan sebagai gongan yang
menyerupai konsep gongan dalam muzik wayang kulit.
• Gongan ialah jangka masa tertentu yang ditandakan dengan
pic-pic gong tertentu dalam orkestra Mak Yong.
• Jangka masa tertentu ini dan strukturnya ditandakan dengan
sekurang-kurangnya dua pic gong yang menentukan bentuk
(form) dalam muzik.
IRAMA
• Dengan menggunakan rangka gongan iaitu gendang anak dan ibu, dimainkan corak
irama tertentu bagi setiap lagu mak yong.
• Kedua-dua mengeluarkan empat timbre tertentu bergantung kepada teknik
memukul kulitnya. Timbre itu disuarakan oleh pemain dengan sukukata yang
disebutkan ‘cak’, ‘ting’, ‘duh’, dan ‘pak’.
• Corak-corak irama atau rentak yang digunakan dalam muzik makyong terdiri
daripada 4 atau 8 bit.
• Rentak-rentak ini juga terkadang motif irama 2 bit merupakan motif dan rentak
yang standard.
• Motif dan rentak yang standard ini digabungkan dalam berbagai cara untuk
menyampaikan rentak yang lengkap dalam lagu mak yong.
• Corak irama tertentu yang dimainkan oleh kedua-dua pemain gendang
menunjukkan bit-bit yang berterusan dalam gongan dan dalam seluruh tekstur
polifonik muzik ini.
• Tempo bagi lagu-lagu mak yong agak perlahan dan corak irama yang dimainkan
oleh pemain-pemain gendang menunjukkan ketepatan bit jatuh utama (main
down beats).
• Kepadatan pukulan dan timbre-timbre gendang ini menambah pada hujung
setiap rentak. Panjang rentak dalam lagu tertentu adalah bergantung kepada
panjang gongan dalam lagu itu.
MELODI DAN BENTUK MELODI

• Melodi dan Bentuk Melodi dalam lagu-lagu Mak Yong


dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain rebab.
• Penyanyi solo dan pemain rebab yang biasanya mengiringi
penyanyi itu mempersembahkan melodi-melodi yang
kompleks dan berhiasan dalam semua lagu nyanyian.
• Kedua-dua bahagian vokal dan rebab dimainkan serentak dan
menghasilkan tekstur heterofoni.
• Dalam lagu-lagu nyanyian, kedua-dua pemain itu
memainkan melodi yang sama, pada waktu yang sama
dengan variasi tersendiri.
• Variasi yang dinyanyi atau dimainkan dalam melodi itu
bergantung kepada kepandaian dan kebijaksanaan
penyanyi dan pemain rebab.

Anda mungkin juga menyukai