Anda di halaman 1dari 2

Konsep Persembahan Gamelan Tradsional

Joget Gamelan adalah satu jenis tarian istana yang diringi dengan muzik yang
dinamakan gamelan dan ia menjadi salah satu acara hiburan di istana RiauLingga, Pahang dan Terengganu. Persembahan boleh dibuat dalam dua bentuk
iaitu pertama bentuk persembahan tarian-tarian yang dipetik daripada senarai
repertoire yang sudah ada seperti Tarian Timang Burung, Geliong, Lantai Lima,
Togok, Selang Arak, Topeng dan lain-lain. Bentuk persembahan yang kedua
adalah persembahan dalam bentuk dramatari. Dalam melaksanakan dramatari
ini diolah satu cerita yang mengandungi beberapa adegan dan untuk adeganadegan ini dipilih daripada senarai repertoire yang sudah ada yang sesuai
dengan penceritaannya.
Di Terengganu persembahan Joget Gamelan diadakan sama ada untuk kerabat
diraja sahaja ataupun di majlis-majlis rasmi istana. Penari dipanggil Budak Joget
atau Anak Joget terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang juga anak angkat
sultan. Jika tidak ada latihan atau pertunjukan mereka bertugas sebagai dayang
( Mak Inang ) istana. Manakala pemuzik pula adalah kanak-kanak lelaki juga
anak angkat sultan dan pemuda-pemuda tempatan yang juga bertugas sebagai
Juak Istana.
Masa Persembahan
Masa persembahan adalah selepas waktu Isyak kira-kira pukul 9.00 malam dan
tamatnya tergantung atas titah sultan. Persembahan tidak diadakan sama sekali
pada malam Jumaat.
Tempat Latihan dan Persembahan
Tempat untuk mengadakan latihan dan persembahan ini adalah seperti berikut :1.

Balairong Seri Istana Maziah

Majlis Rasmi

2.

Balai Gamelan Istana Kolam

Latihan

3.

Balai istana Kolam

Kerabat Diraja sahaja

Susun atur tempat persembahan juga diambil kira bagi memudah keluar masuk
tetamu dan juga penari. Walau di mana sekalipun persembahan ini hendak
diadakan, susun atur tempat persembahan tetap sama. Di bawah ini adalah
rajah susun atur tempat persembahan Joget Gamelan di Terengganu :Aturcara Persembahan
Sebelum ketibaan sultan, kerabat dan pembesar, pemain keromong akan
mengadakan upacara perasap kemenyan bagi semua alat gamelan yang akan
digunakan dalam persembahan dan apabila selesai tempat kemenyan itu diletak
di bawah alat keromong. Bara kemenyan itu akan sentiasa hidup. Sebelum ini,
semua penari akan diperasap kemenyan terlebih dahulu dengan segala bacaan

menteranya agar apabila menari nanti muka akan kelihatan cantik, berseri dan
memikat.
Apabila semua jemputan sudah tiba dan setelah mendapat titah dengan iringan
muzik lagu perang, penari akan masuk ke ruang persembahan dengan kedua
kipas menutupi muka dan duduk bersila di tengah ruang persembahan.
Mengikut tradisi, Tarian Ayak-Ayak akan dipersembahkan sebagai acara pertama.
Apabila selesai persembahan ini penari akan menunggu titah sultan seterusnya,
repertoire mana yang baginda mahu dan begitulah seterusnya. Kebiasaanya
satu-satu tarian akan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Setelah menari
enam atau tujuh tarian dan masa telah lewat malam tanpa titah sultan
( mengikut keadaan penari ), kalau penari sudah sampai ke tahap awal di bawah
sedar ( in trance ), pemain keromong akan menukar lagu yang sedang dimainkan
kepada lagu perang untuk mengikuti ragam penari itu. Penari akan berada di
bawah sedar sehingga pemain keromong atau sultan sendiri memulihkannya.
Apabila sultan menitahkan untuk memainkan lagu Tambang Sawit, ini bererti
penari dan pemuzik akan menerima durian runtuh kerana mereka akan
menerima pemberian daripada sultan, kerabat atau pembesar samada dalam
bentuk wang atau barang kemas. Perlakuan ini dipanggil mengebeng.
Dalam persembahan penari akan menggunakan props. Selain daripada sabuk
( selendang ) yang digunakan sebagai costume props, peralatan lain (props) jika
diperlukan seperti panah, keris dan lain, Mak Inang (dayang istana) akan
membawa masuk dan meletakkannya di atas lantai berdekatan dengan penari
yang sedang menari itu. Penari akan mengambil props tersebut dan terus
menggunakannya. Apabila selesai penggunaannya, penari hanya meletakkan
props tersebut di atas lantai dan Mak Inang tadi akan masuk balik dan
mengambil kembali props tersebut dan dibawa keluar. Begitulah seterusnya
iaitu penari tidak membawa masuk sendiri props yang hendak digunakan. Penari
akan mengguna kostum yang sama untuk persembahan pada malam itu. Oleh
itu semua props yang sedia ada akan disiapkan di belakang pentas.

Anda mungkin juga menyukai