Anda di halaman 1dari 34

Etnik Rungus lazimnya mendiami kawasan utara Sabah iaitu Kota Marudu dan Kudat.

Etnik ini merupakan antara etnik yang masih berpegang kuat dan mengamalkan adat serta kepercayaan yang diwarisi turun temurun.

Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul tanggungjawab untuk mendirikan rumahtangga. Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau belum.

Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang yang rapat atau keluarga terdekat si gadis bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis yang dirisik rajin,baik hati dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya bagi keluarga si gadis.
Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Setelah persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah hari menghantar tanda tunang ditetapkan.

Semasa hari menghantar tanda tunang, hari tersebut juga digunakan untuk penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan yang mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki seminggu sebelum hari perkahwinan. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai berian, hukuman dan perbelanjaan kahwin akan dibuat selepas seminggu atau sebulan penghantaran tanda tunang. Semua perbincangan pihak lelaki dan pihak perempuan ini akan disaksikan oleh Ketua Kampung dan beberapa orang ahli keluarga kedua belah pihak.

Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya: Buah Pinang Daun Sirih Daun Kirai Kapur Sigup (Tembakau) Kayu Api Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis

Kesemua tanda tunang ini dihantar oleh bapa si lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring.
Tali pengikat kayu api itu disimpan sebagai tanda bahawa berapa besar ikatan kayu itu begitulah juga besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini dinamakan sebagai adat "Loput" atau "Buka Mulut".

Upacara penghantaran tanda tunang dilakukan mengikut hari yang baik contohnya pada hari "tontong" atau bulan purnama.
Jika sepanjang perjalanan pada hari penghantaran tanda tunang ini berlaku peristiwa-peristiwa ganjil, bertemu binatang seperti rusa, burung-burung ganjil dan sebagainya, maka upacara penghantaran tanda tunang dibatalkan dan ditunda ke hari lain.

Bagi hal berkenaan berian dan belanja kahwin, ibu bapa si lelaki akan menggunakan seseorang sebagai wakil untuk berbincang dengan keluarga perempuan dan menyampaikan kepada ibu bapa si lelaki segala keputusan keluarga pihak perempuan.

Wakil bagi upacara seperti ini dinamakan "Bantaran". Tugas "Bantaran" ialah sebagai pembawa adat "Loput" (Pembuka Bicara/Pembuka Mulut). "Bantaran" perlu membawa sebuah "panding" sebesar satu depa sukatannya, "tutuban" satu sansang sakudon atau sebuah gong dan "languwai" satu pasang atau "sumbul".

Untuk perempuan yang akan dikahwininya diberi satu "languwai" sederhana besar dan satu "tawag".
Ibu bapa perempuan pula akan diberi dua buah "tawag" atau "sanang". Jika si lelaki berkemampuan, semua adik-beradiknya yang perempuan juga diberi satu "gadur" setiap seorang sebagai adat pewarisan.

Setelah selesai adat "Loput" atau "Buka Mulut" ini, barulah mereka akan berunding mengenai berian dan belanja kahwin serta hantaran pihak lelaki mengikut permintaan pihak perempuan. Sekiranya si lelaki bersetuju dengan semua permintaan tersebut, maka hari perkahwinan pun ditetapkan. Jika tidak, terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua pihak sama ada mahu meneruskan perkahwinan si anak atau tidak.

Apabila tiba masa perkahwinan yang telah ditetapkan, si lelaki dikehendaki membawa "bujak", keris atau pedang, "paes" (pisau) yang diikat bersama gelang dengan menggunakan sapu tangan. Setelah lengkap semuanya barulah si lelaki berangkat ke rumah bakal isterinya.

Apabila tiba di rumah si perempuan, si lelaki hendaklah menyerahkan kesemua barang tadi kepada ibu bapa si perempuan. Sesudah itu, barulah si lelaki boleh duduk di tempat persandingannya sementara menanti pengantin perempuan keluar bersanding. Si lelaki mestilah membawa seorang pengapit yang dipanggil "magat", begitu juga dengan pengantin perempuan.

Sesudah upacara perkahwinan dijalankan, barulah Ketua Kampung membuat surat peringatan perkahwinan untuk didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri bagi mendapatkan Surat Keterangan Berian.
Dalam surat peringatan ini, diberi "Lapik Banda" kepada kedua-dua suami isteri, iaitu sekiranya si suami tidak menjaga isterinya dengan baik, tidak menghormati mentua dan hal-hal lain yang tidak wajar dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya, maka isteri berhak menceraikan suaminya tanpa mengembalikan kesemua berian dan perbelanjaan kahwin.

Jika si isteri tidak mengikut nasihat dan kata-kata suami, curang atau lari dari rumah akan didenda satu "tawag" atau "sanang" dan berian akan dikembalikan kepada suaminya. Adapun tujuan "Lapik Banda" ini adalah untuk mengelakkan pasangan suami isteri daripada bercerai.

Jika ada seseorang yang memotong kayu dengan menggunakan parang, kemudian parang tersebut disimpan di atas bahu perempuan hamil maka kata orang dahulu kala pantang kerana "kotiguras" bermaksud sial).

Menjadi pantang bagi seorang perempuan hamil dilakukan sedemikian rupa kerana perempuan hamil sama sekali tidak boleh dikejutkan seperti seakan-akan dipukul dengan mengunakan kayu, parang dan sebagainya.

Sesiapa yang melakukan demikian ke atas perempuan hamil, maka orang tersebut akan dikenakan sogit sebagai penyelamat kepada perempuan hamil yang terkejut itu. Hal ini kerana apabila si ibu terperanjat, maka bayi dalam kandungan juga ikut terperanjat lalu bergerak dan menyebabkan keguguran.

Kalau pun tidak keguguran, tetapi bayi yang dilahirkan mungkin boleh menjadi cacat atau pun menjadi seorang yang mudah terkejut, mudah diserang penyakit dan sebagainya.

Si pesalah yang membuat perempuan hamil terkejut akan dikenakan sogit peringkat pertama iaitu seekor ayam berharga RM10.00 untuk diberikan kepada perempuan hamil tersebut.

Jika si pesalah degil dan tidak mahu melakukan demikian sehingga berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas perempuan hamil tadi seperti menyebabkan kematian, maka si pesalah ini akan dikenakan undang-undang bangun atau "sonsal".

Adat Sonsal ini ialah: 80 sanang atau RM24,000.00 40 sanang atau RM12,000.00 2 ekor kerbau sebagai ganti nyawa Jika si pesalah tidak dapat membayar adat ini, maka si pesalah akan didakwa di Mahkamah Anak Negeri dan boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun jika sabit kesalahan.

Menurut adat resam suku kaum Rungus, ibu yang baru melahirkan anak tidak dibenarkan membuat sebarang kerja selama genap satu atau dua minggu bagi mengelakkan sakit dan masuk angin dalam badan. Si ibu ini juga tidak digalakkan keluar rumah selama 7 hari.

Selain itu,perempuan yang baru bersalin tidak boleh dimarahi, dipukul atau mendengar perkataan yang kasar.
Jikalau keadaan mengizinkan, si ibu ini harus berpantang selama 30 hari sehingga badannya pulih. Untuk mengelakkan serangan penyakit dan supaya bayi selamat, bayi tersebut tidak boleh dibawa keluar rumah sesuka hati dalam tempoh pantang berkenaan.

Pemakanan ibu juga dititikberatkan.Si ibu dimestikan memberi susu ibu kepada bayinya untuk menyusu.

Antara peraturan makanan yang mesti dipatuhi oleh si ibu ialah:

Makan 3 kali sehari Makan lebih kerap sup daging atau ayam Makan kacang dan beras dengan lembut Makan banyak sayur dan telur ayam Buah-buahan makan 3 kali sehari Minum air yang dimasak 6-8 gelas sehari Berjemur cahaya matahari setiap pagi lebih kurang 1 jam

Suku kaum Rungus terkenal dengan tarian tradisional dikenali sebagai mongigol dan sumundai. Mongigol tarian bagi lelaki dan sumundai tarian bagi perempuan, namun tarian ini dijalankan secara serentak iaitu lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan.
Tarian mongigol dan sumundai akan diiringi oleh paluan gong yang dimainkan oleh pemalu gong terdiri daripada enam atau tujuh orang.

Alat muzik tradisi kamu Rungus pula adalah gong dan sehingga kini masih digunakan. Malah terdapat sebuah kampung yang menghasilkan gong di Kudat yang dikenali sebagai kampung Sumangkap.
Gong masyarakat Rungus terdiri daripada tujuh jenis iaitu, koritikon(sanang), sandangau(sanang), pompom,soludon, tongikon(tavag), hungkodonan(tavag) dan bimbingan (tavag).[49]

Anda mungkin juga menyukai