Anda di halaman 1dari 2

BMM 3104 : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan. 1.

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah autentik atau yang diambil daripada sumber asal. a. Jelaskan dengan contoh tiga prinsip pemilihan bahan sumber asal untuk mengajar kemahiran lisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. b. Huraikan dua kebaikan bahan sumber asal untuk mengajar kemahiran lisan bahasa Melayu.

2. Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambanglambang bercetak dan bertulis. a. Susun mengikut keutamaan enam peringkat kemahiran membaca. b. Huraikan dua jenis bacaan berikut : i. ii. Bacaan mentalis Bacaan mekanis

3. Antara bahan mengajar yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran bahasa ialah grafik dan surat khabar. Penggunaan bahan ini dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. a. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan lima pertimbangan dalam membina bahan bantu mengajar dengan menggunakan bahan grafik. b. Tunjukkan lima langkah pengajaran bacaan dan kefahaman dengan menggunakan petikan surat khabar.

4. Dalam proses pengajaran mengarang guru perlu menggunakan bahan rangsangan untuk membantu murid menulis karangan dengan baik dan berkesan. a. Nyatakan tiga jenis bahan rangsangan dalam penulisan karangan dan nilaikan tahap keberkesanan bahan tersebut. b. Nyatakan dua kemahiran dalam penulisan karangan dan nilaikan tujuan kemahiran tersebut.

BAHAGIAN C (40 markah) Jawab dua soalan.

1. Tahun Tema

: 6 Dahlia : Alam Sekitar

Tajuk Pelajaran : Pencemaran Sungai Fokus Utama 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau dibaca.

Berdasarkan maklumat di atas, rancangkan lima teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengajar kemahiran tersebut.

(Jawapan : Rujuk buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu bab 9) (20 markah)

2. Dalam pengajaran asas membaca, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakanoleh guru. Rangkakan lima langkah pengajaran membaca awal dengan menggunakan pendekatan binaan

(Jawapan : Rujuk buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu m/s 155) (20 markah)

3. Salah satu pendekatan pengajaran penulisan ialah Pendekatan Proses. Penekanan pendekatan ini bukan kepada hasil penulisan tetapi terhadap proses penulisan tersebut.

Jelaskan dengan contoh lima tahap dalam Pendekatan Proses semasa mengarang. (20 markah)

Anda mungkin juga menyukai