Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH RINGKAS DAN LATAR BELAKANG LAGU RAKYAT BANGSA RUNGUS

 Lagu lagu rakyat atau tradisi Etnik Rungus ini telah mula dinyanyikan sejak awal bertapaknya
Etnik Rungus di pulau borneo khususnya di bahagian Pantai Barat Utara Sabah sejak
berkurun lamanya. Pada dasarnya semua karya lagu tradisi ini tercetus apabila berlaku
beberapa fenomena yang melanda Etnik Rungus pada ketika itu seperti,

o Merayakan kemenangan dalam perang menentang “MANGAZOU” iaitu Kumpulan


Pemenggal Kepala yang menyerang kaum Rungus pada ketika itu.
o Merayakan hasil tuaian Padi Huma yang menjadi aktiviti ekonomi utama Etnik
Rungus sejak berzaman lamanya.
o Merayakan kejayaan dalam hidup seperti kejayaan melakukan jual beli harta
berharga seperti Gong, Tembikar dan barang-barang berharga yang lain.
o Menyatakan rasa kesyukuran kerana kehidupan mereka sepanjang tahun itu tidak
dilanda sebarang kesusahan yang mana mereka harus mengadakan satu perayaaN
yang terbesar iaitu “MAGAHAU”.
o Dinyanyikan ketika perkhawinan.
o Menyatakan sesuatu isi hati melalui nyanyian sama ada keluhan, perasaan,
mahupun berbentuk sanjungan terhadap seseorang pemimpin. Lagu- lagu yang
dinyanyikan ini ialah seperti,

 MONOVOLI
 MONGONDI
 MONGODIHOHOI ATAU MAMADAHA
 MONGOROGIMA
 MANGANDAWAI
 MONGOLUMPATIW
 MONGOGULINSAN
 MONONGSULANGU

o Dinyanyikan dalam suatu Ritual Penyembahan bagi mamuja semangat padi. Lagu
yang dinyanyikan bagi upacara ritual ini hanya boleh dinyanyikan oleh “BOBOLIZAN”
dengan hanya menyanyikan lagu yang dikenali sebagai “MOGORUNDUK” dan
”MOMURINAIT”.

 Walau bagaimana pun, Lagu Tradisional Etnik Rungus ini juga dinyanyikan ketika
menghadapi saat yang sedih dan jika ditimpa malapetaka yang dahsyat seperti ,
o Meratapi kekalahan dalam pertempuran sehingga berlaku kematian yang ramai
termasuk pemimpin puak.
o Bersedih kerana dilanda penyakit yang teruk sehingga mengakibatkan berlaku
kematian yang banyak.
o Ketika penghasilan dari perusahaan khususnya penanaman Padi Huma yang tidak
menjadi.
o Mengungkapkan perasaan sedih ketika mengalami kegagalan dalam percintaan.
 Ekoran daripada keadaan yang dialami oleh Etnik Rungus ini, dari situ, timbulnya para
pencipta Lagu Rakyat yang berbakat. Mereka mulai mengarang lagu sesuai dengan situasi
yang sedang berlaku pada ketika itu. Scara umumnya, semua nyanyian Lagu Rakyat ini boleh
dinyanyikan oleh segenap lapisan masyarakat kecuali yang berbentuk ritual penyembhan.
 Pada masa kini, Lagu-Lagu Rakyat Etnik Rungus ini telah semakin hilang ditelah zaman.
Walau bagaimana pun, banyak persatuan yang telah mula memberikan perhatian terhadap
pemeliharaan khazanah warisan yang bernilai ini khususnya Persatuan Momogun Rungus
Sabah SAMORA yang begitu giat memelihara dan mengetengahkan lagu lagu Rakyat Etnik
Rungus ini sehingga dinaik tarafkan dalam bentuk yang lebih komorsial bagi memudahkan
akses dalam kalangan generasi muda seperti mengadakan bengkel, pertandingan mahupun
melakukan rakaman serta usahasama dengan agensi agensi kerajaan khususnya Lembaga
Kebudayaan Nageri Sabah, LKNS.

Disediakan Oleh,

ENDRY GIMPAU MAJADAP


Penolong Setiausaha Agong,
Persatuan Momogun Rungus Sabah
SAMORA.

Anda mungkin juga menyukai