Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Sejarah muzik dipercayai bermula dari masa lalu dan dipelopori oleh muzik Asia, muzik
Parsi, muzik India, muzik Yahudi, muzik Rom, muzik Mesopotamia, muzik Mesir, muzik islam,
dan juga muzik Greece. Muzik telah membawa kesan yang besar ke dalam hidup orang ramai
dan masyarakat melalui lagu dan irama. Muzik telah lama wujud dan ia sentiasa berubah
mengikut arus peredaran zaman. Muzik dibahagikan kepada enam zaman perubahan muzik iaitu
Medieval, Renaissance, Bar rock, Classical dan era ke-dua puluh. Muzik dicatat dalam simbol
yang mewakili setiap bunyi dan ia dikenali sebagai musical notation.

PERKEMBANGAN MUZIK DI BARAT


Era Pertengahan
Muzik era pertengahan merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang ditulis pada Zaman Pertengahan
(dalam bahasa Inggeris "Medieval"). Era ini bermula dengan kejatuhan Empayar Rom pada tahun 476 dan
berakhir pada sekitar pertengahan abad ke-15. Namun, pada era pertengahan, mahalnya harga kertas
kulit dan juga banyak masa yang diperlukan untuk menulis hal tersebut, pembuatan manuskrip
muzik menjadi sangat mahal. Kerana bayaran yang diperlukan sangat mahal, hanya beberapa
pihak tertentu sahaja yang boleh menulis manuskrip dan muzik. Sebagai contoh, hanya gereja
dan institusi gereja seperti monastery. Muzik - muzik sekular dan muzik pengorbanan juga
dicipta oleh pihak gereja. Notasi pada awal era pertengahan tidak mempunyai rhythm yang
khusus. Muzik yang ada di era tersebut adalah muzik - muzik yang monophonic dan

homorhythmic. Berakhirnya Zaman Pertengahan bermaksud bermulanya era atau Zaman Pembaharuan
("Renaissance") pada sekitar tahun 1400.
Instrumen - instrumen muzik pada era pertengahan masih ada beberapa yang wujud
hingga sekarang, walaupun telah berubah bentuk. Contohnya, kalau flute pada era moden
diperbuat daripada perak atau logam yang lain, maka pada era pertengahan diperbuat daripada
kayu. Flute pada saat itu boleh ditiup dari samping maupun dari hujung. Lalu juga ada instrumen
recorder yang masih mengekalkan bentuknya hingga sekarang. Pada era pertengahan, recorder
bernama gemshorn. Alat muzik gemshorn ini berbentuk recorder di mana banyak lubang untuk
jari tangan kita didepannya, walaupun sebenarnya gemshorn masih termasuk keluarga ocarina.
Selain itu, masih ada alat muzik yang di kenali dari flute moden. Alat muzik itu adalah pan
flute. Pada era pertengahan, pan flute sangat popular dan berasal dari Hellenic. Alat muzik ini
dicipta daripada kayu dan dihasilkan dalam saiz yang berbeza untuk mencipta nada - nada yang
berbeza.
Muzik sememangnya berkembang pada era pertengahan ini. Banyak sekolah - sekolah
khas muzik mula dibina. Contohnya adalah sekolah polyphony, Notre Dame School yang sangat
terkenal dari tahun 1150 hingga 1250. Sekolah Notre Dame ini sangat terkenal akan kejayaannya
dalam seni bina gothic dimana pusat dari aktivitinya adalah gereja Notre Dame. Muzik pada era
ini juga disebut sebagai Parisian School atau Parisian Organum.

Era Pembaharuan
Muzik era pembaharuan , juga dipanggil sebagai Muzik Renaissance merujuk kepada muzik tradisi
Eropah yang ditulis pada Zaman Pembaharuan (dalam bahasa Inggeris, "Renaissance") dari sekitar tahun 1400
hingga 1600. Untuk menentukan dengan tepat tarikh permulaan era muzik pada Zaman Pembaharuan adalah

kerja yang amat sukar kerana pertukaran muzik yang mendadak dan diluar jangkaan pada kurun ke-15.
Tambahan juga, proses penentuan ini memerlukan muzik itu berciri cirikan "Renaissance" dan pakar - pakar
muzik meletakkan tarikh yang sesuai bermula seawal tahun 1300 hingga selewat - lewatnya pada tahun 1470an.
Sumbangan terbaru dalam kajian pakar - pakar muzik walau bagaimanapun, mencadangkan bahawa konsep
tersebut perlu dielakkan ataupun digunakan dengan penyelidikan yang lebih rapi kerana sukar untuk menakrifkan
maksud dan tarikh yang tepat untuk istilah ini.
Instrumen muzik yang digunakan pada era ini sangatlah berbeza dan beberapa daripanya
masih dipakai hingga saat ini. Secara amnya, instrument muzik pada era renaissance dapat
dibagikan kepada brass, strings, perkusi, dan woodwind. Instrumen brass yang terkenal adalah,
cornett, trumpet, dan sackbut. Alat muzik string yang terkenal adalah viol, lyre, irish harp, dan
hurdy gurdy. Alat muzik perkusi yang terkenal adalah tamborin dan jew s harp, yang sangat
terkenal untuk melamar kekasih mereka pada era renaissance. Lalu alat muzik woodwind atau
alat muzik tiup dari kayu yang terkenal adalah shawm, read pipe, hornpipe, bagpipe, panpipe,
transverse flute, dan recorder. Bahkan recorder masih diajarkan di sekolah dasar hingga saat ini.

Era Barok
Muzik Barok merujuk kepada era dan set gaya bentuk muzik tradisi Eropah yang digunakan secara
meluas pada sekitar tahun 1600 dan 1750. Muzik zaman ini dikatakan bermula dari akhir muzik era
pembaharuan dan diikuti dengan permulaan muzik era klasikal. Makna asal "barok" bermaksud "mutiara yang
tak serata", maksud yang bersesuaian dengan ciri - ciri seni bina era barok, kemudiannya istilah ini digunakan
juga untuk muzik. Bentuk - bentuk muzik era barok membentuk satu bahagian yang utama dalam karya muzik
klasikal. Muzik era ini dipersembahkan dan dipelajari dengan secara meluas. Antara karya - karya seni era ini
termasuklah dari penggubah - penggubah seperti Johann Sebastian Bach, George Frideric Handel, Antonio
3

Vivaldi dan Claudio Monteverdi. Sepanjang tempoh ini, teori muzik, nada diatonik, dan muzik pengiring tiruan
dicipta dan berkembang pesat. Persembahan muzik yang lebih merdu dan panjang lebar, begitu juga dengan
perubahan dalam notasi muzik dan kemajuan dalam cara alat - alat muzik dimainkan juga muncul pada era ini.
Muzik era barok menyaksikan satu perluasan dalam segi saiz, had dan kerumitan prestasi, begitu juga dengan
kewujudan opera sebagai satu jenis persembahan teater muzik. Banyak istilah - istilah dan konsep - konsep
muzikal dari muzik era ini digunakan hingga ke hari ini. Kebanyakannya mempunyai ciri - ciri am, perhiasan, dan
satu rentak yang berkembang.

Era Klasikal
Muzik era klasikal merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang mengambil tempat pada sekitar tahun
1750 hingga ke tahun 1810. Tahun awal dan akhir era ini bertindih dengan era - era sebelum dan selepasnya.
Walaupun istilah muzik klasikal digunakan sebagai satu istilah yang menyeluruh untuk semua jenis muzik, namun
harus diingatkan untuk melihat cara istilah berkenaan digunakan. Muzik klasikal dan muzik era klasikal memberi
maksud yang berlainan. Muzik klasikal adalah rujukan umum untuk sejarah muzik yang berakar umbikan muzik
tradisi Eropah manakala muzik era klasikal adalah muzik pada tahun - tahun sekitar 1750 hingga ke 1810. Muzik
era klasikal terletak di antara jangkamasa muzik era barok dan muzik era romantis. Antara penggubah penggubah terkenal era ini termasuklah Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart, Ludwig van Beethoven,
Luigi Boccherini, Muzio Clementi, Johann Ladislaus Dussek, Carl Philipp Emanuel Bach dan Christoph
Willibald Gluck.
Beethoven juga dianggap sebagai penggubah di era muzik romantis atau penggubah peralihan kearah
era Romantis, begitu juga Franz Schubert, Johann Nepomuk Hummel, Luigi Cherubini dan Carl Maria von
Weber. Era atau tempoh ini kadangkala dirujuk juga sebagai era Klasikal Viennese atau Klasisisme (Bahasa

Jerman: Wiener Klassik), kerana Mozart, Haydn, Beethoven, dan Schubert menggubah muzik untuk beberapa
ketika di Vienna. Senarai penggubah muzik klasikal yang menggubah di Vienna pada akhir kurun ke-18 digelar
First Viennese School.

Era Romantis
Muzik era romantis merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang mengambil tempat pada sekitar tahun
1820 hingga ke 1900, begitu juga dengan semua jenis muzik yang bersamaan dengan corak penulisan era ini
termasuk yang ditulis selepas tempoh tersebut. Tempoh Romantis didahului oleh era klasikal yang mana
kebanyakan muzik - muzik terkenal ditulis oleh Beethoven, dan diikuti oleh era muzik moden abad ke-20. Muzik
romantis berkaitan dengan era romantisme, yang memperkenalkan seni kesusasteraan, seni tampak, dan falsafah,
walaupun tempoh konvensional muzik ology sebenarnya amat berbeza daripada seni - seni lain dari era yang
sama. Tempoh sebenar era romantis untuk keseluruhan seni dikatakan bermula dari tahun 1780 an hinggalah
kepada 1840 an. Pergerakan romantisme berpegang kepada prinsip "bukan semua yang benar boleh
disimpulkan" berdasar kepada ungkapan aksiom bahawa terdapat sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari realiti di
dunia yang hanya boleh wujud atau dicapai melalui emosi, perasaan dan gerak hati. Muzik era romantis bergelut
untuk menimbulkan pernyataan emosi dan kuasa untuk menghuraikan hakikat - hakikat yang lebih mendalam
dan dalam masa yang sama mengekalkan atau menaikkan struktur - struktur formal dari era klasikal.
Penggunaan vernakular dalam istilah "muzik romantis" digunakan untuk muzik yang dianggap membangkitkan
perasaan hati yang lembut atau suasana khayalan. Penggunaan ini telah berakar umbi dalam konotasi perkataan
"romantik" yang dimulakan dalam era ini. Namun, tidak semua cebisan "Romantik" memadani
dengan penjelasan ini kerana sesetengah muzik romantisme berbunyi keras, padu untuk menyampaikan melodi
kesedihan dan marah (gangguan emosi). Muzik "romantik" moden yang ditulis hari ini (berkaitan dengan emosi
cinta) tidak semestinya berkaitan dengan muzik era romantis.
5

Era Klasikal (abad ke-20)


Muzik klasikal abad ke-20 adalah sangat luas maknanya, bermula dari pengakhiran era muzik romantis
Sergei Rachmaninoff, impressionism Claude Debussy dan Maurice Ravel, dan bersambung menerusi Zaman
Pertengahan neo - classicism Igor Stravinsky, dan berada dalam lingkungan bunyi serialism lengkap oleh Pierre
Boulez, keharmonian dan irama penggubah - penggubah minimalis seperti Steve Reich, dan Philip Glass,
musique concrete oleh Pierre Schaeffer, muzik mikrotonal oleh oleh Harry Partch, Alois Haba dan lain-lain,
muzik aleatorik oleh John Cage, muzik elektronik oleh Karlheinz Stockhausen, dan polystylisme oleh Alfred
Schnittke. Antara penggubah - penggubah terkemuka abad ke-20 adalah Bela Bartok, Gustav Mahler, Richard
Strauss, Giacomo Puccini, Claude Debussy, Maurice Ravel, Charles Ives, Edward Elgar, Frederick Delius, Arnold
Schoenberg, Elliott Carter, Sergei Rachmaninoff, Sergei Prokofiev, Gabriel FaurePeter Sculthorpe, Edgard Varse,
Igor Stravinsky, Dmitri Shostakovich, Alban Berg, Peter Maxwell Davies, William Walton, Luciano Berio, Arvo
Prt, Pierre Boulez, Henri Dutilleux, Karlheinz Stockhausen, Heitor Villa-Lobos, dan Iannis Xenakis. Banyak
teknik - teknik dipelopori oleh penggubah - penggubah di atas telah diterima pakai untuk muzik - muzik popular
hari ini seperti yang ditunjukkan oleh The Beatles, Deep Purple, King Crimson, Pink Floyd, Emerson, Lake &
Palmer, Mike Oldfield, Enigma, Vangelis, Jean Michel Jarre dan dalam skor - skor filem untuk menarik ramai
penonton.

PENUTUP
Muzik adalah bunyi yang diterima oleh individu dan ianya juga berbeza beza
berdasarkan sejarah, lokasi, bidaya dan penerimaan seseorang. Definasi tentang muzik juga
berbeza beza. Muzik juga mempunyai kemampuan untuk mendamaikan perasaan.

RUJUKAN
W.G.Waite: The Rhythm of Twelfth Century Polyphony: its Theory and Practice. Yale Studies
in the History of Music, New Haven, 1954
Music An Appreciation Ninth Edition, Roger Kamien, Zubin Mehta Chair in Musicology,
Emeritus, the Hebrew University of Jurusalem
Music of the middle ages style and structure by David Fenwick Wilson, 1990 by Schirmer Book
A Division of Macmilan, Inc

Anda mungkin juga menyukai