Anda di halaman 1dari 31

1.

Pengenalan

Muzik telah membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan manusia sejagat. Terdapat pelbagai cara persembahan muzik yang dapat di persembahkan oleh kaum lelaki mahupun perempuan. Muzik telah lama wujud dan sentiasa berubah mengikut pengaruh zaman.

Muzik klasik India merupakan salah satu sistem muzik yang tertua di dunia. Muzik ini telah wujud lebih dari seribu tahun. Muzik ini amat penting dari segi melodi dan juga mempunyai maksud tersembunyi di sebalik alunan muzik yang unik dan menarik. Sistem raga muzik India berpunca dari nyanyian Vedic di kuil-kuil Hindu. Mengikut pengajaran tradisional, bunyi adalah Tuhan, iaitu Nada adalah Brahma. Melalui muzik, kesedaran manusia tentang kewujudan alam semesta dan keagungan Tuhan dapat dirasai.

Muzik klasik masyarakat India secara amnya tidak dipengaruhi oleh pengaruh barat dan masih mengekalkan ciri-ciri asalnya. Namun demikian, muzik ini telah terbahagi kepada dua jenis muzik yang berlainan; iaitu muzik Hindustani di Utara India dan muzik Karnatik di Selatan India. Muzik Hindustani dan Karnatik berkongsi satu warisan muzik yang silam dimana, kedua-dua sistem ini adalah berasaskan struktur melodi yang sangat kompleks dan terperinci yang di kenali sebagai Raag. Kedua-duanya mempunyai sistem ritma dan meter yang jatuh dalam Taal atau

pusingan masa. Instrumen- instrumen muzik yang digunakan dalam kedua-dua sistem muzik ini turut berbeza.

2.0

Objektif Kajian

Tajuk tugasan Tamadun Islam dan Asia adalah Instrumen Muzik Klasik Masyarakat India. Tugasan ini merupakan kajian perpustakaan. Di samping itu, maklumat turut di kumpul dari pelbagai halaman web di internet.

Objektif kajian tugasan ini adalah untuk mengenali dengan lebih mendalam sistem muzik tradisional India. Setelah kita dapat mengenali sistem muzik India, kita seterusnya dapat mengetahui tentang instrumen-instrumen muzik yang penting dalam membentuk sistem muzik tradisional India.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berasal dari pelbagai keturunan dan agama. Masing-masing mempunyai pelbagai adat resam, kebudayaan, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan. Maka, negara ini merupakan sebuah negara yang kaya dengan warisan muzik dan seni kebudayaan yang unik. Populasi kaum India merupakan kaum yang ketiga terbesar di negara ini. Muzik klasik yang diamalkan oleh kaum India adalah berasakan sistem muzik tradisinal yang silam yang berasal dari India.

Kajian tugasan ini adalah tertumpu kepada jenis-jenis instrumen muzik klasik yang digunakan dalam muzik karnatik yang berasal dari Selatan India. Ini adalah kerana, masyarakat India berbangsa Tamil yang terdapat di Malaysia kebanyakannya

berasal dari Selatan India dan Sri Lanka., diikuti oleh kaum Malayalee, Sinhalese, Telugu, Sikh, Bengali dan Pakistan yang merupakan kumpulan minoriti. Kebanyakan alat muzik ini dimainkan dalam pelbagai upacara seperti perkahwinan, persembahan kebudayaan, pemujaan, dan upacara sembahyang di kuil-kuil.

Banyak kajian dan penulisan telah di buat di Malaysia berkenaan dengan muzik tradisional India, yang masih diamalkan secara aktif di Malaysia. Masyarakat Tamil yang berasal dari Selatan India dan Sri Lanka merupakan antara kumpulan utama populasi India di Malaysia. Terdapat juga kumpulan minority seperti Malayalee, Telugu, Sikh, Sinhalese, Bengali dan Pakistan seperti yang telah di nyatakan oleh Abdul Rahman Ismail dalam bukunya yang berjudul Information Malaysia 1994 Yearbook yang telah diterbitkan pada tahun 1994.

3.0

Sorotan Literatur

Muzik klasikal India telah wujud hampir 3000 tahun dahulu dan boleh dijejaki asal-usulnya kepada Vedas (kitab silam Hindu). Vedas merupakan empat buah kitab keagamaan Hindu yang telah dikulis dalam bahasa Sanskrit (White, 1971 : 7).

Dalam buku Music of South Asian Peoples (1979), Swami Prajnananda telah memberikan penjelasan terperinci tentang bagaimana muzik India telah wujud dari Vedas dan seterusnya berkembang menjadi satu sistem muzik yang unik pada zaman Vedic.Beliau telah menerangkan bahawa pada permulaan perkembangan tamadun manusi, muzik telah berkembang dari satu atau dua nota kepada satu sistem muzik yang masih mengekalkan keklasikkan dan keasliannya sejak berkurun sehinggalah kini.

Muzik karnatik telah berkembang di selatan India. Dalam Bab 1 buku The Story of Indian Music and its Instruments (1970), Ethel Rosental telah member satu penjelasan yang menyeluruh dan mendalam tentang asal usul dan sejarah muzik klasik India. Beliau dengan jelas telah menerangkan bahawa asal-usul muzik India adalah melalui legenda dan mitos dan seni muzik, drama dan tarian adalah rekaan Lord Shiva dari Vedas.

B. Chaitanya Deva turut member pendapat yang sama ; dimana beliau telah mengesahkan bahawa penerangan Rosenthal tentang asal-usul muzik ini di dalam bukunya yang berjudul An Introduction to Indian Music (1973). Beliau telah menulis bahawa Tuhan adalah dari bunyi muzik dan oleh yang demikian, asal-usul muzik

India adalah berbentuk ketuhanan (divine). Muzik yang berasal dari Vedas dan Brahma adalah dikatakan merupakan pengarang keempat-empat buah Vedas yang wujud hingga kini.

Di dalam buku The Music of India (1976), Massey and Massey telah mengatakan bahawa muzik India dalam bentuk klasiknya merupakan salah satu muzik masa silam yang masih hidup sehingga kini. Buku ini berfokus kepada evolusi muzik India dan zaman-zaman yang berbeza yang telah mempengaruhi sistem muzik ini; iaitu dari zaman Muslims, British dan Barat.

Kebanyakan penulis dan cendikiawan mempercayai bahawa muzik India berasal dari Vedas. Namun begitu, terdapat banyak pendapat yang bercanggah dan berlainan tentang kewujudan zaman Vedic. Dalam buku The Origin of Raga : a Concise History of the Evolution, Growth and the Treatment of Raga from the Age of Bharatamuni to Bhatkhande (1977), Shripada Banddyopadhyaya telah mengatakan bahawa pengucapan Vedas telah wujud di India sebelum 2400 BC dan telah kekal begitu sehingga abad pertama zaman Kristian. Massey and Massey (1976) pula menekankan bahawa pada 2000BC, kau Aryan telah datang ke India melalui UtaraBarat; dan kedatangan mereka telah meyebabkan India memasuki zaman Vedicnya.

Emmons E. White, mengemukakan satu pandangan yang berlainan tentang asal-usul muzik India. Dalam buku beliau, Appreciating Indias Music. An Introduction with an Emphasis on Music of South India (1971) menulis bahawa Vedas telah pun wujud bila dan semasa suku kaum Aryan mula menjajah India dari UtaraBarat sekitar 2000BC dan 1000BC. Beliau turut menunjukkan perhubungan di antara

muzik dan agama. Beliau juga menerangkan bahawa penganut agama Hindu mempunyai pengaruh yang meluas oleh Dewi Saraswathi yang digambarkan duduk di atas bunga teratai sambil bermain veena.

Dalam buku, The Strory of Indian Music and its Instruments (1970), Ethel Rosental telah menulis tentang sejarah serta perkembangan muzik dan alat muzik India. Beliau telah mengatakan bahawa Natya Shastra adalah sebuah buku yang yang penting yang menerangkan tentang teori muzik secara mendalam. Beliau juga telah menegaskan bahawa Natya Shastra telah ditulis oleh Sage Bharata yang turut dikenali sebagai pengasas sistem muzik India yang ada kini.

Buku An Introduction to Tabla (1980) oleh David R. Courtney adalah sematamata berkenaan dengan instrumen muzik Tabla. Bab-bab dalam buku ini menerangkan tentang pelbagai sekolah dan institusi yang mengajar cara bermain tabla di India. Ia turut memberi penjelasan tentang teknik dan stail bermain tabla. Buku ini juga mempunyai maklumat tentang pemain tabla terkenal di dunia.

Dalam buku beliau, Sitar and Sarod in the 18th and 19th Century (1997), Allyn Miner mengkaji tentang perkembangan sejarah kedua-dua instrumen muzik bertali dari India ini. Miner telah memperkenalkan satu penyelidikan yang mendalam tentang sejarah instrument, penginovasi terkenal instrumen ini, serta muzik yang boleh dimainkan dengan instrument ini. Miner member pandangan terperinci tentang teknik dan perbezaan komposisi instrumental yang dimainkan keatas instrumen ini.

The Sitar, The Instrument and its Techniques (2001) oleh Manfred M. Junius adalah sebuah buku yang sangat informatif tentang sitar. Buku ini merangkumi kajian yang meluas tentang perkembangan sejarah sitar, reka bentuk serta teknik bermain sitar yang berlainan. Di samping itu, buku ini turut membincangkan tentang cara-cara membetulkan (tuning) sitar dan pelbagai barang hiasan yang terdapat di badan sitar. Junius telah memberi penjelasan yang terperinci tentang persembahan sitar yang berbeza, termasuklah alap, jod, jhala dan seterusnya persembahan gat.

4.0

Kaedah Penyelidikan

Kajian tugasan ini adalah tertumpu kepada jenis-jenis instrumen muzik klasik yang digunakan dalam muzik karnatik yang berasal dari Selatan India. Ini adalah kerana, masyarakat India berbangsa Tamil yang terdapat di Malaysia kebanyakannya berasal dari Selatan India dan Sri Lanka., diikuti oleh kaum Malayalee, Sinhalese, Telugu, Sikh, Bengali dan Pakistan yang merupakan kumpulan minoriti. Kebanyakan alat muzik ini dimainkan dalam pelbagai upacara seperti perkahwinan, persembahan kebudayaan, pemujaan, dan upacara sembahyang di kuil-kuil.

Banyak kajian dan penulisan telah di buat di Malaysia berkenaan dengan muzik tradisional India, yang masih diamalkan secara aktif di Malaysia. Masyarakat Tamil yang berasal dari Selatan India dan Sri Lanka merupakan antara kumpulan utama populasi India di Malaysia. Terdapat juga kumpulan minority seperti Malayalee, Telugu, Sikh, Sinhalese, Bengali dan Pakistan seperti yang telah di nyatakan oleh Abdul Rahman Ismail dalam bukunya yang berjudul Information Malaysia 1994 Yearbook yang telah diterbitkan pada tahun 1994.

Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Banyak buku buku yang berkaitan dengan muzik klasikal India telah dirujuk. Disamping itu, internet turut digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk ini.

5.0

Latar belakang Muzik Klasik India

Pada asalnya, semua muzik di India hanya dinyanyikan dalam bahasa Sanskrit. Sehingga kira-kira abad ke-12, kesemua tempat di India menggunakan satu sistem muzik klasik iaitu muzik yang berasal dari kitab tradisional Hindu dari Vedas. Kebanyakan negeri-negeri di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari Turki dan Afghanistan. Pemerintah-pemerintah ini telah membawa masuk pengaruh muzik Persia dalam puisi, muzik dan ciri-ciri kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di bahagian Selatan India pula, pengaruh muzik dari Persia turut meresap ke dalam sistem muzik rakyat. Namun pengaruh ini tidak mendalam dan muzik klasik ini masih mengekalkan gaya yang asli. Muzik India seterusnya terbahagi kepada dua itu Muzik Hindustani di Utara India dan Muzik Karnatik di Selatan India. Muzik Hindustani mula berkembang pada abad ke 14. Manakala muzik Karnatik berkembang di bahagian selatan sambil mengekalkan ciri-ciri tradisinya yang berasal dari Vedas yang lebih bersifat kealiman (devotional).

Muzik klasik India adalah berasaskan melodi, ritma dan bukannya harmoni, kord, dinamik dan sebagainya seperti muzik dari barat. Malahan, muzik klasik tradisional India ini merupakan muzik lisan. Para guru mengajar murid mereka secara langsung. Tidak terdapat sebarang nota muzik bertulis seperti muzik barat.

Pada sekitar kurun ke 14, gaya muzik di daerah-daerah Utara dan Selatan India adalah sangat berbeza. Sistem muzik di utara di kenali sebagai Hindustani, manakala sistem muzik di Selatan pula dikenali sebagai Karnatik. Muzik karnatik,

satu system muzik klasikal dari Indian Selatan merupakan salah satu system muzik yang paling menarik dan paling sempurna pernah dicipta oleh manusia. Muzik Karnatik terbahagi kepada dua konsep utama iaitu melodi (raagam) dan pusingan irama (taalam). Melodi dan pusingan irama mempunyai nama yang unik untuk mengenalpasti kedua-duanya.

5.1

Melodi

Satu melodi terdiri daripada dua bahagian iaitu not muzik yang khas atau spesifik (svaram) yang dibenarkan dalam melodi (dalam setiap oktaf). Aturan pergerakan (sanchaaram) dalam sesebuah melodi menentukan not yang mana satu harus dinyanyikan bersama dan bagaimana seseorang itu dibenarkan untuk bergerak dari not ke not semasa menyanyi atau memainkan melodi ini. Melodi dikumpulkan dalam melodi (janaka raagam) major (atau ibu) dan melodi (janya raagam) minor (atau anak). Terdapat 72 melodi major dan beberapa ribu melodi minor.

5.2

Pusingan Irama

Pusingan irama (thaalam) ialah satu rentak (aksharam) yang disusun dalam satu kumpulan. Contohnya adalah seperti 4+2+2 ialah satu rentak 8 dalam pusingan irama dengan 3 kumpulan. Terdapat 35 pusingan irama primer iaitu 7 jenis pusingan irama dengan 5 ciri (jaathi) dalam setiap jenis. Diantara 35 ini, biasanya hanya sesetengah sahaja digunakan dalam kebiasaaan. Antara irama yang sering digunakan termasuklah 1234 eka, 12123 khanda chaapu, 121234 roopaka, 1231212 thriputa dan sebagainya.

10

6.0

Jenis-jenis Instrumen Muzik Klasikal India

Instrument muzik klasikal secara amnya terbahagi kepada 5 :

a) Kordofon (Petikan) Alat- alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik klasikal golongan ini adalah seperti Veena, Saraswathi Veena, Sitar dan Tambura.

b) Membranofon (Paluan) Dalam kategori ini, digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu. Berbagai jenis alat gendang tergolong dalam kategori ini. Alat muzikal klasik India yang tergolong dalam kategori ini adalah kanjira, tabla, dholak dan mridangam.

c) Erofon (Tiupan) Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Antara erofon yang sering digunakan di kalangan masyarakat India adalah Venu, Nadaswaran , Shehnai dan Bansuri.

d)

Idiofon Adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada

rangka badan yang bergema. Alat muzik klasikal yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti manjeera.

11

e) Erofon bebas Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan cara meniupnya. Ianya diperbuat dari pelbagai bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

6.0

Veena

6.1.1 Sejarah Veena

Veena mempunyai rekod sejarah sejak zaman Vedic lagi. Dalam Bharatas Natyashastra, terdapat penjelasan tentang jenis-jenis veena seperti Ektari, Kinnari dan Audumbari. Rupa bentuk veena kini adalah hasil sumbangan Raghunath Nayak dari Tanjavur, Tamil Nadu pada sekitar abad ke 17.

Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali atau kordofon dari India. Ianya adalah instrumen yang sering digunakan dalam muzik Karnatik dan olrh ahli muzik Dagar (dhrupad). Veena merupakan salah satu dari tiga instrumen muzik yang telah di sebut dalam kitan Vedic. Instrumen lain adalah Venu (flute) dan Mridangam.

Ianya dinamakan sebagai Saraswati Veena kerana sempena nama Devi Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini. Devi Saraswati adalah tuhan yang disembah oleh pelajar-pelajar secara umumnya. Selain alat muzik

12

saraswati veena, terdapat dua lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena. Kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik Karnatik di India.

Pemain Veena dikenali sebagai Vainika. Veena adalah alat yang sempurna dan memberikan komponen asas iaitu Sruti dan Laya. Keanihannya adalah kualiti muziknya yang mampu mewujudkan suasana yang sangat aman dan boleh bermeditasi.

6.1.2 Struktur Veena

Panjang Veena adalah 1.5m. Badan veena diperbuat daripada kayu jackwood. Ia mempunyai badan yang besar dan belakangnya berbentuk cembung. Lehernya panjang dan mempunyai kepala ynag berbentuk naga yang telah diukir dengan teliti. Sebuah resonator yang kecil dipasang pada bahagian belakang lehernya. Veena mempunyai 24 fret bsei yang dipasang pada sepanjang lehernya. Bilah-bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali-tali dipasang di atas fret-fret logam dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Melodi dihasilkan dari 4 utas tali yang diikat secara selari di atas fret logam . Ini di tarik di atas sebuah fret besi yang lebar yang terdapat di atas badan veena. Terdapat 3 utas tali lagi yang diikat secara selari dengan leher veena. Ketiga-tiga tali ini digunakan untuk mengawal masa dan untuk bermain drone.

13

6.1.3 Teknik Bermain Veena

Pemain veena akan duduk secara bersila di atas pentas. Veena akan diletakkan secara melintang. Pemain veena akan meletakkan resonator kecil pada paha kirinya.. Tali-tali dipetik dengan jari kanan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Gambar Veena terdapat dalam Lampiran1.

6.2

Sitar

6.2.1 Sejarah Sitar Sitar adalah salah jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat Muzik klasik Hindustani ini menggunakan dawai atau tali. Sitar mampu menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan seni muzik Hindustan sejak Zaman Pertengahan.

6.2.2 Rekabentuk Sitar

Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa. Alat bertali ini mempunyai 5 hingga 7 dawai. Dua hingga empat tali dawai digunakan untuk memainkan melodi dan 3 lagi tali untuk menghasilkan bunyi dengung. Untuk ruang resonasi, alat ini menggunakan gourd iaitu sejenis labu yang dikeringkan dan

14

berongga di dalamnya. Badan sitar diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

6.2.3 Teknik Bermain Sitar

Sitar diletakkan secara melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di talitali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi. Sitar selalunya dimainkan dalam kumpulan instrumen kecil atau sebagai alat solo. Antara pemain sitar yang sangat popular dalam masa 50 tahun kebelakangan ini adalah Pandit Ravi Shankar, Ustad Vilatay Khan dan Pandit Nikhil Banerjee.

Gambar sitar terdapat dalam Lampiran 2.

6.3

Mridangam

6.3.1 Sejarah Mridangam

Sejarah mridangam merujuk kepada zaman mitologi India dimana, Deva Nandi (Deva Lembu) yang merupakan eskot Lord Shiva adalah seorang pemaon mridangam yang hebat semasa tarian Tandav ditarikan oleh Lord shiva. Satu lagi kepercayaan adalah mridangam telah dicipta disebabkan perlunya sebuah instrumen yang dapat mengeluarkan bunyi Indira ( bersamaan dengan Zeus, Raja kepada semua Tuhan) semasa Indira bergerak dari syurga di atas gajahnya. Oleh yang demikian, mridangam juga dikenali sebagai Deva Vaadyam ataupun instrumen muzik Tuhan.

15

Mridangam adalah drum klasik yang bermuka dua dari selatan India. Ia sering digunakan untuk mewakili vokal, instrumental dan persembahan tarian. Mridangam berasal dari perkataan Sanskrit Mrid Ang yang bermaksud Clay-Body yang bermaksud berasal dari tanah liat.

6.3.2 Struktur Mridangam

Mridangam yang terdapat kini dibuat daripada satu blok kayu Jackwood atau Redwood. Kayu Jackwood adalah lebih sesuai kerana ia mempunyai banyak gentian. Gentian-gentian ini mewujudkan lubang-lubang udara yang halus yang sangat sesuai untuk menghasilkan velositi bunyi. Kedua-dua permukaan kepala mridangam diperbuat daripada lapisan kulit. Lapisan kulit ini ditarik oleh potongan kulit yang selari dengan bahagian tepi badan. Kepala ditarik oleh potongan kulit yang selari dengan bahagian tepi badan. Bunyi pic diubahsuai dengan pergerakkan sekeping kayu silinder di antara badan berkayu dan potongan kulit.

Bahagian kepala kanan diperbuat oleh 3 lapisan kulit yang telah dikonsentrasi. Lapisan dalam tidak kelihatan. Bahagian lapisan luar dikenali sebagai Meetu Thol dan lapisan dalaman pula dikenali sebagai Chapu Thol. Bahagian dalam di perbuat daripada kulit biri-biri dan lapisan luar diperbuat daripada kulit anak lembu. Bahagian tengah kepala kanan mempunyai satu bulatan berwarna hitam yang dipanggil Soru. Soru adalah campuran beras yang telah direbus, manganese dan kandungan besi. Bulatan ini mengeluarkan ton bunyi yang unik dan istimewa.

16

Bahagian kiri kepala dikenali sebagai Toppi yang diperbuat daripada 2 lapisan iaitu lapisan dalaman diperbuat daripada kulit biri-biri dan lapisan luar diperbuat daripada kulit kerbau. Sebelum persembahan mridangam, satu adunan suji dan air yang liat akan akan disapu pada bahagian tengah kepala kiri. Ini adalah untuk mengurangkan pic dan untuk menghasilkan bunyi bass. Adunan ini akan dikikis selepas persembahan. Bunyi pic mridangam berbeza mengikut saiz. Lebih besar saiz mridangam, lagi rendah bunyi pic dan sebaliknya. Ketebalan instrument ini adalah lebih kurang 2 atau 3 sentimeter.

6.3.3 Teknik Bermain Mridangam

Teknik menggunakan jari adalah penting dalam bermain mridangam. Mridangam mempunyai keseimbangan di antara teknik berkuasa dan teknik lembut. Mridangam dimainkan dengan menggunakan jari indeks, jari tengah,jari cincin dan jari kelinking kedua-dua tangan. Tapak tangan kanan juga digunakan untuk menghasilkan bunyi plam atau jham. Untuk menghasilkan bunyi ram dan dhim, jari indeks mesti digunakan. Jari cincin pula mesti diletakkan di posisi antara rim luar dan bulatan hitam pada bahagian kanan. Bagi bunyi thi, jari tengah, jari cincin dan jari kelinking tangan kanan mesti dimainkan di bulatan hitampada bahagian kanan mridangam. Malahan untu bunyi jham, ketiga-tiga jari ini mesti mainkan bersama. Bunyi ta dimainkan dengan menggunakan jari indeks tangan kanan pada bulatan hitam.

17

Hanya 2 bunyi dimainkan pada bahagian kiri mridangam iaitu thom dan tha. Thom dimainkan dengan menggunakan jari tengah,jari cincin dan jari kelingking. Satu lagi teknik bermain mridangam adalah dengan penggunaan Gumki. Ia dimainkan pada bahagian kepala kiri. Bunyi Gumki yang halus dan lembut boleh dihasilkan dengan menggunakan bahagian hadapan tapak tangan dan beserta dengan bahagian tengah dan hujung jari tangan kiri. Bunyi tha diasilkan dengan menggunakan 4 jari.

Antara pemain mridangam terkenal di dunia termasuklah Mahavaidyanatha Sivan, Narayanasmy Appa dan Kumbakonam Azha Garumbi Pillai.

Lampiran 3- Gambar Mridangam

6.4

Nadaswaram

6.4.1 Sejarah Nadaswaram

Nadaswaram merupakan alat muzik klasikal yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon ataupun tiupan bukan Loyang yang mempunyai bunyi terkuat di dunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar. Badan nadaswaram diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

18

Nadaswaram dianggap sebagai satu instrument muzik yang suci ataupun auspicious. Ia merupakan instrumen muzik utama yang dimainkan dalam upacara perkahwinan Hindu dan juda semasa upacara keagamaan di kuil-kuil. Nadaswaram selalu dimainkan secara berpasangan diiringi oleh sepasang drum yang dipanggil thavil.

6.4.2 Struktur Nadaswaram

Nadaswaram mempunyai 3 bahagian yang dikenali sebagai kushal, thimiru dan anasu. Secara tradisional, badan nadawaram diperbuat daripada kayu pokok aacha. Ia adalah sebuah instrumen yang berbentuk konikal berongga yang mempunyai penghujung yang lebar dan besar. Hujung ini biasanya dibuat daripada eboni. Bahagian hujung yang satu lagi digunakan untuk meniup. Bahagian atas mempunyai keeping besi ( Mel Aanichu) yang dimasukkan sebuah selinder besi yang kecil (kendai) yang mempunyai tiupan mulut yang dibuat daripada reed. Selain reed, jarum gading atau tanduk turut diletakkan di atas nadaswaram bagi tujuan membersihkan bahagian tiupan daripada air liur dan kotoran agar lubang udara tidak tersekat. Sebuah bola metalik di hias pada bahagian bawahnya.

6.4.3 Teknik Bermain Nadaswaram

Nadaswaram mempunyai 7 lubang jari. Terdapat 5 lagi lubang pada bahagian bawah yang digunakan sebagai pengawal. Sistem penggunaan jari adalah sama seperti bermain serunai. Bunyi nadaswaram dihasilkan dengan mengubahsuai tekanan dalam paip. Memandangkan nadaswaram mempunyai nada bunyi yang kuat dan bising, ia sesuai dimainkan di kawasan lapang atau stadium tertutup.

19

Antara artis terkenal nadaswaram adalah Thiruvaradudusi Rajaratnam Pillai dan Sangita Kalanidhi Thiru Vizhimizhalai Subrahmanya Pillai.

Gambar Nadaswaram terdapat dalam Lampiran 4.

6.5

Lain-lain Instrumen Muzik Klasikal

6.5.1 Kanjira

Kanjira adalah sejenis alat muzik yang termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka. Panjangnya adalah kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya, manakala kedalamannya adalah lebih kurang 2 hingga 4 inci. Kanjira seakan-akan berfungsi sebagai alat muzik kompang atau tar di sesetangah tempat.

6.5.2 Chenda

Chenda merupakan alat perkusi berbentuk selinder . Ia juga dikenali sebagai chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan dinegeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali dan Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu

20

Uruttu Chenda, Veeku Chenda dan Acchan Chenda. Uruttu Chenda lazimnya digunakan untuk bermain pelbagai variasi. Veeku Chenda pula digunakan untuk memainkan irama asas.

6.5.3 Venu

Venu diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari kedua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz.Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

6.5.4 Tabla

Tabla merupakan salah satu alat muzik India yang amat terkenal.Adalah dinyatakan bahawa Tabla muncul di India pada awal abad 6 hingga 7 Sebelum Masihi. .Tabla adalah alat permainan muzik tradisi masyarakat India yang seringkali dimainkan bersama vinai, sitar, mridangam, gatahm dan beberapa peralatan lain bagi upacara keagamaaan, persembahan barathanatyam, perkahwinan dan sebagainya. Tabla terdiri daripada 2 gendang , iaitu Bayan yang dimainkan di tangan kiri dan Dayan

21

yang dimainkan di tangan kanan. Tabla ialah gendang satu muka. Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu gendang kecil yang dipanggil Sidda dan gendang besar yang dikenali sebagai Dagga.. Badannya diperbuat daripada kayu. Permukaannya ditampal dengan kulit kambing untuk mengubah bunyi dan menghasilkan irama yang indah. Badan tabla selalunya diperbuat daripada kayu jati dan rosewood serta jackwood. Pembuat tabla mesti memastikan tiada sebarang kecacatan pada kayu tersebut. Keringanan kayu menentukan penghasilan bunyi yang baik. Jika kayu yang berat digunakan, ia akan menghasilkan bunyi yang kasar. Sebuah tukul besi digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan tali kulit haiwan yang diikat di bahagian luar tabla. Dengan ini, perubahan nada dan rentak boleh di hasilkan.

Tabla dimainkan dalam keadaan pemainnya duduk dan memalunya dengan menggunakan tangan. Tabla diletakkan di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan. Bermain tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, member ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan. Badan akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.

22

7.0

Rumusan dan Cadangan

Muzik secara amnya memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Terdapat ribuan jenis intrumen muzik di seluruh dunia. Hampir setiap negara, setiap golongan masyarakat dan kumpulan etnik mempunyai intrumen muzik mereka yang tersendiri. Instrumen muzik ini menjadi sebahagian dari budaya, adat resam dan kehidupan mereka. Muzik tradisional juga masih di kekalkan sehingga kini biarpun banyak dipengaruhi oelh perkembangan muzik moden yang sangat pesat pada abad ini.

Muzik klasik India, terutamanya dari Selatan India masih mengekalkan cirri-ciri tradisinya dari pelbagai segi. Tidak terdapat banyak perbezaan dalam rekabentuk dan struktur instrument-instrumen tersebut. Ciri-ciri keaslian masih dipelihara dari zaman-berzaman sehingga kini. Nota muzik juga tidak mempunyai banyak perubahan. Muzik Karnatik masih mengakealkan cirri-ciri keasliannya.

Instrumen-intrumen muzik klasik yang telah di kaji dalam tugasan ini digunakan dalam muzik karnatik. Ini adalah kerana majoriti masyarakat India di Malaysia datangnya dari Selatan India. Muzik Karnatik amat popular di bahagian Selatan India. Instrumeninstrumen muzik ini boleh dimainkan semasa persembahan orkestra muzik Karnatik yang sering diadakan ataupun boleh dimainkan di majalis-majlis perkahwinan dan upacara keagamaan secara berasingan.

23

Instrumen-instrumen ini turut digunakan di Malaysia secara berleluasa dalam majlismajlis perkahwinan serta keagamaan. Terdapat segelintir sahaja pemain-pemain instrument muzik klasikal India yang terlatih dan hebat di Malaysia. Kebanyakkan dari pemain muzik ini berasal dari keturunan yang mana nenek moyang mereka memang merupakan pemain muzik intrumen tertentu. Maka, kebanyakan dari pemain ini mendapat asuhan dan pendidikan dari ahli keluarga mereka sendiri.

Adalah penting untuk kita memastikan permainan alat muzik tradisional tidak di ketepikan oleh golongan muda yang lebih tergilakan muzik moden dan barat. Sekolah muzik perlu di tubuhkan untuk mengajar dan mencungkil bakat golongan muda dalam mempelajari instrumen muzik klasikal.

24

SENARAI RUJUKAN

Jagatheswary Narayanan ( 2011). Kosmo : Rencana Utama : Betul, Tepat ,Serentak

Abdul Rahim Ismail (Ed.) (1994). Information Malaysia 1994 Yearbook. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

Ang .M. Type of Music in Malaysia. Multimedia Education Conference, MMIE98 (Multimedia dalam pendidikan): Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. 7-8 March 1998 Proc.pp 49-51

Blades, J. (1992). Percussion Instruments and Their History. Westport, Connecticut: The Bold Strummer Ltd.

Hansa, (1989). The Musical Tradition. The Magazine of the Temple of Fine Arts. 28 April 1989. 7: 50-54

Kumar, Amrita. (1993).Musical Instruments. New Delhi : Rupa & Co.

Swami Prajnananda. (1979). Music of South Asian Peoples , 22-45

Rosenthal, Ethel (1970). The Story of Indian Music and its Instruments, 27-50

B. Chaitanya Deva (1973). An Introduction to Indian Music 24-35

25

Massey and Massey (1976). The Music of India, 1-15

Shripada Banddyopadhyaya (1977). The Origin of Raga : A Concise History of The Evolution, Growth and the Treatment of Raga from the age of Bhartamuni to Batjhande, 5-15

White, E. Emmons (1971) Appreciating Indias Music : An Introduction with Emphasis on Music of South India, 41-58

Courtney, R. david (1980). An Introduction to Tabla.

Miner, Allyn (1997) Sitar and Sarod in the 18th and 19th Century.

Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_classical_music

26

LAMPIRAN 1

VEENA

27

LAMPIRAN 2

SITAR

28

LAMPIRAN 3

MRIDANGAM

29

LAMPIRAN 4

NADASWARAM

30

LAMPIRAN 5

KANJIRA

CHENDA

VENU

TABLA

31

Anda mungkin juga menyukai